bab 2

Romance Completed 29803

Selepas membeli hadiah untuk anak buahnya Athirah terus menuju ke hospital yang tidak jauh dari mall tadi.
Beberapa minit kemudian mereka sampai di hospital.
Berpusing pusing Kak Athirah mencari parkir kosong,biasalah hospital waktu melawat memanglah selalu penuh.
Nasib ada juga yang kosong satu, tu pun kebetulan yang baru pergi.

Aku dan kak Athirah terus masuk bangunan hospital selepas memakir kereta.

"tingkat berapa kak?"tanya aku.

"bawah ni jer kalau wad bersalin dan kanak kanak"aku terus mengikut langkah Kak Athirah.

Sebelum masuk ke wad yang di masukkan tadi aku ternampak kelibat makcik yang pernah aku jumpa di pantai tempoh hari.

"kak masuk lah dulu nanti Qaseh datang"
pintaku.

"la...kenapa pula..?"

"nak jumpa orang jap"jawab ku sambil tersengih.

"ok lah akak masuk dulu..."Athirah terus berlalu pergi.

Aku berjalan menuju ke arah makcik yang aku nampak tadi.
Tapi bila aku sampai makcik tu dah tiada di situ,
aku melilau mencari kelibatnya.

"Qaseh.."zup terkejut aku bila di tepuk bahu dari belakang.

"mak kau!!"melatah lah pula aku.

"cari sapa?"rupanya yang tepuk bahu tadi makcik yang ku cari.
Hilang keayuan aku bila melatah tadi.

"cari Aunty la...tadi Qaseh nampak ada sini..tiba tiba hilang"terangku,sambil control ayu.

"oh tadi Aunty pergi beli bubur nasi ni kat cucu"
sambil menunjukkan plastik yang berisi bubur.

"Nurin sakit ker Aunty?"tanya ku lagi.

"Nurin demam panas...kena tahan di wad,ni Qaseh datang ngan sapa"

"kebetulan mai dengan kawan melawat ipar dia bersalin..."

"Ooo...tak nak masuk jumpa Nurin ka?"tanya makcik tu lagi.

"boleh juga..."terus ku mengikut langkah tokma Nurin.

"mama!"bila saja sampai di katil Nurin si kecil itu terus memanggil ku mama.
Aduh apa kena dengan budak ni...muka aku ni macam mama dia ker.

Aku hanya tersenyum.

"Nurin...kenapa panggil kak Qaseh mama"

"tak pa lah Aunty...Qaseh tak kisah pun..."jawab ku.

"tapi boleh tak mulai hari ni Nurin panggil ummi...rasa ok sikit kut"sambil aku mencuit pipi gebu anak kecil itu.

"ummi?"

"ya ummi....boleh kan?"

"ummi,Nurin sukalah"aku lihat ada sedikit
keceriaan di wajah anak kecil itu.
Makcik yang tadi memerhati aku melayan cucunya sambil tersenyum.

"tapi Aunty boleh Qaseh tanya ibu Nurin mana ya?"berhati hati aku tanya takut tersalah tanya.

"mama dia tak ada...sejak dia lahir lagi.."jawab makcik dengan nada,sedih.

"jadi Nurin pun sama macam ummi lah ya..tak ada ibu"aku mendekati anak kecil itu sambil mencium dahinya.
Aku faham kenapa Nurin memanggil ku mama bila berjumpa.
Kita sama Nurin tapi bezanya dia sejak lahir lagi tak sempat lihat wajah ibunya.

"Qaseh anak yatim jugak ka?"tanya makcik

"ya Aunty...sejak umur 6tahun..."jawab ku ringkas.

"tak payah lah panggil Aunty...panggil jer mama Ros"terus jer tertukar panggilan,
elok lah tu aku naik pangkat jadi ummi,makcik depan aku ni jadi mama Ros.
Kira hari ni aku dapat keluarga segeralah ya.

Dalam hati aku memang lah happy gila.
Belum sempat aku bersembang panjang kak Athirah memanggil aku untuk pulang.

"Nurin...ummi balik dulu ya..nanti kalau Nurin tak balik lagi ummi datang lagi ya"sambil memeluk si kecil itu.
Entah kenapa ada perasaan yang tak dapat aku gambarkan bila melihat anak kecil itu.
Setitis air jernih menitis tiba tiba di pipiku.
Segera ku menyeka,malu nanti kalau mama Ros nampak.

"ok mama Ros Qaseh balik dulu"aku menyalami makcik dan berlalu pergi.

Bukk!!
"aduh"aku menyeringai kesakitan bila kepala aku terhantuk benda keras dia depan ku.
Tadi kebetulan keluar tergesa gesa aku tunduk mencari telefon .

"cik adik,jalan tu pandang depan"satu suara garau menegurku.

Aku mendongak ke atas,aduh malu aku bila lihat rupanya aku terlanggar bahu orang.

"sorry pakcik...ops abang...."jawab ku gugup.
Nak panggil pakcik ker abang...lantak lah apa pun.

Dia terus berlalu pergi tanpa kata.
"hmmm sombongnya...tapi nasib baik muka bukan pecah rumah"aku tergelak sendiri.

"lambatnya baby doll ni...tadi tunang akak call nak dinner malam ni"bebel Athirah.

"sorry kak,ralit menyembang tadi..."jawab ku sengih.

"lawat sapa kat wad kanak kanak tu"tanya Athirah bila kami sudah memasuki perut kereta.

"ooo...dengan makcik yang jumpa kat pantai tempohari tu...cucu dia masuk wad demam panas"
Athirah mengangguk sambil memberikan tumpuan ke arah pemanduannya.

Fikiranku masih lagi teringat kat Nurin,kesian lihat wajah anak kecil itu dahagakan kasih sayang seorang ibu.
............
............

Hari ini butik kak Athirah tutup sebab sibuk buat persediaan perkahwinan dia.
Aku tak kisah pun kalau kena kerja hari hari tapi Kak Athirah kata dia kasihan kan aku takut tak sempat nak layan pelanggan yang datang nanti.
Pekerja kak Athirah semuanya 4orang tapi kak Wawa cuti bersalin dan Liza pula pulang kampung sebab ibunya sakit.
Jadi tinggalkan kami berdua sahaja.

Hari ni aku sendirian di rumah,selalunya aku memang suka menghabiskan masa aku membaca novel cinta.
Tapi hari ni rasa malas nak melayan.
Aku mengambil kunci skuterku terus menghala ke pantai.
Hanya pantai tempat yang paling aku suka.

Oleh kerana hari ini bukan hari cuti umum maka pengunjung tidaklah ramai sangat.
Selesai memakir skuter ku terus ke gerai makcik senah.

"makcik ,cendol satu!!"bila aku datang sini cendol lah yang aku selalu pesan.

"hai cik adik comel tak kan makan cendol jer?"tegur kamal budak pelayan kedai makcik senah yang selalu mengusik aku.

"cendol dululah...perut kenyang lagi..."jawab ku ringkas malas nak melayan.

"sorang jer ker...?"

"bang selalunya saya datang sini ada ker saya bawa orang lain?"tanya ku membidas.

"mana lah tahu tunggu cik abang datang..."jawabnya.

"oh ya lupa...betul lah tu..jap lagi my hero datang sini...boleh saya kenalkan pada abang"jawab ku sambil memerlinya

Aku tengok airmukanya berubah bila aku sebut my hero tadi.
Dia terus berlalu pergi,aku tergelak.
Makcik Senah turut tergelak bila tengok kamal buat muka tak puas hati.

"tak kerja ker Qaseh hari ni"laung makcik Senah dari dalam.

"tak makcik...bos cuti tutup kedai sibuk buat persiapan kahwin dia"jawab ku sambil menghirup cendol.

"Berapa hari?"tanya makcik Senah lagi..

"entah lah seminggu kut..."

"kalau gitu datang tolong makcik kat gerai ni boleh ker?" makcik Senah datang menghampiriku.

"tolong makcik kat gerai ni?"

"ya esok start hari minggu,ramai orang takut tak sempat layan pelanggan"
Aku mengetuk ngetuk daguku berfikir.

"ok lah..esok...lagi pun boring gak duk rumah sorang sorang...dapat upah kira on"jawab ku.

Bukan main gembira lagi si Kamal bila dengar aku datang kerja esok.

...........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience