bab 5

Romance Completed 29803

Hari ini aku ambil cuti separuh hari sebab mengambil keputusan SPM.
Rata rata yang datang semua dengan keluarga,tapi aku...aku sorang sorang jer.
Dengan menaiki skuter aku terus je sekolah.

"wei rindunya...lama tak jumpa korang"Ema datang memeluk ku.
Ema merupakan kawan paling rapat dengan ku.

"kau datang dengan sapa Ema?"tanya ku bila nampak dia keseorangan.

"biasalah parents aku kan sibuk memanjang..macam kau lah sorang sorang...kau aku tak pelik...aku yang ada ibu bapa pun macam keseorangan"Aku turut bersedih bila dengar luahan Ema.

"dah usah sedih lah yang penting hari ni aku ada...lepas ambil result kita jalan jalan...dah lama kita tak jumpa kan"aku menarik tangan Ema terus ke meja cikgu yang menjaga keputusan SPM.

"hai manis...makin cantiklah kau sekarang ni Qaseh..."tegur satu suara yang sememangnya aku kenali.

"hmmm...kau orang ni tak insaf lagi ker...tak habis habis mengacau Qaseh!!marah Ema pada Zack yang terkenal dengan kaki buli di sekolah.

"dah lah Ema tak baik kau marah dia...Zack dah lah jangan kacau kitaorang lagi...kami nak balik ni"aku terus menarik Ema berlalu pergi.

"wei Qaseh...sorry la aku minta maaf ok..."

"dah lah Zack..."aku malas terusan bercakap dengan dia.

beberapa bulan sebelum.....

Aku dan Ema duduk di bawah pokok yang berhampiran dengan kantin pada waktu rehat.
Kebiasaannya,kami akan mengulangkaji waktu rehat...tidak suka berada di perpustakaan kerana tidak boleh buat bising.

"wei manis....boleh tumpang dua kaki?"

"kau dah duduk dah pun Zack!!marah Emy yang sememangnya tidak sukakan sikap Zack yang selalu membuli kami.

"aku tak minta izin kau lah gemuk"
sindir Zack yang membuatkan Ema bertambah marah.

"Zack tolonglah jangan kacau kami...exam kan nak dekat ni ....bagi la peluang kitaorang study dengan aman"jelas ku...

"laaa study jer lah..aku tumpang duduk jer..."
Aku mengeluh

"suka hati kau lah...jom Ema jap lagi loceng bunyi"aku bangun tapi tiba tiba....

"aduh....sakitnya"aku tersungkur jatuh ke tanah apabila kaki aku di halang oleh Zack.

"Zack...apa kau buat hah!!"sergah Ema apabila melihat aku jatuh tersungkur ke bumi.

Aku cuba bangun tetapi kaki aku terlalu sakit,
semua mata memandang ke arah ku,baju aku habis kotor.

"kau ok ker ni Qaseh"tanya Zack memerli ku.

Zack dan kawannya hanya ketawa melihat aku.
Sakit hati aku pada masa tu hanya Allah yang tahu.

"dah lah bangang...Qaseh jatuh kau orang gelak kenapa..!! jerit Ema marah.
Aku hanya mampu menangis kerana kesakitan.

"sorry lah aku tak sengaja...yang kau marah aku kenapa hah!!"kali ini Zack pula marah.

"dah lah Zack...aku benci tengok kau kat sini...pergi..."aku halau dia,sungguh aku benci dengan perangai suka membulinya.
Malah bukan aku saja yang jadi mangsanya tapi ramai lagi.

Sejak itu aku cuba mengelak dari bertembung dengannya.
Tapi tiap kali aku cuba mengelak setiap kali itulah dia cuba mencari celah untuk mengacau aku.
Ema lah yang selalu menolong ku.
Aku tidak berani untuk berjumpa dengan dia bukan sebab aku takut, tetapi aku sedar kemampuan aku.
Dia lelaki dan aku perempuan,dia kaya dan aku tidak punyai sesiapa.

"Zack kenapa kau selalu kacau aku hah?"tanya aku pada,suatu perjumpaan semasa kami hadiri kelas tambahan.

"alah Qaseh kalau kau nak tahu Zack ni sebenarnya suka kan kau"terkejut aku dengan jawapan yang aku dengar dari Bidin kawannya.

"pelik...suka orang tapi kacau orang"Ema mencebik.

Aku hanya tunduk terdiam,tidak pernah terfikir pun usia seperti kami untuk bercinta.

"maaf Zack aku tak suka kan kau"kata ku sepatah.

Aku tahu bukan aku jer mangsa cintan cintun dia..Milah ,melur,melati semua pernah jadi mangsa cinta monyet si Zack.

Maklumlah anak orang kaya,muka pun handsome tapi sikit pun aku tak tertarik padanya.

........
........

Selepas mengambil keputusan SPM aku dan Ema terus ke mall untuk mencuci mata.

"wei Qaseh nak tengok result kau...tadi tak sempat tengok"

"boleh..kita tukar...kau hulur,aku hulur..."jawab aku.

"ok...."Dalam kiraan 3 kertas keputusan kami bertukar tangan.

"wei kau dapat 4A...tapi kenapa kau diam jer?"tanya Ema.

"aku nak cakap apa result biasa jer"

"kau lagi cantik...semua B"
Kami tergelak melihat keputusan yang tak seberapa.

"matilah aku kalau papa tahu...mesti marah"
Kata Ema mula risau.

"repeat lah balik...kau tak apa banyak duit...aku tak berminat dah...otak jadi beku"kata ku sambil menyedut bandung cincau.

"habis kau nak buat apa lepas ni?"tanya Ema.

"kerja lah...aku kan memang dah kerja sekarang ni..lagi pun aku dah keluar dari rumah anak yatim tu...sebab bila cukup umur 18 kitaorang boleh buat pilihan tentukan hidup sendiri"jelas ku pada Ema.

"aku pulak mereput kat rumah lah kut tunggu orang datang meminang"kata Ema sambil tergelak.

"Ema aku nak ke tandas,kau tunggu jap ek"aku terus berlalu menuju ke tandas Mall.
Semasa aku berjalan aku perasan seolah ada orang mengekori langkah ku.
Tapi bila menoleh cuma ada mereka yang lalu lalang sahaja.

Aku terus masuk meneruskan hajat ku.
Selesai aku terus keluar...tiba tiba tangan ditarik dari arah belakang.
Badan ku dirapatkan ke dinding.

"argh!!!aku menjerit kesakitan.

"hai Qaseh mana bodyguard kau?"tanya Zack dengan matanya memandang ku atas bawah.

"lepas lah gila...sakit !!aku cuba rentap tangan tapi genggamannya terlalu kuat.

"kenapa kau tolak aku Qaseh....?"
tanya Zack dalam nada lembut tapi menekan suaranya.
Aku mula ketakutan.

"tolong!!belum sempat aku menjerit buat kali ke dua mulut ku di tutup.
Aku meronta ronta untuk dilepaskan.

"Ya Allah kau hantarlah penyelamat untuk ku"aku berbisik di dalam hati.
Jantungku sudah mula berdebar debar ketakutan,apa yang ada di dalam fikiran Zack kali ini.

"kau aku buat cara lembut kau tak hiraukan aku....kau tahu tak yang aku sukakan kau"bisiknya di telinga.

"kalau kau suka kan aku kenapa kau selalu sakit kan aku hah"sergah aku .

Dia cuba mendekati aku dengan merapatkan dadanya dengan dadaku,aku semakin ketakutan.

"wei kau nak buat apa hah,aku jerit kang"ugut aku agar di lepaskan.

"jeritlah...aku tak takut..."

"tolong...to...long"belum sempat aku minta tolong.

"hei budak kau buat apa hah?!"sergah satu suara dengan memegang tangan Zack.

"lepas lah orang tua"Zack meronta minta dilepaskan.
Aku terduduk di lantai apabila di tolak oleh Zack tadi.

"argh...sakitnya..."Aku masih tunduk ke bawah dan tidak nampak wajah gerangan yang menolong ku

"Zack...kau buat apa kat dia hah?!"ternyata figura di depan aku mengenali Zack.

"uncle...ss..ssya"tergagap gagap Zack .

"dah baik kau berambus sebelum Uncle call papa dan mama"orang yang Zack panggil uncle tu mengugut Zack.
Zack segera pergi dalam kemarahan.
Aku masih lagi terduduk di lantai kerana tadi punggung ku terjatuh begitu kuat.
Perlahan aku cuba bangun.
Tiba tiba lelaki tadi menghulurkan tangannya padaku.
Aku mendongak ke atas...fuh suratan atau kebetulan...my hero.

"ab...abang Ziyyad?"ujar ku gagap.

"dah jom abang tolong..."aku terus menghulurkan tangan ku padanya.
Memang punggung ku tadi betul betul kesakitan.

'aduh!!"tangan ada kesan kemerahan akibat cengkaman kuat Zack tadi.

"Qaseh ok ker....tangan merah tu"ternyata dia masih lagi ingat namaku.Jantungku mula mengepam dengan laju...

"sikit jer..."aku menahan malu apabila dia begitu hampir denganku.

"lain kali kena berteman..."ujarnya mendatar.

"Qaseh...kenapa lambat sangat?"datang Ema.
Memang kacau daun sungguh kau debab.

"tadi Zack datang serang aku.."jawab ku sambil menahan sakit.

"hah Zack sampai datang sini?kenapa kau tak panggil aku?"bertalu talu soalan Ema.

"ni sapa?"tanya Ema lagi.

"abang Ziyyad kenal ker Zack dan kenapa dia panggil Uncle?"tanya ku pada Ziyyad tanpa menjawab soalan Ema tadi.
Ema memerhatikan sambil mulutnya ternganga.

"dia anak sepupu abang..."jawabnya sepatah.
Aku hanya mengangguk tak berminat untuk ketahui dengan lanjut.

"ok abang dah lewat..lain kali hati hati"

"terima kasih sebab tolong Qaseh tadi"

"its ok....jangan lupa sapu ubat nanti"pesannya sebelum berlalu pergi.
Sebelum pergi sempat dia menghadiahkan senyuman yang tak dapat aku gambarkan dengan kata kata.
...bergegar jantungku.
"Tak sangka sebelum ni nampak beku jer dia"gumam ku sambil tersengih.

"wei...kau tersengih macam kerang busuk tu dah kenapa?"lamunan aku terhenti bila Ema menepuk bahu ku.

"sakitlah...dah la lengan aku ni tak lega lagi,punggung aku pun sakit..ni kau pula ..."bebel ku.

"alah sorry...tapi kau kenal ker lelaki tadi?"tanya Ema.

"nantilah aku cerita...jom balik dah lewat aku kena masuk kerja"ujar ku mengelak daripada Ema menemuramah aku tanpa henti.

...........
...........

"jahanam kau uncle....kalau tadi boleh dah merasa bibir Qaseh!!jerit Zack sambil menghentak tangannya di meja.

"wei kalau marah pun tak payah lah ketuk meja ni...tengok habis air tumpah atas seluar aku"marah Bidin sambil mengelap seluarnya yang basah.

"kau kenapa tadi tak cover aku hah!!Zack memarahi Bidin

"tak sempat wei...uncle kau tu datang suruh aku pergi...mana aku berani dengan badan dua kali ganda besar daripada aku"jawab Bidin.

"geram betullah dengan Qaseh....dia boleh tolak cinta aku..."

"silap kau juga Zack...kau tu suka buli dia...kau suka sakitkan hati dia...cuba dulu kau pikat elok elok mesti dia terpikat kat kau"panjang lebar Bidin bagi nasihat.

"tak pa....rileks...sampai masa aku akan cari dia lagi"

"suka hati kau lah Zack,kalau aku nasihat pun kau bukan nak pakai...aku blah dulu lah...."
Zack mendengus kemarahan.

........
........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience