Honeymoon kami ke Bali dan terus ke Paris..
Kenangan indah yang tak akan aku lupakan,begitu indah terasa dunia kami kini.
"amboi Ziyyad orang lain cuti kahwin paling lama pun sepuluh hari,kau sampai dua minggu..fuh.."sindir Bahar bila Ziyyad baru mula masuk pejabat.
"biasalah kan...nama lagi bulan madu,time ni lah nak spendtime dengan bini,nak bermanja,bila masing masing kerja,sibuk tak ada masa dah kan"Ziyyad mencapai beberapa fail yang berada di atas meja.
"Emmm...ya lah tu..."
"bos tengahari ni kita ada meeting dengan pelabur kat hotel Hilton"Laila PA Ziyyad masuk .
"ok...nanti informkan saya balik pesan Ziyyad.
Laila berlalu pergi.
"thanks Amar sepanjang aku tak ada sini kau handle tugas aku..."
"you are my bos ok...periuk nasi aku kat sini..."
"kalau aku tak harapkan pekerja buat apa gaji orang kan"
Pecah tawa mereka.
"oh lupaYad nanti bawalah wife you datang rumah aku nak buat majlis aqiqah anak aku minggu depan"
"wife yang mana ni, pertama atau yang nombor dua?"
"nombor dua...nombor satu tu dah pencen beranak..."
"IsyaAllah...untung kau ada bini dua kan,macam mana sekarang ni dah beres ker?"
"kadang kadang ok...macam tu lah pompuan...dah biasa....aku sendiri pun malas nak ambil peduli kalau diorang panas,ugut nak nikah lagi satu diam lah diorang"
Tergelak Ziyyad terdengar kata kata Amar.
"ni...si minah gedik Lina tu asyik duk tanya kau sedia...apa hal?"
"mana aku tahu...malas nak melayan...aku dah ada Qaseh cukup..."dengar nama Lina buat Ziyyad pening kepala.
"tapi perangai dia memang pelik bebenor aku tengok sejak kau tiada...hari hari datang office cari...ada satu hari tu sampai dia marah kat Laila bila kata you kahwin dan pergi honeymoon"
"dia nak apa sebenarnya...seram aku dengar"
meremang bulu roma Ziyyad dengan tiba tiba.
"lain kali bila aku tiada jangan bagi masuk office ni..."pesan Ziyyad tiba tiba terasa aneh bila sebut nama Lina.
"kau kena hati hati Yad,pompuan ni sukar untuk kita teka,baik depan belakang tak terduga kita"pesan Amar.
...........
...........
Aku tidak lagi berkerja di butik Athirah kerana ayah telah memintaku menjaga satu lagi cawangan kedai emasnya dan ia adalah hadiah untukku.
"Qaseh ayah dan ibu bercadang berikan salah satu kedai milik kami pada Qaseh"ujar ayah pada satu makan malam di rumahnya selepas aku dan Ziyyad balik dari burbulan madu dua hari yang lepas.
Wajah Ziyyad ku pandang lama,Ziyyad tersenyum padaku.
"Qaseh tak pandai dengan bisnes semua ni ayah"ujar ku lembut.
"bukan susah pun,nanti kami ajarkan,lagi pun Qaseh lah satu satunya anak yang kami ada,rugi tau kalau dari sekarang tak ambil peluang ni,masa depan kita tak tahu"sambung ibu.
"Qaseh rasa dalan hal ni kena minta persetujuan abang dulu kut"
"abang tak kisah,kalau Qaseh rasa ok abang ok jer"senyuman di lerek kan padaku.
"baiklah ayah,ibu Qaseh terima..."
'_alhamdulillah,lega ayah...nanti bila Qaseh dah sedia ayah akan bawa ke kedai baru yang kami buka beberapa bulan yang lalu"wajah gembira ayah jelas terpancar
"sayang menung apa tu?"pinggangku dipeluk dari belakang dan dagunya diletakkan di atas bahuku.
"tak ada apalah..Cuma ingat permintaan ayah dan ibu....boleh ker Qaseh handle semua tu ?"
Rambutku disanggulkan.
"no...lepas lagi cantik"rambutku kembali dilepaskan.
Wajahku ditenung lama dari dalam cermin dan badanku dipusing berhadapan dengannya.
"sayang boleh buatlah,belajar dulu...."tangannya menyelit rambut yang jatuh di mukaku.
Aku tersenyum dan mengangguk.
"ni abang pelik sangat malam ni kenapa,senyum semacam"
"tak ada apa cuma...."badanku terus dicempung.
"abang,.."rengek ku manja.
Dia hanya ketawa dan membawaku terus ke katil.
Perlahan badanku diletakkan di atas tilam.
"sayang tahu tak wajah sayang ni tak pernah jemu nak pandang..."Ziyyad mengusap lembut pipiku.
Perlahan dia memagut lembut bibirku.
Aroma maskulin nya membuatkan aku semakin hanyut.
Lama bibirku dilumatkan.
"I LOVE YOU SAYANG....Cinta sangat sangat"kali ini bibirnya terus turun ke leher membuatkan aku tergelak kecil kerana kegelian.
"abang..ingat jangan tinggalkan love bite..."rengek ku manja.
Ziyyad tergelak.
"shuhh,...biar abang jalankan tugas abang ok...."jawabnya dengan suara garau menggoda.
Akhirnya kami lemas dalam badai asmara...
Hari yang kami lalui sangat indah dan sangat nikmat kami rasai.
Semoga ianya berkekalan sampai hayat kami yang terakhir.
,.......
........
Share this novel