bab 51

Romance Completed 29803

"abang hari ni abang sibuk lagi ker?"tanya ku semasa kami di meja makan.

"kenapa sayang?"nasi lemak yang di masak oleh mama disuapkan ke mulut.

"Qaseh ingat hari ni nak ke klinik..buat buku pink..kandungan pun dah nak masuk tiga bulan kan.."ujar ku lembut.

"elok lah tu Yad..nanti kalau lambat kena tadah telinga kat misi"sambung mama.

"emm...tengoklah macam mana...kita buka kat klinik swasta lah senang bila bila masa pon boleh pergi"

Kelihatan mama terus ke bilik Nurin.
Seperti selalu untuk kejutkan Nurin ke sekolah.

"Qaseh tak kisah mana mana pun...asalkan abang teman kan"

"InsyaAllah nanti abang call sayang..."

"abang...Qaseh ingat hari ni nak ke kedai lah...dah banyak minggu Qaseh duk rumah...rindu rasa kat ibu dan ayah..abang pun selalu sibuk tak ada masa nak ke sana"ujarku.

"sayang dah ok ker nak kerja ni...kan tak pasal pasal pengsan ker apa..."

"dah kut...duduk rumah pun boring abang bukan ada kat rumah,Nurin pun selalu tanya abang...kesian kat dia"aku mencebik,roti yang di depan aku tadi masih lagi tidak di sentuh.

"abang sibuk sekarang ni...banyak kerja kat office...maafkan abang ok..."tanganku digenggam lembut.

"tu..bila nak habis roti tu...makanlah sikit kesian kat baby"sedikit roti dicubit dan disuakan padaku.
Aku buka mulut apabila roti disuakan,perlahan ku kunyah.

"sibuk kerja tak apa jangan sibuk benda lain sudah"gumam ku.

"sayang...sayang ok ker?"tangannya dilambai ke muka ku.

"yup...ok..."jawab ku sepatah.

"ok abang kerja dulu nanti ada apa apa call...ni nanti abang jemput sana ker?'Tanya Ziyyad bangun mencuci tangannya.

"ya...nanti ambil Qaseh kat sana,pergi nanti Qaseh pergi dengan pak Joe"aku menghulurkan tangan untuk salam.
Dan aku terus memeluknya....aroma maskulinnya harus ku hidu agar aku tidak lupa sepanjang dia tiada di sisiku.

Seperti biasa Ziyyad akan mengucup lembut bibirku.

"hati hati..."tangan ku lambaikan sampai dia hilang di pandangan.

..........
..........

"ibu...rindunya..."tangan ibu ku salam.

"sorry lah ibu tak jenguk Qaseh kat sana,sibuk...ayah pun selalu tiada kat rumah"ujar ibu menjemputku masuk.

"tak hal lah ibu...ayah dah pergi kedai ker?"

"ada tengah bersiap katanya Qaseh nak ke kedai hari ni"

"ya ibu...rasa lama dah cuti..."

"Qaseh ok ker ni..."

"ok bu...kenapa tanya macam tu?"

"entahlah ibu nampak macam Qaseh risaukan sesuatu,kandungan ok ker?"perutku disentuh nya.

"ok...tak ada apa ....mungkin letih kut...alahan teruk"dalih ku agar ibu tidak risau.

Namun jauh di sudut hati ku bermacam benda yang berkecamuk di dalam.

"ha...anak ayah dah sampai...dah sihat ker..?"aku menghulurkan tangan untuk bersalam.

"alhamdulillah ayah...dah ok sikit"

"kalau gitu jomlah...Qaseh dah makan?"

"dah kat rumah tadi"

"baguslah...jom kita bertolak sekarang...nanti jalan jem"
Kami bertiga terus keluar rumah dan masuk ke perut kereta.

..........
..........
Butang interkom ditekan.

"Laila masuk kejap"arah Ziyyad.

"ya bos"_

Pintu dikuak perlahan.

"ada apa apa boleh saya bantu bos?"Laila seperti biasa membawa buku ditangannya.

"awak ada nampak tak foto saya dan isteri saya kat atas meja ni?"tanya Ziyyad bila masuk tadi foto yang selalu diletakkan di atas mejanya hilang dengan tiba tiba.

"tak bos...selalunya ada je kan kat situ"Laila agak kehairanan.

"emmm...pelik kan..saya pun tak perasan bila foto tu tiada kat sini"jarinya diketuk ketuk di atas meja.

"nanti saya cuba tanya Kak Leha,sebab selalunya dia yang kemaskan pejabat bos"

"baiklah...awak boleh keluar...oh ya kalau Amar datang suruh dia jumpa saya"
Laila mengangguk dan berlalu keluar.

Ziyyad melepaskan keluh,badannya mula terasa sesuatu.
Tiba tiba fikirannya teringatkan Lina.

Ketukan dari luar mengejutkan Ziyyad .

"Laila kata kau nak jumpa aku ,apahal"
Kerusi ditarik dan Amar duduk berhadapan dengan Ziyyad.

Ziyyad masih lagi berdiam diri.

"wei Yad...kau ok ker?"

"Mar aku rasa tak sedap hatilah...macam ada sesuatu..."Ziyyad bangun menghadap tingkap.

"ada sesuatu...cuba kau cerita...kau ada masalah ker,gaduh dengan Qaseh?"tanya Amar untuk kepastian.

Kali ini Ziyyad kembali duduk didepan Amar yang masih menunggu jawapan.

"tak lah...foto aku dengan Qaseh hilang tiba tiba...hari ni baru aku perasan"ujar Ziyyad dengan nada bimbang.

"foto hilang....selalunya ada kan kat situ..."Amar mula berfikir.

"Lina"mereka meneka bersama.

"kau perasan tak kelmarin dia datang dengan tiba tiba dan pergi dengan tergesa gesa"Amar mula buat kajian.

"fuh...meremang bulu roma aku dengan tiba tiba ni...seram...dia buat apa dengan gambar kami"

"Yad kau kena hati hati...takut ada perkara buruk berlaku...zaman moden ni pun ada orang main bomoh tau"

"aku tak lah nak percaya sangat Yad tapi..Lina ni nampak misteri sangat...dia bukan pekerja kau pun..jiran sebelah pejabat kita jer...tapi berani dia terjah masuk pejabat macam tu jer...jumpa kau macam nak peluk cium kalau boleh...kau tak layan dia lagi lah dia marah"kata Amar.

Ziyyad masih lagi terdiam dan cuba hadamkan kata kata Amar.

"pagi tadi aku perasan perubahan Qaseh seolah sembunyi sesuatu...bila aku tanya dia kata ok jer..."mula ada kembimbangan di raut wajahnya.

"Yad ada kau rasa pelik bila dengan bini kau...ya lah kan kita ni laki faham faham jer lah...kut bila bersama bini kau nampak orang lain..sebut nama ker...ada bini kau macam nak marah dengan tiba tiba"Amar bangun menepuk bahu Ziyyad.

Ziyyad mula terfikir pasal tadi Qaseh termenung kan sesuatu.

"adalah sikit tapi itu mungkin sebab dia mengandung...tapi kalau yang pelik terlebih tu mungkin aku tak perasan lagi lah"keluhnya perlahan.
Mukanya diraup beberapa kali.

Fikirannya mula berkecamuk.

"beginilah Yad lebih baik kau hati hati,sebab benda macam ni bukan gurauan...kadang kadang kita tak tahu orang baik dengan kita bersebab...tapi aku tak...aku baik dengan kau sebab kau bisnes partner ok.."
Mereka ketawa.

"baiklah aku ada hal sikit...hari ni kita tak ada jadual kat luar kan...so rasa bolehlah luangkan masa sikit dengan family...kalau ada apa apa tu call jer...insyaallah kalau boleh tolong aku.
tolong"ujar Amar lagi.
Ziyyad masih termanggu sendirian.
Jika benar apa yang di kata Amar maka hubungan dengan isterinya akan ada masalah nanti.
Kebimbangan mula terasa.

Amar hanya memerhati kerutan dahi Ziyyad terpendam seribu persoalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience