bab22

Romance Completed 29803

Ziyyad terus melangkah naik menuju ke bilik Qaseh.

"ummi...kenapa Daddy selalu jer marah kat ummi"tanya Nurin.

"tak adalah daddy gurau jer tadi...daddy kan sayang kat Ummi...mestilah daddy tak suka kalau ummi keluar sendirian"ujar aku lembut.
Namun jauh di sudut hati aku memang aku terasa dengan kata kata Ziyyad tadi...sekarang ni aku terasa tiada lagi kebebasan untuk diri aku.
Selepas beberapa kejadian berlaku ke atas aku Ziyyad seolah tidak lagi ingin aku ke mana pun tanpa teman.

"tak apalah kalau tak dapat pergi pantai pun kita main game nak?"aku mencapai telefon dan menekan salah satu permainan untuk bermain.

Dari luar Ziyyad. memasang telinga mendengar perbualan antara Qaseh dan Nurin.

Tombol pintu dikuak perlahan.
Aku tidak terus memalingkan muka ku kerana aku tahu Ziyyad pasti datang memujuk aku.

"Nurin...jom kita pergi pantai..."ajak Ziyyad memulakan bicara.
Aku masih lagi terdiam tidak memperdulikan kehadirannya.

"yeay...dapat pergi pantai..."Nurin bersorak riang.
Aku hanya tersenyum sinis.

"Nurin ajaklah Ummi sekali"kedengaran Ziyyad berbisik ke telinga Nurin.

"emmm....tak nak..."jawab aku acuh.

"alah janganlah merajuk...abang minta maaf...tersalah cakap tadi"senang buat salah minta maaf...lepas tu buat salah lagi...minta maaf lagi"bebel aku.

"jom la ummi...."Nurin menarik tanganku.

"Nurin pergi jer dengan daddy...cakap kat daddy ummi dah tak ada mood..."

"daddy ummi cakap dia tak ada mood"

"cakap kat ummi...Daddy nak ummi pergi jugak"kata Ziyyad pula.

"ummi,daddy cakap suruh ummi ikut juga"kini Nurin jadi perantaraan antara kami.

Aku bangun dari duduk,tapi tangan aku ditarik oleh Ziyyad dan terus terduduk di pangkuannya.

"ish...abang ni ...malulah depan Nurin....tak payah nak pujuk...Qaseh tak makanlah pujuk kan abang..."muka ku palingkan ke arah lain.

"nak pergi ker tak nak...atau nak abang cium depan Nurin"ugut Ziyyad.

"berani buat lah 'aku seolah mencabar dia.
Tapi dalam hati aku takut.

"betul ni...abang buat..."Ziyyad mula mendekatkan mukanya ke arah aku.Nafas aku mula turun naik,Nurin mula ketawa melihat keletah kami.

"ok...ok...Qaseh ikut..."aku menolak mukanya yang mula mendekat.

"tahu takut...nak merajuk lagi...lain kali abang buat sungguh..."aku mula bangun dari ribanya.

"mak ai...beratnya...tengok kurus jer..."Ziyyad ketawa.

"urat dawai tulang besi..."ujar aku sambil ketawa.

"dah jom bersiap...abang tunggu kat bawah...nanti abang cakap dengan mama"Ziyyad terus keluar bilik.
Aku tersenyum...berjaya juga dia memujuk aku.
Aku memang lemah dengan pujukkannya...

Bungkusan yang diberikan oleh Ziyyad tadi kucapai dan terus membukanya.

"apa agaknya...."balutan bungkusan aku buka.

"hmmm...selendang....cantiknya..."aku letakkan di kepala.

"ni mesti dia nak suruh aku pakai tudung....tapi cantik jugakan kalau aku bertudung..."bisik ku sendiri.
Aku bangun terus ke almari mencari baju yang sesuai dengan selendang yang diberikan oleh Ziyyad.

"biru...biru....yes nasib baik ada..."sepasang blouse suit aku ambil untuk dipadankan dengan selendang bercorak biru lembut itu.

"tapi kan...mana pin...."aku mula selongkar dalam beg tangan....
Biasalah aku ni jenis free hair,pakai tudung pun time pergi majlis tertentu aje..bersungguh tutup kepala pun masa sekolah dulu.

"hmmm...nasib ada..."terus ku menggajayakan selendang semampu mungkin...

"ok ker ni?hentam jer lah labu...asalkan tertutup sudah"kata ku sendiri.
Setelah berpuas hati aku turun ke bawah.

"ummi...cantiknya...!!Nurin datang memeluk ku.
dia mengucup pipiku.
Aku tergelak kecil geli bila bibirnya yang basah mengena pipiku.

"cantiknya bakal menantu mama...sejuk mata memandang..."ujar mama membuat aku tersenyum malu.

"mama ni ada ada jer...biasa jer..."jawab ku tersenyum.

Dari kejauhan Ziyyad memerhatiku,tersenyum memandang ku.

"cantik..."gumam Ziyyad.

"dah jom...Yad tak habis lagi ker tenung Qaseh?"Ziyyad tersentak dari lamunan.
Aku tergelak kecil.

"ya...ya...jom Nurin"

"thanks abang..."sempat aku berbisik ke telinga nya.

Dia mengangguk dan tersenyum.Mama mengerling ke arah kami dan tersenyum.
Aku terus masuk ke perut kereta.
Tersenyum sendiri.
Aku mengambil tempat di belakang bersama Nurin memberi laluan pada mama di depan.

"laa..kenapa duduk belakang?"tanya mama padaku

"mama duduklah depan...biar Qaseh teman Nurin...kan Nurin"aku memeluk si debab yang berada di sebelahku.
Ziyyad mengerling manja di sisi cermin belakang,sempat mengenyitkan mata ke arah ku.
Aku tersenyum malu.
Sempat aku lihat gerak bibirnya mengeluarkan perkataan "cantik"
Aku semakin melebar senyum.
Mama berdehem bila lihat gelagat kami berdua.
"Ziyyad...Ziyyad...bila nak jalan ni...yang sorang tersengih di depan ,yang sorang lagi kat belakang...hmmm...."mama memerli kami.
Kami tergelak bila mendengar kata kata mama.
Ziyyad segera menghidupkan enjin kereta.
Kereta terus meluncur menuju ke pantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience