bab 63

Romance Completed 29803

Kini sudah masuk tiga tahun perkahwinan aku dan Ziyyad.
Saat bahagia yang tercipta begitu indah.
Usia Nurin sudah pun sembilan tahun dan Si junior Ziyyad tiga tahun.

Begitu indah dan bahagia detik bersama mereka.
Nurin menjadi kakak yang bertanggung jawab dan sangat menyayangi Aariz.

Aku tidak pernah membezakan kasih sayang ku pada Nurin dan Aariz kedua duanya aku sayang.

"sayang menung apa tu"sapa Ziyyad dari belakang.

"senang tengok Nurin layan Aariz,baik kakak tak marah dan pukul adiknya bila kacau dia menulis tadi"
Perlahan aku bangun menghampiri Aariz yang dari tadi cuba mengacau kakaknya belajar.

"Aariz no...please jangan kacau kakak nak belajar tu"badan Aariz ku dukung.

"Aariz nak encil"dengan pelat dia bersuara.

"nanti daddy belikan yang baru ok...janganlah kacau kakak..kesian kakak"
Nurin bangun memberikan sebatang pencil warna pada Aariz.

"jom Aariz kita warna sama sama"segera Aariz turun dari dukunganku.

"hati hati...tengok adik main tu...'pesanku dan berlalu pergi menuju ke arah Ziyyad yang dari tadi memicit micit kepalanya.

"abang ok ker ni...dari tadi lagi Qaseh tengok abang picit kepala"aku mendekatinya dan memicit perlahan kepalanya .

"entahlah badan abang ni rasa tak selesa ,tiba tiba sakit kepala"

"nanti Qaseh ambilkan ubat ya..."segera aku ke dapur mengambil sepapan Panadol dan segelas air.

Ziyyad terus menelan ubat dan mohon untuk tidur sebentar.

"kenapa dengan Ziyyad tu?"tanya mama datang dari arah depan memegang plastik yang berisi sayur.

"entahlah mama tadi dia kata tak sedap badan...ubat dah telan dah..kejap lagi ok lah tu"jawab ku.
Plastik di tangan mama ku ambil dan dibawa ke dapur.

"hari ni kita masak sup sayur lah ya Qaseh...goreng ayam,ikan...nanti potong sayur tu"arah mama.

"ok mama...biar Qaseh lah masak hari ni,mama tolong tengok kan Aariz kat luar tu...takut dia kacau kakaknya menulis"

"yalah...mama pergi depan dulu"mama terus berlalu pergi menjenguk cucunya.
Hari ini Ziyyad dan aku cuti jadi masa yang kami ada diluangkan bersama.

Hampir sejam semuanya telah siap aku masak .
Semua sudah terhidang di meja hanya tunggu untuk dimakan sahaja

Apron di badanku ditanggalkan dan disangkut di penyangkut.
Langsung aku ke ruang tamu untuk kejutkan Ziyyad yang masih terlena.

"abang bangun makan"badannya ku gerakkan perlahan.

"sayang...ada apa?"matanya digosok .

"makan...Qaseh dah siap masak"Dia bangun perlahan dan kantuknya masih lagi tidak hilang.

"sakit kepala lagi ker?"tanya ku bila lihat tangannya masih memicit kepala.

"lega sikit..."

"jomlah....tangannya ku raih menuju ke dapur.

"abang duduk dulu Qaseh panggil mama dan anak anak ya"
Setelah semua berkumpul kami menikmati makan bersama.

"abang kenapa makan sikit jer hari ni...selalu kalau buat sup sayur bertambah tambah "aku perasan nasi yang dia makan Ziyyad tidak habis dimakannya.

"abang tak ada selera...rasa loya..mual"
Mama yang dari tadi sedang menyuap cucu kecilnya berkerut kening.

"aik...mual...loya...macam pompuan mengandung jer"celah mama.
Aku pula kini berkerut kening mendengar kata kata mama.

Sejurus selepas itu Ziyyad terus bangun menerpa ke singki dan memuntahkan segala apa yang dimakannya tadi.
Aku mula kehairanan terus bangun menggosok belakangnya.

"abang...kenapa ni...jomlah kita ke klinik...risaulah macam ni..."bahunya aku pegang dan bawanya ke ruang tamu.

Mama duduk menyudahkan menyuap nasi kepada cucunya.

"kita ke klinik ya...pucat muka abang ni..."minyak angin aku bubuh di belakangnya.

"kejap lagi ok kut"kepalanya diletakkan diribaanku sementara aku memicit kepalanya.

Aku mula terfikir bila lihat keadaan Ziyyad mula teringat masa aku alahan mengandung kan Aariz Khalish.
Simpton yang sama aku alami.

Aku tersenyum sendiri.

"sayang ni kenapa senyum sendiri"aku tersentak bila Ziyyad soal ku.

"tak ,Qaseh cuma ingat masa mengandungkan Aariz dulu...mual,loya,sakit kepala,muntah..."
aku tergelak bila ingat moment itu.

"betul tu Qaseh...mama rasa ada isi pulak tu"sapa mama.

Ziyyad terus bangun dari ribaanku seolah terkejut dengan kata kata mama tadi.
Aku tergelak nakal bila lihat muka cuak nya.

"sayang..apa ni...baik mengaku..."dia bangun memandang ku dan memegang bahu.
Aku masih tersenyum.

"mengaku apa...abang yang muntah,loya sakit kepala...Qaseh nak buat macam mana"aku terus tergelak.

"daddy..."Aariz datang ke arah kami dan naik di riba Ziyyad.
Diusap dan dicium kepala Aariz.

"anak ummi dah kenyang?"tanya ku.

"dah..."

"sayang...jawapan abang tak jawab lagi..."aku bangun dan menjungkitkan bahu.

Mama pun berlalu dengan melebarkan senyuman.
Terkebil kebil mata Ziyyad memandang ku dengan seribu persoalan.

"jom Aariz..kita naik mandi dan tidur ya...nanti petang ajak daddy pergi pantai..."tangan Aariz aku pimpin dan menjeling manja ke arah si suami yang masih lagi menunggu jawapan.

"yeay...nak pergi pantai..."bersorak Aariz bila dengar pantai.

"sayang....ni mesti ada something yang sembunyi dari abang"tanganku ditariknya.

"mana ada...abang bawa Aariz mandi lah kejap lagi Qaseh naik "aku singgah kan ciuman dia pipinya.

"ok lah...tapi sayang tak selesai lagi dengan abang tau"
Aku hanya tergelak .
Aariz didukungnya di bawa ke atas.

Semasa aku naik setelah selesai mengemas di dapur Aariz sudah pun terlena .

"sayang...."tanganku ditarik sampai terduduk di atas ribanya.

"hmmm...abang dah ok ker?"dahinya aku sentuh .

"dah...yang tak ok nya sayang...."pipi ku dikucupnya.

"kenapa pulak?

Dia baringkan aku di tilam,dan mengusap lembut pipiku.
Dihidunya haruman di badanku,aku hanya tersenyum.

"abang tak kan tak tunggu malam kut..."aku mula gelabah bila tangan nakalnya mula merayap ke atas badanku.

"malam siang sama jer...."tangannya masih galak membuka satu persatu butang bajuku.

"abang nanti Aariz terjaga...."bisikku perlahan.

"denda...sebab sayang tak nak bagi tahu something pada abang...."

"something apanya...tak ada apa apa lah"aku mula hanyut bila tangannya mula memegang sesuatu yang membuatkan aku terleka.

"betul tak ada?kejap..."dia bangun ke bilik air.
Aku yang tadi masih dalam keadaan separuh bajuku terbuka kehairanan.

"ni...apa...."dia kembali membawa sesuatu ditangannya.

Aku tergelak kecil dan mengangguk.

"betul?sayang mengandung lagi kan?"tanyanya teruja dan terus memeluknya.

"betul...tapi kalau nak pasti kena check lah..."

Terus dia memagut bibirku.

"ab...abang...umpph"aku tak sempat nak habis kata.

"alhamdulillah sayang abang happy sangat....thanks...tapi abang tak nampak pun perubahan sayang kali ni...relax jer"

"kali ni abang kan yang rasa..."ujarku selamba.
baju yang masih terbuka tadi ku kancing kembali.

"tunggu....kita sambung adegan tadi..."badanku kembali direbahkan.

"laa...ingat nak ugut jer tadi ni sungguh sungguh"

"mana ada main main....ni adalah tambah pahala...."terus aksinya merancak aku hanya membiarkan sahaja.

"tadi bukan main sakit kepala"selimut ku tarik sampai paras dada,memandang Ziyyad tersenyum puas.

"tu tadi...sekarang semangat"badanku ditarik ke pangkuannya.

"pergilah mandi nanti Aariz terjaga nanti..."aku menolak badannya.

"kejap laaa....nanti kita ke klinik ya check sayang..."perutku diusap lembut.

Aku hanya mengangguk.
"jom kita mandi bersama"badanku dicempung terus ke bilik mandi.

.............
.............

Sebelum ke pantai kami sempat singgah di klinik buat pemeriksaan untuk kepastian.
Ziyyad tentunya insan yang paling terbahagia bila tahu aku hamil lagi.
Kandungan aku sudah masuk tujuh minggu tetapi oleh kerana tiada perubahan pada diriku tiada siapa yang tahu.
Semasa aku cuba untuk buat ujian sendiri adalah kerana terlalu lewat datang bulan.
Sepanjang parjalanan ke pantai petang itu senyuman tak lekang di bibirnya..
Mama turut gembira dengan perkhabaran itu.
Ayah dan ibu juga tumpang gembira.

"Yad kali ni alahan datang kat hang pula..."mama tergelak bila lihat Ziyyad akan muntah tiap kali makan.

"tak bestlah sayang rasa macam ni"kali ini aku yang jadi tukang urut belakangnya tiap kalu muntah.

Aku hanya tergelak tapi kadang kadang timbul rasa simpati juga bila tengok keadaan tak bermaya dia.

"adillah kan..masa mengandungkan Aariz dulu Qaseh yang rasa semua ni...sekarang ni giliran abang lah pulak...dah jom abang baring dulu.."badannya ku baringkan di tilam.

"sayang....temankan abang ..."sifat romantiknya tak pernah surut sejak awal kahwin hingga sekarang.
Tetap sama yang membuat hati ku sentiasa jadi teristimewa dalam hidupnya.

"abang.....teman jer kan..."tanya ku bila lihat mata galaknya dan senyum lebar di bibirnya buat hati ku gundah.

"ya...sampai abang terlena..."ditariknya tangan ku sampai jatuh kepangkuan.

"abang ingat Qaseh mengandung ni...jangan kasar sangat..."

"sorry...tu la sampai abang terlupa sebab tengok sayang ok jer" badanku dipeluknya.

"dah lah tidur esok abang kerja kan..Qaseh pun nak ke kedai esok.."

"emmm....yes madam..."kucupan singgah di bibirku.
Aku hanya menguntum senyum.
Senyum yang bahagia.....
Bahagia memiliki suami yang amat mencintaiku setulus hatinya.
Bahagia memiliki mertua sebaik mama.
Bahagia punyai anak anak anugerah Allah

"LOVE YOU SO MUCH sayang...."......satu ungkapan yang selalu diucapkan dibibir Ziyyad...

P/s: terima kasih kerana sudi membaca nukilan saya....Nur Qaseh...sebuah ikatan yang bina atas dasar kasih sayang.....semoga semua enjoy dan nantikan nukilan saya yang seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience