bab 60

Romance Completed 29803

Seawal subuh aku bangun untuk mandi dan solat.
Saat aku melangkah kaki ke bilik mandi satu debaran dan rasa yang sukar aku gambarkan.
Fikiran ku mula teringatkan sang suami yang jauh di pandangan.

"harap abang selamat sampai"getus ku.
Aku teruskan langkah menuju ke bilik mandi.

Usai solat subuh aku menadah tangan memohon pada Allah agar suamiku Ziyyad selamat sampai"hatiku kini masih tiada ketenangan.

Terakhir semalam Ziyyad menelefonku semasa dia singgah solat maghrib.

Perlahan aku bangun mencapai telefon dan menghubungi nya,namun tiada jawapan,berkali kali aku mencuba namun hanya masuk dalam peti suara.
Telekung ku lipat dan terus turun ke bawah .

"kenapa ni...muram jer?"tegur ayah bila sedar wajahku muram.

Aku duduk dihadapannya.
Menghela nafas dalam.

"Qaseh...kenapa ni...?"ibu pula bersuara.

"Ziyyad ibu...ayah...Qaseh call banyak kali tapi tak berjawab...Qaseh risau...hari ni dia kata dah balik"ujar ku sedikit sebak.

"kut bateri phone dia habis..."ujar ayah lagi.

"betul kata ayah tu...dah lah doa yang baik baik...makan dulu nanti cuba call lagi"ibu menghulurkan aku sepinggan nasi goreng kepadaku.

"tapi Qaseh rasa tak sedap hatilah ibu...Qaseh rasa macam ada sesuatu yang terjadi"nasi yang dihidang aku kuis kuis dengan sudu tanpa disuapkan ke mulutku.

"makan lah sikit...kesian kat baby tu..."nasi ku suap sesudu agar mereka tidak kecewa dengan kelakuanku.

"nanti Qaseh rehatlah kat rumah.biar ibu temankan...ayah risau tengok keadaan anak ayah ni..."ujar Ayah padaku.

"baiklah abang Mah akan temankan Qaseh...bimbang juga ni macam celaru jer"bisik ibu pada ayah.
Aku masih lagi termenung diam tanpa kata.

Terus aku bangun dan berlalu pergi kerana baru teringat yang aku tertinggal telefon dia bilik.

"nak ke mana tu...nasi tak habis lagi ni"panggil ayah.

"nak ambil phone kejap..."ujarku.

"duduk sini..biar ibu yang ambilkan"ibu menahanku,aku mengikut sahaja kerana terasa badanku begitu lemah dengan tiba tiba.
Aku kembali duduk ,secawan air aku teguk perlahan.

"Qaseh jangan fikir yang bukan bukan...jaga kesihatan diri dan baby tu...jangan ikut perasaan sangat"pesan ayah.

Wajah ayah ku tenung lama...wajah orang yang pernah tinggalkan aku dulu kini berada tepat di mataku.
Teringat kembali arwah mama,andai saat ini mama ada di sisi pastinya mama yang akan menenangkan aku saat hatiku rasa resah.

Seketika ibu turun membawa telefon di tangannya.
Wajahnya tidak seriang yang aku lihat tadi.
Di tangannya masih lagi memegang telefon ku tanpa menghulurkan padaku.
Perlahan dia datang memeluk ku dengan tiba tiba.

"Qaseh...ibu harap Qaseh tenang apa yang akan ibu bagitahu ya"dia membisikkan ke telingaku.
Ayah memandang hairan.

Pelukannya aku lepaskan.Aku lihat airmata ibu mulai gugur.
Aku memandang ayah sama seperti ku kehairanan dengan kelakuan ibu.
Degupan jantung ku tiba tiba berdegup kencang.

Dengan pantas aku mengambil telefon ku di tangan tanpa menunggu jawapan dari ibu.
Aku mula cemas bila lihat airmata ibu berjuraian laju.

"Mah kenapa menangis ni....?"ayah juga mula cemas bila lihat ibu hanya menangis tanpa bersuara.

"Ziyyad...Ziyyad kemalangan..."terus badanku lemah layu dan hampir terjatuh dan ayah sempat menahan ku.
Badanku mula menggigil airmata yang tadi ku seka kini mengalir laju.
Benar naluri seseorang isteri....ada sesuatu yang berlaku pada suamiku.

Ayah duduk kan aku di sofa.

"ayah...Qaseh nak jumpa abang....Qaseh nak pergi..."aku mula meraung dengan kuat.

"Qaseh tenang....nanti kita pergi...Mah...sekarang ni Ziyyad kat mana?"tanya ayah pada ibu yang dari tadi menangis dan terkaku.

"orang yang call tadi k..kata..dia kat Kuantan...hospital sana..."tergagap gagap ibu bersuara.
Aku yang dari tadi terduduk masih tidak mampu berdiri,seluruh tubuhku lemah.

"siap...kita bertolak sekarang..dan jangan lupa telefon besan bagitahu dia"pesan ayah.

Setelah siap semuanya kami bertolak ke sana.
Aku masih lagi menangis tanpa henti,ibu menenangkan aku.

"sabar Qaseh banyakkan berdoa dan istiqfar semoga Ziyyad berada dalam keadaan baik"ibu meletakkan kepalaku diribaannya.
Dalam keadaan aku yang tidak stabil aku hanya mampu mengikut sahaja.

Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam itu amat terseksa buatku.
Fikiranku hanya pada Ziyyad.

Sesampainya kami di hospital ayah terus ke kaunter pertanyaan dan beberapa minit kemudian keluar seorang jururawat memanggil kami.

"ni Waris Encik Ziyyad ker?"tanyanya.

"ya...kami mertuanya dan ini isterinya"ujar ayah.

Kelihatan di satu sudut berhampiran kelibat beberapa ahli keluarga yang juga menangis seperti ku.
Aku kenal salah seorang daripada mereka isteri Encik Amar kerana aku dan Ziyyad pernah ke rumah mereka sebelum ini.

"sila masuk doktor ingin berjumpa"kami terus masuk mengikut jururawat itu.

"doktor...macam mana dengan suami saya?"terus aku bertanya pada doktor yang memeriksa Ziyyad.

"buat masa ni kami tidak dapat berikan keputusan lagi sebab suami puan masih berada di zon merah begitu juga dengan rakannya"aku sekali lagi terduduk bila mendengar kata kata doktor itu.
Dunia ku seolah kelam dengan tiba tiba badanku kembali layu dan lemah airmataku saat ini terus mengalir,ibu memeluk menenangkan aku.

"Qaseh sabar...kita berdoa pada Allah...Qaseh kena kuat..."pesan ibu.
Tangisan ku tetap tidak reda selagi wajah suamiku tidak ada di depan mataku.

"Mah bawa dia duduk dulu"suruh ayah.

"doktor nanti letakkan menantu saya di bilik vip"pesan ayah pada doktor sebelum doktor dan jururawat tadi berlalu pergi.
Mereka mengangguk.

Kami masih lagi menunggu keputusan Ziyyad dan Amar keluar dari bilik pembedahan.

Ibu masih lagi setia menunggu bersama ku di ruangan menunggu,seketika kemudian kelihatan kelibat mama datang bersama PakJoe.

"mama!!"suasana sepi dan tenang tadi kembali riuh dengan suara tangis kami.

"mama...abang..."mama memeluk erat tubuh ku dan menangis bersama.

"duduk dulu Qaseh"mama menenangkan aku,kini tiba giliran bahu mama untuk aku sandarkan kepala.

"Qaseh jom makan dulu...dari tadi lagi perut tu kosong..."ujar ayah menjijit satu plastik air dan makanan.

Aku hanya menggelengkan kepala dan airmata terus mengalir.

"Qaseh...kalau Ziyyad tahu Qaseh tak jaga makan tentu dia marahkan...selalu dia pesan agar Qaseh makan dan jaga baby dalam kandungan"mama pula bersuara.

"Qaseh nak abang ada di sisi...Qaseh nak tengok dia..."aku merengek seolah budak kecil ingin mendapatkan sesuatu.

"Qaseh minum dulu sikit..."sekotak air dihulurkan padaku.
Kali ini aku terpaksa menyedut sedikit air itu walaupun tekak ku terasa perit untuk ku telan.

Lama kami menunggu saat Ziyyad masih dirawat.
Ibu dan ayah mohon untuk ke surau terlebih dahulu sementara mama menemani aku.

Tangisan aku semakin reda,namun kepala ku menjadi berat kerana terlalu banyak menangis.

"Qaseh lapar ker?"tanya mama bila dengar perutku mula berkeroncong.

"Qaseh tak berselera mama..."ujarku lemah.

