bab 7

Romance Completed 29803

Sampai di rumah Ziyyad terus mandi dan merebahkan dirinya di atas katil.
Kesunyian mulai terasa apabila Nurin dan mamanya tiada.
Tangan diletakkan di kepala.
Jiwanya terasa kosong,
"Sofia abang rindukan sayang..."bisiknya.
Dia bingkas bangun menuju ke laci tempat beradanya foto foto arwah isterinya.
Diambil dan dibawa ke katil,dia menatap satu persatu foto yang diambil semasa arwah bersamanya.
Sofia seorang gadis sederhana yang telah menambat hati pertama kali dia melihatnya.
Satu persatu kenangan antara dia dan Sofia dirinduinya.

masa lalu....

Pertemuan pertama dengan Sofia kebetulan di sebuah shopping kempleks di ibu kota.
Sofia dan Ziyyad sebaya ketika itu umur 18.
Masing masing masih muda.
Selepas mengambil keputusan SPM Ziyyad dan dua rakannya melilau ke mall mencuci mata.

"wei Yad awek cun....jom try"ajak Bahar merupakan salah seorang rakan Ziyyad yang agak nakal.

"malas lah aku...dah lewat ni nak balik...jap lagi jenuh dengar mama aku membebel"Ziyyad menolak.

"alah lepas ni tak tahu bila lagi kita boleh jumpa jom lah..."ajak pula Aman yang satu kepala dengan Bahar.

"kau jer lah pergi...."
Ziyyad hanya membiarkan Bahar dan Aman meneruskan misi mereka.

Ziyyad hanya melihat dari jauh.
Kelihatan beberapa kelompok gadis muda yang mungkin sebaya dengan mereka sedang asyik memilih longokkan baju yang sedang di promosi.

"hei Ziyyad my handsome boy.."datang satu suara menegur.
Athirah bersama seorang lagi gadis yang mungkin sebayanya,bercermin mata.
"hmmm..kau Athi...buat apa kat mall ni..."tanya Ziyyad.

"saja lah tadi jumpa kawan"jawab Athirah yang merupakan sepupu Ziyyad.

"bukan ker hari ni dapat result SPM?"Tanya Athirah.

"ya...baru balik dari sekolah lah ni...tu tengok kawan aku Bahar dan Aman tak habis habis kacau pompuan"

"kenapa tak join sekali?"tanya Athirah sambil tergelak.
Kawannya,hanya tersenyum memerhati.

"oh ya lupa ni kakak angkat Athi...Sofia dia pun baru ambil result juga"
Athirah perkenalkan kawannya pada Ziyyad.
Ziyyad hanya mengangguk senyum.

"dah Yad...Athi balik dulu.."Athirah minta izin dan berlalu pergi.

"Athi tadi tu sapa?"tanya Sofia .

"kenapa berkenan ker"tanya Athirah balik.

"hmmm...kau ni Athi...mana ada...saja tanya macam kau dah lama kenal"
Sofia cuba sembunyikan perasaannya.

"my cousin...Ziyyad namanya"jawab Athirah ringkas.
Perkataan "oo"keluar daripada mulut Sofia.
Athirah tersenyum faham yang Sofia memang berkenan dengan Ziyyyad.

..........
..........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience