"Mah tengok abang happy sekarang ni"secawan kopi diletakkan atas meja berhadapan suaminya.
"alhamdulillah Mah,abang rasa happy sangat...akhirnya abang dapat juga jumpa dengan,anak abang,dapat jadi wali dia,nikahkan dia"air kopi disirip perlahan kerana masih panas.
"Mah tak kisah kan kalau abang layan Qaseh"ujar Rahman berhati hati agar tidak menyinggung perasaan seorang isteri.
"Mah happy kalau abang happy...Mah tak kisah sedikit pun...malah Mah suka sangat dengan Qaseh..dia mudah mesra,baik macam abang"Sarimah meletakkan kepalanya ke atas bahu Rahman.
"terima kasih Mah,kerana selama ini sentiasa ada masa susah senang abang,kalau tidak kerana keluarga Mah,abang tak akan capai semua ini"ujar Rahman lagi.
Teringat masa dulu,saat dia dalam kesempitan setelah kematian isterinya dan anaknya terpaksa di tempatkan di rumah anak yatim.
Dia berkeliaran mencari kerja demi sesuap nasi.
Akhirnya dia di terima kerja di kedai emas milik ayah Sarimah pada waktu itu.
Bermula sebagai jurujual biasa,sehingga di ajar menjadi tukang emas.
Perkenalan dengan Sarimah ketika itu baru sahaja habis belajar.
Seorang gadis muda yang cukup menarik,anak orang kaya tetapi mempunyai perwatakan yang sopan,layanan diberikan padanya tidak membezakan taraf.
Bermula pada perkenalan membuahkan cinta di hati mereka.
Si ayah menerima sahaja kemahuan anak asalkan bahagia.
Dari pekerja biasa di lantik sebagai pengurus,dari pengurus,menjadi menantu dan kini pemilik kedai emas.
Dia bersyukur diberikan segalanya,tapi rezeki untuk memiliki anak bersama Sarimah tidak ada.Dia redha dengan ketentuannya.
Bertahun selepas perkahwinan baru dia berani menyuarakan tentang Qaseh pada Sarimah,takut isterinya tidak dapat terima.
Namun dia silap,Sarimah adalah pendengar yang baik,isteri yang sabar mendengar luahan hatinya.
Dia akui selepas kahwin dengan Sarimah hidupnya dilimpahi kemewahan sehingga dia lupa tangunggjawabnya pada Qaseh.
Janjinya pada Qaseh.
Bertahun seolah jiwanya hilang,kerinduan hari demi hari terhadap anaknya.
Sarimah seorang pendengar yang baik,
Sarimahlah yang menyuruh dia mencari Qaseh.
Namun dia tidak mempunyai keberanian untuk berjumpa dengan anaknya,takut Qaseh tidak dapat terimanya.
"abang...abang ok ker ni...?"lamunannya terhenti.
"ok..."
"Mah nak jenguk Qaseh jap,kut dia nak apa apa...esok majlis bertandangkan...kesian dia sorang sorang tu"Sarimah memohon untuk menjenguh Qaseh.
........
........
Ketukan dari luar mengejut Qaseh yang dari tadi membuat Video call dengan Ziyyad.
"jap abang...ibu datang"telefon dia tutup.
Qaseh bangun membuka pintu.
"maaf ganggu,Qaseh tengah buat apa tu?"tanya si ibu.
"tak ada buat apa pun...tadi abang call..."aku mempelawa ibu masuk.
Sarimah mengambil tempat duduk di birai katil.
"saja jer ni ibu nak tanya kut Qaseh perlukan apa apa..esok kan nak ke rumah suami"Sarimah memulakan bicara.
"oh...tak ada apa lah kut...ker kena bawa aoa selalunya kalau majlis bertandang ibu?"tanya si anak sememangnya tidak cukup tahu dengan semua ini.
"emmm....bawa apa ya....bawa jiwa dan raga ok lah kut"jawab ibu sambil jarinya mengetuk ngetuk dagu dan di sulami ketawa.
"jiwa dan raga..."aku kebingungan seketika mencari maksud yang tersirat.
"anak ibu ni...yalah nak jumpa suami mestilah bawa dirikan"aku mula tertelan liur mendengar kata kata ibu.
"ish ibu ni...buat Qaseh takutlah...seram bunyinya"keningku mula berkerut.
Ibu mula ketawa berdekah dekeh.
Wajah ibu muda itu ku tenung lama,hilang kerinduan aku pada insan bergelar ibu.
Aku terus bangun memeluknya.
Sarimah pegun seketika,suara ketawa tadi tiba tiba terhenti.
Airmataku mula bergenang.
"Qaseh....ibu minta maaf kalau ibu buat salah"suara ibu mula kerisauan.
Pelukan tidak ku lepaskan.
"tak ibu...Qaseh saja nak peluk ibu...Qaseh nak ucapkan terima kasih sebab jagakan ayah untuk Qaseh,terima Qaseh dalam hidup ibu"suara ku semakin serak.
"Qaseh pandang ibu"pelukan aku lepaskan.
"Qaseh anak ayah...maka Qaseh juga sebahagian dari hidup ibu...dan ibu sangat senang bila Qaseh datang sini,sekurang kurangnya ibu dapat rasa macam mana,jadi seorang ibu...ibu yang harus berterima kasih pada Qaseh sebab sudi terima ibu"tanganku digenggam erat.
Kini kami mengalirkan airmata bersama.
"kalau dulu ayah Qaseh dengar cakap ibu untuk ambil Qaseh dari rumah anak yatim tu dah lama kita jumpa,dah lama ibu dapat curahkan kasih sayang ibu pada Qaseh...ni bila jumpa dah nak kahwin tak sempat nak bermanja lama lama"sedikit senyuman di ukir.
Aku turut tersenyum dengan kata kata ibu.
Siapa kata ibu tiri yang baik tak wujud dalam dunia ini...penulis juga ada ibu tiri tau...baik juga...alhamdulillah...
"dah tak nak nangis nangis,nanti esok hilang seri,muka sembab,tak pasal Ziyyad kata kita orang dera Qaseh pula"airmataku disapu lembut.
Kami mula ketawa.
"terima kasih ibu...."aku mencium tangannya dan pipinya.
"dah tidur...sweet dream....ibu keluar dulu..nanti tak pasal ayah cari ibu pula"
Aku tergelak kecil.
Ternyata ibu seorang yang kelakar.
"Andai ibu masih hidup mungkin jua seperti ibu Sarimah."bisik ku sendiri.
........
.........
"Yad hang dah kemas semua ke bilik tu,esok isteri nak mai sini"tegur mama dari dapur yang sedang rancak membawang dengan jiran sebelah.
Biasalah kan ni membawang kupas bawang tau bukan membawang yang satu lagi tu....hi hi
Apa tu rewang...gotong royong,bantu membantu yang kian lupus di telan zaman.
"dah mama,semua settle"ujar Ziyyad.
Ziyyad terus berlalu pergi ke biliknya meninggalkan mama dan jiran tetangga yang datang membantu di dapur.
Untung ada jiran yang ringan tulang.
Share this novel