"kita makan sikit ya...ni ada bubur nasi yang ayah belikan...lepas tu kita solat bila ayah dan ibu Qaseh datang"pujuk mama.
Aku terdiam dan masih merenung ke arah bilik kecemasan yang dari tadi masih tertutup rapi.

"jom...mama suapkan"mama suapkan bubur nasi tadi ke mulutku.
Perlahan mulut dinganga kerana seluruh tenaga ku sudah lemah.
"makanlah sikit bagi ada tenaga"ku kunyah perlahan walau terasa pahit.

Airmataku kembali gugur bila melihat wajah mama,ibu mertuaku yang selalu ada untukku,sentiasa memberi semangat tatkala aku kedukaan.
Sama seperti Ziyyad suamiku....
Seorang yang penyayang...

"Qaseh rindukan abang"airmataku terus mengalir tanpa henti sampai bengkak mataku.

Setelah ayah dan ibu kembali ke tempat duduk kami aku dan mama pula ke surau untuk solat.

"Ya Allah Kau Selamatkanlah suamiku dan kawannya Amar,berikan mereka kesembuhan,"doaku sesuai solat tadi.

.........
..........

Selepas balik dari surau dengan mama kelibat ibu dan ayah sudah tidak kelihatan di perkarangan tempat duduk kami tadi.

"mama mana diorang?"tanya ku pada mama.

"mungkin doktor dah panggil kut...cuba call ayah"belum sempat aku mengeluarkan telefon dari beg tanganku datang seorang jururawat menghampiri kami.

"puan Qaseh ..."?"aku mengangguk.

"Suami puan sudah dipindahkan ke wad khas...sila ikut saya"kami terus membuntuti tanpa banyak soal.

Debaran jantungku berdegup kencang,bermacam persoalan hadir silih ganti memikirkan bagaimana keadaan suamiku kini.

"sabar ya Qaseh..."mama menepuk bahuku sebelum melangkah masuk ke bilik.

Perlahan pintu bilik dikuak,mama terdahulu melangkah masuk,aku menghela nafas agar kali ini aku akan tenang bila berhadapan apa jua keadaan suamiku.

Dengan lafaz bismillah aku mulakan langkah masuk ke dalam.
Perlahan aku telan liur apabila lihat sekujur tubuh kaku terlantar di atas katil,kaki digantung ke atas,tangan dan kepala berbalut putih.
Terlentang kaku tanpa reaksi.

Aku terus menghampiri sekujur tubuh itu yang sedikit pun tanpa sebarang pergerakan.
Degupan jantungku kembali turun naik,airmata yang dari tadi aku seka dari terus menitis kali ini jatuh jua.

Ibu dan mama yang dari tadi terdiam melihat aku masuk terus menerpa ke arahku,memegang bahuku apabila kaki ku tidak mampu lagi berdiri teguh,badanku menggigil dan hampir tumbang menyembah lantai.

"Qaseh...mengucap...terima ini sebagai ujian dari Allah"mama terus memeluk ku.

Aku terus terduduk di lantai dan meraung dengan kuat.Aku tidak sanggup melihat ketidak upayaan Ziyyad di atas katil sedemikian rupa.
Mama dan ibu turut terduduk.

"kalau Ziyyad adalah suami Qaseh...dia adalah anak mama...kita harus kuat"kata perangsang dari mama.
Badan mama terus aku peluk dan airmata ku terus mengalir laju sampai bahu mama dibasahi dengan airmata.

"Qaseh tak sanggup lihat abang macam ni mama..."dalam isak tangis aku memandang sayu wajah suamiku.
Sekali lagi aku menarik nafas dalam dan cuba berdiri mencari kekuatan untuk berdiri mendekati Ziyyad.

"suami puan sekarang dalam keadaan tidak sedarkan diri mungkin mengambil masa beberapa jam lagi...syukur sebab dia tidak koma,cuma kaki dan tangannya ada sedikit keretakan,begitu juga dengan kepalanya ada hantukan akibat kemalangan itu...jadi kita berdoalah agar dia cepat sedar"doktor yang merawatnya tadi datang memberikan keterangan kepada kami.

"bagaimana dengan kawannya doktor?"tanya mama.

"Encik Amar ...mengikut laporan dia juga lebih kurang macam Encik Ziyyad cuma kakinya patah dan kami terpaksa masukkan besi buat sementara ini...dan semua atas kekuatan dan daya tahan seseorang itu..."terang doktor lagi.

Perlahan aku bangun menghampiri Ziyyad dan menggenggam tangannya.
Wajahnya ku renung,wajah insan yang amat aku cintai.

"abang...Qaseh nak abang bangun..."suaraku yang sudah semakin serak kerana kuat menangis daripada semalam.
Tangannya kukucup perlahan,namun Ziyyad masih lagi seolah tidur dengan tenang.

"Qaseh...ayah dan ibu balik dulu ya...nanti kami datang lagi dan kita uruskan pemindahan Ziyyad kat KL agar senang untuk kita semua"ayah datang menghampiri ku.

"nanti ibu bawa pakaian Qaseh,sebab tadi sehelai sepinggan kita tadi...sementara tu Qaseh duduk lah di sini supaya bila Ziyyad sedar Qaseh dah ada dengan dia"sambung ibu .

Aku hanya mengangguk lemah.

"kami tinggalkan Qaseh dengan kak Ros ya...nanti esok kami datang lagi"setelah bersalaman ibu dan ayah terus berlalu pergi.

Mama yang menemani aku bersama Ziyyad.

"Qaseh rehat dulu...tak elok duduk lama lama"Suruh mama bila melihat aku yang dari tadi tidak berganjak di sisi Ziyyad.

"tak apa mama,Qaseh nak duduk dengan abang,Qaseh tak nak bila dia sedar tengok Qaseh tak ada dengan dia"

"iyalah...mama duduk di sofa tu...kalau Qaseh ada apa yang perlu nanti panggilkan mama"Mama mengambil tempat di sofa yang telah di sediakan dalam bilik itu.
Seketika kemudian kelihatan mama sudah terlena.

Aku masih lagi tidak dapat melelapkan mataku,
Pandanganku masih lagi pada sekujur tubuh di depanku.

Masih tidak memberikan reaksi untuk sedarkan diri.
Sesekali datang jururawat dan doktor datang melawat dan menukar botol iv yang dimasukkan ke badan Ziyyad.

Entah jam berapa aku terlena sendiri.
Sesekali terjaga dan bangun merenung wajah Ziyyad yang masih kaku,ku pandang mama masih terlena.

"abang...Qaseh rindukan abang...tolonglah bangun...Qaseh tak kuat..tengok abang macam ni..."airmataku terus berjuraian.
Aku sembamkan mukaku ke dada Ziyyad dan terus menangis.
Degupan jantungnya dapat ku dengar dengan kuat.

"sayang...."terdengar suara Ziyyad memanggil aku.
Perlahan aku dongakkan kepala,namun aku lihat Ziyyad masih lagi pejamkan matanya.

"mungkin hanya mainan perasaan ku tika ini"telah ku.
Aku kembali duduk di sisinya,tangannya aku genggam perlahan.
Airmataku tetap tidak berhenti mengalir tika ini.

Tiba tiba genggam tanganku dibalas seolah Ziyyad mengenggam kembali tanganku.

"abang...abang dah sedar?"tanya ku bila lihat kelopak mata Ziyyad mula bergerak gerak perlahan.

"mama..mama..."aku panggil mama apabila Ziyyad sudah mula membuka matanya.
Terus aku memeluknya...

"sayang.....sakit..."aku terus melepaskan pelukan yang kuat tadi.

"sorry...Qaseh minta maaf..."Ziyyad tersenyum memandang ku.
Lega hatiku bila lihat senyuman terukir di bibirnya.

"Qaseh...Ziyyad dah sedar?"tanya mama menghampiri kami.

"ya mama..abang dah sedar..."

"sayang.....berapa lama abang kat sini?"tanya Ziyyad dengan suara tersekat sekat.

"daripada semalam lagi...."jawab ku.

"sayang kenapa menangis..."perlahan tangannya diangkat untuk menyeka airmata yang masih bersisa di pipiku.

"tak kan Qaseh nak gelak kut tengok abang macam ni..."aku mencebik.
Ziyyad tergelak kecil dan tangannya menahan perut aku kira kerana terasa sakit

"sakit ker?"aku mula cemas bila lihat wajahnya merah padam.
Perlahan dia mengangguk.
"abang rehat dulu...jangan banyak bergerak...Qaseh panggilkan doktor"kebimbangan mula menguasai diri bila lihat wajah Ziyyad mula berubah.

Butang yang berada di sebelahnya aku tekan untuk memanggil doktor.

"mama..."mama mendekatkan dirinya dengan Ziyyad.

"ya...Yad...hang tak payah banyak gerak...hang baru sedar tu..."ujar mama.

"sayang...baby ok?"perutku disentuhnya.
Aku sendiri seolah terlupa saat ini aku sedang hamil kerana sejak semalam hanya Ziyyad dalam fikiran ku.
Aku seolah baru tersedar bahawa ada lagi satu nyawa bersamaku.

Aku mengangguk perlahan dan mengusap sendiri perutku.
"maafkan ummi ya sayang..."getus hatiku.

Kebimbangan mula menguasai diri apabila perut ku sentuh tanpa ada pergerakan.

"kenapa sayang.."suara Ziyyad perlahan menanyaku.
Aku mula berpeluh,dan bimbang aku berpaling ke arah mama yang dari tadi memandang ku.

"kenapa Qaseh?"mama pula bertanya.
beberapa kali muka ku raup.

beberapa minit kemudian doktor dan jururawat masuk ke bilik kami.

Mama duduk kan aku di kerusi.
Perlahan aku menarik nafas.

"doktor tolong check perut menantu saya ni sekali..."
Doktor segera mengarahkan pembantunya memeriksa ku sekali.

"doktor...pergerakan baby dalam kandungan agak lemah ni"ujar pembantu tadi.
Airmataku kembali mengalir saat dengar perkhabaran itu.
Allah uji aku sekali lagi.

Sekarang bukan saja Ziyyad yang dirawat tetapi aku juga perlukan rawatan.
Kerana terlalu tertekan memberikan kesan pada bayi dalam kandungan ku.

"kan mama dah pesan jaga makan.......doktor macam mana sekarang?"kerisauan jelas kelihatan di wajah mama.
Kalau semalam anaknya yang menjadi kerisauannya tapi kini menantu dan cucunya juga membimbangkannya.

"puan kena makan dan banyak rehat ya...sebab emosi ibu boleh mempengaruhi bayi dalam kandungan...disebabkan kandungan ini masih baru dan sangat perlukan tumpuan yang sepenuhnya,kena makan tepat pada masanya..jangan terlalu fikirkan perkara yang tak sepatutnya."pesan doktor padaku saat aku dibaringkan di katil sebelah suamiku.

Aku juga terpaksa dimasukkan ubat melalui botol iv,kalau tadi Ziyyad yang aku risaukan tapi kini bayi dalam kandungan ku juga memberi kesan padanya.

"Sayang rehat ya..."pesannya dari jauh,aku lihat matanya mengalirkan airmata.
Begitu sayu sekali,aku hanya mengangguk lemah.

"rehatlah Qaseh...Ziyyad pun dah ok...tak perlu risau lagi...mama boleh tengokkan...Qaseh tidur dulu...tenangkan diri..."kepalaku diusap mama.
Mataku perlahan aku pejamkan.
Saat ini mataku begitu berat untuk aku buka..dan aku terlena sendiri.

"mesti Qaseh banyak menangiskan mama"ujar Ziyyad bila lihat Qaseh sudah terlena saat ini.

"ya Yad...hampir pengsan dia...makan minum pun tak mau..."

"kesian dia mama...terpaksa tanggung semua ni..."keluhan kecil dilepaskan.

"dah lah hang pun rehatlah...hari dah nak siang ....cepat sembuh cepat boleh balik"ujar mama.

''Nurin mana mama?"tanya Ziyyad bila dari tadi tidak kelihatan anak perempuannya.

"mama tinggalkan kat rumah isteri PakJoe...jauh tak boleh bawa...lagipun masa tu kelam kabut sikit"sambung mama sambil membetulkan bantal Ziyyad.

Ziyyad hanya mengangguk lemah,keadaan sakitnya tidak membolehkan dia berbicara terlalu lama.
Sesekali dia menoleh ke arah isteri tercintanya yang sedang terlena.
Hendak bangun pun dia tidak mampu untuk bersama isterinya di sudut sana.

"hang rehatlah...mama nak mandi dan solat subuh...dah masuk waktu ni.."mama terus berlalu meninggalkan mereka berdua.

Ziyyad memandang sayu Qaseh yang terlena ,wajah isterinya direnung lama dari jauh ,banyak pergorbanan dan airmata yang tumpah dari isterinya.
Terasa ingin memeluk isterinya saat ini namun dia tidak berdaya,hanya dari kejauhan tatapan sayu seorang suami.
Begitu indah cinta yang Allah kurniakan untuknya,hadirkan Qaseh dalam hidupnya dan kini mengandung kan zuriat keturunannya.

Kini dia juga kembali terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience