bab58

Romance Completed 29803

Dua minggu selepas kejadian hari itu aku hanya banyak menghabiskan masa di rumah.
Ziyyad dan mama tidak mahu langsung aku buat kerja kerja berat.

Ibu dan ayah juga selalu datang menjenguk ku.
Hubungan aku dengan Ziyyad kembali tenang walaupun kadang kadang aku rasa dia seolah terasa dengan sikapku yang banyak termenung dan berdiam diri.

Dia semakin sibuk dengan kerjanya sehingga balik pun kami sudah lelapkan mata.

"esok abang ada outstation kat Johor dalam 3/4 hari,sayang jaga diri ok...jaga baby kita...jaga mama dan Nurin"Ziyyad mengucup dahiku.
Aku memandangnya,terasa rindu sangat tatapan romantiknya.

"nanti bila abang balik kita pergi bercuti satu family...luangkan masa bersama...dah lama rasanya kita tak bersama kan?"tangannya usap lembut perutku yang kian membesar.
Aku hanya tersenyum.

Kepala ku letakkan di dada kekarnya sehingga degupan jantungnya boleh ku dengari.
Terasa berat untuk aku lepaskan dia pergi kali ini,tapi demi kerjanya aku terpaksa rela dalam diam hati ku terasa satu kebimbangan.

"abang Qaseh minta maaf sebab ...."belum sempat aku menghabiskan kata kataku jarinya diletakkan dibibirku.

Aku masih lagi rasa bersalah dengan tindakan aku tempohari.

Aku terdiam dan bangun menyudahkan lipatan bajunya untuk di masukkan ke dalam bagasinya.

"sayang biar abang buat...sayang rehat jer..."tanganku terus di tarik dan aku terus ke pelukannya.

"malam ni abang nak luangkan masa dengan sayang puas puas..."satu kucupan lembut singgah dipipi dan seterusnya ke bibirku.

"abang..."rengekku manja.
Rangkulannya semakin erat.
Dia terus memagut lembut bibirku sehingga aku semakin hanyut dengan pujuk rayu dan sentuhan romantiknya.

Aku rebahkan kepalaku di ribaanya,sekali lagi perutku diusap lembut,sesekali aku tergelak kecil kerana kegelian.

"abang...nanti nak anak lelaki ke perempuan"tanya ku.

"abang tak kisah yang penting dua dua sihat...dan sayang pun sihat dan selamat melahirkan nanti...."ujarnya sambil menyelitkan rambutku ke telinga.
Pipiku diusap dengan belakang tangannya.
Doanya agar isterinya selamat dan agar tidak akan berulang kembali seperti Sofia.

"nanti kalau lelaki abang ingat namanya Aariz Khalish maksudnya dihormati dan suci...kalau pompuan. ...sayang lah pilih"

"emmm...bermula huruf A ya.....kenapa?"tanya ku untuk kepastian kenapa Ziyyad tidak memilih nama yang bermula atau gabungan nama kami.

"sebab kalau A mudah tau nanti sekolah pasti nama mereka akan dipanggil awal...tengok macam abang bermula dengan huruf Z...selalu jadi yang terakhir...tapi nasib baik selalu dapat nombor awal"terangnya dan tergelak.

'kalau gitu kalau pompuan Qaseh ingat namanya...Aurora Imana...cantik kan?"aku bangun dari ribaanya dan membetulkan duduk kerana tiba tiba tidak selesa.

"nice...lembut panggilannya"sekali lagi aku ditarik masuk ke pelukannya.

"abang...Qaseh nak ke tandas kejap..."perlahan pelukannya dilepaskan.
Aku terus berlalu menuju ke tandas.

"dah?"tanyanya bila aku keluar dari tandas,terkejut seketika kerana lampu utama telah ditutup yang tinggal hanya lampu tidur.

"abang...terkejut tau...awalnya tutup lampu"dia hanya tergelak.

"lagi cepat lagi bagus...esok awal pagi nak bertolak"jawabnya .
Aku hanya tersenyum.

Ziyyad sudah berada di atas tilam sambil tangannya rancak bermain dengan telefonnya.
Aku perlahan melabuhkan punggung dia atas tilam.
Duduk ku betulkan dan kepala ku sandarkan ke bantal.
Bila perut makin membesar terasa sukar untuk aku duduk dengan selesa.

"sayang ok ker ni..?"tanya Ziyyad bila aku mula menyentuh perutku.

"ok ..."jawab ku ringkas.

"mai sini..."kepalaku diletakkan ke dadanya.
Aku terus memeluknya.

"biasalah bila baby dah makin besar sayang akan rasa macam ni..."pelukanku dibalas.

"emmm...esok abang pergi sorang ker?"aku terus baring di dadanya.

"dengan Amar..."tangannya mula merayap perlahan sampai ke punggung.
Sesekali aku menepis kerana geli.
"abang geli lah..."aku betulkan kedudukan.

"sayang...I LOVE YOU SO MUCH"bisikkan romantik di telingaku.

"Qaseh pun cintakan abang...sepenuh jiwa dan raga...nak jadi isteri abang sampai akhir hayat Qaseh...ibu pada anak anak abang"aku memeluknya erat seolah malam ini adalah malam romantik yang terakhir.
Setitis airmataku tiba tiba gugur sampai mengalir di dadanya.

"sayang kenapa ni...jangan nangis...kan doktor dah pesan sayang tak boleh sedih sedih..tak boleh stress..."kepalaku didongakkan sedikit dan dia mencium ubun ubunku menyalurkan cintanya.

"sayang ...abang janji ..abang akan jadi suami yang terbaik dan ayah pada anak anak kita...abang akan jaga sayang,keluarga kita selagi hayat dikandung badan"tuturnya lembut.

Airmataku yang mengalir tadi disekanya.
Perlahan dia merapatkan bibirnya ke leher ku.
Titik kelemahan setiap pasangan.
Kami semakin hanyut dibuai asmara.
Sehingga kami terdampar keletihan.

"buat ubat rindu..."aku mengukir senyum dan terlena berbantalkan lengannya.
...........
...........

Seawal pagi seusai mandi dan solat subuh bersama Ziyyad sudah bersiap untuk ke Johor.

"sayang...nanti jaga diri dan kandungan elok elok ya...jangan stress...jangan buat kerja berat..."pesannya seolah lama dia akan pergi.
Pinggangku dirangkul dari belakang dan dagunya menongkat ke bahuku.

"abang...Qaseh nak sikat rambut ni..."rengekku manja.

"biar abang buat"sikat di tanganku diambilnya.Aku hanya membiarkannya.

"nanti kalau abang tak ada ..."

"abang...kan Qaseh cakap jangan cakap pasal tiada...abang ke Johor jer kan..."aku muncungkan mulut merajuk kerana aku tidak suka dia selalu ucapkan perkataan yang tidak mampu aku dengar.
Seolah olah dia akan pergi jauh.

"merajuk lah tu...abang cuma nak cakap nanti dah tak ada orang yang sikat rambut sayang...manjakan sayang ...."aku kembali dipeluknya.
Aku masih muncungkan mulut.

"emmm...ni mulut minta dicium ker?"terus bibirku dipagut lembut.

"ummpph..."begitu pantas tindakannya.

"kan abang dah kata...buat mulut macam tu lagi..."dia tergelak besar dan aku terus memukul dadanya.

"gatal...dah jom kata semalam nak bertolak awal..."ajak ku berlalu mendapatkan beg pakaiannya.
Tetapi segera Ziyyad mengambil dari tanganku.

"kan abang dah cakap...jangan angkat benda berat kenapa degil sangat ni...."Ziyyad memandang ku seolah marah.

"berat apanya..."aku mencebik.
Aku mengeluh kecil.

"jom..."tanganku diraihnya.

"assalamualaikum mama..."aku menyapa mama yang seawal pagi sememangnya berada di dapur

"waalaikumussalam...duduklah...makan"semangkuk mee goreng sudah terhidang bersama air milo panas.

Kami mengambil tempat duduk dan terus aku mencapai pinggan dan memasukkan mee ke pinggan Ziyyad.

"makanlah"ujarku apabila perasan bila Ziyyad tidak lekang memandang ku

Dia tersenyum.

"abang ok ker?"tanya ku.
Mama tergelak.

"ok...cuma ..."terus dia menyuapkan mee tadi ke mulutnya.

"cuma apa?"aku tuangkan air milo panas ke cawan di depannya.

"cuma rindu..."jawabnya dan melebarkan senyum.

"ada ada jer lah..."aku tersenyum malu.

Selesai makan aku terus ke bilik Nurin untuk kejutkannya ke sekolah dan agar Ziyyad dapat bertemu dengan anaknya sebelum berangkat pergi.
Aku siapkan Nurin dan terus ke dapur untuk bersarapan.
Ziyyad sudah berada di beranda luar memanaskan enjin keretanya.

"jom kita jumpa daddy..."tangan Nurin aku pimpin menuju ke arah Ziyyad yang sedang memakai kasutnya

"daddy...daddy nak work ker?"tanya si debab dan memeluk Ziyyad.
Ziyyad duduk bagi samakan kedudukan dengan Nurin.
Aku hanya tersenyum memerhati.

"ya...daddy nak pergi work...nanti Nurin jaga ummi ya...jaga baby dalam perut ummi...jaga tokma..."pesan Ziyyad.

Nurin mengangguk dan memeluk erat Ziyyad.
Hatiku mula tersentuh dan perasan sesuatu dari raut wajahnya.
Matanya memandang tepat pada mataku yang kian berkaca.

"sayang..."dia bangun dan datang menghampiriku yang tunduk menahan agar airmataku tidak gugur.

"please senyum....iringi pemergian abang dengan senyum manis...senyuman yang buat abang tidak lena tidur...buat abang sentiasa ada buat sayang"gurauannya membuat hatiku tersentuh hiba.
Terus aku memeluk erat tubuhnya
Dia menggosok lembut belakangku dan ciuman disinggahkan ke ubun ku
Nurin masih kaku berdiri memerhati kami dan berlari memeluk aku dan Ziyyad

Mama yang dari tadi di dapur datang menghampiri dan menyaksikan drama keluarga

"Ziyyad jaga diri elok elok...bawa kereta tu jangan laju sangat...hati hati'pesan mama dan Ziyyad menyalaminya.

"abang pergi dulu..sampai nanti abang call"aku terus mencium tangannya dan sekali lagi kami berpelukan.
Satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan hari ini...seolah merupakan hari perpisahan antara kami.

"baby duduk elok elok ya...tunggu daddy balik kita jalan jalan..."diusap perut ku perlahan.
Nurin tergelak kecil melihat Ziyyad mengusap perut ku.

"baby boleh dengar ker daddy?"tanyanya.

"mestilah boleh....nanti Nurin kena selalu cakap dengan baby kat dalam ni..agar dia kenal siapa kakaknya..."
Aku tersenyum mendengar percakapan mereka berdua

"abang bertolak dulu...bye"aku mengangguk lemah .
Senyuman aku ukirkan untuk suami tercinta mengiringi perjalannya ke Johor.

Walau sukar dan berat untuk aku nyatakan namun aku rela demi tugasnya.
Kami berdiri melambainya sehingga keretanya hilang dari pandangan mata kami

Nurin juga sudah bersiap untuk ke sekolah dan dihantar oleh PakJoe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience