Setelah selamat sampai ke Johor Ziiyyad terus menelefonku.
Rasa terubat kerinduan aku padanya.
Semalaman tanpanya terasa begitu sepi malam ku.
Semalam aku terpaksa ajak Nurin tidur di bilik kami agar aku tidak memandang kosong tanpa Ziyyad di sisi.
Demi menghilangkan kesunyianku dan kerinduan pada Ziyyad aku mengambil keputusan untuk kembali ke kedai untuk kembali bekerja.
Terasa terlalu lama aku bercuti.
"betul ker ni Qaseh nak kerja ni?"tanya mama bila aku turun berpakaian lengkap dan kemas.
"betul mama..sekurang kurangnya Qaseh tak kesunyian..,lagi pun dah lama rasanya Qaseh bercuti...sementara Qaseh larat ni kerja lah dulu"ujarku dan menghulurkan tangan dan mencium tangannya mama.
Semalam sudah aku meminta izin Ziyyad untuk kerja walaupun pada mulanya dia membantah tetapi dia terpaksa akur dengan kedegilan isterinya
Aku menyakinkan agar aku tidak terasa sunyi sepanjang ketiadaannya di sisi.
Selepas bersalaman aku terus dihantar oleh PakJoe ke kedai.
........
........
Hari kedua di Johor Ziyyad dan Amar masih lagi sibuk dengan perjumpaan dengan client dan pelabur dalam syarikatnya
Walaupun kerinduannya pada keluarganya membuak buak Dia terpaksa demi tugasnya.
"Yad kau ok ker ni...dari tadi aku tengok kau asyik termenung jer mengalahkan aku yang ada bini dua jer?"sela Amar semasa mereka menuju balik ke bilik tadi.
"entah lah Mar tak sabar rasanya nak balik jumpa mereka...rindu sangat...rasa nak percepatkan jer kerja ni...tapi tu lah...kena ada sehari dua lagi kat sini"ujar Ziyyad dan mengeluh.
"bukan tak biasa pun korang berpisah macam ni.."Amar membalas.
"aku bimbangkan Qaseh tu la..dia ni degil sikit...dah lah hamil aku bimbang dia buat kerja berat..."wajah Ziyyad kelihatan jelas kebimbangan.
"mama kau kan ada tengok kan dia....dah lah jangan bimbang..kejap lagi masuk bilik kau call dia..."Amar menepuk bahu Ziyyad memberi semangat.
Mereka berlalu masuk ke bilik hotel masing masing.
Ziyyad merebahkan diri dan terus mengeluarkan telefonnya dari saku seluarnya dan mendail nombor Qaseh.
Lama dia mendail tapi panggilannya tidak dijawap.
"sibuk sangat ker?"keluhnya dan terus bangun mencapai tuala dan berlalu ke bilik air.
Semasa berada di bilik mandi kedengaran telefonnya berdering beberapa kali.
Segera dia menyudahkan mandinya dan keluar dari bilik mandi.
Telefon yang dari tadi berada di atas tilam dicapainya.
"sayang"ujarnya.
Belum sempat dia mendail untuk menghubungi Qaseh panggilan Qaseh masuk.
"hello sayang...."ujarnya
"abang ke mana?"
"mandi..kan tadi abang yang call sayang dulu tapi tak berjawab"
"Qaseh baru sampai rumah...masuk bilik mandi juga"
"kita VC ok"terus telefon dimatikan dan bertukar ke video .
Lama mereka bersembang daripada keluar bilik mandi yang hanya memakai tuala sehingga mereka berpakaian lengkap.
"ok lah abang Qaseh lapar lah...nanti malam kita call lagi.."ujar ku bila perut ku mula minta untuk di isi.
"ok sayang abang pun nak keluar makan juga ni lepas maghrib nanti..."talian kami matikan.
Usai solat maghrib aku terus turun untuk makan.
Sedikit kerinduan terubat bila dapat melihat wajah Ziyyad dan mendengar suara garaunya.
.......
.......
"emmm...dari tadi tersengih sengih aku tengok"Amar meneguk jus tembikai di depannya.
Deheman Amar tidak dihiraukannya.
Ziyyad masih tersenyum bila teringatkan Qaseh tadi,wajah mulus isterinya terbayang bayang di matanya.
Semasa mereka membuat panggilan video tadi Qaseh hanya berkemban memakai tuala selepas keluar bilik mandi begitu juga dengannya.
Sesusuk tubuh isteri yang dirinduinya setiap waktu dan tika.
Gelak tawa Qaseh yang sentiasa membuat dia tidak keruan.
"woi...kau makan ker apa ni...sampai nasi pun tumpah"sergah Amar bila lihat kawannya dari tadi menguis nguis nasi sampai terkeluar dari pinggan dan tersengih sengih dari tadi.
"apa...?"soal Ziyyad bila terkejut dia sergah Amar.
Ziyyad tergelak sendiri bila nasi di pinggannya bersepah terabur.
"ni mesti kes angau...nasib kau dah kahwin Yad... bolehlah aku agak kau teringatkan isteri...bukan kekasih"Amar menggelengkan kepala bila lihat keadaan Ziyyad seperti orang yang baru di lamun cinta.
"dia isteri aku dan juga kekasih Mar...setiap saat ada dalam hati aku..."seolah tersentak Amar mendengarnya.Terasa pula dia.
"kau perli aku ker apa"Ziyyad tergelak melihat muka cuak Amar.
"aku cakap pasal aku...tak ada kaitan dengan kau..."Amar tersengih macam kerang busuk.
Selepas makan mereka terus menuju ke bilik masing kerana esok masih ada lagi kerja yang harus di bereskan.
..........
..........
Seperti semalam Qaseh ke kedai emas miliknya.
Malam tadi sebelum tidur Ziyyad sempat ucapkan selamat malam untuknya.
"tak sabar tunggu abang balik"getusnya sendiri.
"Qaseh...nanti malam ni tidur rumah ibu ya...dah lama tak datang "ibu datang menghampiri ku.
"emmm...boleh nanti Qaseh call abang dan mama minta izin..Qaseh pun rasa dah lama tak tidur sana"ujarku riang,sekurangnya dapat juga aku luangkan masa bersama mereka berdua.
"ok lah ibu keluar dulu ya...nanti kalau dah call Ziyyad cakap kat ibu...kita balik sekali"aku hanya mengangguk dan ibu berlalu pergi.
Aku terus mencapai telefon dan menghubungi Ziyyad meminta izin dengannya.
Begitu juga dengan mama.
Selepas kedai di tutup aku terus kerumah ayah bersama ibu.
........
........
Selesai saja urusannya di Johor Ziyyad dan Amar terus bertolak balik.
Tak sabar rasa hatinya untuk berjumpa dengan Qaseh serta keluarga tersayang.
Sepanjang perjalanan Ziyyad tersenyum.
Amar yang duduk di sebelah pun turut tersenyum melihat wajah Ziyyad yang begitu ceria.
Kesibukan kota metropolitan itu sukar juga untuk Ziyyad memandu kereta dengan laju,perhatian terus diberikannya.
"Yad nanti biar aku pandu pula.."pinta Amar bila lihat Ziyyad mula mengantuk.
"yalah...nanti selepas kita singgah solat dulu... ...kita tukar"Ziyyad memberhentikan kereta di depan sebuah kedai makan untuk makan dan solat maghrib.
Usai solat dan makan kini giliran Amar pula yang memandu.
Pemanduan berjalan lancar sehinggalah sampai di selekoh tiba tiba sebuah kenderaan mara di arah bertentangan.
Amar hilang kawalan dan terus terbabas sehingga merempuh penghadang jalan.
Ziyyad yang dari tadi tertidur sedar ketika kereta yang datang dari arah bertentangan itu merempuhnya.
Mereka tidak dapat menyelamatkan diri.
Pintu kereta tidak dapat dibuka.
"Mar bangun...bangun..."dia cuba gerakkan badan Amar yang sudah berlumuran darah.
Kakinya sendiri tersepit dan tidak mampu untuk bergerak banyak serta kepalanya juga mula mengalirkan darah yang banyak.
Tiba tiba dia terasa kelam dan tidak sedarkan diri.
Mujur banyak kereta yang lalu lalang ketika itu berhenti menyelamatkan mereka.
Mereka seterusnya di bawa ke hospital yang berhampiran dengan keadaan tidak sedarkan diri.
Share this novel