Sekembali Ziyyad dari majlis sambutan hari lahir tadi Ziyyad terus ke bilik mandi membersihkan diri.
Hatinya terasa tenang kini bila tercapai jua impian hatinya untuk melamar Qaseh.
Dia menghampiri laci yang terkunci dan dibuka perlahan.
Beberapa keping foto arwah isterinya di tatap.
Rasanya sudah lama dia tidak berbuat demikian
Dia menatap sayu wajah Sofia yang berkaca mata,si genit yang pernah hadir dalam hidupnya.
Insan yang pernah menjadi suri dalam hidupnya.
Kenangan mula menggamit.
"abang...nanti kalau Pia tiada...abang carilah pengganti ya...seseorang yang boleh membahagiakan hati abang,hati mama dan boleh terima anak kita"ucap Sofia sambil mengusap lembut perutnya yang semakin membesar
"Pia...kenapa cakap macam ni...abang tak nak dengarlah...abang nak Pia selalu di sisi abang...lahirkan anak anak abang..."Ziyyad mengucup lembut dahi Sofia.
"Pia kata kalau...."mulut Sofia ditutup dengan tangan.
"Pia akan hidup lama lagi bersama abang...kita akan sama sama membesarkan anak anak kita bersama"Wajah Sofia ditatap lama.
Sofia mengangguk dan tersenyum.
Ketika usia kandungan Sofia sudah cukup masa melahirkan,Sofia mengalami komplikasi akibat pendarahan kerana tergelincir tangga dan terpaksa dibedah.
"abang tolong jagakan Nurina untuk Pia...dan carilah pengganti...Pia..."saat memasuki dewan bedah sempat Sofia membisikkan di telinga Ziyyad.Tangan Ziyyad dikucup lembut
Keadaan Sofia sudah semakin lemah
Ziyyad mengucup lembut ubun ubun Sofia menyalurkan kekuatan.
"halalkan makan minum Pia...maafkan Pia...."
Airmatanya mula mengalir dengan laju...melihat dari kejauhan Sofia ditolak masuk ke dewan bedah.
"Pia...abang tahu Pia kuat....mengucap Pia..."itulah kali terakhir wajah pucat isterinya dilihat...kali terakhir dia dapat berbicara dengan Sofia.
Tiada lagi keindahan hari harinya bersama Sofia.
Tatkala mendapat khabar berita dari doktor mengatakan Sofia sudah tiada jantungnya seolah terhenti mengepam...Sofia pergi meninggalkan kenangan bersama.
Nurina...anak perempuannya lahir setelah Sofia bertarung nyawa.
Nurina di tinggalkan dan dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu.
Nasib dia masih punyai mama yang membantu dan membesarkan Nurin....
Sofia...maafkan abang....Qaseh adalah pengganti yang selayaknya untuk abang....satu ungkapan keluar dari mulutnya.
Setitis,airmata mengalir di pipi.
Foto diletakkan kembali ke dalam laci dan dikunci.
Ziyyad merebahkan badannya di atas katil,tangan di letakkan di dahinya.
Direnungnya kipas atas kepalanya...anak matanya turut berpusing bersama kipas itu.
"Qaseh....hmmm...."fikirannya mula teringatkan gadis nakal yang kini menjadi sebahagian dari hidupnya.
Dia tersenyum....sehingga terlena sendiri.
.........
.........
Suara azan sayup kedengaran,aku bangun segera ke bilik mandi bersihkan diri dan solat subuh.
aku membelek cincin di tangan ku.
"cantik"hatiku amat gembira saat ini.
Malam tadi aku dilamar terasa solah bagai mimpi,aku tersenyum sendiri.
Aku bangun mengenakan tudung di kepala,selepas pemberian Ziyyad selendang tempoh hari aku nekad akan terus berhijab menutup aurat dan mahkotaku.
Ini adalah tuntutan bukan suka suka ya...
Jam menunjukkan 7pagi...aku segera menuruni anak tangga dan sempat aku mengerling ke bilik sebelah,ya bilik kekasih hati ku Ziyyad.
Cewah Qaseh....berangan lagi...
Sunyi...mungkin sudah bangun atau tidur lagi...
Aku terus melangkah
Zup....terasa tangan aku disambar.
"menghendap abang ya"kini aku ditarik ke pangkuannya.
Tangannya berada di pinggang ku.
Mataku membulat,mulut terlopong,
"ish...abang lepaslah...nanti mama datang..."ujar ku dalam ketakutan.
Betul lah orang kata duda ni lebih gatal daripada teruna.
"cium skit boleh?"tanya Ziyyad mula mendekatkan mukanya.
"abang....lepaslah.....nanti jerit kang....m..mam..."dia terus menekup mulutku.
Rangkulan perlahan dilepaskan.
Aku menarik nafas lega.
"hmmm...tahu takut...dah Qaseh nak turun bawah buat sarapan"
"nanti la dulu...."ujarnya sambil sekali lagi menarik tanganku.
Kali ini dia mengucup lembut.
"hmm...wangi...terasa nak kunyah"katanya.
"eee...gatal...ada ker nak kunyah tangan orang...nanti kudung abang nak ker?"tanya ku sambil mencebik.
Dia tergelak kuat,
"tak kisah...kudung ker tak ker...abang terima.."
"dah lepas...kalau macam ni kita nikah terus boleh?"tanya Ziyyad...
"tak sabarlah abang...tiap tiap hari tengok sayang...cantik...menggoda...fuh..."dia buat muka macam nak kena penampar pulak dah.
"abang...please lepaslah tangan ni...nanti tak pasal jatuh kat sini.."ujarku masih lagi boleh berlembut.
"hmmm.nak bermanja sikit pun tak boleh"
dia buat muka merajuk pula dah.
"kahwin dulu...baru boleh lebih..."jawab ku sambil ketawa kecil.
"jom..."ajaknya menarik aku menuruni anak tangga.
"jom...jom ke mana?"tanya ku terpaksa menuruni tangga bersama.
"laa...tadi kata nak kahwin...kita pergi kahwinlah"jawabnya ketawa.
"buang tabiat lah abang ni..."
"amboi..amboi....kau orang ni...semalam baru sarung cincin pagi ni turun tangga berpegang tangan bagai...oi...duda dan dara...kau berdua ni tak nikah lagi....baru bau bau tunang....tak payah nak menggatal.....depan hidung mama juga lah kau buat benda ni ya"telinga Ziyyad ditarik,dia terus melepaskan genggaman tangannya.
Belakang tengkuknya digosok,aku terus ketawa.
Tak semenanya terpancul mama dari bawah...
Betullah sebab bilik mama kat bawah.
"sorry.,..pegang tangan jer pun....bukan buat lebih"Ziyyad cover line.
"lebih ker kurang ker....tak payah ngada ngada...kalau tak tahan sangat tu nikah cepat...."bebel mama lagi sambil berlalu ke dapur,aku turut membuntuti mama dan mengerling ke arah Ziyyad yang masih lagi terlopong.
"padan muka"aku mengangkat kening dan tergelak kecil.
"ni Ziyyad esok ada majlis nikah anak sepupu hang..jadi kita semua pi lah ya...."ujar mama sambil memotong bawang.
Aku pula membancuh air dan hanya memasang telinga
"kenduri Hanna ker?"tanya Ziyyad yang dari tadi mengerling ke arah ku.
"yalah...kita kan dijemput...nanti korang nikah pun..kita jemput diorang pula"
ujar mama.
Aku datang meletakkan sedulang air di atas meja.
Sempat lagi matanya dikenyitkan ke arah ku.
Bertambah miang orang tua ni.
Aku hanya memberi isyarat mata.
"duduk sini Qaseh...sementara korang ada kat sini...sambil makan kita bincang terus pasal korang berdua...rasa tak boleh berlengah lagi dah...naik berbulu biji mata mama ni...yang sorang lelaki nampak miang sangat dah...yang dara ni pula tersimpul malu....jadi mama rasa kena percepatkan hajat korang berdua"bebel mama panjang lebar
Kami berpandangan dan tergelak.
"mama ingat 2minggu dari sekarang terus nikah..sempatlah korang nak cari baju nikah ker apa..."ujar mama terus bangun ke arah dapur.
"2minggu dari sekarang mama?tak rasa cepat ker?"tanya ku terkejut.
"lama tu mama...2jam dari sekarang pun ok juga mama"ujar Ziyyad nakal.
Aku menampar bahunya.
Dia menyeringai kesakitan.
"gatal..."
"tu la pasal mama nak percepatkan...kalau minggu ni tak sempat nak prepare apa apa...jadi 2minggu tu ok lah...lagipun mama tengok si duda ni dah tak sabar jer kan?"
Rona muka Ziyyad bertukar warna.
Aku tergelak kecil.
Sambil membebel siap juga sekuali mee goreng mamak mama.
"nah makan....nanti malam kita bincang lain..."
mee di cedok ke pinggan.
"nah masuk kan sini sekali"Ziyyad menyuakan pinggan kosong kepada ku.
"Ziyyad ..Ziyyad..."mama tersenyum melihat gelagat kami.
Selesai makan dan mengemas,meja aku terus bergegas mengambil beg tangan untuk ke butik.
"mulai hari ini abang hantar sayang kat tempat kerja"sayang....dah mula bersayang sayang dah Ziyyad pun.
"tapi Qaseh boleh jer pergi naik my lovely skuter"aku muncungkan mulut.
"amboi bukan main lagi panggil skuter tu lovely bagai....kan bagus kalau panggil abang macam tu..baru romantik"
"dengan motor pun nak jealous?tapi Qaseh nak pergi sendirilah...cepat "ujarku lagi.
"tak payah ngada ngada...abang akan hantarkan sayang..jadi kena ikut arahan abang mulai hari ini...jam ini...ok...tidak boleh tapi...tapi lagi"
"Nurin mana...lupa anak ker...dia pun abang kena hantar ke sekolah"ujarku tergelak kecil.
"aduh terlupa anak la pulak..."dia menepuk dahi.
"jom Nurin daddy hantar ke sekolah dengan Ummi sekali"ujar Ziyyad
Aku memimpin tangan Nurin ke kereta
"yeay seronoknya...ummi dan daddy hantar Nurin"begitu girang suara Nurin.
"happy kan...daddy lagi happy tau tak lama lagi ummi Nurin jadi hak milik daddy sepenuhnya"
Aku hanya menjelingkan mata.
"dah lah. duk merapu meraban kat depan Nurin...tu nanti terlepas sekolah pulak..."ujarku padanya apabila kereta menghampiri sekolah.
"ops...terlupa...ok Nurin dah sampai....nanti Pak Joe datang jemput ya.."Aku membuka pintu untuk Nurin.
Selesai bersalam aku kembali masuk ke perut kereta.
Jarak antara rumah,sekolah Nurin dan tempat kerjaku tidak terlalu jauh dan hanya laluan sehala sahaja.
Kereta terus meluncur terus ke tempat kerjaku pula.
"abang tak sibuk ke harini....balik nanti macam mana?"tanya ku apabila keretanya berhenti betul betul di hadapan butik.
"hari ni abang masuk office kejap jer...dan lebihnya melawat tapak projek area sini...jadi sempatlah kut jemput sayang nanti"sambil tangannya mencuit hidung ku.
"kut?kalau tak sempat...mereput Qaseh kat sini lah ya?"tanya ku mencebik.
"sempat lah....everything for you love..."tanganku diambil dan dicium lembut.
Ulat bulu mula naik daun....
"lepaslah kak Athirah dah sampai tu aku menarik tanganku apabila kelihatan Liza juga berada bersama Athirah yang sedang membuka kedai.
Ziyyad tergelak.
"hmmmm....baru nak bermanja"ujar Ziyyad tersengih.
Aku terus keluar dari perut kereta,takut si duda hot ni melebih lagi.
Terus aku berlalu tanpa menghiraukan lambaiannya.
Share this novel