bab13

Romance Completed 29803

"abang tunggu kat luar...Qaseh nak mandi dulu lepas tu packing baju sikit"aku bangun perlahan dari duduk keluar dari kereta.

"hati hati...ke nak abang angkat?"

"jangan ngada ngada ok...Qaseh jalan sendiri..."
sakit aku tahan kan agar tidak terus di gendong oleh lelaki depan aku ni.

Ziyyad tergelak kecil melihat keadaan Qaseh yang terhinjut hinyut menuju ke pintu.

"Qaseh sakit abang gelak ya..."

Ziyyad menutup mulut apabila Qaseh perasan yang dia diperhatikan.

"cepat sikit dah nak malam....abang tunggu sini.."laung Ziyyad dari dalam kereta.

Aku teruskan langkah perlahan masuk ke dalam rumah.

Setengah jam kemudian Qaseh keluar dengan menjinjing beg pakaian.

"biar abang tolong.."Ziyyad terus mengangkat beg tersebut dan memasukkan ke dalam but kereta.

"tapi abang...skuter Qaseh macam mana?"
aku menunjukkan ke arah skuter yang di pakir di halaman depan rumah.

"alah biarlah dulu...nanti kita ambil lain kali"

"habis tu Qaseh nak ke tempat kerja macam mana?"tanya aku lagi.

"alahai nanti abang hantar laaa...lagi pun sehala dengan tempat kerja abang"Ziyyad cuba memujuk aku.

"hmmm...tapi nanti kita datang ambil kan?"

Ziyyad hanya mengangguk sambil tersenyum.

"dah jom masuk...dah lewat nanti mama bising pulak"
Aku dan dia terus masuk ke dalam kereta dan meluncur terus ke rumahnya.

.............
.............

"yeay....ummi dah balik..."bunyi suara Nurin riang.

"nak abang angkat masuk ke?"aku membulatkan mata dan muncungkan mulut.

"tak payah Qaseh boleh jalan lah...."aku tetap berkeras.

"best sangat kut angkat aku..asyik minta nak angkat jer"gumam ku.

"ok lah...hati hati"

"aduh...pedihnya"lutut aku kembali berdarah kerana terlalu banyak pergerakan.
Sebenarnya tadi selepas mandi aku buka balutan kain di lututku dan biarkan begitu sahaja.

"kan...tengok darah keluar balik....kita nak tolong tak kasi"bebel Ziyyad pada aku.

"kalau abang suami Qaseh boleh la nak angkat selalu...."bisik aku perlahan.

"hah...apa Qaseh cakap tadi...?"tanya Ziyyad

"tak ada apalah...mai sini"aku terpaksa menghulurkan tangan kepadanya.
Rela atau tidak terpaksa aku mengalah sebab memang tidak mampu lagi tahan kepedihan dan kesakitan ini.

Ziyyad tersenyum sambil memapah aku masuk.
Malu tu memang dah tak boleh nak kata dah masa ni...
Seorang lelaki yang baru aku kenali tatapi aku merelakan diri ku disentuh.

"laaa...teruk sangat ni....sampai berdarah lagi.."mama menegur aku.

"budak degil mama....tadi doktor dah balut tapi berdarah balik..."
Aku mencebik.

"duduk sini...nanti pembalut kena tukar"
Qaseh duduk di sofa hanya terdiam.
Ziyyad tidak tahu bahawa memang luka aku tidak berbalut pun.

" Yad hang pi mandi dan solat dulu dah masuk maghrib...biar mama yang balut luka Qaseh"

"ya mama..."Ziyyad terus berlalu pergi.

"banyak darah ni....tak berbalut pun ..."Mama mula menyelak kain.

"tadi Qaseh mandi...buka balut dan biarkan gitu jer"aku mengerut dahi menahan pedih luka di lutut.

"mana ubat...biar mama cuci dulu luka ni..."

"dalam beg...."aku tunjuk ke arah beg yang berisi ubat tadi.

"tak apa mama Qaseh buat sendiri kat bilik....malu lah..."

"ummi kenapa lutut berdarah?"tanya Nurin terkejut.

"ummi jatuh tadi"jawab ku.

"sakit ker ummi?"Tanyanya lagi.

"sakit laa....mai sini kat ummi"Nurin datang menghampiri aku dan duduk di sebelah.

"mama Qaseh nak masuk bilik lah...nak ke tandas jap"pintaku.

"baik lah...mari mama papah"

"tak pa mama Qaseh try jalan sendiri"

"hmm...degil lah lagi...nanti darah keluar tak berhenti"kedengaran suara Ziyyad dari atas menuruni anak tangga.

"Qaseh boleh la..."aku tetap tak nak kalah.

"biarlah mama....kita tengok dia boleh naik ke tak"

Aku teruskan langkah menaiki anak tangga satu persatu dalam keadaan sakit yang amat.

Tapi tiba tiba aku tergelincir

"argh!!
dengan sepantas kilat Ziyyad dapat menahan badan aku dari terus jatuh ke bawah.

"kan....degil lagi....hmmm...."

"Ya Allah Qaseh....Yad bawa jer lah Qaseh ke atas..nanti jatuh patah pulak tulang lain..."mama menggeleng kepala.

"mama..."aku terpaksa mengalah lagi membiarkan Ziyyad mengendong ku ke tingkat atas.

"yeay daddy angkat ummi"Nurin menepuk tangan riang.

"buat malu jer"aku muncungkan mulut.Ziyyad hanya tergelak.

"ni nak abang teman ke tandas ker?"Ziyyad mengangkat kening buat muka gatal.

"boleh...kahwin dengan Qaseh dulu"jawab aku.

Dia membulatkan mata seolah terkejut.
Aku tergelak tengok reaksi wajahnya.

"tau takut....ni nak ambil kesempatan dalam kesempitanlah ya..."aku terus tergelak.
Ziyyad menggosok belakang tengkuknya sambil tersengih macam kerang busuk.

"dah keluar biar Qaseh balut sendiri nanti...."aku terus menolak badan Ziyyad agar keluar dari bilik.
Tak sanggup lagi menatap wajah handsome dia,malu dan takut besilih ganti.
Takut aku yang tak tahan nafsu melihat smile killer Ziyyad.

"aik....di halaunya kita..."Ziyyad ketawa.

"bukan halau nak mengelak...."

"mengelak?"tanya Ziyyad hairan.

"abang ni dah lah...Qaseh tak tahan...masuk tandas..."dengan terhinjut hinjut aku berlalu menuju ke bilik air.
Ziyyad tergelak besar melihat Qaseh.

"Qaseh...Qaseh....ingat apa tadi......ok abang keluar dulu kalau nak apa apa panggil ya"laungnya dari luar.
Aku hanya tersenyum dari dalam.

...........
.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience