bab44

Romance Completed 29803

Kami sampai di perkarangan rumah ayah matahari sudah pun hampir melabuhkan tirainya.

"maaf ayah,lambat sampai" ujar Ziyyad sambil menyalami tangan Ayah.

"tak apa,jom lah masuk hari dah maghrib,eloklah jemaah sama sama"ujar ayah.

Kami membuntuti ayah masuk ke rumahnya.

Malam itu kami berjemaah bersama sama dan Ziyyad menjadi imam kami.

"lepas ni jom makan,semua sudah siap"ujar ibu

Makan malam kami bersama ayah dan ibu sambil berborak kosong.

"jom lah Yad ,Qaseh kita ke depan berborak lagi dan ayah ada something nak bagi ni"ujar ayah bila selesai makan tadi.

Kami membuntuti dari belakang.

"Mah pergi ambil sampul coklat tu kejap"arah ayah pada ibu.

'nah abang"

"ni, Qaseh buka"aku menyambut sampul itu.

"apa ni ayah"aku terus membuka .

"wow tengok abang...."aku terus menyuakan kertas yang berada di tanganku pada Ziyyad.

Dua tiket ke Bali.

"wow Bali sayang,..."

"emmm....hadiah perkahwinan Qaseh dan Ziyyad..ni jer yang mampu untuk anak ayah"ujar Ayah sambil tersenyum.

"terima kasih ayah...ni pun kami bersyukur ayah"

"malam ni tidur sinilah ya"pinta ibu.

"Qaseh tak kisah bu,tapi abang ni...baju apa tak bawa maklumlah tak bercadang tadi"

"lain kali lah ya ayah,ibu..."sambung Ziyyad.
Sambil mengerling ke arah ku.
Aku faham mungkin dia tidak selesa bermalam di sini.

"ya lah...rumah ni pun rumah Qaseh juga nanti kalau senang bolehlah datang bermalam sini,bawa mama dan anak sekali,bagi meriah sikit,kita makan ramai ramai"ujar ayah.

Hari semakin larut kami memohon diri untuk pulang.

..........
..........

Ibarat burung pulang ke sangkar,keluar pagi balik malam.
Seharian kami di luar meluangkan waktu indah bersama.

"assalamualaikum mama"ucapan salam ku berikan tatkala melangkah masuk ke rumah.
Mama sudah sedia menunggu kami di muka pintu dan Nurin semestinya sudah lena di ulit mimpi waktu ini.

"waalaikumusalam...amboi seharian kat luar,tak penat ker?"

"penat la mama,siang tadi ayah call suruh datang rumahnya,makan malam rumah dia tu yang jadi lambat balik"ujar Ziyyad.

"mama kami naik dulu ya..."Ziyyad memohon untuk ke bilik.

"sayang nak ke mana tu?silap bilik lagi ker?"tanya Ziyyad bila aku terus menuju ke bilik Nurin.

"Qaseh nak jenguk Nurin kejap...seharian kita kat luar...kesian kat dia..."ujar ku terus berlalu menuju bilik Nurin.
Ziyyad turut membuntuti Qaseh.

"abang...Qaseh harap kehadiran Qaseh dalam hidup abang tidak akan luntur kasih sayang abang pada Nurin..."ku usap lembut pipi si debab depan ku.
Nurin sedikit bergerak kerana terasa sentuhan.

"sayang dan Nurin sama penting dalam hidup abang,mana mungkin abang lupa semua tu...Nurin anak abang dan Sayang adalah isteri..dua dua...abang sayang"
Pipiku dikucup lembut.

Aku mengangguk dan senyum.
Aku tidak mahu Nurin rasa tersisih dengan kehadiran ku..sebab aku cukup faham bagaimana kehilangan seorang ibu,aku tidak mahu Nurin rasa sedikit pun kekurangan kasih sayang dari kami.

"dah jom...nanti tak pasal Nurin jaga ...kita sambung kerja kita pula ok"tanganku dipaut.

Aku tergelak kecil...faham maksud yang tersirat si suami.
Kami terus ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience