Aku berlalu mendekati Kak Athirah dan Liza,merah padam muka aku masa ni,Liza melihat aku dengan gelak gediknya.
"amboi...romantiknya pasangan bercinta ni"sapa Athirah.
"siap cium tangan bagai"Liza pulak menyambung.
Rupanya segala perbuatan Ziyyad tadi jadi perhatian mereka berdua.
Aku tertunduk malu.
"Liza kau tak berbau nasi minyak ker?"tanya Athirah sambil mengerling ke arah ku.
"nasi minyak...akak bawa ke?"tanya liza kebingungan
"ish...punyalah bengap kepala kau Liza....hmmmm...patutlah sampai sekarang kau single minggle..."aku terus ketawa mendengar kata kata Athirah.
Liza masih lagi tak faham maksud Athirah yang memerliku.
"ni yang kawan kita..Qaseh tak lama lagi nak kahwin..."ujar Athirah lagi.
'"ooo...baru faham...Qaseh nak kahwin"Reaksi terkejut Liza.
Aku terus berlalu meletakkan beg tanganku di satu sudut belakang.
"betul ker...bila?"Liza terus datang memeluk ku dari belakang.
"eee....gelilah....kak pencabul ni..."laungku
kedengaran suara Athirah tergelak besar.
"gelilah...kalau boyfriend pegang tak geli pun.."gelak Liza.
"boyfriend lain....kau tu pompuan...eeee...tepilah..."aku menepis tangan Liza dan berlari anak ke depan.
"Liza tempahan minggu lepas tu dah siap ker?"tanya Athirah mengejutkan Liza yang cuba menangkap aku.
"ya kak...saya dah packing"jawab Liza terkejut bila ditanya oleh Athirah.
"padan muka...."sambil menjelirkan lidah padanya.
"Qaseh sini kejap...esok kenduri kak Leha kau pergi ker?"tanya Athirah dengan tiba tiba.
"kenapa akak tanya?"tanya aku kembali.
"kalau kau ikut pergi...jadi akak nak tutuplah kedai...kesian pulak kat Liza sorang sorang...."jawab Athirah sambil tangannya membalas pesanan masuk ke telefonnya.
Selalunya hari minggu jarang Athirah tutup kedai sebab masa inilah ramai pelanggan yang datang
"entahlah kak, kalu ikut hati memang tak pergi lah kut...tapi mama suruh pergi...serba salah Qaseh..."kataku sayu.
"tak apalah nanti apa apa malam call akak confirm...senang nak bagitahu Liza...nak tutup atau buka"
Aku hanya mengangguk dan terus bangun pergi ke depan apabila beberapa pelanggan mula memasuki kedai.
"kalau aku ke sana nanti mesti Zack Haikal ada sana....majlis kakak dia..."keluh aku sendiri.
..........
..........
"Ziyyad...happy semacam jer aku tengok kau hari ni!!"tegur Amar semasa waktu makan tengahari tadi.
"tak ada apalah Mar...."jawab Ziyyad sepatah sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.
"emmm.....kau tak payah tipulah Ziyyad Iman...."
Amar memang pakar korek rahsia orang.
"makan jer lah nanti aku cerita"dia menghabiskan sisa nasi yang ada di pinggannya.
"hei handsome man.....makan tak ajak...."datang satu suara menyapa mengejutkan Ziyyad dan Amar.
Hampir tersembur air yang di minum oleh Amar.
"Lina....cik..Lina...jom lah duduk"ajak Amar.
Ziyyad menguis kaki Amar dari bawah memberi isyarat agar mengelak dari si gedik Lina duduk bersama.
"really...well orang pelawa kita apa lagi.."tanpa basa basi Lina si gedik mengambil tempat di sebelah Amar.
"awak duduk lah ,saya dah siap...Amar nanti jangan lupa bayar yang aku sekali ya"Ziyyad terus bangkit dari duduknya.
Lina,terkebil kebil terkejut dengan tindakan Ziyyad berlalu pergi ketika dia baru duduk.
Ziyyad cuba mengelak daripada melakukan zina mata bila Lina di depannya...pakai baju tak pernah cukup kain,buka bawah,buka atas....
"sombong benar lah Tuan Ziyyad tu....kita yang cantik ni pun tak pandang"bebel Lina.
"alah cik Lina apa nak kisah...abang Mar kan ada...setakat nak teman makan...tak kisah lah...nak bawa jalan jalan pun boleh jer"
"Amar you tu not my taste...tak takut bini marah ker nanti?"tanya Lina.
"sampai hati cik Lina....nak jadi bini nombor 3 abang tak?"tanya Amar mengejutkan Lina.
"eee....Amar.....dah lah....buang masa jer....pesan kat bos you tu jangan sombong sangat nanti makan diri"Lina berlalu pergi dengan nada marah.
Tercengang Amar melihat kelakuan Lina.
"gila pompuan ni...aku kat sini bukan main handsome...Ziyyad yang beku macam aisberg tu juga yang dia nak"bebel Amar.
"macam mana dah blah pompuan gedik tu?"tanya Ziyyad bila kelihatan kelibat Lina berlalu pergi.
"wei kau ada kat sini lagi ker...aku ingat kau dah blah"
"ada...kat belakang tu...malas nak layan pompuan yang tak cukup kain tu"jawab Ziyyad.
"emmmm.....tadi aku lamar dia jadi bini nombor 3 aku...tapi ditolak aku hidup hidup"
Ziyyad tergelak besar mendengar kata kata Amar yang miang.
"dah jom kejap lagi kita kena masuk site kan...cakap dengan kau memang sampai esok pun tak habis"
"wei nanti bayar dulu"laung Amar bila lihat Ziyyad berlalu pergi.
"dah settle"jawab Ziyyad lagi
"lega....ingat aku yang kena bayar tadi"
"kau nak bayar...dalam mimpi lah kut..."Ziyyad menempelak.
Amar tersengih.
"oh ya Mar jap lagi kau bawa kereta sendiri ok...sebab aku memang tak singgah sini,sebab nak jemput my lovely..."ujar Ziyyad mempamerkan kegembiraan di wajahnya.
"wow....my lovely....emmm....ni dah declare ker?patutlah muka ada banyak gula..."perli Amar.
"yup...nanti tunggu kad jemputan dari kami"Ziyyad terus masuk ke dalam perut kereta.
Di ikuti dengan Amar yang ikut dari belakang.
..........
..........
"akak...saya balik dulu ya...tadi mama call suruh ambil adik kat asrama...."ujar Liza
"iyalah...jap Liza lupa nak cakap esok kitaorang nak kena pergi kenduri sepupu..jadi rasanya kita tutup jer lah kedai"ujar Athirah sebelum Liza melangkah keluar.
"ya ker?baiklah kalau gitu...boleh bawa adik jalan jalan esok...kesian kat dia selalunya hari cuti saya kerja"jawab Liza
Liza berlalu pergi meninggalkan kami berdua.
"akak betul ker ni...Qaseh tak tahu pun nak ke sana ataupun tak..."ujar ku
"tak apalah pergi atau tak...kesian juga tengok Liza tu...boleh lah esok bawa adik dia jalan jalan...sekali sekala balik dari asrama....esok Qaseh pun pergi kan....kat kenduri tu...tadi siap Ziyyad dah call akak minta cuti bagi pihak Qaseh"Athirah tersengih ke arah aku.
"hah...abang call akak minta cuti bagi pihak Qaseh....."terlopong aku mendengar kata kata Athirah tadi.
"ya...dia nak Qaseh ikut dia esok pergi sana..."
Aku hanya mengangguk faham.
"assalamualaikum...."kedengaran salam dari luar pintu.
Kami menoleh serentak.
"oh...Ziyyad come....kami pun kebetulan dah nak tutup kedai dah.."Ziyyad melangkah masuk.
Aku terus berpaling tanpa menghiraukan langkahannya.
"Athi...kenapa tu?"tanya Ziyyad pada Athirah bila lihat Qaseh seolah marah padanya.
Athirah hanya mengungkit bahu.
"dia marah aku ker?"tanya Ziyyad dalam hati.
Jam yang dipakainya di tilik
"tak lewat pun"Ziyyad makin pelik dengan kelakuan Qaseh.
"alah pompuan biasalah tu...merajuk... Athi rasa dia bulan mengambang kut tadi..."Athirah menepuk bahu sepupunya.
"bulan mengambang?"tanya Ziyyad terkejut.
"Biasalah...tengah angkat bendera merah lah tu..."
"oooo...."tergelak Ziyyad bila dengar begitu.
"jom"ujar ku sepatah.
Aku terus mencapai beg tangan dan keluar tanpa menunggu jawapan darinya.
Ziyyad hanya membuntuti dengan seribu persoalan dalam benak fikirannya.
"sayang...kenapa ni...muram jer...marah abang?"tanya Ziyyad lembut.
Aku masih lagi membatu tanpa senyuman di bibir.
"sayang please kalau ada abang buat salah abang minta maaf...tapi tolong bagitahu apa salah abang"rayu Ziyyad lembut.
"tak ada apalah....Qaseh penat jer"jawab ku perlahan.
"baiklah...lega abang kalau Qaseh tak marahkan abang...ni nak balik terus atau nak singgah mana mana...shopping ker..."Ziyyad cuba memujuk ku.
"balik jer lah....Qaseh rasa tak sedap badan lah..."jawab ku sambil badan aku sandarkan di kusyen kereta.
Ziyyad hanya mengangguk dan meneruskan pemanduannya.
"sayang ok ker ni...nampak macam sakit jer"tanya Ziyyad cemas bila melihat aku mula terketar ketar.
Dia segera memberhentikan keretanya di tepi.
"sayang...kenapa ni?"tanyanya lagi.
Peluh mulai keluar dari dahi ku.
"perut Qaseh sakit...senguggut....biasa jer kejap lagi ok kut"jawab ku terketar ketar menahan sakit.
"macam Sofia dulu"rungut Ziyyad.
"hah...abang cakap apa tadi....aduh...sakitnya...."
Aku terdengar nama Sofia disebut.
"tak ada apalah...tak apa kejap lagi kita singgah beli ubat kat Farmasi"
Ziyyad teruskan pemanduannya.
Kereta di berhentikan apabila dekat dengan Farmasi dan dia segera membeli ubat tahan sakit dan sebotol mineral dijinjing di tangannya.
Aku hanya memerhati lemah.
Sudah lama rasanya aku tidak rasa sesakit hari ini.
Terpaksa menahan malu depan lelaki bila keadaan jadi begini...nasib lah jadi pompuan...tanggung sakit tengah datang bulan...ni belum lagi sakit bersalin.
"nah telan ubat ni dulu...jap abang bukakan air"sebiji ubat dan sebotol mineral di suakan kepada Qaseh.
"ok...sayang baring dulu....relax.."dia merebahkan badanku.
"terima kasih abang"
Dia hanya mengangguk dan tersenyum.
"kau terlalu baik Ziyyad"gumamku.
Sedikit kelegaan bila dapat layanan bak puteri.
Share this novel