bab 6

Romance Completed 29803

Oleh kerana aku tidak berminat untuk menyambung pelajaran aku terus bekerja di butik kak Athirah.

"Qaseh,Liza...minggu depan jangan lupa datang majlis kahwin akak"ujar Athirah.

"eh mestilah kak...kitaorang ni kan pengapit yang paling comel..."jawab Liza.

"baju orang sponsor kita on jer kak"sambung aku.

..........
..........

"Ziyyad esok kita pi majlis nikah sepupu hang nah,pak long dan mak long hang suruh kita pi...majlisnya lusa tapi mama ingat nak pi awai lah skit...tolong apa yang patut...kebetulan Nurin pun cuti sekolah boleh bawa dia tidur sana"

Ziyyad hanya diam.

"hang dengar dak,Mama cakap ni?"

"ya mama dengar esok Ziyyad hantar mama dan Nurin kat sana dulu,pastu hari kenduri Ziyyad pergi"jawabnya malas.

Dia langsung tak berminat untuk hadiri majlis kahwin sepupunya.

"Nurin mana Mama sunyi jer..."tanya Ziyyad apabila tidak kedengaran suara anaknya.

"ada kat bilik tu tengah mewarna lah kut..."
Ziyyad terus berlalu pergi ke bilik Nurin.

"anak daddy sedang buat apa tu?"
Dia perlahan menghampiri katil Nurin yang asyik mewarna sesuatu.

"Nurin lukis.."

"wah pandainya anak daddy lukis...mai sini daddy tengok"sambil mengambil kertas lukisan Nurin.

"ooo...Nurin lukis apa ni..."

"ni keluarga Nurin...ni tokma,ni nurin,ni daddy and ummi Qaseh "dengan suara girang Nurin perkenalkan satu persatu tentang lukisannya.
Ziyyad tersentak apabila Nurin menyebut nama Qaseh.

"Nurin suka ker Ummi Qaseh jadi ibu Nurin"tanya Ziyyad pada Nurin.
Nurin mengangguk sambil tersengih menampakkan giginya yang putih.

"kat sekolah semua kawan kawan Nurin ada ibu,mama,mummy,ummi...Nurin jer yang tak ada"kesedihan jelas kelihatan di wajah anaknya.

Ziyyad mengeluh.
"Nanti kita beli ummi Qaseh ya Daddy?"tanya Nurin

"hah beli?mana boleh beli macam tu..."Ziyyad ketawa mendengar kata kata anaknya.

"habis tu...macam mana Daddy...Nurin nak Ummi Qaseh"rengek Nurin lalu bangun duduk di ribaan Ziyyad.
Ziyyad mengelus lembut rambut Nurin sambil mencium pipi gebu si kecil itu.

"kalau nak suruh Ummi Qaseh duduk sini...Daddy Nurin kena kahwin dengan dia"ujar Mama Ziyyad yang tiba tiba terpancul dari pintu.

"mama"Ziyyad terkejut.

"ya Yad...kesian kat Nurin ni...dia dahagakan kasih sayang seorang ibu.....kau kena faham perasaan dia...dah 5tahun...tak kan hang tak boleh lupa lagi arwah..."bebel mamanya.

"mama, Ziyyad tak sedia lagi cari pengganti dan Ziyyad takut perempuan yang Ziyyad kahwin nanti tak boleh terima Nurin"jawab Ziyyad cuba berdalih.
Sudah banyak kali mama nya menyuruh dia kahwin tetapi sampai kini hatinya masih lagi pada Sofia.

"terpulang hang lah Yad...tapi mama memang berkenan sungguh lah kat Qaseh...lagi pun dia mesra dengan Nurin"mama Rosnah cuba memancing agar terbuka pintu hati anaknya untuk cari pengganti Sofia.

"hmmm...dah Nurin tidur dulu...esok Daddy hantar Nurin dan tokma ke rumah pak long dan maklong ya...kut kat sana Nurin boleh jumpa ibu baru"sambil tersenyum kwn arah Mamanya.

"ada ada sajalah alasan kau Ziyyad"Mama Rosnah tergelak.

"Aamiinn....moga termakbul ya Ziyyad!!laung Mama Rosnah apabila anaknya telah berlalu pergi.

Ziyyad terus berlalu tanpa menghiraukan kata kata ibunya.

........
........
Sehari sebelum kenduri...

Qaseh dan Liza bertolak awal ke rumah Athirah pada pagi itu untuk bersiap.
Semua urusan pelamin sudah beres dua hari yang lalu.
Hari ini aku dan Liza dipaksa oleh Kak Athirah untuk bermalam di sana.
Maka terpaksalah kami akur untuk menemani Kak Athirah pada malam itu.

"berseri seri Qaseh tengok muka akak...mesti tak sabar sabar nak jadi raja sehari"usik aku bila lihat senyuman tidak lekang di bibir Kak Athirah.

"mestilah Qaseh...aku pun rasa teruja nak jadi pengapit esok"kata Liza.

"jom Qaseh,Liza pakai inai...ambil aura"
ajak Kak Athirah.
Aku dan Liza apa lagi bukan main gembiralah bila dia suruh tadah tangan untuk berinai.

"kak,rasa macam nak kahwin lah"ujar ku sambil tergelak.

"hoi gatal eh...bagi aku dulu kahwin kau tu muda lagi.."ujar Liza sambil menepuk bahu ku.

"dah jangan gaduh lah...esok ramai yang datang kenduri...pilih jer nak yang mana nanti,teruna atau duda"ujar kak Athirah sambil ketawa melihat gelagat kami.

"tapi jangan pandang laki orang sudah"sambungnya lagi.

"tapi kan Qaseh kak Athirah ada sorang sepupu duda hot...tua dua tahun dengan akak...kalau kau tengok mesti terpikat terus...lama dah rasa dia menduda..dalam 5tahun "ujar Kak Athirah sambil menghampiri kami yang sedang berinai.

"hmmm...duda memang sesuai dengan kau Qaseh...aku nak yang teruna..." celah Liza sambil ketawa mengekek ngekek.
Liza ni kalau menyakat aku memang dialah juara.
Perangai macam Ema kawan baik ku.

"tak kisah lah teruna ker duda ker yang penting jangan laki orang"aku memang tak akan kalah bila berdebat.

"korang ni...sepatutnya buh inai kat akak...ni akak pulak yang pakaikan kat korang...kan dah terbalik ni...dah ambik pakai sendiri"

Kami apa lagi pecah perut ketawa...tak perasan pula yang kak Athirah sebenarnya bubuh inai di jari kami.

"amboi ketawa anak dara ni sampai luar dengar....ni maksu datang...siap nanti keluar jumpa diorang jap"terkejut kami apabila ibu Kak Athirah datang menegur kami.

"ya ibu...jap lagi Athi datang"ujar Kak Athirah bangun untuk mengikuti ibunya.

Maka tinggallah kami berdua dalam bilik menyiapkan apa yang patut.

Oleh kerana,inai masih basah di jari terpaksalah mengipas dulu depan kipas supaya cepat kering.

"kak comel...kak Athirah panggil"terpancul budak lelaki dari luar.

"yang mana dik...akak ni. ..atau...akak yang ni?"tanya aku sambil tunjuk ke arah Liza.

"tak tahu...kak Athirah kata dua dua..."dia terus berlalu pergi.

"jom..."aku dan Liza terus berlalu pergi mengikut budak tadi.

"kak ada apa panggil kitaorang?"
Aku terus bertanya bila menghampiri Kak Athirah.

"saja lah nak kenalkan kau dengan sepupu sepapat akak..."jawab Kak Athirah.
Aku lihat tak ada siapa pun dengan Kak Athirah.

"kak saya nak ke toilet jap"pinta Liza,sambil berlalu pergi maka tinggal lah aku dengan Kak Athirah kat situ.

"jom ikut akak"aku mengekori langkah dia.

"Qaseh ni sepupu akak....duda hot yang akak kata tu"tersirap darah ku bila lihat sepupu kak Athirah.

"aa..abang Ziyyad?"terpancul nama dia di bibirku.
Aku tertelan liur.Kaku seketika.
Kecilnya dunia...ke mana saja aku pergi pasti ke temu dia...
"apakah dia jodohku"mulalah aku mengelamun.

"NurQaseh?"nama aku pula di seru.

"hmmm...dah kenal rupanya...dah jodoh korang agaknya ni Ziyyad"seloroh Kak Athirah,membuatkan aku malu.
Kalau dapat aku lihat wajah ku sendiri mesti dah merah muka aku masa ni.

"ummi..!!suara kecil datang menerpa ku.
Yang ni lagi buat aku terkejut beruk...

"Nurin...."tanpa memperdulikan orang yang di depanku terus ku memeluk si kecil yang ku rindui.

"ummi...Nurin rindu.."dia pula menghadiahkan ciuman di pipiku.
Semua mata memandang heran ke arah kami.

"laaa...Qaseh pun ada ka?"yang ni mertuaku...
beranganku memang lebih.

"mama Ros...sihat?"aku terus bangun menyalami dan memeluknya.
Rasa terlepas kerinduan seorang anak terhadap ibunya.

"sihat Alhamdulillah...tak sangka jumpa ngan Qaseh kat sini"terlihat wajah gembira orang tua depan ku ini.

Athirah dan Ziyyad masih terkaku tengok drama aku dan ibunya.

"maksu pun kenal dengan Qaseh"tanya Athirah.

"ya Athirah...kebetulan pula jumpa kat sini ya"
Aku tersenyum.
Nurin macam biasa suka duduk di dukung aku.

"Nurin...turun bawah kesian kat Ummi tu...anak daddy ni bukannya ringan..."ujar Ziyyad yang dari tadi memerhati kami.

Dah serasi rasanya aku dengan panggilan ummi.

"tak pa abang....kalau lenguh nanti Qaseh letak"ujar ku lembut.

"ehem...ehem...dah macan laki bini kan maksu diorang ni"kak Athirah pula buat lawak kosong kat sini.
Dah la aku dari tadi control ayu yang dia pergi kata macam tu makinlah malu aku jadinya.

"eloklah aku ingat nak kenalkan kau kat Qaseh ni..tak sangka pula dah kenal.."ujar Kak Athirah sambil menyiku bahu Ziyyad.

"banyak kali dah jumpa Athirah....minta minta ada jodoh.."sambung Mama Ros sambil tergelak kecil.

Lagi lah malu aku bila diaorang duk perli macam ni.

"dah jom Athirah kita tinggalkan diorang..."bisik Mama Rosnah pada Athirah.

"akak....akak..."aku terus jerit namanya tapi boleh dia buat tak tahu jer.

"jom Ummi teman Nurin makan...lapar"rengek si kecil Nurin.
Aku hanya tersenyum.

"abang dah makan ker?"tanya ku gugup apabila dia asyik tengok aku tak berkelip kelip dari tadi.

"belum..."jawabnya ringkas.
Nasib dia jawab pertanyaan aku,kalau tak mesti malu aku,tapi malam ni aisberg dia tu mencair aku pun tak tahu kenapa.

"jap...Nurin duduk dengan Daddy ....Ummi ambil makanan dan makan bersama ya"aku menghulurkan Nurin pada Ziyyad.

Selesai mengambil makanan aku terus mengajak Nurin dan my hero ke bawah khemah yang siap di pasang petang tadi.

"jom makan..."ujar ku.

"Qaseh tak makan sekali ker?"

"petang tadi dah makan...lagi pun Qaseh jarang makan malam"ujar ku lembut.

"patutlah badan solid jer...jaga makan"ujarnya perlahan tapi aku masih boleh dengar.
Aku tergelak kecil.Dia buat muka tak tahu.

"Ummi nak suap"si kecil ni lah yang boleh tolong aku bila resah berhadapan dengan jejaka idaman Malaya depan aku kini.

"Nurin...makan lah sendiri...jangan ngada ngada"
marah Ziyyad pada Nurin

"tak palah abang, Nurin nak bermanja dengan Qaseh"ujarku sambil menyuapkan nasi ke mulut Nurin.

Dia masih lagi memerhati kan aku yang leka menyuap anaknya.

"abang tak makan ker?"aku perasan bila makanan yang aku hidang masih lagi tidak di sentuh.

"Daddy...makanlah"kali ni Nurin pula menyuruhnya makan.

"ya...daddy makan"

Aku tergelak tengok muka terkejut dia.

"alahai malunya aku...ish Nurin pun"gumam Ziyyad dalam hati.

"ehem...ehem...kat sini rupanya cucu tokma...amboi manja ngan Ummi yer siap makan bersuap lagi"Mama Ros datang menghampiri kami.

"sedap tokma"Nurin tersengih sambil mengunyah nasi di dalam mulutnya.

"ni Ziyyad...sat lagi hang balik kan"tanya Mama Ros pada Ziyyad.

"ya mama...esok mai lain..."jawab Ziyyad sambil mengerling ke arah ku.
Aku hanya tersenyum sambil bangun mencuci tangan.
Nurin pun ikut sama.

"mama tengok hang macam suka jer kat Qaseh tu...dari tadi asyik duk perhati dia jer"ujar Mama Ros.

"mana ada...dia baik ngan Nurin...tu yang Ziyyad..."

"dah lah Ziyyad...kau jangan duk dalih sangat...kalau terlepas kat orang lain tergigit jari kau"Mama Ros memotong.

Ziyyad menggosok belakang tengkuknya.

"mama tidur sini ker malam ni?"tanya ku menghampiri mereka yang sedang rancak berbual.

"ya Qaseh...mama duk sini lah malam ni..Nurin pun sama Ziyyad jer balik"terang Mama Ros sambil tersenyum ke arah ku.

"Ummi, Nurin nak tidur dengan Ummi boleh?"tanya Nurin padaku.

"boleh...nanti kita tidur sama ya"sambil mencuit hidung Nurin.
Nurin ketawa gembira.

"hang tengok tu Yad anak hang bukan main happy lagi dia..."
Ziyyad mengangguk faham dengan maksud mamanya.

"ok lah mama...Yad balik dulu dah lewat..."Ziyyad menyalami ibunya.

"ha iya lah...bawa kereta tu elok elok...esok jangan lupa mai lain"pesan ibunya.

"Nurin salam Daddy"ujar ku.
Si kecil itu terus menyalami ayahnya.

"Ummi tak salam Daddy ker?"tanya Nurin pada ku.

Aku menggelengkan kepala dan senyum pada si kecil di depan ku.
Ziyyad turut tersenyum ke arah ku.

"Ummi dengan Daddy tak boleh salam lagi..."ujar Mama Ros.

"kenapa?"memang budak seusia Nurin banyak bertanya.

"nanti lain kali Ummi cerita ok...dah bye bye daddy.."aku mengelak daripada si kecil itu terus bertanya.

"bye.bye Daddy..."dia terus melambai sampai ayahnya jauh dari pandangan mata.

.............
............

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience