Seminggu berlalu selepas kejadian di pantai,kami sibuk dengan tugasan masing masing.
Ziyyad masih lagi tidak meluahkan perasaannya pada aku...redha jer lah...
Kini kami jarang berjumpa walaupun tinggal sebumbung kerana kerja yang menjarakkan kami,Ziyyad pula sibuk dengan outstation sehingga kan aku sendiri pun jarang bersua muka,bila dia balik pun aku suda terlena diulit mimpi.
Kekadang lupa untuk bertanya khabar meskipun melalui telefon.
Aku merindui suaranya,merindui renungannya padaku tapi aku sedar aku tidak boleh terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.
Setiap kali rindu menerjah ke fikiranku aku sibukkan diri dengan kerja.
Hanya Nurin dan mama tempat aku melepaskan kerinduan.
kring!kring!
kedengaran telefon aku berbunyi.
Aku mencapai telefon yang berada di depanku.
"abang"kata ku...sedikit kegembiraan di hati.
Sejak dia ke Johor lima hari yang lalu baru kini dia menghubungiku.
(Ziyyad)..assalamualaikum"kedengaran suaranya lembut memberi salam.
Getaran jantungku berdegup kencang.Suara insan yang aku rindui.
(Qaseh)..waalaikumussalam"jawab ku lembut.
(Ziyyad)buat apa tu...."
(Qaseh)...buat bodoh jer kat sini"jawab ku sambil tergelak kecil.
Kedengaran suaranya juga ketawa.
(Ziyyad) pandai buat lawak..."
(Qaseh)..sorry...abang ada mana?bila balik sini?tanya ku.
(Ziyyad)..kenapa rindu abang ker?"mana tak rindunya wahai jejaka idaman ku.
(Qaseh)...tak pun..."jawab ku menahan gelak.
(Ziyyad)...ok lah kalau tak rindu abang letaklah phone"ujar Ziyyad seolah merajuk.
(Qaseh)..alahai Qaseh gurau jer lah...mestilah rindu....bila balik nanti nak peluk cium"aku mula ketawa dengan kuat.
Padahal dalam hati takut...andai nanti dia ada depan aku,dia tuntut kata aku nanti mampus.
(Ziyyad)...betul ni....abang tuntut janji nanti baru tau.,.."ugut Ziyyad.
(Qaseh)...baliklah dulu ...dalam telefon tak boleh buat apa pun...."jawab aku selamba.
(Ziyyad)...ok...sekejap lagi abang sampai....nanti abang nak Qaseh peluk cium abang ok?"Ziyyad terus meletakkan phone tanpa aku menjawab.
"ish...tak sempat kita cakap dia dah letak...jap...dia kata nak balik...no...no...mati aku....bukan ker...dia kata seminggu...tak..tak...dia gurau kan..."aku berkata sendiri.
tok!tok!
Ketukan pintu dari luar bilik mengejutkan aku.
Darah panas mula mengalir sampai ke muka.
"tak kan dia dah sampai kut?tanya ku sendiri.
Aku perlahan bangun dari katil menuju ke pintu.
Pintu bilik ku dikuak perlahan dalam keadaan tanganku sedikit gementar.
"boleh abang masuk?"terkejut betul bila Ziyyad benar benar berada di depanku.
"a..abang...d..dah..balik?"tanya ku gugup.
"laa...kenapa macam nampak hantu jer...ya lah ni abang..."kata Ziyyad tersenyum melihat keadaan terkejut ku.
"tadi abang call Qaseh ....tak kan dah sampai sini?"tanya ku kepelikan,tak kan begitu cepat dia sampai sini.
"Qaseh tak tahu...abang ni ada kuasa ghaib"gelak Ziyyad.
"emmm...yalah tu..."aku masih tercegat di depan pintu tanpa mempelawanya masuk.
"jom ikut abang.."ajak Ziyyad,aku mula kehairanan.
"ke mana?"tanya ku.
"malam ni abang nak ajak Qaseh dinner boleh...just You and me"katanya.
"hanya kita dua?"tanya ku teruja.
Ziyyad mengangguk tersenyum.
Aku kalau dia senyum rasa nak luruh seluruh jantung ku.
Lagi di tenung lagi menggigil badanku.
"hei....dah sampai mana..abang tanya nak ke tak?"Ziyyad melambai lambai tangannya depan muka aku.
"ya..ya....nak....."jawab aku dengan nada terkejut.
"ok 8 Malam...siap..pakai cantik cantik"ujarnya sambil berlalu ke biliknya.
Aku hanya memandang dengan terkebil kebil.
Pakai cantik cantik...apa selama ni aku selekeh ker...tapi kalau malam memang tak pernah pun aku keluar dan ini adalah mungkin temujanji yang pertama kami.
Aku tersenyum sendiri.
beberapa hari sebelum ke Johor dia ada menyatakan hasratnya pada mama.
"mama...Yad"Ziyyad mengambil tempat duduk di depan mamanya yang sedang asyik mengait.
"emmm...ada apa...cakap lah...tergagap gagap.."ujar mama
"macam mana nak cakap ya....Yad..."Ziyyad masih lagi tergagap gagap meneruskan kata Katanya.
"apa?!"sergah mama buat Ziyyad terkejut.
Dahinya berkerut apabila mama menyergahnya
Mama tergelak mengekek bila lihat anaknya kelihatan risau.
"Yad rasa...aduh....mulut ni"dia menampar nampar mulutnya.Terasa berat untuk dia ucapkan hasrat hatinya pada Mama.
Mama terus ketawa melihat keletah anaknya.
"macam ni lah wahai anak kesayangan mama,pujaan hati Qaseh....hang sebenarnya nak cakap yang hang nak lamar Qaseh betul kan?"
Ziyyad agak terkejut apabila dengar kata kata yang keluar daripada mamanya.
"macam mana mama tahu..yang Yad nak lamar Qaseh?"tanya Ziyyad bila mukanya berubah rona.
"mama tahu...tengok dari layanan hang pada Qaseh...perhatian hang pada dia...marah hang...semua tu ada makna Yad..."ujar mama mendatar.
"elok lah hang cepat Yad...tak elok lama lama lagipun Qaseh tu anak dara...tinggal sebumbung dengan lelaki yang bukan muhrim...nanti tak elok di pandang orang...pegang sana pegang sini...mama tahu Qaseh pun dah lama tunggu hang lamar dia...tapi tulah...tak kan hang nak tunggu dia yang lamar hang pula...."mama meletakkan jarum mengait ke dalam bakul kecil di depannya dan mengeluh kecil.
Sebagai ibu dia inginkan yang terbaik untuk satu satunya anak yang dia ada.
Dia yakin Qaseh adalah jodoh yang terbaik buat Ziyyad.
"kalau macam tu Yad akan lamar dia selepas balik dari Johor nanti..."ujar Ziyyad mengukir senyum.
"laa...awat hang nak tunggu balik Johor pula...hmmm....tak faham betoi lah mama dengan hang Yad..."
"mana boleh terburu buru Mama...Yad nak ajak dia keluar dan luahkan perasaannya Yad pada dia..."
"hmmm...suka hati hang lah Yad...mama sokong apa yang terbaik...selebihnya dari hang sendiri..."mama mengangkat punggung dan berlalu masuk ke dalam.
..........
..........
Selepas solat maghrib Qaseh bersiap untuk janji temunya yang pertama bersama Ziyyad.
"hmm...ok dah kut ..."Qaseh duduk di depan cermin menyolek wajahnya seringkas mungkin.
Sesuai dengan kelembutan dan keayuan wajahnya.
ketukan pintu di luar bilik mengejutkan nya.
Pintu dikuak perlahan..
"ummi...daddy suruh panggil"suara kecil Nurin menyapa tatkala pintu dibuka.
"ok...ummi dah siap..."aku terus mencapai beg tangan pemberian Ziyyad tempoh hari terus memimpin tangan Nurin dan menuruni tangga perlahan.
Dari bawah kelihatan senyuman manis mama apabila melihat aku menuruni anak tangga.
Senyuman aku balas.
Entah debaran terasa...dari senyuman seorang ibu terserlah seribu satu rahsia.
"cantik anak mama....Ziyyad dah tunggu kat kereta..."sapa mama.
Aku mengangguk sambil melirik senyum dan menyalami mama dan Nurin juga menghulurkan tangannya untuk salam.
"Yad jaga Qaseh elok elok...jangan balik lewat sangat pesan mama pada Ziyyad.
"ya mama..."
Renungan Ziyyad memanah jantungku....jalan aku terasa jauh untuk sampai ke keretanya.
"jom masuk my princess"zup berderau darah sampai ke muka bila ucapan princess keluar dari mulutnya...kali ini pintu keretanya di bukakan untuk ku.
Aku melirik senyum dalam keadaan badanku rasa seram sejuk.
Dia tetap tersenyum manis ke arah ku.
Seribu persoalan menerjah di kotak fikiranku saat ini.
Kini kami sudah pun berada dalam perut kereta.
Ziyyad dan aku masih terdiam tanpa kata.
Sesekali pandangan aku lemparkan di luar tingkap kereta.
"kenapa diam?"tanya Ziyyad mulakan bicara.
"abang diam...Qaseh pun diamlah"jawab ku ringkas sambil bermain jari jemariku sendiri.
Ziyyad menoleh ke arah ku seketika dan menoleh kembali ke depan meneruskan pemanduannya.
"abang nak bawa Qaseh ke mana ni?"tanya ku apabila perjalanan terasa semakin jauh.
Ziyyad hanya mengukir senyum bila soalan diajukan.
Aku semakin pelik dengan kelakuannya.
"sekejap lagi Qaseh tahu lah"makin bermain soalan dan jawapan.
Kali ini aku ambil keputusan untuk berdiam membiarkan Ziyyad meneruskan pemanduannya.
Beberapa ketika akhirnya kami sampai ke sebuah hotel yang aku kira bertaraf lima bintang.
"jom...kita dah sampai"
"takkan nak dinner sejauh ini datangnya"bisik aku.
Aku melangkah keluar dari perut kereta bila pintu dibuka oleh penyambut tetamu hotel.
Saat ini memang terasa bagaikan puteri.
Qaseh..Qaseh...memang tak boleh dipisahkan dengan angan angannya.
Lengan ku dipaut lembut oleh Ziyyad,aku semakin gugup untuk melangkah.
Aku menarik nafas perlahan,mengukirkan senyuman semanis mungkin.
"abang....kenapa bawa Qaseh kat sini...kekok lah..."bisik aku pada Ziyyad.
Ziyyad hanya tersenyum.
Share this novel