flashback end.
Tangisan Qaseh semakin reda,selepas perbincangan tadi Aku terus ke bilik.
Tudung yang aku pakai tadi di letakkan di kerusi meja solek,badan ku rebahkan di atas katil.
Fikiran aku kosong...
aku mengeluh keras,terfikir sejenak kata kata si tunang tadi bahawa ayahnya masih ada.
"aku sudah terlupa wajah ayah.."getus hatinya.
Mengikut kata Ziyyad tadi lelaki yang dimaksudkan untuk berjumpa akan datang ke rumah.
Jadi aku cuma perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal.
"siapa agaknya yang di maksudkan abang...."fikiran ku mula kacau.
Setelah berbelas tahun aku hidup tanpa ayah...tanpa ibu...
Ibu sudah nyata aku tahu sudah menemui penciptaNYA,tapi ayah....ada dalam tiada.
tok!tok!ketukan dari luar mengejutkan aku dari lamunan.
Aku bangun membuka pintu dari dalam.
"ya mama...masuklah"aku menjemput mama masuk.
"ni ayah Qaseh dah datang"ujar mama dalam senyum.
Aku sedikit gementar mendengar berita itu.
"dah sampai ker?"tanya ku.
Mama hanya mengangguk.
"tak palah Qaseh siap dulu nanti turun bawah ya"mama,terus berlalu meninggalkan aku yang masih termanggu kaku.
..........
...........
"duduk lah encik Rahman...ni isteri ker?"tanya mama menghulurkan salam pada sesusuk tubuh wanita muda di depannya.
"ya...ni Sarimah isteri saya"ujar Rahman ramah.
"Man...duduk lah...kekok pula aku nak panggil apa ya"datang Ziyyad menyapa.
"biasalah tu baru lagi..."mereka ketawa.
"mana Qaseh mama?"tanya Ziyyad pada mamanya.
"kejap lagi turunlah tu"ujar mama.
"maaflah kak...sebab datang mengejut macam ni...sebelum ni ingat nak jumpa kat luar...tapi ni Mah kata elok datang sini boleh kenal sekali dengan besan"ujar Rahman.
"elok juga tu...boleh kita kenal kenal...perkahwinan mereka ni pun kalau diikutkan tu memang dekat sangat dah..jadi lepas ni bolehlah berbincang apa yang patut"ujar mama pula.
"ya kak..."Sarimah pula bersuara.
"mama, mana Qaseh ni...tak turun lagi...."bisik Ziyyad pada mamanya.
"hang pi tengok Yad...kut pengsan ker apa"ujar mama tergelak kecil.
Sempat lagi berseloroh.
"duduk dulu ya...biar saya tegokkan Qaseh...entah buat apa agaknya lama sangat"rungut Ziyyad berlalu pergi ke bilik Qaseh.
Pintu dikuak dari dalam apabila mendengar ketukan.
"sayang...kenapa ni...jom lah turun...diorang tunggu lama dah tu"ajak Ziyyad.
"kalau tak jumpa boleh tak?"tanya aku.
"mana boleh...nanti lambat pula kita nikah..."
terus Ziyyad menarik tangan Qaseh tanpa kata.
Qaseh hanya menarik muka masam.
"nikah jer yang dia ingat"rungut ku.
"aik...tak nak kahwin dengan abang ker?"
tanya Ziyyad buat mulutku terngangga.
"apa pula...."aku terus muncungkan mulut.
"senyum sikit...tak kan nak tunjuk muka muncung macam ni..."Ziyyad menyentuh pipi Qaseh yang muncung tadi.
"ok..lah.....senyum"aku terpaksa mengoyak senyum.
"ha..Qaseh mai sini..."ajak mama apabila aku dan Ziyyad sampai di ruang tamu.
Senyuman paksa aku pamerkan.
Jantungku mula mengepam laju apabila melihat wajah lelaki yang pernah aku jumpa tempoh hari.
"Qaseh inilah ayah Qaseh...Rahman..."ujar Ziyyad .
Aku masih kaku membatu.
"mana dia tahu lelaki ini benar benar ayah aku"gumam ku
"ni bukan ker uncle kedai emas tu...?"tanya ku hairan
"ya...nama dia Rahman...ayah sayang nama Rahman kan?"ujar Ziyyad.
Aku hanya mengangguk lemah.
Dua susuk tubuh yang tidak ku kenali aku renung lama.
"Rahman...ramai kut orang nama Rahman...tak semua Rahman tu ayah aku"gumam ku.
"buktinya"aku beranikan diri bertanya.
"Qaseh ingat ini"sekeping foto dihulurkan padaku oleh Rahman.
Aku merenung lama,ya aku dan ibu...aku masih ingat ...wajahku semasa kecil sama yang ada dalam simpanan aku.
Airmata ku sekali lagi jatuh.
Aku menangis sekuat mungkin tanpa kata.
"Qaseh..tenang..."mama mengusap lembut bahu ku.
"kenapa Ayah tinggalkan Qaseh?"aku mula mengajukan soalan.
"ayah minta maaf Qaseh,masa tu ayah terpaksa,ayah tidak berdaya..selepas ibu Qaseh meninggal kita tidak punyai sesiapa yang boleh menjaga Qaseh...kehidupan kita susah masa tu..ayah terpaksa mencari kerja dalam paksa ayah meninggal kan Qaseh kat rumah anak yatim tu "panjang lebar Rahman bercerita.
Aku masih lagi dalam esakkan.
Suasana tenang menjadi hiba.
"ayah ada datang cari Qaseh beberapa bulan yang lepas...tetapi pengurus tempat itu kata Qaseh sudah keluar dari situ setelah tamat belajar"tambah Rahman lagi.
"betul Qaseh,ayah Qaseh selalu rindukan Qaseh,selalu menangis bila teringatkan Qaseh"Sarimah pula bersuara
Aku mendonggak memandang susuk tubuh wanita cantik di depanku.
Aku dapat meneka dia mestilah isteri ayah.
Ziyyad dan mama memberi ruang untuk kami berbicara.
"lama ayah..lama...sehingga Qaseh terlupa wajah ayah...dan sehingga Qaseh lupa adakah Qaseh punyai ayah lagi...mungkin kalau tidak kerana abang sampai sekarang Qaseh sudah tidak ingat bahawa ayah ni wujud dalam hidup Qaseh"ujarku dengan nada sedikit keras.
"sayang..tak elok cakap macam tu....dia ayah sayang tu...walau apa pun sayang kena hormat dia sebagai orang tua"
Aku rasa sedikit kesal dengan kata kataku.
Teguran Ziyyad buat aku mengeluh.
"maaf ...Qaseh kasar..tapi kesakitan yang Qaseh rasa,sakit...sakit abang...Qaseh ada ayah...tapi..."aku tidak dapat meneruskan kata kata,aku terus menangis.
"Qaseh,ayah minta maaf...ayah tahu ayah salah...tapi ayah datang nak tebus semua kesalahan ayah pada Qaseh.....ayah nak kita bersama kembali"ujar Rahman sebak.
Aku lihat semua yang ada di situ menitiskan airmata seolah menyaksikan drama melayu.
"Qaseh...maafkanlah ayah...dan anggaplah aunty ni macam ibu Qaseh sendiri"Sarimah datang memeluk bahu ku.
Aku hanya memandangnya sayu.
Seorang wanita yang tidak aku kenali duduk di sebelah ku.
"baiklah Qaseh maafkan ayah...tapi untuk tinggal dengan ayah,bagilah Qaseh masa..."ujar ku perlahan.
"ayah faham dan ayah tak akan paksa,cukuplah Qaseh dapat terima ayah kembali..."sedikit kelegaan di hatinya.
Dia bersyukur kerana,anaknya dapat terimanya kembali.
"dan ayah harap Qaseh dapat menganggap isteri ayah sebagai ibu sendiri"tambah Rahman lagi
"ya Qaseh...kalau boleh anggaplah aunty macam ibu Qaseh sendiri,aunty teringin sangat dengar panggilan ibu...dah lama kami kahwin tapi masih tiada rezeki anak..."setitis air mata gugur di pipinya
Aku memandangnya sayu,seorang wanita yang aku kira berperwatakan menarik,muda,cantik punyai jua kekurangan.
Aku turut sedih dengan luahannya.
"ibu..."aku terus memeluknya kini airmata kami berjuraian tanpa henti.
Lama kami berpelukan...meskipun aku tidak mendapat kasih sayang seorang ibu tetapi dengan kehadiran mereka di sisiku memberikan sejuta ketenangan buat ku.
"dah lah tu...dah besar panjang pun menangis macam budak budak...."kata kata Ziyyad membuat pecah tawa kami.
Suasana hiba bertukar menjadi riuh dengan tawa kami.
Aku mencium tangan ayah dan terus memeluknya.
Insan yang aku rindui berbelas tahun yang lalu kini berada di depanku.
Share this novel