Kenangan 12tahun lalu menggamit memorinya.
"ayah minta maaf Qaseh...Qaseh kena tinggal sini,nanti bila ayah dah dapat kerja,ada rumah,ayah akan datang ambil Qaseh ya"tangisan anak kecil yang hanya tidak mengerti apa apa dibiarkan dengan kesayuan hati seorang ayah.
Tangisan anaknya masih lagi tidak dapat dilupakan sehingga kini.
Wajah gadis yang Ziyyad bawa tadi di renung lama...seolah mengingatkan pada anaknya.
Wajah seorang anak yang dia rindui saling tak tumpah dengan gadis tadi.
Di renung lama foto kecil anaknya yang ketika usia 6tahun
"abang...buat apa tu dalam gelap?"pertanyaan Sarimah mengejutkannya.
"tak ada apalah....awak tak tidur lagi ker?"Sarimah seorang perempuan yang dia kahwini 10 tahun yang lalu.
Seorang perempuan yang mewarisi harta kekayaan yang di miliki oleh bapa mertuanya.
Kini dia memiliki segalanya tetapi hatinya tidak pernah ada ketenangan.
Ketika dia meninggalkan anaknya di rumah anak yatim 12 tahun yang lalu usianya terlalu muda,selepas arwah isteri nya meninggal dunia terasa dunianya hilang arah.
Dia buntu untuk memikirkan cara untuk besarkan anaknya kerana tidak mempunyai sesiapa sehingga dia sanggup menempatkan anaknya di rumah anak yatim pada tika itu.
"abang rindukan anak abang ker?"Sarimah duduk menghadap suaminya.
Wajah redup suaminya di tenung lama.
"kenapa tidak abang carinya..."cadangan Sarimah bertahun dulu kini tak pernah berubah.
Sarimah seorang gadis yang di nikahinya tak mampu memberikan zuriat keturunannya.
Bertahun mereka bernikah tetapi seorang anak pun tidak ada.
Pernah dulu Sarimah menyuruhnya kahwin lain tetapi dia tidak sanggup menduakan Sarimah seorang perempuan sebaik Sarimah.
Sanggup terima kekurangan nya,
"tadi...kat kedai..abang ..."ayatnya mati di situ.
"kat kedai...ada apa?"tanya Sarimah hairan melihat reaksi wajah suaminya seolah sembunyi sesuatu.
"ingat tak kawan abang seorang kontraktor muda yang kaya tu...Ziyyad...Mah pernah jumpa dengan dia kan..."terang Rahman cuba mengingat satu persatu.
"oh...ya...ingat....kenapa dengan dia?"tanya Sarimah lagi.
"tadi dia datang kedai kita bawa tunangnya...nama Qaseh..sama dengan nama anak abang...bila abang pandang dia seolah dia dekat dengan abang..."seolah ada sinar baru ketika dia bercerita.
"abang tak tanya ker Ziyyad nama penuh gadis tu?"
"tak lah pula...."jawab.
"apa kata esok abang call Ziyyad,tanya dia...kut boleh dapat maklumat..."cadang Sarimah.
"terima kasih Mah sebab sentiasa ada untuk abang"Rahman memeluk erat tubuh isterinya,mencium ubun ubun menyalurkan kasih sayang.Setitis airmata kerinduan gugur di pipinya.
"harap ayah dapat jumpa Qaseh"bisiknya
.........
.........
Seperti biasa rutin harianku kerja...kerja...balik rumah...
"esok Qaseh kena minta cuti dah tu dengan Athirah...kalau asyik kerja rasanya majlis nikah ni macam mana...banyak benda nak kena uruskan"ujar mama pagi tadi semasa sarapan.
"baiklah mama...nanti Qaseh minta cuti dengan kak Athirah"ujar ku sambil menyuap roti ke mulut.
Kelibat Ziyyad tidak kelihatan pagi itu.
"abang mana mama..?"tanya ku.
"tadi dia pesan kat mama suruh Qaseh tunggu...dia hantar Nurin kat sekolah dulu"ujar mama.
"Qaseh boleh jer pergi kerja sendiri.."jawab ku.
"katanya nak bawa Qaseh jumpa dengan seseorang"ujar mama membuatkan aku terasa sesuatu rahsia.
Aku bangun ke ruang tamu bila dengar deruan enjin kereta Ziyyad.
"sayang hari ni tak perlu pergi kerja lah...abang dah call Athirah start cuti"kata Ziyyad bila keluar dari perut kereta.
"laa...emmm....terpulanglah...tadi mama pun cakap benda sama"
"tadi mama cakap abang nak bawa jumpa dengan seseorang....sapa tu?"tanya ku.
"nanti sayang tahulah...."jawabnya ringkas .
Ziyyad terus duduk di sofa dan aku ambil tempat di depannya.
"oh ya Qaseh maaflah kalau mama nak tanya sikit"mama datang duduk bersama kami.
"tanya apa mama?"_seribu persoalan dalam fikiranku.
Hari ini banyak betullah soalan.
"Qaseh tak rasa nak cari ayah ker?"pertanyaan mama mengejutkan aku.
Aku memandang Ziyyad yang dari tadi ralit dengan telefonnya.
"ayah...Qaseh macam dah lupa yang Qaseh ni ada ayah mama"ujarku sayu.
"sayang....ayah ada lagi kan?"Ziyyad pulak berteka teki dengan ku.
"entah...ayah tak pernah menjenguk Qaseh masa Qaseh kat rumah anak yatim dulu...wajah ayah pun Qaseh tak ingat"fikirannya mula teringat tauke kedai emas tempoh hari.
"Qaseh tak rasa ker nak cari dia...sebab ayah yang patut jadi wali sekiranya dia masih hidup"mama mencelah.
Aku mula bermain dengan hatiku,resah,bagaimana nak aku nyatakan pada mama,pada Ziyyad yang hati ku terasa hancur saat ayah meninggalkan aku di sana.
Setitis air mata mula mengalir tanpa ku sedar.
Mama bangun merapatkan badannya,meminjamkan bahunya padaku.
"pernah Qaseh harap agar ayah datang cari Qaseh...tapi bertahun Qaseh tunggu...tapi hampa mama"ujar ku sebak.
"mungkin ayah sayang punyai alasan untuk itu,kenapa dia tidak menjenguk sayang...tidak ambil sayang"ujar Ziyyad pula.
Aku menyeka airmata dari terus menitis.
Tudung yang aku pakai kini kebasahan dengan airmata.
"Tapi Qaseh perlu juga cari ayah...sebab untuk mewalikan Qaseh nanti"mama pula bersuara.
"hanya untuk wali?"aku ketawa sinis.
"sayang...air dicincang tak akan putus...nak terima atau tidak itu adalah kenyataannya"
Kini aku merenungnya,
"andai kau tahu isi hatiku Ziyyad bagaimana hancurnya harapan seorang anak yang masih kecil ditinggalkan ibu,ayah...saat aku perlukan kasih sayang dari mereka...aku ditinggalkan..."getus hatiku lagi.
"Qaseh tak tahu ayah ada atau sudah tiada"aku lepas kan keluhan dalam.
"kalau abang kata ayah masih ada macam mana?"perkataan ada itu mengejutkan aku.
"maksud abang?"
Ziyyad memandangnya ku sayu dan tersenyum.
"ya ayah sayang masih ada dan dia teringin jumpa sayang"ujar Ziyyad lembut.
Aku tertelan liur mendengar kata kata Ziyyad tadi.
"jadi abang sudah tahu yang ayah masih ada?"
Ziyyad mengangguk dan mengoyak senyum.
"Qaseh pergilah jumpa ayah...walaupun apa pun terjadi Qaseh tetap darah dagingnya"ujar mama dan memeluk bahuku.
Aku mengangguk lemah.
Benar kata mama biar seburuk atau sejahat ibu bapa kita mereka adalah orang tua kita,tanpa mereka kita tiada di dunia ini.
Flash back
Share this novel