bab 1

Romance Completed 29803

Nur Qaseh duduk di pantai merenung ke arah ombak pantai.
Sesekali kakinya menguis guis pasir pantai dengan kakinya.
Dia bangun berjalan di birai air,bermain ombak yang datang dan pergi.
Sesekali dia melompat anak.
Seperti biasa dia sendirian tanpa sesiapa di sisinya.

Rata rata yang datang ke pantai itu dengan pasangan dan keluarga.
Tapi dia ...sendiri.

Aku...

Aku tetap begini...sendiri...
Bila sunyi pinggir pantai inilah yang menjadi tempat aku meluahkan isi hati.
Pada ombak yang menderu,bunyian burung pada waktu petang bercicit membuatkan hatiku terhibur.

Aku tersenyum sendiri bila melihat gelagat kanak kanak berlari berkejaran sesama sendiri.

Begitu indah zaman kanak kanak......
Tapi aku...
Aku jua pernah melalui zaman kanak kanak ini tapi tidak seriang mereka yang aku lihat kini.
Aku membesar di rumah anak yatim sejak aku berusia 6 tahun lagi.
Aku ditinggal oleh bapa ku di sana setelah ibu ku meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya.
Aku di jaga dan di asuh dengan keadaan yang berbeza,hidup penuh disiplin dan tatatertib kehidupan.
Aku pasrah tentang hidupku.
Walaupun di besarkan di sana aku tetap bersyukur kerana masih ada lagi tempat aku menumpangkan kasih sesama kami yang kehilangan kasih dan sayang seorang ibu dan bapa.

"mama...."datang seorang kanak kanak kecil menghampiri aku.
Ingatan masa lampau ku terhenti.

"mama?tanya ku hairan.
Aku duduk selaras dengan ketinggian anak kecil itu.
Umurnya dalam sekitar 5 tahun ku kira.

"adik datang dengan siapa?"
Tanya ku sambil melilau mencari kelibat orang yang mungkin datang mencari anak kecil ini.

"nama siapa?"tanya ku lagi.
sambil menyelak rambutnya yang jatuh di dahinya.

"dengan tok ma. ..Nurin...jawabnya ringkas.

"cantik nama...Nurin...tapi kenapa Nurin ada kat sini...mana tokma?"
dia menggelengkan kepalanya.
Aku mengeluh,macam mana nak cari ni.
Aku memimpinnya untuk mencari kelibat nenek yang dikatakan nya.

"Nurin,puas tokma cari...kenapa pergi jauh..."termengah mengah bunyi nafas makcik depan aku ini.

"ni cucu auntie ker"tanya aku untuk kepastian.

""ya tadi dia cakap nak aiskrim jadi auntie pergi beli...tengok belakang terus hilang"sambil menunjukkan aiskrim yang sedang mencair.

Aku kesian tengok Aunty yang ada depan aku ini.

"terima kasih lah sebab jumpa dia...kalau tak matilah aunty tadi"

"tak apa lah aunty tadi dia yang datang kat Saya dan panggil mama"
jawab aku.

"maaf lah noh...Nurin ni bila tengok pompuan muda terus jer panggil mama"
Makcik ni mesti orang utara dari percakapannya ku kira.

"tak ada apalah aunty....jadi ibu muda best jugak kut"jawab aku berseloroh.

Gila jawapan aku...ibu muda...anak orang kut....khayal terlebih dah ni...siapalah bapa budak ni.

"anak ni sapa nama?"

"oh nama Saya Nur Qaseh"

"cantik nama macam tuan dia"
Kembang kempis hidung aku bila dia puji macam tu.
"biasa jer aunty..."
rendah diri la pula....

"tak pa la ya Qaseh aunty balik dulu...takut daddy dia balik kerja nanti cari anak dia pula"
Aku hanya mengangguk.

Aunty tadi hanya sebut pasal bapa budak tu jer...tapi tak pula sebut ibunya.
Ah...buat apa nak fikir.

...........
...........

"Qaseh...jap lagi boleh tak kau teman kan akak ke hospital"

"Hospital...buat apa kak?akak sakit ker?"aku kalau bertanya soalan memang terus jer.

"tak lah...nak melawat kakak ipar akak baru bersalin..."
Kata kak Athirah.

"oooo....Qaseh ok jer ..."jawab ku sambil menyudah kan jahitan labuci baju.

Aku kerja di butik kak Athirah sudah 2bulan selepas SPM.
Selepas peperiksaan aku tidak lagi tinggal di rumah anak yatim kerana nak hidup berdikari.
Cukuplah aku bagi peluang pada insan lain pula duduk di situ.

"akak baju ni dah siap nanti nak terus packing ker nak sangkut dulu kat sini?"tanya ku.

"gantung dulu kat sana tu nanti akak check dulu..."arah Athirah.

"dah harini kita tutup awal lah kedai,pergi mall jap cari present nak bagi baby"

"ok kak"
Aku kalau balik awal memanglah happy gila,
Tapi hari ni kena teman kakak comel ni pergi hospital dulu.
Dah banyak hari aku tak ke pantai,memang selepas habis kerja pantai lah tempat kunjungan aku.

"jom..."

"ok kak...siap"

Aku tunggu kak Athirah mengunci kedainya sementara aku beredar ke tempat parkir kereta.
Setelah siap semuanya kami menuju ke mall untuk memmbeli hadiah untuk baby kecil.

............
............

"Ya Allah Ziyyad...Nurin demam ni...kena bawa anak hang ni ke hospital ,panas sangat badan dia"
Aunty Rosnah mula cemas tengok keadaan cucunya tak bermaya.

"Ziyyad ada mesyuarat lah ma....mama pergi dulu dengan pak Joe...nanti Ziyyad datang..."
Aunty Rosnah hanya mampu mengeluh dengan perangai anaknya.

"dah lah malas mama nak bertekak dengan hang...tolong angkat Nurin ni ke kereta...panggil pak Joe,biar mama yang bawa dia...hang tu nama jer bapa dia tapi anak sakit pun tak hirau"bebel Aunty Rosnah.
Ziyyad mengangkat Nurin tanpa membalas kata kata ibunya.

Dia sudah tahu kalau menjawab sampai esok pun tak akan habis.

"daddy..."panggil Nurin.

"Nurin pergi dengan tokma dulu nanti habis meeting daddy pergi ok"

"pak joe bawa diorang ke hospital "arah Ziyyad.
Pak Joe mengangguk dan berlalu pergi.

Ziyyad pun turut beredar untuk ke tempat kerja.
Sejak menjadi bapa tunggal 5 tahun yang lalu Ziyyad lebih suka menghabiskan masanya di pejabat dan urusan luar.
Dia jarang meluangkan masa bersama Nurin anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience