bab 16

Romance Completed 29803

Dalam bilik Ziyyad tertawa sendiri mengingatkan moment hari ini...macam hal yang terjadi..dalam masa yang sangat singkat hati Ziyyad mula terpaut dengan Qaseh.Tapi bagaimana dengan Qaseh.
Sebelum ini tidak terfikir untuk dia mencari pengganti baru di hatinya.
Kehadiran Qaseh seolah membuka ruang di hatinya yang kian kosong.
Gelak tawa dan manja Qaseh buat hatinya tercuit.
Gadis muda yang penuh keletah menghiburkan.

"adakah ini namanya cinta?"bisik Ziyyad sendiri.
Tangan diletakkan di dahinya...renung ke atas akhirnya terlena...
........
........

Seperti biasa waktu pagi Qaseh bangun dan terus ke bilik mandi.
Bersihkan diri,kesakitan di lututnya semakin pulih...tapi masih lagi terasa kepedihan...lukanya di sapu ubat luka.

"assalamualaikum mama"aku turun terus ke dapur,kelihatan kelibat mama sudah ketung ,ketang di dapur.
Rutin harian seorang ibu.
Hati aku kini rasa terisi padat dengan kasih sayang.

"waalaikumussalam...pagi..."jawab mama.

"sedapnya...."kuetiaw goreng sudah terhidang di atas meja.

"jomlah makan..."sambil menghulurkan pinggan kepadaku.

"terima kasih mama ...mama memang selalu macam ni ker..pagi pagi sediakan sarapan?"tanya aku.
Mama tersenyum memandang ku.

"selalunya macam nilah...walaupun penghuni tak ramai...tapi mama suka masak...daripada beli sarapan kat kedai"terang mama.

"mama...nanti kalau Qaseh cuti boleh tak ajar masak?"ujar aku.

"boleh jer...tapi ada pengerasnya"jawab mama sambil ketawa.

"hah...ada pengeras ker?"tanya aku membulatkan mata.

"mestilah ada....pengerasnya nanti mama cakap"

"pengeras pun pengeras lah mama asalkan bulih masak setaraf chef hotel lima bintang"pecah tawa kami berdua.

"amboi gelak sampai keluar dengar"datang Ziyyad dari belakang.

Aku terus senyap seribu bahasa.

"hang Yad terkejut mama..."sambil mengurut dadanya.

"Apa yang happy sangat ni mama?"tanya Ziyyad inginkan kepastian.
Aku tersenyum sambil menyedok kuehtiaw ke dalam pinggan yang dari tadi tidak terusik kerana asyik tergelak.

"ni ha...Qaseh dia kata nanti nak belajar masak...mama kata lah boleh yang penting kena ada,pengerasnya"terang mama sambil mengerling ke arah ku.
Aku membalas senyuman mama.

"hmm....eloklah tu belajar masak nanti bila kahwin senang?"ujar Ziyyad sambil mengangkat keningnya ke arah ku.

"kahwin...emmm...sapa lah yang nak kahwin dengan Qaseh ni.."aku mencebik.

"ada...pasti ada"jawab Ziyyad sambil senyum.

"aamiinn..."aku tadahkan tangan dan mengaup mengaminkan kata kata Ziyyad.

Ziyyad melirik senyum ke arah aku,darah muda mula berderau ke muka...panas...aku tunduk malu bila dia duduk berhadapan dengan aku.

"tak payah duk tenung orang lah Ziyyad...kalau berkenan tu cakap jer"hampir tersembur makanan dalam mulut Ziyyad bila mama kata begitu.
Aku ketawa terbahak bahak.
Muka Ziyyad mula bertukar rona.

"iyalah...kalau berkenan cakap...nanti melepas terlopong mulut hang Ziyyad...."sambung mama lagi sambil tergelak.
Aku lagi lah malu saat ini.

"mama...malulah Yad...depan Qaseh."Ziyyad tersenyum ke arah aku.
Aku terpaksa tunduk sambil menguis nguis makanan di pinggan.
Dalam hati memang berbunga rasa.

"malu lah konon...hang jantan...kalau mau kata mau...nanti tak pasai pasai Qaseh ni melepas kat tangan Zack...kan gitu Qaseh"

Aku mengangguk tanda setuju.

"mama...ni jangan kata lagu tu...tak kan lah Zack pulak di bandingkan.
Aku tergelak kecil.

"betul kata mama lambat nanti disambar helang"kata ku sambil berlalu ke sinki mencuci pinggan.
Mama tergelak dan menggelengkan kepalanya.

"dah lah mama nak kejutkan Nurin jap...sekolah"mama terus berlalu ke ruang depan.

Ziyyad berkerut dahi bila mendengar kata kata aku tadi.

"Qaseh pun...buli abang juga ya....hmmm..."kata Ziyyad sambil bangun menghampiri ku.

"mana ada...betullah kata mama tadi...kalau suka kata suka jangan pendam dalam hati...parah jadinya"jawab ku

Kali ini Ziyyad memandang aku lama...tersenyum.
Aku mula gelisah dengan renungannya.

"kenapa tenung Qaseh macam nak makan jer"tegur aku mengelak dari dia terus merenungku.

"saja...nak tengok Qaseh...cantik..."
degupan jantung aku berdegup kencang...muka mula bertukar rona.

"Ya Allah....kenapa ni...hatiku sudah rasa lain..."
Aku terus berlalu laju...mengelak dari terus di tenung si killer smile...

"Qaseh...nanti jap..."Ziyyad membuntuti aku dari belakang

"Qaseh nak naik atas lah...nak siap pergi kerja"jawab ku tanpa menoleh.

Ziyyad tersenyum sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"fuh Selamat..."bisik aku sendiri,segera menutup pintu bilik.

tok!_tok!
terdengar ketukan dari luar bilik sejurus kemudian.

"masuk.."
krik...pintu dikuak dari luar,terpancul kepala Ziyyad dari luar.

"hmm..abang ada apa...masuk lah...tapi pintu jangan tutup...bahaya"aku tergelak kecil.

"tak pa abang kat luar ni jer...nah"sambil menghulurkan satu bungkusan pada Qaseh.

"apa ni?"tanya aku teruja.

"bukalah...harap Qaseh suka"Ziyyad tersenyum sambil berlalu pergi.
Segera aku menutup pintu bilik sejurus dia beredar ke bawah.

Bungkusan tadi dibuka perlahan.

"agak agak apa ya.."bisik aku sendiri.

"wow cantiknya...handbag...hmm...ni mesti sebab handbag aku putus aritu"
Apa lagi aku pastilah gembira bila pertama kali dapat hadiah dari orang yang tersayang.

"thanks abang"ucapku sendiri.

..........
..........

"mama mana abang Ziyyad?"tanya aku bila turun ke bawah tidak lihat kelibat Ziyyad.

"dah pi kerja...kebetulan hantar Nurin kat tadika"ujar

"emmm....tak sempat nak ucap terima kasih kat abang sebab belikan Qaseh handbag cantik ni"kata ku lagi.

"alah duduk satu rumah pun...nanti petang jumpa lagi.."jawab mama tersenyum.

"Qaseh suka?"tanya mama bila melihat Qaseh tersenyum lebar.

"mestilah suka...first time dapat gift mahal gini"
bertambah lagi lebar senyum ku.

"baguslah...Ziyyad tu kalau dia suka kan seseorang...suka sangat bagi hadiah.."

"abang Ziyyad suka ker kat Qaseh mama?"tanya aku untuk kepastian.

"nanti cuba Qaseh tanya kat Ziyyad sendiri..."mama hanya tersenyum.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
Hmmm ingat dia nak bocorkan rahsia Ziyyad rupanya bagi kenyataan jer...bukan jawapan penuh....

"ok lah mama...Qaseh nak pergi kerja dah..."aku menghulurkan tangan menyalami mama.

"lutut tu dah ok ker?"tanya mama sambil menghulurkan tangannya.

"alhamdulillah dah ok dari semalam...kena gerak banyak kut...senaman..."ujarku sambil gelak.

"ada ada jer...hati hati bawa motor tu...oh ya lupa mama ni Ziyyad pesan tadi suruh kasi kat Qaseh"mama menghulurkan sekeping kertas yang tertera nombor telefon.

"nombor telefon sapa ni mama?"tanya aku sambil menyarungkan topi keledar di kepala.

"nombor dia lah tu...senang kalau ada apa apa nanti call jer dia"pesan mama.

Aku hanya mengangguk dan tersenyum.
Terus aku meluncur pergi menaiki skuter kesayangan ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience