Tetamu sudah pun balik,maka tinggallah kami penghuni yang sediakala ada di rumah itu.
Suasana riuh kini kembali sunyi.
Mama sudah lama bawakan Nurin ke bilik untuk dimandikan.
Aku kagum melihat Kepayahan mama membesarkan Nurin sejak dari sebesar tapak tangan menjadi si debab Nurin.
Aku naik ke atas menukar baju yang lebih sesuai untuk dipakai.
Kembali menuruni anak tangga melihat si suami sedang asyik di dapur.
Aku berdehem mendekati Ziyyad yang dari tadi membasuh pinggan di singki.
"abang...buat apa tu...tadi kata penat....pergilah tukar baju mandi ker..dah nak maghrib"ujarku.
"sayang dah mandi?"tanyanya.
"belum...kejap lagi Qaseh mandi...abang biarkanlah di situ...Qaseh buat.."
"baiklah abang naik dulu..."dia terus berlalu pergi meninggalkan aku mengambil alih tempatnya.
Lengan baju disingsing sampai ke lengan,ku capai mana saja yang boleh dibasuh di depanku.
"fuh...beres...emmm...."keluh ku puas bila semuanya selesai.
"laa...Qaseh buat semua ker ni...ingat esok mak Esah dan kak Lia datang tolong katanya...ni Qaseh buat semua dah...."ujar mama bila melangkah masuk ke dapur.
"alah sikit jer mama,ada lagi tu yang besar besar ada jer kat belakang tu...Qaseh kutip yang kecil kecil ni jer basuh...serabut jugalah nak biarkan bersepah kat meja ni"ujar ku.
"ialah tu...yang besar tu biar diorang datang habiskan esok...mama dah upah tu...nanti datang tak ada kerja pula kan..."
"Qaseh pergilah berehat dulu...mesti dah penat kan...ni mesti tak mandi lagi...."ujar mama lagi.
"baiklah mama...Qaseh naik dulu"aku terus berlalu pergi ke bilik ku.
Mestilah bilik aku kan...bilik suami aku aku tak masuk lagi sebab dia pun tak ajak masuk.
Aku terus mencapai tuala terus menuju ke bilik mandi.
Tiba tiba bunyi pintu dikuak
"sayang buat apa kat sini?"terpancul muka Ziyyad di pintu.
"Qaseh nak mandilah...ni kan bilik Qaseh"aku sedikit kehairanan dengan pertanyaan Ziyyad.
Ziyyad masuk menghampiriku.
"lama Abang tunggu kat bilik...lupa ker yang sayang dah jadi isteri abang sekarang ni...bilik sayang dah pindah bilik sebelah sana...bukan di sini dah"
Aku hampir terlupa yang aku kini dah sah menjadi isteri Ziyyad.
"hahah....sorry Qaseh lupa...."aku menggaru kepala,malu sendiri.
"sampai hati lupa..."Ziyyad buat muka merajuknya.
"alah sorry la...ok...bagi Qaseh mandi sini dulu kejap lagi Qaseh pergi sebelah sana..."aku memeluknya tujuan untuk sejukkan hati suami.
"emmm...mandi sekali boleh?"
"bukan abang dah mandi ker?"tanya ku melepaskan pelukan.
Aroma maskulinnya aku sedut
"dah...tapi tak salah kan..mandi sekali lagi..."badanku ditolak perlahan masuk ke bilik mandi.
"abang tak nak lah.....abang kan dah mandi...malulah Qaseh....."pintu terus ditutup .
"shuhhh...."jari telunjuknya diletakkan dibibirku.
Aku terdiam tanpa kata.
Mata aku mula membuntang luas.
Pili air terus dibuka membasahi badan kami berdua.
Aku masih kaku tanpa kata,
Ziyyad terus membuka satu persatu baju yang dipakainya.
Jantungku mula mengepam laju.
Mata aku pejamkan bila saat tangan kekarnya mula merayap membuka satu persatu butang bajuku.
Aku terdiam dengan deruan air membasahi badan kami.
Tangannya masih lagi galak menanggalkan sehelai demi sehelai pakaian ku.
Tanganku terkaku tanpa reaksi.
Kini hanya tinggal pakaian dalam ku yang masih melekat di badanku.
Aku mestilah malu saat ini...
Pertama kali aku berhadapan situasi sebegini.
Lututku sedikit gementar,jantung berdegup kencang
Kalau bukan teringat yang Ziyyad ni suami rasanya dah lama aku menjerit dan menyepak.
Cewah dan menyepak konon masa Zack kacau hari tu pun terketar ketar seluruh badan.
"sayang...I love you so much"Ziyyad memeluk dan membisik di telingaku.
Dapat aku rasakan badannya yang kekar merapati badanku yang hanya tinggal bahagian dalam sahaja lagi.
Aku hanya mengangguk perlahan sesekali tertelan air yang mengalir deras.
"abang...sejuk...."kataku.
Ziyyad tergelak kecil.
"sejuk ya....jadi cepatlah mandi"ujar Ziyyad buat aku termanggu lagi.
"saja jer...abang nak tengok sayang mandi...sayang mandilah...abang tunggu di bilik sebelah...nanti solat sama sama...jangan bimbang abang tak akan tengok lebih tanpa kerelaan sayang..."terus dia mencapai tuala dan keluar.
Aku terngangga tanpa bergerak,terketar ketar mulutku menahan sejuk.
Aku mengetap bibir geram.
"elok tadi tanggalkan baju kita...senang jer kata tak tengok lebih...ni tinggalkan kita yang separuh bogel ni apa ke benda."bebelku.
pintu bilik air aku tutup kuat.
Geram pun ada.
Ziyyad keluar dengan senyum yang melebar sampai ke telinga.
Mana tak nya dapat tayangan percuma.
Dia tahu mesti Qaseh marahkan dia saat ini,tapi dia tetap gembira sebab Qaseh sudah jadi miliknya.
Tak salah untuk dia melihat keindahan yang dimiliki isterinya
Hampir tadi dia kelemasan melihat setiap sudut milik isterinya.
Cuma,dia tidak mahu terlalu rakus sehingga dia lupa bahawa cintanya pada Qaseh bukan kerana nafsu semata mata tetapi kerana Qaseh adalah gadis yang dia cintai tanpa perlu di sakiti.
Share this novel