bab55

Romance Completed 29803

Lina memecut laju keretanya tanpa arah,tiba tiba badannya terasa panas dan kesakitan.
"kenapa sakit ni...panas"!!!jeritnya sendiri.
Penghawa dingin telah dikuatkan namun bahang kepanasan masih terasa membakar tubuhnya.

"kau bodoh...arahan aku kau tak ikut...padan muka kau!!!satu suara garau sergahnya dari belakang.
Lina mula panik.
Dia baru teringat malan tadi dia lupa untuk menjamu lembaga hitam itu.
Dia tertelan liur,mukanya menjadi pucat ketakutan.
Badannya mula menggigil.
Kereta yang dipandunya terus meluncur laju.

"pergi kau...!!dia menjerit membalas.
Tiba tiba terasa lehernya seolah dicekik dengan kuat dan sukar untuk bernafas.

Lama dia bertarung dengan lembaga itu,namunsemakin lama nafasnya terasa semakin pendek.

Keretanya mula hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok besar.
Akhirnya Lina terbabas sendiri.
.........
..........

Hampir setengah jam Qaseh di perbaringan dan Ziyyad masih setia duduk di sisinya.

Tangan Qaseh mula bergerak gerak dan mata perlahan dibukanya.

"sayang..."lembut suaranya memanggil.

"a..abang...."kepalanya sedikit di angkat.

"sayang baring dulu"Ziyyad menahannya agar tidak banyak bergerak.

'kepala Qaseh sakit...."kepalaku terasa sakit dan berat.

"sayang rehat dulu...sayang nak air?"tanya Ziyyad.

Aku hanya mengangguk lemah.

Segelas air penawar yang dibekalkan oleh PakKarim tadi diberikan pada Qaseh.

"abang kita kat mana?"tanya ku kehairanan seolah aku tidak sedar aku di mana.
Ziyyad berkerut keningnya.

"aik...sayang tak tahu ker?"tanyanya hairan.
Aku hanya menggelengkan kepala.

"ini rumah PakKarim ayahnya Mak Kiah"terang Ziyyad.

"mana Mak Kiah?"aku bangun perlahan membetulkan duduk dan bersandar di bahu Ziyyad.

"Mak Kiah pergi kedai kut....Pak Karim dan PakJoe ada kat luar tu"

Aku cuba bangun.

"sayang nak ke mana?"Ziyyad cuba menahan ku.

"Qaseh dengar bunyi ayam dan itik...ni kampung ker?"
Ziyyad bertambah hairan.

"dari tadi lagi ker dia tak sedar yang dia datang ke mari"gumam Ziyyad menggaru garu kepalanya melihat kelakuan Qaseh.

"sayang...."Ziyyad terus memegang bahuku agar tidak terjatuh.

"ha...dah sedar ya....jom lah duduk kat pangkin ni...hirup udara kat sini"laung Pak Karim dari bawah.
Dia duduk di atas sebuah pangkin dibawah pokok besar dan di depannya ada sawah yang terbentang indah.

Aku begitu teruja melihat suasana perkampungan yang penuh dengan tumbuhan hijau.
Pangkin yang berada di bawah pokok besar itu menambahkan lagi suasana kampung bersama angin sepoi sepoi bahasa.

"sayang ni lah Pak Karim...dia yang ubati sayang"
Ziyyad perkenalkan aku pada sesusuk tubuh tua yang berjanggut panjang itu.

Aku hanya mengangguk.

"ubatkan Qaseh...Qaseh sakit ker abang?"tanya ku yang sememangnya tidak faham apa apa.

"tak apa lah nak...duduk dulu nanti kita cakap"Pak Karim memberi isyarat mata dan menggeleng kan kepala pada Ziyyad.

"sayang duduk dulu...nanti abang ceritakan"aku hanya menurut arahan.

"cantikkan abang...Qaseh sukalah...tenang jer..."
Aku begitu teruja,biasa lah kan anak orang bandar bila pertama kali menjejaki kaki ke kampung.

Seketika kemudian kelihatan kelibat Mak Kiah balik menjinjit beberapa plastik yang berisi barang.

"tuan dan puan duduklah Mak Kiah nak masak...hari ni kita makan sama sama"ujar Mak Kiah dan berlalu pergi.

'Qaseh nak tolong"ujarku.

"tak payahlah...sayang lemah lagi tu....boleh ker nanti masuk dapur...nanti pening dan muntah pulak kan"ujar Ziyyad .

"duduk jer lah..biar Kiah masak...anak berdua duduk dulu lah ya Pak nak masuk solat dulu"
Pak Karim lebih suka membahasakan dirinya Pak.

"baik lah Pak...kejap lagi kami masuk"
Pak Karim terus masuk ke dalam.

"abang....Qaseh tak fahamlah kenapa kita ada sini"aku masih lagi dengan soalan.

"emmm....sayang betul betul tak tahu ker...atau saja nak kenakan abang"pinggang ku dipeluknya.

"tak....tak ingat...Qaseh sakit ker?"Ziyyad tergelak kecil.

"sayang ok jer..."ubun ubunku dikucup lembut.

"jomlah kita naik solat sama sama...nanti abang ceritakan Kenapa kita kat sini..."tanganku terus ditarik masuk ke pelukannya.
Aku hanya tersenyum.

"abang nanti orang nampak malu lah"ujarku manja.

"isteri abang...nak malu apa"hidungku dipicit.
Terus badanku dicempung naik ke atas.

Mak Kiah yang berada di dapur tergelak kecil melihat gelagat suami isteri itu.

"nak abang angkat juga ker?"Pak Joe datang dari arah belakangnya.

"ish...abang ni terkejut Kiah..."Pak Joe tergelak melihat wajah isterinya bertukar rona.

"tak ada maknanya...tepi lah nak sambung masak ni"
Mak kiah mengelak kerana terasa malu dengan tiba tiba.

Pak Joe terus ketawa.
.........
.........

Usai mandi dan solat mereka menuju ke dapur apabila dipanggil oleh Pak Joe untuk makan.

"wah sedapnya...masakan kampung ni...."ujarku

"sayang duduk sini"Ziyyad menarik kerusi untuk ku.

Ziyyad duduk di sebelah ku.

"makanlah puan,tuan masakan kampung jer"ujar Mak Kiah.

"ni yang best sebenarnya...sayur lemak,sambal jantan dan ikan rebus goreng....ni kalau orang panggil pon tak dengar"semua yang ada tergelak.

"sayang nak makan apa...?"tanya Ziyyad menghulurkan nasi padaku.

"nak sayur dan ikan"kataku seolah seleraku terbuka,sedangkan selama ini nampak nasi pun aku nak termuntah.

"boleh ker?"tanya Ziyyad padaku.

"Qaseh cuba..terasa lapar la pulak"

"makanlah puan...kalau tak boleh..mak Kiah. cari makanan lain"ujar mak Kiah.

"tak pa saya cuba dulu...rasa dah berminggu tak sentuh nasi"

"makanlah Pak..abang.."ujar Mak Kiah.

Hari ini aku mula berselera untuk makan nasi walaupun tidak banyak tapi cukuplah untuk aku kenyang kerana boleh menikmatinya.
Ziyyad seolah gembira melihat aku mampu menelan nasi yang berada di pinggan di depan ku.

"alhamdulillah abang happy tengok sayang makan tadi"ujar Ziyyad selepas kami selesai makan.
Aku tersenyum.Hati rasa senang bila perut kenyang.
Kami kembali duduk di pangkin menikmati udara nyaman waktu petang.

Mak Kiah dan PakJoe tadi katanya hendak je rumah jiran sebelah kebetulan ada kenduri.
Alang alang balik kampung boleh ziarah keluarga katanya.

Pak Karim pula selepas makan terus ke ladang yang tidak jauh dari rumahnya.
Maka tinggallah kami berdua menikmati saat romantik berdua.
Sesekali tangan nakal Ziyyad mengelus lembut pipi ku ,kepalaku baringkan di ribaanya.

"abang...tadi abang kata nak ceritakan sesuatu..."tanganku bermain main dengan jari jemarinya.

"emmm...nak dengar ker?"

"ya lah...Qaseh nak tahu sebab kita datang sini...jumpa dengan Pak Karim...."ujar ku lagi.
Ziyyad hanya tersenyum dan memandang jauh seolah melepaskan lelahnya.

Kali ini aku bangun duduk di sampingnya.
Kepala ku letakkan di bahunya.

"abang...Qaseh tanya ni...."aku mula memaksa agar menceritakan hal yang sebenarnya.

"ok...kejaplah...tidur sini dulu...nanti abang cerita...sebelum tu sayang kena tenang dulu...jangan panik dan marah ...boleh janji dengan abang?"begitu cermat Ziyyad mengatur kata.
Aku hanya mencebik.
Aku rebahkan kembali kepalaku di ribaanya.
Rambutku diusap lembut.

"yes i'm promise...."aku mengangkat tangan tanda berjanji.

Ziyyad melepaskan keluh kecil.
Wajahku direnung lama...aku kehairanan melihat matanya sedikit berkaca.

"sebenarnya ....berat untuk abang ceritakan...sayang kena santau..."kali ini keluhan yang amat berat dilepaskan.

Aku agak terkejut...tapi masih lagi tenang...

"kita datang sini sebab nak ubatkan kita...bukan saja sayang ...abang juga.."dia berjeda.
Kini aku pulai merenung wajahnya secara mendongak.
Aku agak terdiam seketika...seolah mengimbas kembali apa yang berlaku sebelum sampai ke sini.
Aku mula cuba mengingati satu persatu perkara yang terjadi.
Ziyyad masih lagi senyap tanpa bicara.
Beberapa kali mukanya diraup.
Aku hanya memerhati.

"maksud abang kita berdua kena buatan orang...orang khianat?"bertalu soalan aku utarakan.

"ya...dan abang memang syak dari awal lagi..."

"maksudnya....."

"tak apalah sayang rasanya tak perlu kut abang cakap siapa dia...nasib baik kita segera berubat sebelum jadi parah...."Ziyyad tersenyum.

"kadang kadang orang tak suka lihat kita happy...kita bahagia..."perutku diusap.
Aku terasa kegelian dan ketawa.

"abang geli lah...."aku memegang tangannya dari terus menggosok perutku.

"jadi abang tahulah siapa buat semua ni.....emmm...."kini aku bangun duduk semula.
Tudung ku dibetulkan.

"bukan tahu sangat...tapi rasa dialah...sebab dari dulu lagi dia cuba dekat dengan abang..pernah ugut sebab tak layan dia...abang kenal dia dah lama tapi sedikit pun tak minat dengan dia.."Dari kata kata Ziyyad aku sudah boleh mengagak siapa yang dia maksudkan.

Aku kembali merenung keindahan di depan ku.

"sayang....sayang ok ker?"bahuku dipeluk.

"ok..."jawab ku sepatah.

"emmm....susah jugakan jadi orang handsome macam abang...ramai yang minat"ni kes masuk bakul angkat sendiri.

"perasan....abang tak handsome pon...biasa jer Qaseh tengok..."aku mencebik.

"ooo...tak handsome ya...habis tu yang sayang suka kan abang tu sebab apa.."hidungku dipicitnya.

"emm...sebab...Qaseh ....entahlah dah lupa sebab apa..."aku terus ketawa tanpa beri jawapan.

"tak apalah abang tak handsome pon...tapi cuma abang nak Qaseh tahu yang abang cintakan Qaseh sepenuh jiwa dan raga abang...abang bahagia dengan sayang bukan sebab sayang ni cantik tapi hati sayang tulus,bersih dapat terima abang seadanya"tanganku dikucup lembut.
Aku tersenyum lebar.

"Qaseh kahwin dengan abang pun bukan sebab abang handsome tau...tapi sebab abang telah berjaya menjadi raja di hati Qaseh...Qaseh cintakan abang sepenuh jiwa dan raga Qaseh..."
Aku mengucup pipinya.

"tak kan pipi jer kut...sini laa.."jari di tunjukkan ke bibirnya.

"ishh...gatal...ni kat luar lah...."aku mencubit lengannya.
Dia ketawa.
Aku letakkan kepala di bahunya sambil kaki ku juntaikan kebawah dan menghayun hayun.

"abang tahu tak...dan abang tak pernah tanya kan sebelum ni sejak bila Qaseh jatuh cinta dengan abang?"tanya ku.
Ziyyad menggeleng.

"sejak bila?"dia mula bertanya.

"sejak jumpa kat hospital dulu...masa tu Nurin demam...tapi masa tu abang sombong..."ujar ku.

"mana ada abang sombong...abang control macho lah...tiba tiba ada gadis manis langgar abang mestilah terkejut masa tu..."jawabnya sambil tergelak kecil.
Ziyyad mengucup lembut pipi ku.Aku tersenyum bahagia.

"sayang ok ker ni?"

"ok...cuma perut ni rasa tak selesa sikit..."perutku tiba tiba rasa kejung.
Ziyyad mula cemas.

"jomlah kita naik dulu...sayang rehat sempatlah sebelum asar tidur ker"
Aku mula rasa tidak selesa hanya menurut.
Badanku terus dicempung naik ke atas.

"tak berat ker?"tanya ku.

"setakat badan sayang yang kurus macam ni...emmm....kan abang dah biasa..."Ziyyad hanya tersenyum dan terus membawa ku ke bilik.

"sayang rehatlah dulu...nanti bila asar abang kejutkan"perlahan aku dibaringkan.

Aku hanya mengangguk.

"abang keluar dulu..dengar macam suara pak Karim tu...."Ziyyad terus berlalu meninggalkan aku sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience