"Qaseh aku balik dulu lah dah lewat ni.."pinta Liza sambil mengambil tas tangannya.
"ok beres jap lagi Qaseh kunci pintu...nak kemas makeup ni jap..esok kita kena buat makeup pengantin kan?"sambil memasukkan barangan yang di perlukan.
"esok jam berapa ya temujanji tu?"tanya Liza untuk kepastian.
Kerana esok hanya tempahan untuk makeup sahaja.
"dalam jam 10 rasanya kita kena bertolak sebab jauh juga tu nak sampai rumah pelanggan ni...makan masa sejam lebih juga tu"terang Qaseh.
"kau ok ker ni...ke nak aku tumpangkan.."
"ok jer...dah siap ni...tak pa kau pergilah balik Qaseh dekat jer jalan kaki pun sampai.
Rumah sewaannya hanya lebih kurang lima belas minit perjalanan dari butik.
"baiklah aku balik dulu"
Liza berlalu pergi meninggalkan butik.
Qaseh mengambil beg tangannya dan beg pakaian menutup semua pintu dan lampu.
"hmmm..kalau ambil skuter aku pagi tadi kan senang tak payah nak bawa beg berat ni.."Qaseh mengeluh sendirian.
Langkahan aku teruskan perlahan jarak antara butik dengan rumah sewa lebih kurang 20 minit tetapi oleh kerana aku membawa beban yang berat terasa jauh la pulak.
Sesekali aku berhenti menarik nafas dan teruskan kembali perjalanan.
Tiba di satu lorong yang agak terpencil aku rasa ada seseorang mengikut dari arah belakang.
Qaseh menoleh tetapi tiada kelibat sesiapa pun.
langkah di teruskan lagi...
"kenapa aku rasa ada orang kat belakang aku ni?"bisik Qaseh
Qaseh cuba berlari tapi tiba tiba beg tangannya terasa ditarik oleh seseorang.
"wei lepas lah..!!jerit Qaseh panik.
Qaseh terus menoleh ke belakang
"Zack?kau lagi?!tanya Qaseh cemas.
"relax la Qaseh...aku bukan nak buat apa pun "jawab Zack acuh.
"lepas lah beg aku..."Qaseh merentap kuat dan tali beg tangannya terputus.
"Zack...tengok dah putus"
"kau yang tarik bukan aku"sambil tersengih
"kau datang cari aku buat apa?"
tanya Qaseh
"saja...rindu..."Zack mula buat muka meluat.
Qaseh terus mengatur langkah laju dan Zack membuntutinya dari belakang.
"Qaseh tunggu..!!"
Qaseh teruskan langkah laju tanpa menoleh ke belakang lagi tapi tiba tiba kakinya tersandung batu di depannya dan terjatuh.
bukk!!
"aduh...sakitnya..."kain yang dipakainya terkoyak di lutut.lututnya berdarah.
Qaseh menyeringai kesakitan.
"Qaseh kau ok ker...?"Zack terus menerpa menuju ke arah Qaseh.
"tepi lah...kau nampak aku ok ker?"muka Qaseh merah menahan marah dan kesakitan.
"kau ni memang degil eh...dah jom aku tolong angkat"Zack menghulurkan tangannya.
Tapi Qaseh masih lagi terduduk tanpa menghiraukan Zack.
"Qaseh..."suara garau datang arah belakang.
Qaseh mendongak ke atas.
Zack yang dari tadi berdiri di sebelah Qaseh turut terkejut.
"abang..."
"kenapa ni...Zack kau buat apa kat Qaseh?"dengan nada,sedikit keras Ziyyad bertanya.
"abang bukan salah Zack,Qaseh yang jalan tak tengok depan tadi...Zack cuma datang nak tolong"Qaseh tidak mahu sebarang kekecohan berlaku antara Zack dan Ziyyad.
"apa uncle buat kat sini?"tanya Zack dengan nada keras.
"kau tu buat apa kat sini?datang nak ganggu Qaseh lagi ker?"
"m..mana a.ada...kebetulan Zack lalu sini.
Zack cuba mengelak.
"kebetulan...ni bukan jalan nak ke rumah kau pun...mana ada kebetulan kan...ni sengaja namanya"Ziyyad masih lagi tidak berpuasa hati dengan anak sepupunya.
"memang aku sengaja datang nak jumpa Qaseh..tetapi setiap kali mesti kau yang muncul"bisik hati Zack.
"dah lah abang....biarkan Zack....Zack please pergi..Qaseh tak nak kecoh kat sini"
"yang aku sakit kat sini tak siapa nak hirau pun"gumam Qaseh menahan sakit.
"baik lah...aku pergi..tapi kita tak selesai lagi.."Zack berlalu dengan menahan marah.
"aduh sakitnya.....pedih.."aku sengaja menekan suara.
"ooops sorry...lupa...banyak ni darah...jom abang angkat"Ziyyad cuba mengangkat badan Qaseh.
"no...orang ramai kat sini...Qaseh boleh jalan lah rumah Qaseh tiga block dari sini jer...biar Qaseh jalan sendiri"Qaseh cuba bangun tapi terduduk kembali.
"aduh..pedihnya...."Qaseh cuba menahan untuk bangun.
"degil lagi kan ...tengok tu...."Ziyyad terus memapah Qaseh ke keretanya yang di parkir berdekatan.
Qaseh hanya terdiam.
"abang nak bawa Qaseh ke mana?rumah Qaseh tu jer?"Qaseh terkejut apabila Ziyyad membawanya menuju ke arah lain.
"duduk diam diam situ..."Ziyyad teruskan pemanduannya.
"orang tanya diam jer...kenapa nak marah Qaseh...?"lukanya semakin banyak mengalirkan darah sehinggakan kain yang di pakai nya basah.
"dah jom..."Ziyyad memberhentikan kereta di sebuah klinik.
Qaseh cuba melangkah tetapi kesakitan lututnya semakin terasa.
Airmatanya mula mengalir tanpa sedar.
Ziyyad mula cemas melihat gadis di depannya mula menangis.
Tanpa minta persetujuan dari Qaseh dia terus mengendong Qaseh.
Qaseh agak terperanjat dengan tindakan Ziyyad.
"abang...turunkan Qaseh..."merah padam muka aku tentunya masa ini.
Tak pernah seumur hidupku di dokong sebegini dalam usia aku.
Ziyyad tidak menghiraukan terus masuk ke dalam.
"duduk sini"
Qaseh di letakkan di sofa dan Ziyyad menuju ke kaunter pendaftaran.
Aku hanya memerhati dari jauh.
Seorang jururawat datang memanggil aku untuk masuk ke dalam...
"biar abang tolong...."
Kali ini Qaseh hanya mengangguk setuju agar Ziyyad memapahnya ke dalam.
............
............
"lepas ni balik rumah abang.."Ziyyad memulakan bicara bila berada di dalam kereta.
"hah?balik rumah abang lagi....tapi...."
"tak ada,tapi tapi...tadi abang dah call mama cakap Qaseh terjatuh dan mama,suruh abang bawa Qaseh balik...full stop"Ziyyad berkeras tanpa minta persetujuan dari Qaseh.
"Qaseh baru jer balik dari rumah abang...tak kan nak duduk sana lagi..."rungutku
"kat sana kan Qaseh sorang sorang...tu lutut tu tak lega lagi...kalau jadi apa apa sapa yang nak tolong...kalau dulu tak apa lah Athirah ada...kalau Zack datang cari Qaseh lagi macam mana?"
"tadi tu pun abang tahu Zack datang cari Qaseh kan..?"panjang lebar bebelan Ziyyad.
Qaseh hanya terdiam sambil memuncungkan mulutnya dan memeluk tubuh.
"panjang nya muncung.....marah abang ker?"tanya Ziyyad apabila melihat Qaseh terdiam.
"tak nak cakap..."
Ziyyad tergelak kecil bila tengok muka Qaseh yang mencuka.
"tapi Qaseh nak jugak balik rumah...."
'Qaseh tak suka ker duduk dengan abang?"
"tak...."jawab Qaseh laju.
Airmuka Ziyyad mula berubah.
Qaseh mula gelisah.
"aku salah cakap ker...."gumam Qaseh.
"ok lah....Qaseh suka...tapi segan...nanti apa pula orang kata..."jawab Qaseh jujur.
Mana mungkin seorang gadis yang tanpa ikatan yang sah duduk serumah dengan lelaki yang bukan muhrimnya.
"mama kan ada...Nurin..bukan abang sorang"
Entah mengapa begitu sukar untuk Ziyyad melepaskan Qaseh pergi jauh dari pandangan matanya.
Sukar untuk dia ungkapkan dengan kata kata.
"bawa Qaseh balik rumah dulu nak ambil baju...baju yang ada ni tak cukup...."kata Qaseh
"ok...madam menurut perintah"lega hati Ziyyad bila lihat Qaseh sudah mula senyum.
.......
Share this novel