"good morning sayang"satu kucupan di dahi ku.
Aku tersenyum.
Aku bangun menggeliat malasan.
"penat ker?"
bahunya aku cubit halus.
"gatal....semua ni pasal abang Laa...buat Qaseh kepenatan"aku ditarik ke dalam pangkuannya yang masih terbaring.
"abang...Qaseh nak mandilah..."
"kejaplah abang tak puas lagi peluk sayang...."terus aku dirangkulnya erat.
Teringat acara kami malam tadi.
Ketika aku melangkah masuk ke bilik Ziyyad sudah siap sedia dengan lengerie yang kami beli tempoh hari.
Di bentangnya di atas katil.
"abang...nak buat apa tu?"tanya ku
"sayang pakailah....kan abang beli untuk. sayang..."dia bangun membawa lengerie padaku.
Aku mengerut kening.
"kena pakai ke?"nanti tak berbaju jugakan"ujarku sambil tergelak.
"sayang...please ni kan permintaan suami...berdosa tau kalau tak ikut...."dia buat muka macam nak kena penampar jer.
"ok lah Qaseh pergi tukar dulu..."terus aku ke bilik mandi.
"sayang tak kan tukar kat sana kut...sini kan boleh"laung Ziyyad.
Aku hanya tergelak di dalam.
"tak menyempatlah orang tua ni"getus ku
"sayang tak kan lama kut tukar baju..."Ziyyad mengetuk pintu bilik mandi.
Perlahan aku menguak pintu...
"wow...sexynya...."dia seolah terpukau.Ronaldo wajahku masa ini tentunya telah bertukar.Malu..
Matanya tidak beralih walau seinci pun.
Aku menjadi malu,biar pun dia suamiku...
"abang...kenapa tenung Qaseh macam tu...malu lah ...."aku menutup muka ku dengan kedua belah tanganku.
Tapi ditarik olehnya.
Renungannya masih lagi tidak lepas memandang ku.
Perlahan dahi ku dikucup.
"rasa macam malam pertama lah pula kan...kebetulan malam jumaat...emmm...kalau sayang tak mengandung rasa sampai pagi tengok macam ni"tangannya masuk merangkul erat pinggang ku.
"amboi sedap mulut ya...sampai pagi....abang ni kenapa ya lain macam jer malam ni..."aku tergelak bila bibirnya mula mengenakan leherku.
"emm...setiap malam malam jumaat bagi abang..."aku terus tergelak bila dia mencempung badan ku sampai ke atas tilam.
Perlahan di letakknya.
Nafas kami mula turun naik,pandangan kami terus bersatu.
perlahan dia memagut bibirku,aku semakin hanyut dengan kucupannya.
Seketika berhenti masing masing mencari nafas dan kami kembali melakukan aksi tadi.
Kami semakin hanyut dalam badai asmara.
Rindu kami lepaskan,terasa lega bila masalah selesai.
Jiwa kami bersatu.
Akhirnya kami tersadai keletihan,nikmat dirasai.
"I LOVE YOU SO MUCH SAYANG..."satu bisik kan di telinga ku.
terasa begitu mengasyik kan.
Akhirnya kami terlena keletihan.
"abang jom lah bangun mandi..."aku menolak lembut tangannya yang dari tadi erat merangkul tubuh ku.
"emmm...peluk sikit jer...morning kiss untuk abang tak ada ker"tanya nya.
Satu kucupan ku berikan di pipinya.Aku bingkas bangun takut Ziyyad kembali memeluk ku.
Dia tergelak bila tahu aku cuba mengelak.
"pandai ya...tak pa malam ni ada lagi..."aku terus laju menuju ke bilik mandi sambil tergelak.
Usai mandi dan solat subuh aku semestinya turun ke dapur.
Seawal pagi mama sudah pun sedia ada di dapur.
"Ziyyad tak kerja ker hari ni ?"tanya mama.
"entahlah Qaseh pun lupa tanya tadi..kejap lagi turunlah kut"
Kepala ku mula terasa pening bila berbau mama menumis bawang.
Aku tertelan liur,tekak mula rasa loya...
"ni mesti dah pening kan...kan mama dah cakap biar jer mama,buat...pergi lah kejutkan Nurin sekolah"suruh mama.
"lama juga kan mama alahan...dah masuk tiga bulan pun still rasa macam ni"ujar ku menahan muntah.
"mama dulu lagi teruk masa mengandungkan Ziyyad...asyik terbaring jer kat tilam...langsng tak boleh masak...sampai dekat lima bulan baru lah ok sikit...tapi nasib baik arwah abah Ziyyad tu penyabar sama macam Ziyyad lah...ikut jer isteri nak makan apa...makan makanan kedai....kadang kadang dia masak..."panjang mama bercerita.
"assalamualaikum..."Ziyyad datang memeluk ku dari belakang.
Aroma maskulinnya menusuk masuk ke rongga hidung ku tiba tiba terasa segar kembali.
"waalaikumussalam..".jawabku serentak dengan mama.
Mama hanya tersenyum dengan kelakuan anaknya yang terlebih romantik itu.
Kami seolah sudah biasa dengan situasi tersebut.
"hang tak kerja ke hari ni Yad?"tanya mama bila lihat Ziyyad masih lagi berbaju singlet dan seluar tiga sukunya.
"kerja ...tapi lewat sikit kut..." perlahan dia melepaskan rangkulan di pinggang ku.
Air milo panas yang sudah di bancuh oleh mama di sirip perlahan kerana masih panas.
"sayang nak kerja ker hari ni?"
"emmm...kerja kut...tapi bolehkan kalau abang hantarkan?"ujarku.
Aku masih lagi terasa pening,kepala ku picit.
"sayang ok ker?"Ziyyad mula perasan yang aku pening.Terus datang memicit kepalaku.
"pening sikit...macam biasalah bila masuk dapur...anak abang ni pandai tak nak bagi Ummi dia masak..kesian kat tokma"
"anak daddy baik kan..duduk elok elok kesian Ummi..."tangannya mengusap lembut perutku.
"tak palah Qaseh...pergi kejutkan Nurin..biar mama buat semua ni..."suruh mama
"baiklah mama,Qaseh kejutkan Nurin,"aku berlalu ke bilik Nurin.
Ziyyad kembali menikmati sarapan paginya.
Usai kejutkan Nurin dan sediakan dia untuk ke sekolah.
Selepas sarapan kereta Pak Joe sudah siap sedia menantinya.
"Nurin sekolah elok elok ya..belajar pandai pandai..."tangan ku hulurkan untuk salam.
"baik Ummi..."
"salam daddy dulu...."Ziyyad datang menghulurkan tangannya.
"lupa...."kami tergelak melihat gelagat si debab yang menepuk dahinya.
"balik nanti abang ambik ya..."Ziyyad memberhentikan keretanya depan kedai .
Aku hanya mengangguk.
"sayang ok ker ni..dari tadi lagi diam....kalau tak sihat tak payah lah kerja lagi...cakap kat ibu..."ujar Ziyyad sambil mengusap dan mencium tanganku.
Aku merenungnya lama,terasa tidak puas untuk menatap wajahnya hari ini.
Aku tersenyum.
"sayang...kenapa ni..."aku terus memeluknya.
Ziyyad terkejut tanpa reaksi.
"abang...Qaseh sayang abang...Qaseh cinta kan abang...Qaseh tak tahu nak cakap apa..tiba tiba perasaan Qaseh rasa lain hari ini...Qaseh macam takut..."luah ku dan airmata mula mengalir tanpa sedar.
"sayang...abang pun cintakan Sayang tiap saat bersama sayang buat abang terasa sangat bahagia.."dia terus merenungku dan menyeka airmata di pipi.
"abang jangan tinggalkan Qaseh ya...jangan tinggalkan anak anak kita...Qaseh tak kuat untuk sendirian..."airmata ku terus mengalir dengan laju.
Kenapa baru sekarang harus aku luahkannya,ketika kami sampai di depan kedai.
Tiba tiba satu perasaan yang sukar aku gambarkan terlintas di benak fikiran ku.
"sayang...abang tak mungkin tinggalkan sayang kecuali maut yang memisahkan kita..."aku terus menutup mulutnya dengan tanganku.
"jangan..jangan..Qaseh tak nak dengar ..."
"dah jom keluar...tapi kalau sayang tak nak kerja kita boleh balik atau pergi jalan jalan..."sambung Ziyyad.
"boleh ker?"tanya ku kembali tersenyum.
"abang kan bos...demi isteri tercinta..abang rela ponteng kerja...sayang cakap jer mana nak pergi hari ni"Ziyyad seolah ingin menghiburkan hati aku.Dia tergelak.
Aku tetap memandang wajahnya,hanya tersenyum.
Seketika nafas kecil ku helakan.
"baiklah...hari ini Qaseh nak bersama abang..ke mana saja abang pergi boleh?"tanya ku bersungguh sungguh.
"ke tandas pun nak ikut?"
Ziyyad tergelak besar.
"tak kisah lah...asalkan abang ada depan mata..."aku terus memaut lengannya dan kepala diletakkan dibahunya.
"tapi kena bagitahu ibu dulu...jom masuk dalam jumpa ibu..tu ayah pun ada rasanya"
Aku mengangguk dan kami terus keluar dari perut kereta.
Kelihatan kelibat ibu dan ayah berdiri memerhati kami.
"assalamualaikum ayah,ibu"kami bersalaman.
"waalaikumussalam...jom lah masuk"ajak ayah.
"tak apalah ayah...ni anak ayah tadi dia kata nak kerja,sekarang bila sampai depan kedai tak jadi pulak..."ujar Ziyyad perli ku.
"laaa..kenapa pula..."tanya ibu.
"entahlah bu..rasa tak puas lagi nak luangkan masa dengan abang..."
"tak pa lah Qaseh...tak sedia lagi tu...ayah tak kisah...lagi pun kedai ni milik anak ayah.,bila Qaseh bersedia nanti datanglah...ibu ada boleh tolong tengokkan..."celah ayah.
"ya Qaseh,ibu faham Qaseh kan mengandung,mesti tak sihat lagi tu...hal kedai ni biar ibu yang uruskan dulu...lagipun spend time dengan suami pun penting ...nanti bila kerja masa pun dah singkat"ibu memeluk bahu ku.
"terima kasih ibu,ayah"
"terima kasih ayah,ibu...kami gerak dulu lah..."selepas bersalaman kami terus kembali ke kereta.
"happy?"tanya Ziyyad bila kami sudah berada di dalam kereta.
"mestilah..."kepalaku sandarkan ke bahunya.
"ok sekarang sayang nak ke mana?"tanya Ziyyad sambil teruskan pemanduannya.
"ke mana saja..Qaseh tak kisah"
Ziyyad hanya tersenyum dan meneruskan perjalanan kami.
"sayang...abang nak sayang tahu yang abang terlalu cintakan sayang.."katanya setelah lama berdiam.
Aku membetulkan duduk,kembali menatap wajahnya.
Tanganku digenggam dan dikucup lembut aku juga sebaliknya.
"sayang jom keluar"Ziyyad mengejutkan aku,tanpa sedar aku terlena.
Perlahan mata dibuka,Ziyyad membawa aku suatu tempat yang agak asing bagi ku.
"abang tempat apa ni?"tanya ku membetulkan duduk ku.Satu pemandangan yang indah dan menenangkan.
Tertulis Resort Mesra.
Aku terpegun seketika.
Terasa sedikit kebas kaki kerana perjalanan agak jauh.
Ziyyad hanya tersenyum dan terus keluar dari perut kereta dan membuka pintu untuk ku.
Perlahan kaki ku angkat untuk keluar kerana kaki sedikit terasa kebas.
"sayang ok ker ni?"
"kaki ni kebas sikit"ujarku perlahan melangkah.
"tak apa sayang duduk dulu....bagi hilang...abang nak buat panggilan kejap tadi Amar call tapi tak sempat jawab"aku hanya mengangguk.
Setelah rasa ok terus aku keluar dari perut kereta dan menuju ke tempat Ziyyad yang dari tadi bercakap dengan Amar melalui telefon.
Wajahnya kelihatan sedikit tegang.
Terus aku menghampirinya.
"ok Mar aku letak dulu"terus dia menutup telefonnya.
"ada masalah ker?"tanya ku.
"tak apalah..hal kerja..."tanganku diraihnya.
"sayang tentu laparkan..jom kita makan dulu"aku di pimpin terus ke sebuah restoran yang berada di resort itu.
Aku hanya melangkah mengikutnya tanpa sebarang pertanyaan kerana perut pun sememangnya perlu di isi.
Setelah sampai di meja terus dia membuka kerusi untuk ku.
"sayang duduk dulu...kejap lagi makanan sampai abang dah order sebelum kita sampai tadi"
Aku mengangguk dan tersenyum.
Aku masih lagi Memandang sekeliling,tempat yang asing bagi ku.
Ziyyad juga tidak lepas memandang ku.
"abang...kenapa pandang Qaseh dari tadi lagi?"
tanya ku bila sedar dia tidak lekang dari terus memandangku.
"saja...sayang kan cantik..."dia tersenyum.
"emmm....yalah tu.."aku tertunduk malu.
"abang ok ker ni temankan Qaseh hari ni...kan sudah banyak hari abang tak ke pejabat"tanya ku apabila ada kebimbangan di wajahnya.
"tak apa demi sayang abang sanggup...urusan kerja sampai mati pun tak akan habis sayang...tapi masa untuk isteri dan keluarga adalah keutamaan abang...yang penting Sayang happy"
Aku tersenyum bahagia saat ini.
"jom makan"makanan sampai di meja kami.
"abang selalu ker datang sini?"tanya ku apabila dari tadi kami terdiam bila menikmati makanan.
"dulu...semasa arwah Sofia ada..."jawabnya ringkas.
Aku tertelan liur.Makanan yang aku suapkan ke mulut ku kunyah perlahan.
Entah mengapa tiba tiba selera ku mati.
Aku terdiam seketika.Adakah aku cemburu.
Ah...Sofia sudah tiada...tetapi ternyata kenangannya masih ada dalam ingatannya.
Aku letakkan sudu dan menolak pinggan ke tepi.
"abang Qaseh nak ke ladies kejap...perut rasa tak selesa lah"ujarku dan bangun dari duduk.
Ziyyad agak terkejut tiba tiba aku berhenti makan.
"sayang..."ujarnya lembut dan sempat memegang tanganku.
'tak apa Qaseh boleh pergi sendiri"ujarku terus melepaskan pegangan tangannya dan berlalu pergi tanpa menoleh.
"ya Allah aku tersalah sebut ker tadi.."Ziyyad terpingga pingga melihat Qaseh laju meninggalkan nya.
Dia meraup muka beberapa kali.
Beberapa minit kemudian aku keluar dari tandas dan Ziyyad sedia ada di pintu masuk tandas.
"terkejut Qaseh...kenapa abang ada Sini?"tanya ku.
"sayang lama sangat tadi...abang risau"terus dia memaut lenganku.
"tak ada apalah...Qaseh ok jer...cuma ...tak apalah jom balik...Qaseh rasa tak sedap badan...sakit kepala"ujarku acuh.
"dah nak balik...tadi kata nak luangkan masa dengan abang...."aku terus ke depan.
"sayang..please pandang abang...abang minta maaf sebab tadi...abang tak sengaja sebut nama Sofia...sayang jealous ya"dia cuba memujuk ku.
Bahu ku di pegang nya.
Aku hanya tertunduk ke lantai,sedikit airmata jatuh ke pipi.
Entah mengapa hatiku mudah terasa dengan hal seremeh ini.
Kenapa aku harus cemburu pada yang telah tiada.
"sayang pandang muka abang..."dagu ku didongakkan.
Airmataku terus mengalir tanpa henti.
"sayang abang minta maaf...abang janji lepas ini abang tak akan sebut lagi kenangan abang dengan arwah...abang cuma sebut bukan maksud apa apa pun"airmataku di sapu perlahan.
"Qaseh nak balik..."aku tetap berkeras dan tidak mahu terus menjawab atau membalas kata katanya.
Aku terus berlalu pergi tanpa menoleh dan hiraukan panggilannya.
Pintu kereta terus ku kuak dan masuk ke dalam perut kereta dan terdiam.
Ziyyad memandang ku tanpa kata.
Badan aku sandarkan ke kerusi.
Perlahan dia menghampiriku dan menarik tali pinggang keledar aku menginjak sedikit ke belakang.
Aku tidak berada dalam situasi yang baik ketika ini.
"arrghh....sakitnya...."aku menjerit apabila tiba tiba perutku terasa sakit dan kejang dengan tiba tiba.
"sayang....kenapa ni"Ziyyad cemas.
"s..sakit...perut...perut ...Qaseh"perutku picit .
Aku mula berpeluh menahan kesakitan.
"kita ke klinik yang terdekat"Ziyyad terus memecut laju.
Sesampai di klinik terus aku di bawa masuk ke dalam.
Ziyyad begitu cemas dan bimbang melihat keadaanku.
Mundar mandir dia sendirian di luar sementara Qaseh dirawat.
"Encik Ziyyad doktor panggil"Ziyyad membuntuti jururawat tadi.
"sila duduk "pelawa doktor
"kenapa dengan isteri saya doktor tiba tiba sakit"tanya Ziyyad agak cemas.
"dia dah ok...cuma..."
"cuma apa doktor...kandungannya ada masalah ker?"
Perlahan doktor di depannya mengangguk.
"ada masalah sikit...cuma jangan bagi dia stress sangat..kandungannya masih lemah dan si ibu perlukan banyak rehat dan sebagai suaminya awak kena bagi dia kekuatan dan jangan bagi dia banyak fikirkan perkara yang tak sepatutnya...takut nanti akan mempengaruhi baby dalam kandungannya"
Ziyyad terpempan seketika dengan kata kata doktor di depannya.
Ziyyad mengeluh perlahan,wajahnya diraup.
Sedikit penyesalan di hatinya.
"encik boleh bawa dia balik puan Qaseh dan ingat bagi dia kekuatan agar baby dapat bertahan"
Ziyyad mengangguk lemah.
p/s....lama tidak bersiaran kerana penulis sibuk sangat...hari ini kita panas line kembali
Share this novel