bab10

Romance Completed 29803

Selepas maghrib aku sampai di rumah Ziyyad.

"Ziyyad bawa Qaseh ke bilik sebelah...bagi dia rehat"Arah Mama

Aku hanya mengikut sahaja,dengan keadaan aku yang lemah hanya mampu mengikut sahaja.

Ziyyad membawa Qaseh masuk ke bilik bersebelahan dengan biliknya.

"Qaseh rehat dulu..kalau ada nak apa apa cakap ajer"ujar Ziyyad sambil meletakkan beg pakaian aku di kerusi.

"Qaseh nak mandi,nak solat...."jawab ku.
Rasanya dari petang tadi solat ku abaikan.

"ok..kiblat sebelah sana...dah ada telekung ker"tanya Ziyyad.

"tak ada...boleh pinjam dengan mama tak"tanya Qaseh.

"ok nanti abang ambilkan"
Ziyyad terus ke bilik Mamanya untuk mengambil telekung sembayang untuk Qaseh.

"terima kasih abang"
Dia hanya mengangguk dan berlalu pergi.
Selesai mandi dan solat aku terus baring di katil.

"ya Allah apalah nasib aku jadi begini...sering ditimpa musibah...
Kesedihan menguasai diri ku,moga ada sinar dalam hidup aku lepas ini.
Keluarga Ziyyad terlalu baik padaku.
Tapi aku tidak boleh terusan mengharapkan mereka.
Esok aku perlu pergi
Tapi ke mana...
Aku hanya sebatang kara...
Kalau tadi Ziyyad tiada mesti aku sudah jadi korban nafsu Zack."

Airmata laju mengalir di pipi..Qaseh rapatkan kepalanya ke lutut...
Menangis dan terus menangis..trauma dengan kejadian tadi.
Esakan terus kedengaran.

...........
...........
Ziyyad masuk ke bilik nya mandi dan solat.
Seperti biasa dia akan membuka laci dan mengambil beberapa keping gambar arwah isterinya.
Di tatap penuh kerinduan di hati.
Seketika mengeluh perlahan...

"abang rindukan Sofia..."itulah ucapan yang sering dilontarkan.
Kerinduan bertahun tahun terhadap orang yang dia cintai.
Kehilangan yang membuatkan hatinya tertutup untuk perempuan lain.

"Nur Qaseh"tiba tiba dia teringatkan gadis yang telah melembutkan sedikit hatinya.
Gadis yang cukup sempurna di pandangan mata.
Tidak hairanlah anak sepupunya Zack sanggup melakukan sesuatu yang buruk ke atasnya.
Miliki perwatakan yang menarik...lengkap dengan kelembutan seorang wanita idaman lelaki.

Dia bangun dari duduknya..menyimpan kembali gambar arwah Sofia.
"macam mana keadaan Qaseh sekarang"

Dia keluar menuju ke bilik Mamanya tetapi kelihatan sudah pun tidur begitu juga dengan Nurin.

............
........,...

"pergi. pergi....tolong...tolong...jangan ganggu aku..pergi!!!kedengaran suara dari bilik Qaseh.

Ziyyad terus menerpa masuk.
Kelihatan Qaseh meracau lagi.
Badannya bergerak kuat seolah di goyang.

Ziyyad cemas melihat keadaan Qaseh,mata tertutup tapi hanya suara meminta tolong yang kedengaran.
Ziyyad terus mendapatkan Qaseh.

"Qaseh...Qaseh..."digoyangkan badan Qaseh,namun tiada respon....gadis itu terus meronta seolah mahu dilepaskan.
"mama dah tidur...macam mana ni.."bisiknya

"Qaseh...Qaseh ...bangun...bangun"dia terus cuba mengejutkan Qaseh.

Qaseh membuka mata perlahan terus memeluknya seolah terkejut.
"Zack..Zack...dia...dia..,datang..."
"Qaseh takut...."esakan terus di bahu Ziyyad.

Ziyyad panik seketika bila dipeluk oleh Qaseh.

"Qaseh...mengucap....ni Abang...."perlahan pelukan di lepaskan.

"maaf...Qaseh takut...Qaseh mimpi Zack datang kacau..."Aku terus menangis lagi.
Kali ini aku menjarakkan badan ku dari Ziyyad.
Malu bila tiba tiba aku memeluknya tadi.
Tapi aku tidak sengaja...

"Tak apa...abang faham Qaseh perlukan teman...tadi Qaseh meracau racau..."

"maafkan Qaseh sebab susahkan abang dan mama...Qaseh tak sengaja peluk abang tadi...Qaseh malu..."esakan tangisnya sedikit reda.

"Qaseh tidur abang temankan"
Aku membuntangkan mata.Terkejut.

"maksud abang Qaseh tidur sini...abang duduk di sofa...lepas Qaseh tidur abang balik bilik"ujar Ziyyad lembut.
Qaseh hanya mengangguk lemah.
Ditarik selimut menyelimuti Qaseh.

"sebelum tidur baca doa dulu..."pesannya seolah seorang ayah memberi pesanan pada seorang anak.
Qaseh terus terlena.

Ziyyad memandang Qaseh yang sudah melelapkan mata.
Jelas kelihatan mata gadis itu bengkak kemerahan akibat menangis terlalu banyak.

"Qaseh...patutlah kau jadi pujaan Zack..."
gadis muda di depannya ditatap lama.
Timbul sesuatu dalam hatinya.

Entah mengapa hatinya terasa diusik bila melihat wajah cantik di depannya sedang tidur.
Di usap perlahan kepala Qaseh...Qaseh sedikit tergerak terasa ada sesuatu menyentuhnya.

"Ya Allah kenapa dengan aku ni..."Ziyyad terus bangun duduk di sofa.
Akhirnya Ziyyad juga terlena di sofa sampai ke pagi.

Pintu di kuak dari luar.

"Ziyyad...hang tidur sini?"Mama Ros kejutkan Ziyyad yang turut tertidur malam tadi di bilik Qaseh.

"oh...mama...tertidur...dah jam berapa ni?"tanya Ziyyad sambil menggosok matanya.

"dah subuh..."jawab Mama terus menuju ke katil.
Qaseh masih lagi terlena.

"malam tadi Qaseh meracau lagi tu Ziyyad temankan dia..sampai tertidur di sofa"

"Ya Allah Ziyyad panasnya badan Qaseh..."Mama menyentuh dahi dan badan Qaseh yang yang lena
"demam lah tu..semalaman menangis...trauma ..."
terang Ziyyad.

"tak apalah hang pi lah mandi solat subuh biar mama yang jaga Qaseh pula"suruh mama.

Mama Rosnah mengambil kain dan semangkuk air terus membasahkan dan letak kan atas dahi Qaseh.

"Mama..."perlahan mata Qaseh di buka.
Dia cuba bangun dari baringan..tetapi kepalaku begitu berat sekali.

'Qaseh demam...rehatlah"ujar Mama

"Qaseh duduk sini mama buat kan bubur..nanti makan ubat"Mama bangun .

"mama,Ziyyad dah buat bubur nasi untuk Qaseh"Ziyyad datang menatang semangkuk bubur nasi ke bilik.

"baguslah ....mari suap kan Qaseh...mama nak siapkan Nurin sekolah"

"mama, tak kan Ziyyad kut..."

"alah layan jer lah kejap lagi mama datang..."
Mama berlalu pergi sambil tersenyum.

"Abang...Qaseh nak mandi dulu boleh ker?"tanya Qaseh lemah.

"mandi?"Qaseh kan demam...kejap lagi mandi..makan bubur ni dan makan ubat"arah Ziyyad.

"Qaseh makan sendiri"mangkuk bubur di ambil dari tangan Ziyyad.

"abang suapkan..."

"Qaseh boleh suap sendiri"aku tetap berkeras untuk makan sendiri.

"tak...abang suapkan ..."Ziyyad mengambil kembali mangkuk bubur di tangan Qaseh.

"ok.."kata Qaseh sepatah.
Qaseh terpaksa setuju kerana tidak mahu Ziyyad kecewa.

"tak mahu dah Qaseh kenyang"

"baiklah...telan ubat ni.."Ziyyad menghulurkan Panadol kepada Qaseh.

"abang...terima kasih ya..sebab tolong Qaseh..."ujar Qaseh perlahan

"sama sama,kasih..."jawab Ziyyad sambil tersenyum.

"abang bibir tu....sakit eh"kelihatan bibir Ziyyad masih lagi kemerahan akibat tumbukan Zack.

"sikit jer...nanti ok lah"jawabnya.

"abang tak kerja ker harini?"

"kerja kejap lagi pergi...oh ya abang keluar dulu...nanti bila ok baru mandi...elok mandi air suam..."

"ok ....abang.."balas Qaseh sepatah.
Ziyyad terus berlalu keluar dari bilik.
Qaseh menarik selimut dan baring kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience