bab 23

Romance Completed 29803

Kenangan mula menyapa tatkala kaki melangkah menyentuh pasir pantai.
Di pantai inilah bermula titik hubungannya dengan keluarga Ziyyad.
Siapa sangka anak yatim sepertinya dapat menumpang kasih bersama keluarga kecil ini.
Nurin orang yang paling gembira saat ini.

"mama pi sanalah dulu Yad...pekena mee sup...hang duduklah teman Qaseh dengan Nurin"ujar mama

"ok mama..nanti kami ikut...Nurin tengah suka main tu"ujar Ziyyad pada mama.

Aku dan Nurin memang satu kepala suka main air pantai.
Sesekali aku melompat anak apabila ombak datang dan pergi,terdengar suara gelak tawa kami bersama.

Ziyyad memerhati aku dan Nurin bergelak ketawa,

"emmm....Qaseh memang suka kan pantai kan?"tanya Ziyyad bila datang menghampiri aku.

"yup...lama tak datang sini...rindu...first time jumpa Nurin kat sini"ujar aku sambil memimpin tangan Nurin.

"ini namanya jodoh...kalau tak abang pun tak kenal dengan Qaseh"Ziyyad tersenyum memandang ku.
Aku turut tersenyum.

"ummi,Nurin nak ke situ"Nurin lepaskan pegangan tangan aku.

"hati hati main dekat ni jer...jangan pergi jauh..."laung aku pada Nurin bila lihat Nurin berlari ke depan.

"Qaseh..."panggil Ziyyad perlahan sambil memegang tanganku.
Langkah ku terhenti.
Aku menatap wajah si smile killer yang berada di depanku.
"kenapa ni...abang ada apa apa nak cakap kat Qaseh ker?"tanya ku untuk kepastian apabila melihat mukanya seolah menyembunyikan sesuatu.
Sekarang dia sudah berani memegang tanganku...aku pun seolah merelakan...kenapa ya...?entahlah......
Dia mengeratkan genggaman tangannya...
jantungku mula dup dap dup dap berbunyi kencang apabila matanya seolah menembusi tangkai jantungku...

Dia masih lagi terdiam tanpa kata,terus memandang aku,aku tertunduk malu kerana tidak tahan dengan renungannya.
Daguku diangkat kembali berpandangan.

"Qaseh pandang abang sekarang...dengar apa yang abang nak cakap..."debaran jantung aku semakin kencang.

"a...apa..yang a..abang nak..cakap?"tanya ku gugup.

"apa sebenarnya ni....tak kan nak melamar aku kat sini kut"bisik aku dalam hati.
Berangan tahap kayangan.

"ummi...Nurin nak aiskrim..."Nurin datang menarik baju ku.
Emmm...maka tamatlah adegan romantik kami tadi.
Aku ketawa terkekeh kekeh bila lihat muka tak puas hati Ziyyad.

"Nurin...Nurin..kacau daun betul lah..."ujar Ziyyad turut ketawa.

"jom...daddy belikan..."
Nurin diangkat kedukungnya
"abang,mama mana?"tanya aku bila tersedar ketiadaan mama bersama kami.

"mama kat gerai sana rasanya"Ziyyad menunjuk ke arah deretan gerai yang berada di pantai itu.
Aku mengangguk dan berlalu pergi.

Nurin terus menarik tangan daddy nya menuju ke arah penjual aiskrim.

Aku tergelak sendiri apabila terkenangkan peristiwa sebentar tadi...

"amboi tersengih sengih macam kerang busuk...ada apa apa ker tu?"sapa mama apabila aku menghampirinya.

"tak ada apalah...suka tengok Nurin main tadi"dalih ku.
Tak kan lah aku nak cakap padal sesi romantik yang tak berapa jadi tadi.

"mama makan mee sup ker?"tanya aku sambil melilau mencari kelibat Kamal.

"Ziyyad dengan Nurin mana?"tanya mama.

"Nurin nak aiskrim tadi"ujar aku.
Mengambil tempat di hadapan mama.
Sejurus kemudian Ziyyad dan Nurin datang menghampiri kami berdua.

"hmm...dah dapat aiskrim?"tanya aku pada Nurin sambil melirik senyum pada kekasih hati.
Bila tengok mukanya timbul satu kelucuan pasal peristiwa tadi.
Aku tergelak kecil.
"gelakkan abang ya?"Ziyyad berbisik ke telinga ku.
"tak lah...mana ada"jawab ku perlahan agar tidak di dengari mama.

"Yad,Qaseh nak makan apa apa tak?"tanya mama.

"cendol!!serentak kami memesan.

"hmmm....sama ya"mama tergelak kecil.
Mama segera memanggil pelayan kedai dan memesan dua cendol.

"Qaseh kan?"datang kak senah menyapa aku sambil meletakkan dua mangkuk cendol.

"ya kak...tak cam ker?"tanya ku ramah.

"semakin cantik...dah pakai tudung tu yang tak berapa nak cam.."kami bersalaman.

"biasalah kak...mana yang lain kak senah...Tina...dan abang Kamal?"tanya aku apabila tidak kelihatan kelibat mereka.

"oh..Tina dah kahwin bulan lepas...Kamal dah masuk polis"ujar kak Senah.

"Kamal masuk polis?"tanya ku teruja.

"emmm...dia tu bukan calang calang tau...tengok jer macam tu..sebenarnya pandai..cuma tak tunjuk kat kita jer"terang kak Senah lagi.
Ziyyad mengerling padaku apabila aku menyebut nama Kamal.
"memang sesuai dia jadi polis...handsome,tinggi.."puji ku.
Saja aku memuji nak lihat reaksi buah hati ku.
Kak Senah tersenyum sambil melirik ke arah Ziyyad.
"ok lah kak Senah masuk dulu...ada masa nanti singgahlah datang sini lagi"pesan kak Senah sebelum pergi.

"InyaAllah kak"jawab ku.

"Amboi bukan main lagi menyembang tentang Kamal...boyfriend ker?"tanya Ziyyad cemburu.

"mama ada orang cemburu lah kat sebelah ni"perli aku.

"emmm...tak ada maknanya nak cemburu..."
Ziyyad terus menghirup cendol tadi.
Muka cemburu nya jelas kelihatan.
Mama turut tergelak melihat reaksi wajah anaknya.
"iyalah tu...kan mama dah cakap cepat nanti terlepas"mama ketawa bila lihat muka Ziyyad berubah.

"tadi memang aku nak luahkan perasaan dah...tapi si Nurin ni yang potong line"gumam Ziyyad.

"dah jom Nurin...puas dah kan main air...lain kali ada masa kita datang lagi"ujar mama sambil memimpin Nurin ke kereta.

"abang cemburu ker?"tanya aku pada Ziyyad apabila mama jauh daripada kami.

"tak adalah...abang tak kenal pun siapa Kamal..."jawab Ziyyad bangun meninggalkan aku di belakang.
"tapi memang pun aku rasa cemburu apabila dia begitu teruja mendengar nama Kamal tadi"bisik Ziyyad tanpa menyedari Qaseh tiada di sisinya.

"ish...mana pula Qaseh ni...tadi rasa ada sebelah"
Dia mula rasa cuak.
Kerisauan mula menguasai diri.
Dia mula melilau mencari Qaseh,namun hampa.
Ziyyad menyeluk saku dan mengeluarkan telefon dan mendail nombor Qaseh,tapi tidak berjawab.

"padan muka...tak romantik langsung ada ker patut dia jalan ke depan tapi tinggal aku kat belakang ni...biar dia cari...'bisik aku teruskan langkah ke tempat mama dan Nurin

"aik...mana Ziyyad?"tanya mama hairan bila lihat aku sendirian.

"emmm...entah...tadi dia yang jalan dulu...Qaseh dia tinggalkan dia belakang...jadi Qaseh cari jalan lain datang sini"jawab aku selamba.

"ya Allah Qaseh...ni mesti dia tercari cari...hmm...macam macam lah korang ni"mama menggelengkan kepala.

"dah call dia..nanti tak pasal marah"suruh mama.

"yalah...Qaseh cari dia"ujar Qaseh dan berlalu mencari Ziyyad.

"abang...cari sapa tu?"aku menepuk bahu Ziyyad dia terkejut bila melihat aku.

"ke mana tadi...abang cari...ingat kena culik..."
terkerut dahinya,peluh mula kelihatan.
Aku ketawa bila lihat wajahnya tegang.

"Padan muka abang...kan nanti kena culik sungguh baru tau...tadi bukan main lagi jalan depan tinggalkan Qaseh jauh kat belakang..."kataku merajuk.

"emmm...ni nak kenakan abang lah ya...pandai...nak luruh jantung abang tadi cari Qaseh...dah dengan orang ramai lagi...sanggup dia"hidung aku dipicitnya.

"ouch...sakitlah"aku menggosok hidung.

"sorry...sakit ker?"

"sedap..."jawab ku.

"dah jom kali ni abang tak akan belakangkan Qaseh..."dia terus memaut lenganku.
Aku terkejut...kan tadi marah kena tinggal...ni terkejut pula bila di paut lengan.
Hati aku memang cukup gembira saat ini.

"abang tadi abang ada nak cakap apa apa ker?"tanya aku sambil meletakkan kepalaku dekat dengan bahunya.
"tadi...oh...apa ya...tak ingatlah"jawabnya.

"kenapa abang dah nyanyuk ker?tadi tu baru sejam berlalu bukan bertahun pun..."kataku mencubit lengannya.

"aduh...ni mesti kes balas dendam"dia menyeringai kesakitan.

"kan...tadi sedap picit hidung orang..."aku terus berlari ke arah mama dan melepaskan pautan tangannya,takut di lihat mama.

"ish...main kejar kejar pula...malulah..Qaseh...Qaseh...dah jom...balik"ujar mama masuk ke perut kereta.
Aku dan Ziyyad ketawa.

"Rasa begitu indah pada hari ini...
Walaupun tiada ucapan kata cinta daripada nya,namun aku yakin dia pun inginkan yang sama seperti aku.
Aku mengerti kerana lelaki egonya terlalu tinggi.
Aku tahu dengan tindakannya saat memegang tanganku dan merenung ke dalam mataku...hatinya berkata dia jatuh cinta padaku.
Cuma doaku agar akan terucap kata cinta dari mulutnya suatu tika nanti...

Ziyyad...lelaki yang aku cintai...semoga kau akan jadi imam ku suatu hari nanti...
Semoga kau sudi menjadi teman suka dan duka ku..."lembaran diari ditutup dan disimpan dalam laci.
Terasa sudah lama dia tidak mencatatkan sesuatu dalam diarinya.

Kenangan di pantai tadi dicatat sebagai kenangan indah dalam hidupnya.
Akhirnya Qaseh terlena diulit mimpi indah.

p/s:kita baca yang chile dulu nanti baru best.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience