bab30

Romance Completed 29803

Kereta terus meluncur laju,suasana dalam kereta bertukar sunyi.
Ziyyad memberi tumpuan pada pemanduannya kerana jalan agak sesak.
Aku pula melayan lagu dalam corong radio.
"abang nak bawa Qaseh ke mana ni ?"tanya ku setelah suasana sunyi tadi.

"adalah...."jawab nya sepatah dan tersenyum.
Dia seolah mencari kawasan kosong untuk memakir kereta.
"jom...kita dah sampai..."
Aku hanya mengangguk dan keluar dari perut kereta.
Tanganku dipautnya.
Aku hanya menuruti..

"selamat datang...puan,tuan.."tatkala kaki kami melangkah sebuah kedai emas yang agak mewah.

"Tuan Man ada?"tanya Ziyyad pada salah seorang pekerja kedai itu.

"ada..encik nak jumpa Tuan Man ker...kejap saya panggilkan."Pekerja itu masuk ke dalam.

Ziyyad mengangguk.
Mataku terpegun melihat barang kemas yang di pamerkan,terpegun seketika.

Seketika kemudian keluar kelibat seorang lelaki yang aku kira lingkungan bawah 45kut.
Memiliki perwatakan yang agak menarik,kemas sesuai dengan lagak seorang bos.

"abang Man.."Ziyyad terus memeluk lelaki itu.
Aku hanya duduk membatu memerhatikan mereka seolah sudah lama tidak bersua muka.

"Ziyyad...long time not see you"pelukan dibalas.

"sibuk bang...ni datang pun berhajat"ujar Ziyyad .

"emmmm...hajat...eloklah tu"lelaki yang bergelar bos itu sempat mengerling ke arah ku.

"oh ya...kenalkan ni tunang saya...Qaseh..."aku menghampiri lelaki itu dan tersenyum ke arah ku.

"Qaseh....cantik...sesuai dengan orangnya"

"Yad datang ni nak pilih cincin nikah..."ujar Ziyyad mengerling ke arahku.

Aku hanya tersenyum.

"oh...pilihlah...untuk you special price....pilih jer yang mana"ujar lelaki yang bernama Man tu.

"bila nak lagsungnya?"tanya lelaki di hadapanku ini.

"kalau tak ada aral melintang 2minggu dari sekarang"perbualan mereka begitu rancak.

"kenapa macam pernah nampak yer"getus hati Man.

"sayang duduk sini kejap boleh...abang dengan Abang Man nak borak sekejap,nanti sayang pilihlah nak yang mana"aku hanya mengangguk.

Aku jadi pemerhati dari jauh melihat mereka berbual rancak.
Timbul satu persoalan dalam fikiran aku melihat susuk tubuh dan wajah lelaki yang bergelar Man itu.

"sayang..dah pilih?"Ziyyad datang menghampiri aku.

"abang jer lah yang pilih...Qaseh tak kisah pun..cantik di mata abang ..cantiklah untuk Qaseh"jawabku lembut.

"oklah...yang mana ya... "Ziyyad memilih sebentuk cincin emas bertatah berlian dan seutas gelang buat aku.

"cantiknya....pandai kau pilih Yad...sesuai dengan gadis muda ni..."puji Man dan matanya tidak lepas dari memandang ku.
Aku menjadi tidak selesa dengan pandangannya.

"tengok oranglah...."masuk bakul angkat sendiri.
Mereka sama sama ketawa.
Aku hanya mengoyak sedikit senyum memandang mereka.

Selepas membuat pembayaran dengan kadar harga tersebut kami meminta izin untuk pulang.

"nanti tunggu jemputan dari kami ya"ujar Ziyyad dan menyalami Man.

"abang...lama ker kenal uncle Man tu?"tanya ku apabila mesuk ke dalam perut kereta.

"uncle Man....ooo...abang Man tadi....lebih kurang dua tahun lalu..."ujar Ziyyad meneruskan pemanduan.

"kita singgah minum kejap,dahaga lah rasa"ujar Ziyyad dan mencari cafe untuk menghilangkan dahaga.
Aku hanya menuruti.

"kenapa ni...abang tengok sayang banyak diam tadi"capuccino latte dihirup terasa hilang dahaganya tadi.

"abang tak nampak ker tadi uncle tadi tu asyik tengok Qaseh jer"ujarku sambil mengacau air di depan ku.

"hmmm...sayangkan cantik...siapa pun tak puas tengok"sempat lagi dia bergurau,sedangkan hati aku tidak selesa dengan renungan lelaki yang aku kira seangkatan dengan ayahku.

Ayah...perkataan yang telah lama tidak ada dalam fikiranku.
Lelaki yang telah menghantarkan aku ke rumah anak yatim.
Ayah....selama 12 tahun sehinggakan aku terlupa wajah seorang ayah.

"sayang...sayang..."Ziyyad melambaikan tangannya di atas mukanya.

"hah....ya..ya...abang cakap apa tadi..?"tanya ku gugup.

"dah sampai ke bulan ker?"Ziyyad ketawa memandang ku.

"tak ...Qaseh cuma teringatkan ayah....lelaki tadi tu...ah...tak ada apalah"aku cuba menepis.

"jomlah balik...dah lama kita kat luar ni...banyak hal nak kita bincangkan dengan mama nanti pasal nikah kita ni"setelah membayar harga minuman kami beredar pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience