Tiba tiba tangan Qaseh ditarik kuat sampai badan nya tertolak ke dinding antara bilik yang kebetulan masa itu tiada orang ...sunyi...
Nurin agak terkejut bila melihat aku ditarik terus berlari keluar.
Panggilan aku tidak di pedulikan,
"Zack...!!ya Zack yang selalu membuat Qaseh dalam keadaan sedemikian.
"Ya sayang...aku....bukan main lagi aku tengok kau dengan uncle Ziyyad tadi...siap makan semeja!!"tangan Zack masih lagi mengenggam tanganku,terasa kebas seluruh badan ku dihimpit kuat olehnya.
Rupanya dari tadi lagi dia memerhatikan kami.
"kau dah kenapa Zack...apa kau nak buat dengan aku hah!!jerit aku
Badan ku terus di hempas ke katil dengan kuat menyebabkan kepala Qaseh kesakitan.
"tolong Zack....lepaskan aku....nanti aku jerit....tolong..to ..to.....dia terus menekup mulutku sehingga sukar untuk aku bernafas.
Aku meronta ronta untuk di lepaskan,namun semakin kuat dia menekan tubuh ku.
Oleh kerana orang yang berada di luar sedang asyik dengan jamuan menyebabkan mereka tidak tahu apa yang terjadi di dalam.
"Qaseh dan Nurin mana Ziyyad"tanya mama bila melihat mereka tiada di situ.
"tandas katanya"jawab Ziyyad yang berada sebelah Baharuddin.
"tapi dah lama rasanya"gumam Ziyyad terasa sesuatu berlaku.
"daddy....daddy...dad...dy.."termengah mengah Nurin memanggilnya.
"hei kenapa ni"Ziyyad mula cemas bila lihat wajah pucat Nurin datang menerpa laju ke arahnya.
"Ummi...ummi...ada orang tarik ummi"Kali ini Nurin Mula menangis.
"kenapa dengan Ummi Nurin?"tanya mama pelik.
Semua yang berada di situ berpandangan.
Nurin terus menarik tangan Ayahnya laju.
Ziyyad mengikut langkah dengan laju.
"lepas lah gila...sakit"jeritan Qaseh tidak dihiraukan.
Nafsu Zack semakin membuak buak bila lihat kain yang dipakai Qaseh terselak sampai ke peha.
Nafasnya turun naik...nafsu jantannya semakin menggila.
Qaseh cuba sekuat hati menolak badan Zack namun apakan daya dengan tenaga,wanitanya tidak mampu dia melawan.
Bibir Zack terusan mencium lehernya.
Jijik yang dia rasa.
Airmatanya mulai gugur....
Zack semakin rakus cuba mencium bibir munggil Qaseh
"Ya Allah semoga kau hantarlah penyelamat buatku..agar maruahku tidak tergadai"Aku berdoa,airmataku semakin laju namun Zack tidak lagi melepaskan aku.
"tolong...tolong..."
Pap!!satu tamparan kuat singgah di pipi ku...terasa pedih dan sakit.
Dumm!!!satu tendangan kuat kedengaran.
"Zack...kau lagi!!?"sergah Ziyyad terkejut apabila Qaseh ditindih oleh Zack anak sepupunya.
"huh...orang tua ni..tak habis habis menyusahkan aku"Zack turun dari badan ku...
Terasa sedikit kelegaan.
pang!!!satu tamparan kuat singgah di pipinya.
Zack menyeringai kesakitan.
Kali ini mereka membalas tumbukan.
Nurin menerpa laju ke arahku...aku memeluknya sambil menangis.
Dia juga menangis kerana terkejut.
"Zack apa yang merasuk kau hah!!"kali ini Ziyyad berada di atas badan Zack mencengakam keras tangan Zack daripada terus bergerak.
Kelihatan darah mengalir di bibir mereka akibat tumbukan.
Aku hanya mampu menangis masa itu...Nurin terus memeluk ku.
"Ziyyad...Zack...apa ni?datang orang tua Zack terpancul depan pintu bilik.
Ziyyad bangun perlahan dari badan Zack.
"Zack...ni cuba buat perkara tak elok dengan Qaseh"Ziyyad bersuara sambil mengelap darah yang keluar dari bibirnya.
Aku sedikit tenang...
"apa ni Zack...kau buat apa?"tanya ibunya lagi
"Zack tak buat apa pun dia yang goda Zack"tersentak aku mendengar bila dia menuduh begitu.
"kau yang cuba rogol aku Zack...kau penipu"aku bangun cuba menerpa ke arahnya tetapi Ziyyad memegang tangan ku,langkah ku terhenti.
"dah...aku tak percaya Zack akan lakukan perkara terkutuk itu..ni mesti kau yang cuba goda dia"terusan aku di tuduh,sakit hati aku.
"makcik...anak makcik ni yang gila...gila!!jeritku,hati aku sakit....
"Qaseh please..."Ziyyad memberi isyarat untuk aku diam.
Aku mengetap bibir marah.
Geram...
"dah Zack tak payah peduli ....orang ramai kat luar malu kalau semua tahu....jangan peduli pompuan murah macam ni."Tangan Zack ditarik oleh ibunya untuk beredar dari situ.
Sempat Zack menoleh kebencian kepada kami.
"Ummi..."Nurin memeluk ku.
Air mataku masih lagi bergenang di tubir mataku.
Aku terduduk lemah di lantai....terus menangis..
Nurin memerhati tanda tanya.
Anak sekecil itu belum tahu lagi apa yang terjadi.
"Qaseh please ...jangan nangis lagi...."pujuk Ziyyad datang menghampiri ku.
Aku rapatkan kepalaku je lutut...kepala ditunduk...aku menangis terisak isak sampai terinjut injut bahu...aku tidak pedulikan panggilan Ziyyad yang berada di depanku.
"Qaseh...."panggilan lembut menghentikan tangis perlahan.
Perkataan sayang membuatkan hati aku tenang.
perlahan aku dongak kan muka...esakan masih kedengaran.
Dia mengangguk dan memapah aku ke katil...aku terasa lemah sekali...kepalaku menjadi berat kerana banyak menangis...mataku terasa berat untuk dibuka...tiba tiba aku jatuh di bahu Ziyyad yang sedang memapah aku ke katil.
"Ya Allah Qaseh...Qaseh"
Aku pengsan.....
"Ziyyad apa berlaku ni"mamanya datang ke bilik kelihatan Qaseh terbaring kaku di atas katil.
"Qaseh pengsan mama"jawab Ziyyad.
Nurin duduk rapat di sebelah Qaseh yang terdiam kaku.
Sisa airmata di pipi Qaseh di lap perlahan.
"kenapa boleh jadi macam ni...bukan tadi dia dengan Nurin"tanya mama cemas.
Kelihatan pipi dan pergelangan tangan Qaseh kemerahan.
"Anak sepupu Papa...Zack ...dia cuba buat benda tak elok pada Qaseh"Ziyyad jaga percakapan depan Nurin.
"Anak makcik Leha kamu tu?"
Ziyyad mengangguk.
"Ya Allah nasib baik Nurin ada tadi..."ujar Mama Ros sambil menyelak rambut yang menutup muka Qaseh.
"merah pipi Qaseh ni Ziyyad...tengok tangan"Mama Rosnah berasa bimbang.
"bawa dia ke hospital Yad"
"tak apa mama kejap lagi dia sedar lah tu...kalau bawa keluar Qaseh keluar nanti ramai yang persoalkan..."jawab Ziyyad.
"mana Qaseh?"terpancul Liza di pintu.
"Ya Allah Qaseh kenapa tidur?"Liza menghampiri katil.
"Qaseh pengsan"jawab Ziyyad pendek.
Dia berdiri di dinding dengan memeluk tubuh.
Menghela nafas...ada,kebimbangan di hatinya.
"macam mana makcik Qaseh jadi gini?"Liza masih mencari jawapan yang tepat.
Dia tahu mesti ada sesuatu yang mereka sembunyikan.
"nanti Liza tanya sendiri.."jawab mama Rosnah.
Liza mengangguk faham,seeloknya dia diam.
"dah Ziyyad pergi lah keluar biar mama yang jaga Qaseh..tunggu dia sedar"
"Ya Mama...jom Nurin kita keluar...jap lagi bila Ummi sedar tokma panggil..kesian Ummi...bagi Ummi rehat"Ziyyad memimpin Nurin keluar.
"makcik jaga Qaseh ya...Liza kena balik dulu...dah lewat...."
Mama Rosnah mengangguk.
Liza terus berlalu pergi.
...........
...........
"celaka kau Uncle Yad...jangan harap kau dapat Qaseh...selagi aku tidak merasa tubuh dia"Zack masuk ke bilik terus mengamuk.
"kau ingat kau boleh lepas daripada aku Qaseh..."Zack terus menumbuk tangannya di meja.
Hampir berdarah tangannya .
Dia melihat diri dicermin wajahnya yang lebam dia tumbuk oleh Ziyyad tadi.
"ingat Ziyyad...aku akan ingat setiap luka ini"hatinya sakit bila niatnya dihalang.
"kau kenapa Zack bising bising ni!!tanya Borhan bapanya.
"ni kenapa sampai lebam,berdarah mulut bagai?"
Ayahnya menyentuh kasar.
"Zack..kenapa?"tanya ibunya lembut.
"tak ada apa ibu...aa..ayah"dia mula rasa takut bila terdengar suara ayahnya.
"dah lah Abang...anak muda biasalah..bergaduh dengan kawan"
Zaleha takut perkara tadi di ketahui oleh suaminya pasti Zack yang di marahi.
Zaleha tahu sangat perangai suaminya tidak sesekali menyebelahi anaknya.
Zaleha juga tahu yang tadi memang Zack yang bersalah tetapi dia tetap menyokong apa saja kesalahan anaknya.
..........
..........
Lama juga Qaseh tidak sedarkan diri...Mama Rosnah pergi meninggalkan seketika Qaseh sendirian untuk keluar melihat keadaan di luar.
Majlis pernikahan Athirah dan Baharuddin telah berakhir...semua tetamu sudah mulai mengosongkan laman rumah.
"Ziyyad macam mana Qaseh?"tanya Athirah apabila tidak melihat kelibat Qaseh sekian lama.
Ziyyad sudah menceritakan perkara tadi kepada mereka.
"entahlah...kau tengoklah sendiri tadi mama yang jaga"
"tu maksu ada situ....."Athirah menunjukkan ke arah Mama Rosnah.
"laaa tadi beria sangat nak teman ni ada kat situ pula...siap menyembang lagi"ujar Ziyyad sambil menggelengkan kepala.
"kau pergilah tengok dia Yad...aku takut dia trauma pasal tadi" Baharuddin pula bersuara.
"betul tu...kau pergilah dulu nanti kami menyusul...nak mandi jap...tukar baju...panas lah"kata Athirah sambil menarik tangan suaminya naik ke bilik mereka.
Ziyyad terus berlalu pergi ke bilik untuk menjenguk Qaseh.
"tolong...tolong...pergi...pergi....jangan ganggu aku!!!jerit Qaseh.
Dia meracau racau.
"Qaseh..Qaseh..."Ziyyad menepuk pipi Qaseh perlahan untuk menyedarkannya.
Qaseh tersedar...rupanya peristiwa tadi menjadi satu trauma buatnya.
Dia seolah ketakutan...
Dia tersedar dari pengsan terus bangun memeluk erat tubuh Ziyyad...dia menangis di bahu Ziyyad tanpa dia sedar.
Ziyyad tergamam seketika.
Aku baru sedar....Ziyyad...aku memeluk Ziyyad...aku lepaskan pelukanku perlahan.
"abang...maaf Qaseh takut..."ujarku sambil tunduk malu.
"andai ia dapat menenangmu Qaseh "gumam Ziyyad.
"Qaseh pengsan tadi.."ujarnya sambil membetulkan kedudukan Qaseh.
Qaseh hanya memandang....
"terima kasih Abang....kalau tadi abang tak tolong Qaseh..."belum habis aku teruskan bicara jari Ziyyad di letakkan di bibirku.
Aku senyap....
"Qaseh rehat dulu"ujar Ziyyad menenangkan aku.
Mama dan Nurin masuk sejurus kemudian...
"Ziyyad dah lewat ni jom balik...bawa Qaseh sekali"ujar Mama.
"Qaseh nak balik rumah..."lemah aku bersuara.
"Qaseh sebaiknya ikut Ziyyad balik...kau sorang kat sana bimbang akak kalau Zack datang cari.."Kak Athirah beri cadangan.
"tapi kak..."
"dah ikut jer maksu balik lebih selamat"ujar Kak Athirah lagi.
Aku hanya mengangguk lemah.
Share this novel