Selepas membalut luka aku terus terlena ,terasa penat yang amat hari ini.
Azan subuh terus aku terjaga.Kebetulan aku bercuti solat.
"nasib baik time sakit gini aku uzur"aku berbicara sendiri.
Qaseh terus bangun mencapai tuala,perlahan menuju ke bilik mandi.
Kepedihan masih lagi terasa namun di tahan jua.
Balutan terpaksa dibuka,lebih menyakitkan apabila ada kulit yang melekat di kapas kain pembalut.
"argh....ish...kalau aku tak berlari mesti tak jadi macam ni..."aku tahan juga sakit dan terus mandi,biar luka terkena air terus.
Selesai mandi dan membalut kembali luka,aku terus mengenakan baju dan bersiap.
"sakit pun kena,kerja juga hari ni...."gumam ku sendiri.
Semasa aku keluar dari bilik jam sudah menunjukkan 7.30pagi.
Perlahan aku menuruni anak tangga,
Ziyyad masih lagi tidak kelihatan kelibatnya.
"mama...awalnya masuk dapur"tegur aku apabila lihat mama sedang masak.
"lepas subuh tadi langsung ke dapur...ingat nak buat nasi lemak hari ni...kebetulan Ziyyad pun cuti bolehlah kita makan sama"terang mama.
Aku hanya mengangguk dan tersenyum.
"nak Qaseh tolong ker?"tanya aku sambil duduk di kerusi.
"tak payah lah Qaseh tu sakit lagi,jangan bergerak banyak...lutut susah nak baik nanti"
"tak apa biar Qaseh potong timun ok"pintaku sambil mengambil timun yang berada atas meja.
"iyalah...tapi duduk situ aje...jangan banyak gerak"pesan mama.
"ok.."
"ehem..ehem...rajinnya....mama masak nasi lemak ker...bau wangi semerbak ni?"tanya Ziyyad bila muncul dari depan.
"iya...dah lama mama,tak masak nasi lemak kan?"
"ni mesti special..."sambil menjeling ke arah Qaseh.
"mama kejap lagi Qaseh nak kena pergi kerja"aku mula bicara.
"kerja?"tanya mama dan Ziyyad serentak.
"ya...kenapa...hari ini Qaseh ada tempahan makeup pengantin...jadi kena pergi lah"jawab aku.
"laaa sakit macam ni pun..."rungut Ziyyad sambil menyuap timun dia mulutnya.
"dah ok sikit...mana boleh nak batal last minit...dah confirm janji kena lah pergi"
"Qaseh pergi dengan sapa?"tanya mama
"Liza...dengan kereta dia"
"tapi jap lagi kena,ke butik dulu ambil barang dan Liza terus ke sana...jadi boleh tak abang tolong hantar Qaseh kat sana?"tanya aku buat muka tak malu.
"nak suruh hantar terus pun boleh jer..."jawabnya selamba sambil berlalu pergi ke ruang tamu.
"elok lah tu,biar Ziyyad yang hantar senang..."cadang mama.
"tak apa Qaseh pergi dengan Liza..."jawab aku nak cari keselesaan.
"iyalah...suka hati Qaseh...tapi hati hati"pesan mama.
Aku mengangguk faham.
Mama masih bimbang dengan keadaan aku sebenarnya.
"Ziyyad mana pula ni..."runggut mama.
"xpa mama Qaseh panggilkan...."Aku bangun perlahan ke ruang tamu mencari kelibat Ziyyad.
"mana pula ni...rasa tadi ada sini.."rungut aku perlahan.
"hoi...cari apa?"sergah Ziyyad dari belakang mengejutkan Qaseh.
"ish abang ni nasib tak terjatuh tadi...dah la lutut tak lega lagi..."aku terpukul dadanya tanpa sedar.
Dia tergelak terkekeh kekeh.
"malas lah layan abang...mama panggil makan.."
kata ku dengan nada merajuk.
"alah abang gurau jer tadi...mana tahu Qaseh terkejut"rasa bersalah pada wajah Ziyyad.
Aku terus berlalu pergi dengan berjalan terhinjut hinjut.
"sorry...marah abang ker?"tanya Ziyyad bila duduk di meja makan.
"mama Nurin mana?"tanya aku menukar topik,kerana,malas melayan pertanyaan Ziyyad.
"tidur lagi lah tu....tak sekolah.."
ujar mama.
"Ziyyad nanti lepas hantar Qaseh teman mana belum barang dapur skit"ujar mama pada Ziyyad.
"baik bos menurut perintah..."sambil mengangkat tangan tabik.
Aku tergelak kecil.
"hmm ingat tak nak senyum dah"ujar Ziyyad mengerling ke arah ku.
Aku segera menghabiskan nasi lemak di pinggan.
"mama Qaseh pergi dulu"sambil menyalami mama.
"hati hati jalan tu...Ziyyad bawa anak dara orang tu baik baik"pesan mama.
"iyalah mama...kami pergi dulu"
Aku terus masuk ke kereta tanpa berkata apa apa.
"sakit lagi ker lutut tu?"tanya Ziyyad bila masuk ke kereta.
"sakit lagi...pedih..."jawab aku sambil menggosok lutut.
"tadi makan ubat tak?"tanya Ziyyad lagi.
"lupa...."jawab aku selamba.
"nah...makan sekarang"Ziyyad menghulurkan plastik yang berisi ubat.
"abang ambil bila ubat Qaseh?"tanya aku untuk kepastian.
"makan ubat tu...tak payah tanya kat mana,abang dapatkan"Ziyyad menghulurkan sebotol mineral pada ku.
"iyalah...Qaseh telan..."
Selesai aku menelan ubat baru Ziyyad meneruskan perjalanan.
"terima,kasih abang sebab sentiasa ada saat Qaseh sakit..."aku bersuara lembut.
Rasa bersalah pula sebab tadi aku marahkan dia.
"small matter jer...nanti kalau abang sakit ada lah orang sudi jagakan"sambil mengerling ke arah aku.
"insyaallah...pasti ada orang jaga nanti sebab abang baik...Qaseh doakan agar abang dapat jodoh yang sebaik abang"saja jer aku berdoa begitu,jauh di sudut hati ku semoga aku yang jadi pendampingnya.
"aamiin...."Ziyyad mengaminkan kata kata ku.
Lebih kurang 20minit Qaseh dan Ziyyad sampai di butik,kelihatan Liza sudah ada di depan pintu butik.
"dah lama tunggu ker?"tanya aku pada Liza.
"baru jer sampai..."jawab Liza sambil tersengih lihat ke arah Ziyyad.
"wei Qaseh kenapa jalan macam ni...kau sakit ker...semalam elok lagi..."Liza kalau bercakap kalah keretapi laju..non stop.
"Qaseh terjatuh semalam.."jawab aku ringkas.
"kau ok ker ni...aduh...macam-macam jadi kat kau..."
"thanks abang sebab hantar Qaseh"terus aku ucapkan terima kasih pada Ziyyad yang dari tadi memerhati kami.
"sama sama...nanti balik nak abang jemput ker macam mana?"tanya Ziyyad.
"eh tak payah lah...Qaseh balik sendiri"aku terpaksa menolak sebab niat aku nanti balik terus ambil skuter kesayangan aku di rumah sewa.
"baiklah kalau ubah fikiran call abang ya"pesan Ziyyad sebelum masuk kereta.
Aku mengangguk.
"YaAllah..Qaseh ....dia mana ada no phone aku"
Ziyyad baru teringat bahawa mereka belum pernah bertukar nombor telefon lagi sepanjang perkenalan mereka.
Ziyyad tersenyum sendiri.
,...........
...........
"wei Qaseh tadi smile killer hantarkan kau....apa citer sebenarnya?"Liza mula,bertanya semasa dalam perjalanan.
Aku hanya tersenyum memandangnya.
"orang tanya dia boleh sengih jer...cerita lah kat aku"
"semalam Qaseh tidur rumah dia..."
"betul ker ni?"Liza membulatkan mata terkejut.
"jangan buat muka terkejut gitu...drive elok elok...seram lah..."ujar aku.
"ok..ok.."
"semalam lepas kau balik..Qaseh kunci pintu semua....jadi Qaseh jakan kaki balik tiba tiba Zack datang...Qaseh lari dan terjatuh...ni yang lutut luka dan kebetulan abang Ziyyad datang...bawa Qaseh ke klinik dan terus ke rumahnya....itulah ceritanya...."ceritaku panjang lebar.
Kusyuk Liza mendengarnya.
"ooo...begitu...tapi kan Zack ni kenapa ek asyik kacau kau?"tanya Liza lagi.
"entahlah...dari sekolah lagi Qaseh memang selalu kena buli kat dia sampailah sekarang"terang aku.
"pelik bin ajaib budak ni...ker dia minat kat Qaseh sebenarnya.."Liza meneka.
"tak ada,maknanya..."jawab aku.
"tapi kan...Ziyyad tu caring kan...dah la handsome...baik...untung kau Qaseh"ujar Liza sambil tersenyum.
"dah lah kita dah sampai rumah pengantin...nanti sambung lagi"aku tergelak kecil.
Liza terkebil kebil matanya melihat aku terus keluar kereta.
Aku tergelak tengok muka tak puas hatinya dengar cerita tanpa penghujung.
.....
Share this novel