bab56

Romance Completed 29803

Berita kemalangan Lina terbabas tersebar sampai ke pejabat Ziyyad.

Semua terkejut menerima berita tersebut dan masing masing mula bergosip.
Laila dan Amar yang sememangnya tidak suka dengan Lina turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya.

"Encik Amar dah tahu ker yang Cik Lina gedik tu kemalangan?"tanya Laila apabila Amar masuk pejabat pagi tadi.

"emmm...baru jer tahu dalam fb..terkejut juga saya..."satu fail dihulurkan pada Laila.

"ni awak buat laporan dan nanti bagi kat saya untuk semak...berapa hari Bos cuti?"tanya Amar pada Laila.

"dia kata mungkin dua tiga hari...tapi dia ke mana ya Encik Amar?"tanya Laila ingin tahu ke mana bos nya pergi.

"entahlah katanya ada kerja kat luar kawasan...saya pun tak pasti..."Amar juga tidak pasti ke mana Ziyyad pergi.

"teruk juga ya Lina tu kemalangan...sampai jadi lumpuh dan muka dia habis terbakar"ujar Laila dengan tunjuk muka menggerunkan.

"Tu la...agaknya kenapa ya jadi macam tu...terbabas sorang sorang....emm...tak adalah nanti datang kacau Ziyyad tu"

"tapi kan Encik Amar kenapa bila sebut namanya jer mesti meremang bulu roma saya...eee...dia ni ada bela saka ker?"tanya Laila bila bulu roma nya tersasa menegak dengan tiba tiba.

"awak jangan Laila...saka saka ni jangan sebut....seram jer dengarnya.."Amar juga turut terasa.
Laila tergelak bila tengok muka Amar mula cuak

"baiklah Encik Amar...saya keluar dulu...kalau ada apa apa saya ada kat luar"

"baik lah...."

Laila terus berlalu keluar dari biliknya.

.........
.........

Qaseh terlena di bilik seorang diri dan Ziyyad duduk berbual dengan Pak Joe dan Pak Karim di beranda luar.

"Puan Qaseh mana?"tanya Mak Kiah datang bawa sedulang air dan sepinggan pisang goreng.

"ada kat dalam...tadi perutnya sakit...jadi saya suruh dia rehat kejap..."ujar Ziyyad.

"emmm..biasalah tu hamil baru baru perut akan rasa tak selesa dan kadang kadang rasa kejung..."ujar Mak Leha.

"macam tulah dia cakap tadi..."ujar Ziyyad lagi.

"minumlah tuan..Pak..Abang"pelawa Mak Kiah.

Mereka menikmati minum petang sambil menghirup udara di beranda.

Aku terjaga bila dengar hilai tawa dari luar.
Perlahan aku bangun dari katil.
Terpisat pisat mataku..tudung yang ku letakkan di kepala katil tadi ku sarungkan di kepala.
Aku bangun membetulkan tudung di cermin.

Terus keluar ke ruangan yang kedengaran suara tadi.

"apalah yang dibualkan sampai ketawa terbahak bahak"getus ku bila lihat Ziyyad tergelak besar.

Perlahan aku melangkah menuju ke arah mereka.
Aku berdehem sehingga semua mata memandang,aku terdiam seketika.

Ziyyad bangun mendapatkan aku.

"sayang dah ok ker?"tanya Ziyyad membawa aku duduk.

"alhamdulillah...lega sikit'ujarku.

"kejap lagi anak berdua bolehlah mandi bunga bagi segar...bagi semangat badan tu..Pak dah suruh Kiah sediakan tadi"ujar Pak Karim pada kami.

Aku memandang Ziyyad yang hanya mengangguk.

"puan ,tuan..air mandian dah sedia...elok lah mandi sebelum maghrib ni.."ujar Mak Kiah yang datang dari arah dapur.

"jom sayang..kita mandi dulu...hari dah senja ni"ajak Ziyyad.

Aku bangun mengiringi langkah Ziyyad ke bilik untuk mengambil tuala dan baju untuk salin.

Rasa terasa segar apabila selesai mandi bunga tadi...
Malamnya kami solat maghrib dan isyak berjemaah.

Usai solat kami makan malam bersama sama

Selepas makan aku terus meminta izin untuk ke bilik.

Ziyyad melangkah kaki ke ruangan beranda depan,kelihatan Pak Karim dan Pak Joe sedang hisap rokok dan berbual.

Dalam bilik aku terus merebahkan badan dan membuka telefon bimbit yang sudah beberapa hati tidak ku sentuh..tiada deringan ataupun pesanan ringkas pun masuk.
Skrin buka aku tekan.
Aku terus mendail nombor telefon mama untuk bertanya khabar dia dan Nurin,terasa rindu mula menerjah.
Selesai bersembang dengan mereka terus aku membuka aplikasi fac.

Tiba tiba terpapar berita tentang kemalangan Lina.

"macam pernah tengok...pernah jumpa..."aku terfikir sendirian.

Beberapa ketika pintu bilik dikuak.

"sayang buat apa tu?"Ziyyad masuk menghampiriku.

"abang tengok ni.."ku suakan telefon kepadanya.

"Seorang perempuan terbabas merempuh sebatang pokok besar lumpuh dan mukanya terbakar,Alina binti Mokhtar"perlahan Ziyyad membaca setiap baris berita yang tertulis.

"Subhanallah...Allahuakhbar...semoga Allah bagi kesembuhan pada nya..dan keinsafan"ujar Ziyyad meraup mukanya beberapa kali.

Aku terdiam memandang nya.

"sayang tahu kan siapa dia?"

Aku hanya menggeleng kepala,sebab tidak pasti.

"sayang pernah jumpa dengan dia beberapa kali..cuma,tak berkesempatan bersua dan cakap dengan baik jer"ujar Ziyyad lagi.

Aku terfikir sejenak ...

"oh...perempuan seksi tu...emmm...ni scandal abang kan?"perli ku.
Ziyyad mula berubah muka.
Aku tergelak kecil.

"m..mana ada...abang tak ada apa apa pun dengan dia...dia yang crush kat abang.."jawab Ziyyad gugup.

"emmm...ya lah tu..."aku mencebik dan membaringkan kepalaku atas ribanya.

"tak ada apa lah..."hidungku dicuit bila aku merenungnya dengan pandangan tajam.
Dia mula cuak.
Aku tergelak mengekek ngekek tengok air mukanya berubah .

"Qaseh gurau jer...Qaseh tahulah..abang mana ada scandal...Qaseh tahu abang setia"ujarku.

"pandai...tidurlah esok awal pagi kita nak balik...anak daddy tidur ya..."Ziyyad mengusap perutku.
Aku hanya ketawa.

Perlahan aku bangun rebahkan kepala ke atas bantal dan diikuti dengan Ziyyad merebahkan badannya di sisiku.
Kucupan lembut singgah di bibirku.
Perlahan ku pejamkan mata dan terlena.

........
.......

Keesokkan nya kami sudah bertolak selepas solat subuh.
Beberapa jam kemudian kami sampai di rumah.

Kelihatan mama sudah ada di halaman sedang menyiram pokok.

"assalamualaikum mama...rindunya..."aku terus memeluk sesusuk tubuh mama yang dari tadi tersenyum menyambut kepulangan kami.

"Waalaikumussalam...ni dah sihat ker?"
huluran tangan disambut.

"alhamdulillah...sihat dah...badan pun rasa segar..."ujarku terus memeluk bahu mama.

"Nurin dah ke sekolah ker mama?"tanya ku.

"ya baru jer tumpang kawan dia hari ni"ujar mama

"amboi...lupakan suami dah ker...?"tanya Ziyyad.

"opps..sorry...."aku terus pergi kepada Ziyyad.

Mama ketawa melihat telatah anak menantunya.

"jomlah masuk makan...mama dah goreng bihun tadi"ajak mama.
Kami mengangguk dan terus ke dapur kerana perut pun terasa sangat lapar.

Semasa makan sempat Ziyyad bercerita kepada mama semasa berubat dengan PakKarim.
Banyak hal yang berlaku dan banyak perkara yang aku tak faham Ziyyad masih merahsiakan siapa yang mengkhianati kami.
Aku akhirnya senyap bila di tanya dia cuma kata hamba Allah...
Cuma dia kata orang tu dah dapat balasannya sekarang.
Baik aku diam daripada terus bertanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience