bab15

Romance Completed 29803

Selepas menghantar Qaseh ke butik Ziyyad terus mengambil mamanya dan Nurin untuk ke mall untuk membeli keperluan dapur.

"mama jap...teman Yad masuk butik beg tangan boleh"Ziyyad memimpin tangan Nurin menuju ke butik kasut dan beg tangan.

"aik...nak belikan mama beg baru ke"mama berseloroh.

"boleh lah kalau mama nak pun..Yad boleh belikan...pilih jer...tapi Yad nak mama pilih satu untuk someone"jawab Ziyyad .

"amboi someone tu sapa?Qaseh ker?"tanya mama tergelak kecil.

"aah..mama...semalam beg tangannya terputus ditarik Zack...jadi boleh kan kalau Yad nak bagi dia yang baru?"terangnya lagi.

"beli jer lah Yad...pilih yang trend orang muda mesti Qaseh suka"mama tersenyum.
Dia cukup faham dengan perangai anaknya sememangnya mula menyukai Qaseh.Cuma tidak luahkan lagi perasaan nya.

"Nurin nak jugak..."rengek Nurin.

"Nurin kan kecil lagi...mana boleh pakai beg bagai...nanti daddy belikan mainan doll boleh?"pujuk Ziyyad.

"yeay dapat doll baru"Nurin melompat girang.

Mama Rosnah tersenyum melihat wajah girang Nurin.
Sejak Qaseh hadir dalam hidup mereka dia mula nampak perubahan pada Ziyyad yang mulai memperdulikan Nurin.

"mama kalau yang ni ok tak...macam sesuaikan dengan Qaseh"tanya Ziyyad sambil menunjukkan kepada mama.

"cantik...nampak ok sesuailah tu dengan dia..orang muda"jawab mama.
Ziyyad tersenyum senang apabila mamanya setuju setuju dengan pilihannya.

"harap Qaseh suka"gumamnya

"mama nak yang mana...pilihlah"

"alah tak payahlah yang ada ni pun jarang guna membazir jer...nanti tunggu raya kau belilah untuk mama"

"laa tunggu raya ker...emm..baiklah Yad bayarkan yang ni dulu"Ziyyad terus berlalu ke kaunter untuk membayar harga beg.

Selepas pembayaran mereka terus ke tempat permainan kanak kanak pula untuk membeli mainan untuk Nurin.

"ok last kita cari barang dapur pula ya mama"

"itulah sebenarnya tujuan kita..."mama tersenyum.
Ziyyad menggosok belakang tengkuknya sambil tersengih.

..........
..........

Selesai ke rumah pengantin Qaseh dan Liza terus bertolak balik...

"Liza boleh tak jap lagi singgah rumah sewa Qaseh nak ambil skuter kat sana"ujar aku bila kereta Liza menghampiri rumah sewaan aku.

"ok...beres...tapi betul ker kau nak terus duduk sana dengan Ziyyad..maksud aku dengan mama dia sekalilah?"tanya Liza sambil teruskan pemanduannya.

"entahlah Qaseh pun tak tahu...sebenarnya malu nak duduk sana...ya lah kan takut apa orang kata...nanti salah sangka pula"jawab ku bimbang.

"susah apanya kahwin jer dengan smile killer tu senang cerita"Senangnya,Liza bagi cadangan.

"oii...kau ni agak agaklah nak bagi cadangan pun...kalau Qaseh ni lelaki dah lama dah Qaseh pinang dia...yang masalahnya Qaseh ni pompuan..."Liza tergelak mengekek mendengar kata kata ku.

"kan...tapi aku tengok dari layanan dia tu kat kau...sebenarnya dia suka..cuma malu kut"ujar Liza.

"malu tapi mahu..."pecah ketawa kami.

Setelah sampai di rumah sewa aku terus mengambil skuter untuk dibawa balik ke rumah Ziyyad agar senang untuk aku ke tempat kerja nanti.

Lebih kurang 30 minit lebih aku sampai di perkarangan rumah Ziyyad dengan menaiki skuter kesayangan ku.

"laa kenapa balik naik motor?" tanya mama bila melihat aku memakir skuter ku.

Mama sedang menyiram pokok di lamannya.

"saja lah mama...bimbanglah tinggal lama lama kat rumah sana nanti tak pasal pasal hilang"jawab ku sambil menghampiri Nurin yang sedang asyik bermain.

"anak ummi buat apa ni...?"tanya aku.

"jom ummi main ngan Nurin"ajak Nurin sambil memberikan doll mainannya padaku.

"ish Nurin Ummi letih tu...biarlah ummi masuk dulu"kata mama.

"hahah...tak lah...cuma ummi tak boleh duduk bawah...lutut ummi ni sakit lagi"sambil mataku mencari kelibat buah hati pengarang jantung yang tak jadi lagi.

"cari Ziyyad ker?"tanya mama mengejutkan aku.
Aku tersipu malu dengan pertanyaan mama.

"daddy mana ?"bisik aku ke telinga Nurin.

"daddy keluar main bola"jawab Nurin.

"Ziyyad kalau cuti memang petang dia suka main bola sepak kat taman tu dengan kawan kawan dia"sampuk mama.

"ooo...ummi masuk dalam dulu ya nak mandi jap...nanti kita main lagi"sambil mencubit pipi gebu Nurin.

Aku terus berlalu masuk ke dalam.
Perlahan menaiki anak tangga menuju ke bilik.

"aduh...sakit la,wei.."balutan lutut ku dibuka perlahan.

"Ouch....pedihnya..."
terpaksa aku menahan pedih dan sakit tiap kali bila terkena,air semasa mandi.

Selesai mandi dan mengenakan baju dan menyapu ubat luka di lutut aku terus turun ke bawah.

"dah mandi...jom minum dengan mama...tadi mama buat cekodok pisang"ajak mama sambil menatang sedulang air dan cekodok.
Aku membuntuti mama dari belakang.

"Nurin jom duduk sini minum dengan ummi"ajak ku apabila lihat Nurin masih lagi setia bermain.

"kejap ummi nak tidurkan princess"

"ooo...princess tak tidur lagi ker?"ujar ku tergelak kecil.
Suka tengok dunia Nurin,dua kanak kanak yang riang tanpa ada masalah.

"Qaseh....menung apa tu?"aku tersentak dari lamunan apabila mama menepuk bahu ku.

"oh...tak ada apalah..Qaseh suka tengok Nurin happy jer dia"jawab ku.

"dia happy sejak kenal dengan Qaseh...dulu tak macam ni pun..."ada nada sedih dalam ucapan mama.
Aku mengangguk faham.
Nurin bangun duduk di sebelah ku.

"princess dah tidur?"tanya ku pada Nurin.

Nurin ketawa.

"dah makan..jap lagi masuk mandi.."mama menyuruh Nurin.

"ok..tokma"ujar Nurin sambil menyuap cekodok ke mulutnya.

Kami bertiga menikmati hidangan petang di beranda.

"dah jom masuk mandi...kejap lagi nak maghrib"ajak mama sambil menghulurkan tangan kepada,Nurin.

"Qaseh duduklah dulu mama nak mandikan Nurin"

"ya mama...kejap lagi Qaseh masuk"
ujar ku.

Sejurus kemudian kelihatan kereta Ziyyad masuk ke perkarangan rumah.
Aku tersenyum bila melihat orang yang aku cari tadi sudah muncul di depan mataku.

Entah mengapa jantung ku mula mengepam laju bila melihat kelibat Ziyyad keluar dari perut kereta sambil menghadiahkan senyuman maut buat aku.

"sorang jer?"tegur Ziyyad.
Pertama kali lihat Ziyyad memakai jersi bola.
Aku tertelan liur...melihat Ziyyad dalam keadaan agak seksi dengan berseluar pendek dan sedikit berpeluh.
Terserlah laki kelelakiannya.

"hello...tengok apa tu"Ziyyad melambai lambai tangannya ke muka ku.

"seksi..."jawab ku seolah berbisik.

Ziyyad ketawa terbahak bahak membuatkan aku malu.
Aku mula menarik muka cemburut...

"sorry...sorry...tak nak pelawa abang minum ker?"tanya Ziyyad bila lihat muka aku berubah.

"jomlah...duduk"jawab ku selamba

"balik dengan skuter ker tadi?"tanya Ziyyad sambil meneguk air.

"ya...singgah ambil kat rumah sewa tadi"

"lutut tu dah ok ker?"tanya Ziyyad sambil menyuap cekodok ke mulut.

"eee ...abang tangan tu dah basuh ker...pakai makan terus gitu"aku buat muka geli.

"opps lupa..."sambil mengunyah lebihan cekodok tadi.
"abang dah cuci tangan lah tadi lepas main..."katanya sambil ketawa.

"hmmm...iyalah tu..."jawab ku sambil jeling.

"tadi abang tanya tak jawab..."

"ooo...pasal lutut ker...sakit lagi tapi ok lah sikit.."
Sambil bangun berlalu.

"laaa...dah nak masuk ker...ingat teman abang makan.."

"mestilah...dah nak maghrib...abang pun masuklah mandi...busyuk lah"

"amboi tadi bukan main lagi duk tenung kita...sekarang busuk pulak ya..."Ziyyad mula bangun menghampiri aku.
Sekali lagi jantung aku mengepam laju...
Aku dah la berdiri pun tak tegak dengan keadaan lutut yang sakit.
Badan aku sampai rapat ke pintu.
Mata aku pejamkan ketika badannya mula menghampiri aku,jarak yang agak dekat cuma,lebih kurang sejengkal mampu untuk aku menghidu aroma maskulinnya,walau dalam keadaan berpeluh.
Aku mula cuak

"abang...tepilah..."pintaku cuba menolak dada kekarnya.

"tau takut...tadi kata abang busuk sangat"Ziyyad ketawa bila lihat muka aku mula bertukar rona.

"Ok lah....tak busuk pun...dah tepi nanti mama keluar.."kali ini aku melorot ke bawah lengannya yang dari tadi berada di atas kepalaku.
Aku terus berlari terhinjut hinjut sambil ketawa.
Ziyyad turut ketawa melihat keadaan aku yang cuba lari daripadanya.

"hmm...Qaseh..Qaseh tau takut..."bisik Ziyyad sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience