"Mah tak tidur lagi ker.?"tanya Rahman kepada,Sarimah yang dari tadi sedang mengemas.
"ni...sikit lagi nak siap..abang nak kopi ker boleh Mah buatkan"
Di rumahnya ada 2orang pembantu rumah tetapi hanya bekerja setakat jam 10malam sahaja itu adalah peraturan yang di tetap kan olehnya sendiri kerana tidak mahu pembantu nya keletihan,cuma kalau ada kecemasan sahaja atau perlu sahaja di perlukan sampai lewat malam.
Sarimah lebih suka melayan makan dan minum suaminya sendiri.
"boleh juga"
"ialah abang duduk dulu nanti Mah bawakan"
Sarimah mengacau secawan kopi dan bawa ke ruang tamu.
"nah...kopi..."secangkir kopi di letakkan di atas meja di hadapan Rahman
"terima kasih Mah"Rahman menyisip perlahan kopi yang masih panas,terasa lega dan tenang bila air buatan isterinya masuk ke saluran estafagusnya.
"sedap kopi ni..."puji sang suami.
"eh abang ni...selalu jer pun Mah buatkan kopi untuk abang...sama jer lah"tergelak kecil Sarimah bila dapat pujian dari suaminya.
"saja jer lah nak puji isteri...kan nak kumpul pahala"jawab Rahman.
"emmm...ialah tu"jawab Sarimah ringkas sambil matanya melihat ke arah screen tv yang terpasang.
"sunyi kan abang malam ni...rindu pula kat Qaseh"keluh Sarimah.
"selalunya kita berdua juga kan....."Rahman merapatkan sedikit badannya ke bahu Sarimah.
Seperti biasa Sarimah sememangnya suka melentukkan kepalanya pada Rahman.
"ya abang...tapi sejak Qaseh ada 2,3hari lepas macam terubat rindu yang sekian lama rindu untuk memeluk dan mencium seseorang yang bergelar anak bang"ujar Sarimah sedikit sebak.
"tula abang dah lama Mah cadangkan abang cari Qaseh tapi abang yang takut...kalau tak dah lama Qaseh dapat rasakan kasih sayang kita"
"abang tahu abang salah,abang lupa tanggungjawab abang Mah,sebab abang ingat masa tu Mah tak boleh terima kehadiran Qaseh nanti tapi abang yang silap"
Kekesalan timbul di hatinya.
Untung Qaseh boleh menerima kembali dia dalam hidupnya.
"apa abang ingat Mah ni ibu tiri yang kejam macam sinetron cinderella tu ker....emm.
Rahman ketawa dengan kata kata Isterinya.
"jom lah dah lewat malam esok abang pun banyak kerja nak dibuat kat kedai tu,Mah pun tentu penat kan..."
"ok lah bang....abang naik dulu Mah letak kan cawan ni kat dapur dulu"
Rahman berlalu pergi ke atas dan Sarimah membawa cawan kopi tadi ke dapur.
...........
..........
Share this novel