bab 46

Romance Completed 29803

Hari pertamaku kerja sememangnya sedikit sukar untuk aku faham selok belok mengenali emas.
Satu persatu ibu mengajarku sehingga aku faham dan belajar.

"perkara baru macam nilah Qaseh,ibu dulu pun makan masa berbulan bulan nak faham pasal bisnes emas ni,tapi lama lama belajar ibu semakin suka dan jatuh cinta dengan bisnes ini"ujar ibu.

"tulah...benda baru buat Qaseh tapi memang best sebenarnya kan bu...sebelum ni Qaseh tak tahu pun yang emas ni banyak kategori sebenarnya...kalau tak pandai memang nampak sama jer kan"aku membelek dan meneliti satu persatu beberapa barang kemas yang dipamerkan.

"ayah Qaseh dulu pun belajar...semua orang belajar baru pandai kan"
"tapi emas ni barang yang tak merugikan,bila bila masa orang akan beli buat aset masa depan mereka,time emas turun pakat duk serbu kedai emas,satu lagi time emas naik pakat jual...tu lah emas...aset yang perlu ada"terang ibu satu persatu.

Aku mengangguk faham.

..,......
.........

Ziyyad semakin sibuk menguruskan projek pembinaannya dan aku pula sibuk menguruskan kedai.

Pejam celik perkahwinan kami sudah mencecah hampir tiga bulan bibit bibit cinta kami semakin mekar selepas kahwin.
Kami bahagia,asmara cinta tanpa jemu,sesekali bila ada kelapangan pada hujung minggu kami tidak lupa luangkan masa bersama Nurin dan mama dan sesekali pulang ke rumah ayah dan bermalam di sana.

"sayang penat ker?"tanya Ziyyad bila lihat aku memicit micit bahuku.

Ziyyad melangkah masuk ke bilik.

"entahlah abang, Qaseh rasa tak sedap badan jer dua tiga hari ni,pening sekali sekala...mungkin penat kut"ujarku bangun mencapai tuala untuk ke bilik air.

"nak ke mana tu...mari sini dulu biar abang picitkan"tanganku ditarik lembut.

"kejap lagi laa Qaseh nak mandi dan solat asar dah lewat ni...tadi tak sempat ramai orang kat kedai"jawab ku lembut.

"jom mandi sekali"aku hanya mengangguk.
Terus Ziyyad mencapai tuala dan mengikut ku ke bilik air.

Kami mandi dan solat bersama.

"abang nak makan apa apa tak,jom kita turun makan rasa lapar lah..."ujarku.

"sayang lapar ker?jom lah.."kami terus keluar dan menuruni anak tangga dam terus ke dapur.

"mama Nurin mana?"tanya aku pada mama yang dari tadi asyik menggoreng karipap segera.

"ada kat luar tu kut"

"kenapa ni sayang,sayang ok ker?"tanya Ziyyad bila nampak ketidak selesaan aku.
Tiba tiba tekak ku terasa loya dan kepala aku pening bila terbau gorengan ibu.

"tak ada apalah tiba tiba pening jer...Qaseh pergi tengok Nurin kat luar dulu entah apa dia buat sorang sorang tu"
Ziyyad hanya mengangguk.
Aku berlalu ke ruang tamu mencari kelibat si debab ku.

Sebenarnya aku tidak dapat menahan bau kat dapur membuatkan aku terasa loya dan sakit kepala.

Aku lihat Nurin sedang asyik bermain dengan doll seorang diri.
Aku terus menghampiri nya.

"Nurin jom masuk..."hanya sepatah ayat dapat ku ungkapkan dan tiba tiba pandangan ku semakin kabur.
Terus aku jatuh betul betul depan Nurin.

"ummi...bangun...ummi..."Nurin terus berlari mendapatkan Ziyyad di dapur.

"daddy..daddy...ummi...ummi..."termengah mengah suara Nurin.

"kenapa dengan ummi..ummi mana"Ziyyad mula cemas.

"mana ummi Nurin"mama pula bertanya

"ummi...j..jatuh..."

Tanpa menunggu Nurin terus bercerita Ziyyad terus berlari keluar mendapatkan Qaseh.

"Ya Allah sayang..kenapa ni"kepala Qaseh diletakkan diribanya.
Tangannya menampar nampar pipi Qaseh.
Dadanya mula berdegup kencang dan dia semakin cemas bila Qaseh tidak memberi respon.

"Yad...bawa Qaseh ke klinik ...takut mama tengok..pucat jer muka dia"
Ziyyad terus mencempung masuk ke keretanya.

Mama meriba Qaseh di belakang.

Ziyyad terus memandu,kerisauannya semakin terasa bila Qaseh masih lagi tiada respon,Nurin yang berada di depan terus menangis kerana takut lihat keadaan Qaseh yang masih kaku di ribaan mama.

"Nurin please jangan nangis ummi ok jer,kita bawa ummi ke hospital ok"Ziyyad menenangkan Nurin.

Beberapa minit perjalanan akhirnya keretanya sampai diperkarangan hospital.
Ziyyad terus mencempung masuk ke dalam.
Qaseh disambut oleh petugas hospital dan disorong masuk ke wad untuk rawatan.

"encik sila buat pendaftaran dulu"datang seorang jururawat.

Ziyyad terus membuat pendaftaran dan kembali ke tempat mama dan Nurin berada.

Hampir lima belas minit datang seorang jururawat

"siapa waris NurQaseh binti Rahman"

"saya suaminya"Ziyyad bangun menghampiri jururawat tersebut.

"awak boleh masuk ke dalam doktor ingin bercakap"Ziyyad membuntuti jururawat itu.

"macam mana isteri saya doktor"tanya Ziyyad sejurus masuk ke dalam.
Kelihatan Qaseh masih lagi tidak sedarkan diri.

"Dia tidak apa apa mungkin penat sikit..dan tahniah isteri encik hamil dalam 6minggu"
Ziyyad membuntang kan mata teruja dengan perkhabaran doktor sebentar tadi.

"betul doktor.?..alhamdulillah"
begitu gembira hatinya saat ini,sekali lagi dia akan bergelar seorang ayah.
Sebuah kegembiraan yang tak dapat diungkapkan dengan kata kata saat ini.

"baiklah saya keluar dulu,kalau tak ada apa apa sekejap lagi isteri encik dah boleh keluar,tunggu dia sedarkan diri dulu"

"terima kasih doktor"

Doktor itu terus berlalu keluar.

Ziyyad terus menghampiri Qaseh yang masih kaku di atas tilam.

Perlahan pipi Qaseh di usap lembut,dicium ubun ubun Qaseh menyalurkan Cinta.

Wajah Qaseh ditenung lama,wajah insan yang dia cintai kini dan sekarang mengandungkan benih cinta mereka.

Perut Qaseh diusap lembut.
Dia tersenyum bahagia.

Qaseh mula bergerak gerak.

"sayang..."tangan Qaseh digenggam.

Aku membuka perlahan mata ,berkelip kelip perlahan kerana cahaya lampu menusuk ke mata.
Aku lihat sekeliling tempat yang asing bagi ku.

"sayang,sayang dah sedar?"tanya Ziyyad bila lihat Qaseh sudah mula membuka mata.

"kita kat mana ni?"tanyaku lemah.

"kat hospital, tadi sayang pengsan"ujar Ziyyad.
Mataku masih lagi meliar mencari kelibat mama dan Nurin.

"mama dan Nurin..."tekak ku terasa kering dan sedikit terbatuk.

"abang...air..."terus Ziyyad menyuakan air pada ku.

"sekejap abang panggilkan mama dan Nurin"Ziyyad terus keluar memanggil mama dan Nurin.
Seketika mereka masuk.

"ummi.."Nurin terus datang memeluk ku.

"Yad doktor cakap apa tadi?"Ziyyad hanya tersenyum.
Tangan aku dikucup lembut.

"tak lama lagi orang baru akan datang dalam keluarga kita"aku dan mama berpandangan sesama sendiri.
Mama mula faham dan tersenyum.

"betul Yad?..alhamdulillah..."Aku masih lagi kehairanan.

"apa maksud abang orang baru...jangan kata abang nak kahwin lain..."aku terus cemburut,airmata aku terus mengalir tanpa sedar.
"sayang..sayang jangan nangis...bukan itu maksudnya...sayang sekarang ni hamil"perut aku dipegang.

"hamil?Qaseh hamil?aku mula teruja dan gembira.
Badan Ziyyad terus aku peluk.

Kini aku menangis gembira kerana benih cinta kami telah bercambah dalam rahimku.
Ziyyad turut mengalir airmata gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience