Lebih kurang lima hari juga,Qaseh di rumah Ziyyad.
Segala sakit demam aku di urus oleh mama dan Ziyyad.
"ummi dah sihat?"tanya sikecil Nurin yang masih lengkap berpakaian sekolah.
"Nurin baru balik sekolah ker....alhamdulillah ummi dah sihat"ujar Qaseh sambil memeluk Nurin.
"Qaseh...bersiap ni nak ke mana?"tanya mama bila nampak aku bersiap dengan membawa beg pakaian.
"Qaseh dah rasa sihat..jadi nak balik rumah sewa lah...rasa segan lah duduk sini lama lama"ujar Qaseh.
"laaa...tinggallah kat sini beberapa hari lagi..."pinta mama.
"tadi kak Athirah call...suruh bukak butik dah sebab ada customer yang nak fitting baju"jawab Qaseh jujur.
"nanti sana tinggal dengan sapa?"tanya mama lagi
"memandang kan Kak Athirah dah nikah..jadi Qaseh terpaksalah duduk sorang"
"sorang?"Ya Allah Qaseh bahaya tu...tinggal jer dengan mama...lagi pun mama dah anggap Qaseh macam anak mama,sendiri"pinta mama lagi
"mana mungkin aku tinggal sini..."gumam Qaseh
"tak apalah mama...nanti Qaseh ingat nak sewa bilik jer duduk ramai ramai"aku seharusnya mengelak agar tidak berlama di sini.
"kut ya pun tunggulah Abang Ziyyad balik dulu..boleh dia hantarkan"mama,seolah sukar melepaskan Aku pergi.
"ummi..janganlah tinggalkan Nurin..."rengek Nurin sambil menarik tangan Qaseh.
"nanti kalau lapang Ummi datang lagi..."Qaseh mengelus lembut pipi gebu Nurin
"tu la Qaseh kesian kat Nurin.."mama pulak buat muka kasihan.
"mama, janganlah macam ni...nanti Qaseh fikirkan...lagi pun Qaseh malu lah...mama,dan abang Ziyyad baik sangat dengan Qaseh...ubati demam Qaseh...jaga,Qaseh...tak terbalas dah budi mama dan Abang"
"tak palah Qaseh...mama,sayang kan Qaseh...tapi tunggulah Ziyyad balik dulu...nanti apa pulak katanya...Qaseh macam nak lari jer"ayat mama memang win.
..memang aku nak lari dari Ziyyad...
Aku rasa tidak boleh berbohong pada diri ku lagi bahawa aku sudah mula jatuh cinta pada Ziyyad.
"baiklah...Qaseh tunggu abang..."jawab Qaseh sepatah demi tidak mahu kecewakan orang tua.
Senyuman terukir di bibir mama dan Nurin.
Jam petang Ziyyad tiba di rumah.
"tok ma Daddy dah balik!"laung Nurin dari luar.
"anak Daddy main apa ni?"tanya Ziyyad apabila lihat Nurin sendirian di beranda.
"main doll"jawab Nurin.
"ummi mana?"Sambil matanya melilau ke dalam
"ummi ada kat dalam...tadi ummi kata nak balik dah"
"balik?"tanya Ziyyad hairan.
"ya Yad...Qaseh nak balik rumah sewanya..."datang Mama dari dalam.
Ziyyad hanya mengagguk.
Semantara itu Qaseh datang membawa dulang yang berisi air dan kek coklat.
"Nurin jom makan..ummi buat kek coklat...tokma kata Nurin suka..."Ujar Qaseh.
"bukan Nurin jer suka...daddy dia pun suka"balas Mama.
"ooo...jom lah abang makan..."sambil menuangkan air ke dalam cawan dan menghulurkan kepada Ziyyad.
Ziyyad mengambilnya.
"mama kata Qaseh nak balik rumah sewa betul ker"?tanya Ziyyad sambil makan kek.
"ya...esok start kerja dah.."jawab Qaseh sambil menaik kan Nurin di rabaannya.
"ummi jangan lah pergi"rengek Nurin.
"tinggal dengan siapa sana?"soal Ziyyad lagi.
"sorang.."jawab Qaseh
Tersembur air yang di minumnya terkejur bila dengar jawapan daripada Qaseh.
"ish...hang ni Yad...habis tersembur air tu...!!marah mama.
aku tergelak kecil dan menghulur tisu kepadanya.
"maaf mama,....sorang?...berani ker duduk sorang sorang tu"dalam nada memerli aku.
"sorang lah..kak Athirah kan dah kahwin..."jawab ku sambil mencebik.
"Daddy teman lah Ummi.."pandai sungguh si kecil ni bermain kata.
Mama,tergelak mendengar kata kata Nurin
Aku pula yang malu..
"Nurin...jom teman tokma masuk mandi..."mama memimpin tangan Nurin dan terus ke dalam
Maka tinggallah kami berdua.
Aku terdiam tanpa kata.
"nak ke mana tu?"tanya Ziyyad bila tengok Qaseh bangun dari duduknya.
"ambik beg lah...dah lewat...tadi lagi Qaseh nak balik tapi mama kata suruh tunggu abang balik...so abang dah balik Qaseh pun kena balik lah"jawab ku sambil berlalu..
Tiba tiba aku terasa tangan aku dipegang.
Debaran jantung Aku bergetar laju..Ziyyad memegang tangan aku.
"Qaseh nak tinggalkan abang ker?"pertanyaannya buat darah aku seolah berhenti mengalir.
Aku masih terkaku diam.
Ziyyad bangun berhadapan Aku kini
Aku tertunduk malu.
"Qaseh boleh duduk sini dengan mama...abang...Nurin..."pujuknya lembut.
Qaseh mengetap bibir..kelu tanpa kata...malu bila di tatap oleh Ziyyad.
"abang....Qaseh..."tak terkeluar perkataan dari mulut aku.
Bagaimana nak aku bicarakan sebenarnya aku ingin dekat dengannya.
"Qaseh takut nanti apa orang kata kalau Qaseh lama di sini...Qaseh perempuan..."jawapan aku agar Ziyyad faham.
"abang faham..tapi kesian kat Nurin..."jawapan maut sebenarnya.
"tapi kenapa sukar untuk aku luahkan...bukan Nurin tapi Daddy Nurin yang tak ingin lepaskan kau pergi"bisik hati kecil Ziyyad.
"pandang abang Qaseh.."
Perlahan Qaseh mendongak wajahnya...menatap wajah lelaki di depannya.
Kini mata mereka bertentangan.
Qaseh tertelan liur...pertama kali dalam hidupnya berhadapan dengan situasi sebegini.
"ok...abang hantar kasih balik...tapi bukan hari ini....pagi esok...abang hantar Qaseh terus ke butik..."Ziyyad serba salah bila lihat wajah redup Qaseh .
"hah esok...?"aku mencebik.
"yup tomorrow..."Ziyyad berlalu pergi meninggalkan aku yang terkebil kebil memandang nya...Ziyyad tergelak kecil melihat keadaan Qaseh yang terkejut tadi.
Qaseh menarik nafas dalam.
"dia main kan aku ya"bisik Qaseh.
Aku hanya mengangguk.
...........
...........
Keesokan harinya,seperti yang di janji aku dihantar ke butik oleh Ziyyad.
Oleh kerana Kak Athirah masih lagi honeymoon di Paris aku dan Liza yang kena,handle semua.
pagi tadi....
"_ni confirm ker nak duduk sorang sorang?"tanya Ziyyad semasa sedang memandu.
"habis nak duduk ngan sapa?"tanya aku balik pada Ziyyad.
"duduk dengan abang nak?"aku memandangnya.
"hah...?"aku terkejut.
Dia tergelak bila tengok muka terkejut aku.
"tak ada apa lah...nanti balik pukul berapa?"tanya Ziyyad menukar topik.
"hmmm dalam pukul 5...tengok keadaan kalau tak ada customer"jawab aku ringkas.
..
"wei mengelamun ker?"Qaseh menyeringai kesakitan apabila bahunya ditepuk Liza.
"tak lah...kau ni masuk tak bagi salam pun.."
"hello dah banyak kali bagi salam kau tu yang tak dengar...ni mesti kes duk angau kat duda hot tu"Liza memancing aku.
"tak ada maknanya lah..."jawab Qaseh sambil berlalu menukar baju di patung pameran.
"betul lah tu....mesti best kan duduk rumah dia"
"hmmm...boleh lah....satu keluarga baik..."
"untunglah kau Qaseh...tapi kan mama dia tu macam suka jer dengan kau..ada can lah kau jadi menantu dia nanti"
"mama dia yang suka kan aku...anak dia belum tentu lagi..."
"tapi kata orang kalau nak kan anak kena pikat mertua dulu"
"kau ni ada ada jer...dah buat kerja jap lagi customer datang"Liza ketawa besar.
"tapi nak ker Ziyyad kepada aku...?"gumam Qaseh.
......
......
"Bidin ikut aku jap"Zack mengajak kamal.
"ke mana?"sambil menghembus asap rokok.
"ada kerja aku nak langsaikan"
"kerja apa...kejap lagi ayah aku datang tengok aku tak ada mampus la.."Kamal bekerja di bengkel ayahnya.
"kejap jer...cakap jer kau ikut aku...."
"ialah....jap...abang Dol...saya keluar kejap...ada kerja"
"kau jangan lama ayah kau datang nanti marah!!"laung Dol.
Mereka berlalu pergi menaiki kereta.
"kau buat apa kat sini Zack...butik pengantin ni...jangan kata kau nak tempah baju pulak"ujar Kamal.
"jom...ikut aku...."Bidin mengikut sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Mereka masuk ke dalam butik,
"kau cari sapa Zack"tanya Bidin apabila lihat Zack macam mencari sesuatu.
"buah hati aku"jawab Zack sambil tersenyum.
"buah hati...Qaseh?"tanya Bidin terkejut.
Zack terus ke dalam tanpa menghiraukan panggilan Bidin.
"ya dik ada nak beli apa apa ker...atau nak buat tempahan?"tanya Liza yang muncul daripada belakang mengejutkan Zack dan Bidin.
"err...err...kawan saya nak jumpa Qaseh?"Jawab Bidin tergagap gagap.
"ooo..nak jumpa Qaseh....tapi adik ni kawan dia ker?"tanya Liza nak kan kepastian.
"banyak soal lah pompuan tua ni"bisik Zack.
"ya kawan sekolah dia"jawab Zack lembut takut Liza curiga.
"Y a Allah apa Zack buat kat sini"bisik Qaseh bila ternampak Zack dan Bidin datang.
Mereka tidak nampak aku tadi kebetulan baru keluar dari tandas.
"jap akak panggil"Liza terus berlalu ke dalam mencari Qaseh.
"mana Qaseh ni...tadi rasa ke tandas"
Liza terus mencari tetapi masih tidak jumpa dengan Qaseh.
"dik maaf rasanya Qaseh dah keluar kut...dia hantar whatsapp pergi jumpa client"terpaksa Liza menipu kerana tadi kebetulan Qaseh hantar pesanan ringkas pada telefonnya.
"ok lah kak...nanti saya datang lagi"Zack dan Bidin terus berlalu pergi.
"ni mesti dia sembunyi kat mana mana..."ujar Zack geram.
"kau nak buat apa kat dia Zack?"tanya Kamal curiga.
"tak ada,apa lah...saja nak jumpa"ujarnya lagi.
Zack terus memandu laju keretanya dengan perasaan geram.
Bidin hanya menggeleng kan kepala.
"fuh..legaaa..."
"wei Qaseh kenapa diorang cari kau?" tanya Liza apabila aku muncul daripada belakang
"tak tahu...."jawab aku sepatah.
"boyfriend kau ker tu yang smart...putih tu?"tanya Liza lagi nak kepastian.
"tak ada maknanya boyfriend...kawan sekolah gitu gitu jer....satu Sekolah...."terang aku.
"habis tu kenapa kau lari...pelik"
"saja....lain kali kalau dia datang pun memang aku tak nak jumpa dia...serammmm"
aku berlalu pergi ke depan bila lihat pelanggan masuk kedai.
"wei....kenapa?"pertanyaan Liza tiada jawapan.
"pelik budak ni...serammmm...ker budak lelaki tadi yang buat dia pengsan hari tu....."bisik Liza kebingungan.
Qaseh tergelak kecil bila lihat Liza kebingungan.
Share this novel