Selesai mesyuarat sebentar tadi Ziyyad terus masuk ke pejabatnya.
"bos...cik Lina ada kat dalam"tercengang Ziyyad dengar bila Lina tengah tunggu dia kat biliknya.
"macam mana awak biarkan dia masuk?"marah Ziyyad.
"dah larang tapi dia terus terpa masuk bos"Laila tunduk ke lantai bila lihat wajah Ziyyad memandangnya tajam.
"nak apa pompuan ni"Ziyyad berlalu dengan marah.
"Lina...kau buat apa kat sini?"Ziyyad terus memarahi Lina yang sedang duduk di sofa dalam keadaan yang mengiurkan.
Tertelan air liur Ziyyad seketika.
"relax la ...I saja singgah sini...rindu..."Lina bangun dari duduknya menghampiri Ziyyad yang seolah marah padanya.
Butang baju dibiarkan sedikit terbuka menampakkan dua asetnya.
Lina semakin mendekat,terlalu dekat sehingga dia dapat menghidu wangian yang dipakai oleh Lina masuk ke rongga hidungnya.
Ziyyad seolah kaku tanpa kata,tadi bila kat luar marahnya pada Lina membuak buak tetapi bila Lina merenung lama terus niatnya untuk marah menurun.
"jom teman I makan...lapar"Lina semakin berani menyentuh mukanya.
"sorry..I banyak kerja..."kali ini nadanya sedikit lembut.
"Yad...kita kena jumpa client kejap lagi"pintu dikuak dari luar,terpancul Amar dari luar.
"ops sorry...ingat tak ada tetamu"
"kacau betul lah mamat ni"getus Lina.
Ziyyad terkejut dengan kehadiran Amar.
"ok handsome...lain kali lah...bye"dagu Ziyyad disentuh lembut.
Ziyyad tersentak dengan tindakan berani Lina tadi.
Amar yang masih di pintu terlopong melihat aksi Lina.
"tepilah..."terus Lina menepis Amar yang terpacak di depan pintu.
"Yad can you explain me...apa yang berlaku tadi...jangan kata you dah tergoda dengan dia sudah"Amar terus masuk dan duduk di sofa
"nasib kau masuk Mar..kalau tak masak aku tadi...aku pun tak tahu kenapa bila nampak jer muka dia terus tak jadi marah"mula timbul kehairanan di hati Ziyyad.
"kau hati hati Yad...niat dia tak baik tu..cara dia pandang kau tadi pelik sangat ,tak sama macam selalu"dengan tiba tiba bulu romanya naik mencanak.
"kau jangan Mar...minta jauh jauh lah"
Butang interkom ditekan.
"Laila masuk kejap"
"ok bos"
Laila menguak pintu dan masuk.
"Laila lain kali kalau Lina datang halau terus,kalau dia berkeras panggil sekuriti"Pesan Ziyyad pada Laila.
"baik bos..."
"ok...awak boleh keluar sekarang dan sekejap lagi saya nak laporan projek kat Putrajaya tu..."ujar Ziyyad.
"baik bos...kalau tak ada apa apa saya keluar dulu"Ziyyad mengangguk dan Laila berlalu keluar.
Amar masih lagi duduk di sofa sambil membelek fail di tangannya.
"dah...jom lah client tengah tunggu kita"
"ok..."
Mereka terus berlalu pergi.
Ziyyad mula teringat kata kata Amar tadi,malah kawannya itu selalu berpesan padanya agar berhati hati dengan Lina.
Baru dia teringat hatinya jadi gelisah selepas berjumpa dengan Lina tempoh hari semasa di pantai bersama Qaseh.
........
........
"tok...bila nak berkesan ni..."pandangan tajam lelaki tua itu cukup menggerunkan.
Keadaan rumah yang sunyi itu amat menyeramkan itu cukup buat bulu romanya mencanak naik.
Lelaki tua yang berambut panjang itu merenungnya dengan muka yang menggerunkan.
Sesekali badannya terasa seram sejuk.
"kalau kau tak yakin jangan datang..."ujar lelaki tua itu dengan garau.
"sorry tok...s..saya yakin tok"ujar Lina tergagap gagap.
"mana barang yang aku suruh bawa"barang yang berbungkus dengan plastik hitam itu dihulurkan.
"mana pegerasnya?"
"tok tak boleh kurang sikit ker?"
pandangan tajam lelaki di depan nya itu mengejutkannya.
"boleh...lagi lambat...ingat kalau banyak lagi cepat"
Suara gelak bomoh itu amat menyeramkan
Demi memenuhi hajatnya dia sanggup buat apa saja.
Lina tertelan liur,pandangan lelaki itu semakin menakutkan.
Segera wang di tangannya dihulur kepada lelaki di depan nya.
"kau boleh balik sekarang,ingat pesan aku...kau kena jamu makan ayam tiap bulan mengambang"
"ya tok..."
"balik sekarang,pendamping kau akan buat kerjanya"
Lina tersentak bila perkataan pendamping.
"siapa tok?"
"balik lah bodoh..."Lina terus bangun dan berlalu pergi.
Badannya menggigil ketakutan.
Share this novel