bab 37

Romance Completed 29803

Pintu bilik dikuak,Ziyyad masuk merebahkan diri atas katilnya.
Tadi baru saja selesai buat video call dengan si isteri,terasa terubat kerinduan.

"tak sabar tunggu esok"bisik Ziyyad nakal.
Mula terbayang wajah mulus Qaseh.
Tanpa sedar gadis muda yang dia temui beberapa bulan yang lalu kini telah sah menjadi isterinya.

Sedang fikiran melayang merindui Qaseh tiba tiba datang pula ingatan nya pada Sofia.

Segera dia bangun dari baringannya mengambil kunci di dalam blazer coat di dinding,terus membuka laci yang tersimpan foto arwah sofia.
Di ambil dan ditatap lama.

"maafkan abang Pia...abang sudah nikah...abang harap Pia bahagia di sana...dan Pia doakan agar abang bahagia dengan Qaseh..."satu ucapan keluar dari mulutnya.

Lama dia ambil keputusan untuk membuka pintu hatinya pada perempuan lain.
Selepas kematian Sofia hatinya telah tertutup untuk perempuan lain,tetapi bila Qaseh hadir dalam hidup mereka telah membuka pintu hatinya yang kian tertutup.
Kemanjaan Qaseh mampu mencairkan hatinya.

"Ya Allah semoga Qaseh adalah jodoh ku yang terbaik'.

Foto kembali di letakkan dalam laci dan dikunci.

Dia kembali merebahkan badannya.
Saat ini kerinduan pada Qaseh membuak buak,telefonnya diambil dan tangan nakalnya mula membuka galeri yang terdapat foto Qaseh yang diambil tanpa sedar tuan punya badan.

Di renung,sampai tersenyum sendiri.

"Qaseh ,Qaseh...lambatnya esok.....emmm....peluk telefon abang malam ni..."
Matanya mula layu dan akhirnya lena diulit mimpi.

.......
........

Suasana meriah menyambut kedatangan si anak dara datang bertandang ke rumah mertua.

Senyuman tidak pernah lekang di bibir kedua mempelai saat ini.

"sayang...penatlah...bila diorang nak balik ni?"bisik Ziyyad di telinga Qaseh.
Qaseh mengerling manja.
"ish abang ni...ada ker cakap macam tu...tetamu kut..."perlahan bicara agar tidak di dengari oleh tetamu.
Ziyyad menekup mulut menahan ketawa.

"amboi bergelak sakan pengantin baru ni...."Bahar datang menghentikan gelak tawa Ziyyad.

"tak adalah saja usik Qaseh ni..."
Rona muka bertuka warna.
Aku tertunduk malu.

"Yad aku rasa nak chow dulu lah...duk lama kat sini pun buat kacau daun jer kan..."

"eloklah tu...aku pun muak dah tengok muka kau kat sini..."balas Ziyyad sambil ketawa.

"abang....ada ker macam tu..."Qaseh menegur.

"alah Qaseh...Ziyyad ni memang pun...kalau tengok muka aku ni...menyampah la...muak laa...daripada dulu sampai sekarang..mulut dia jer macam firaun tapi hatinya suci"berbasa basi kau Bahar.

"kau puji aku ker kutuk aku Bahar?"satu tamparan singgah di bahu Bahar.
"ouch...sakit wei...."

Aku ketawa bila lihat gelagat rakan baik depan aku ini.

"hmmm...dah lah Qaseh nak jumpa ibu dan ayah jap...nampak macam diorang dah nak balik tu"

Aku terus berlalu mendapatkan ibu dan ayah yang sedang bersembang dengan mama.
Kelihatan tetamu yang hadir sudah beransur memohon diri.

"ayah,ibu dah nak balik ker?aku datang menyapa.

"ya Qaseh...tugas kami dah selesai...jadi kami pon rasa eloklah kami beransur balik dulu.."ibu datang memeluk bahuku.

"terima kasihlah kak Ros sebab sebelum ni jagakan Qaseh dan sekarang dah jadi menantu..."ujar ayah seolah sedih untuk melepaskan aku.
Aku hanya diam memberi laluan untuk mereka berbicara.
Sesekali aku mengerling ke arah si suami yang masih lagi rancak berbual dengan Bahar.

"kak Ros yang patut ucap terima kasih pada korang berdua sebab jadi orang tua Qaseh,..."

"hah Qaseh...Ziyyad mana...mertua dah nak balik ni..tak kan tak sua muka kut"tanya Mama.

"tu...dengan Bahar...jap Qaseh panggilkan"

"tak pa biar mama panggilkan"ujar mama dan berlalu pergi.

Sebentar kemudian Ziyyad datang menghampiri kami.

"maaf ayah,ibu tadi ralit bersembang dengan kawan"

"tak ada apalah...ni kami dah nak balik...jadi ayah nak pesan jagalah anak ayah ni elok elok...jangan sesekali sakiti hatinya,Qaseh ni masih muda..mana yang dia tidak faham,tidak tahu tolonglah ajarkan,didik dia,fahamkan dia,berikan kasih sayang agar tidak rasa tersisih,ayah jumpa dia pun bila dia dah nak kahwin..tak sempat nak berikan kasih sayang yang secukupnya...harap bila Yad jadi suaminya..Yad dapat bahagiakan dia..."panjang lebar si ayah memberi pesanan pada si menantu.
Tangan disua untuk bersalam dan Ziyyad terus memeluk ayah.

"ya ayah InsyaAllah akan Yad jaga dan cintai dia sepenuh hati Yad...selagi hayat dikandung badan"
Aku hanya tersenyum di sisi.

"Qaseh, ibu pesan pada Qaseh,jaga suami baik baik,jaga hati suami,fahami dia,susah senang,apa yang tak faham,tak puas hati bawa bincang,InsyaAllah rumahtangga akan kekal sampai akhir hayat kita"sebak aku mendengar pesanan seorang ibu,setulus kata yang di atur memberi nasihat.

Aku peluk dia erat erat...airmata mula mengalir membasahi pipi.
Terasa sebak bila anak perempuan yang baru sahaja ingin merasai kasih sayang seorang ayah dan ibu tetapi kini menjadi tanggungjawab seorang suami.

"ingat dengar cakap suami,taat pada suami..."pesan ayah pula.
Aku mengangguk akur pesan ayah.

"tak pa lah ayah bukan jauh pun...kalau rindu tu boleh pun jumpa"ujar Ziyyad.

"ok lah...ayah dan ibu balik dulu...nanti bawalah Qaseh ke rumah...bawa anak tu sekali"
Nurin datang menghampiri kami.

"Nurin salam atuk...tapi kalau ibu nak panggil apa ya...ibu ni muda sangat kut..."semua yang mendengar ketawa padaku.

"alah tak kisah lah panggil nenek pun...pangkat ni bukan kira tua muda pun Qaseh....yang penting hormat...panggil jer nenek"ujar ibu sambil mencubit manja pipi gebu Nurin.

"ayuh salam nenek dan atuk"ujar Ziyyad...Nurin terus menyalami mereka.
Aku dan Ziyyad mengiringi mereka sampai ke kereta,...

"jom sayang...masuk...dah senja ni..."Ziyyad terus memaut lenganku.
...........
...........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience