Aku menyarungkan baju mini kurung berwarna kuning cair yang dikirimkan oleh Athirah bersama selendang.
"patutlah hari tu beria sangat nak aku cuba pakai baju ni...rupanya betul lah ukur baju di badan sendiri"getus hati Qaseh.
Aku berpusing pusing beberapa kali melihat diriku.
"wow...ni mesti tertukar dengan pengantin nanti"terpancul muka Ziyyad di pintu mengejutkan aku.
Dia. begitu segak menggayakan baju melayu moden sedondon denganku.
Datang menghampiri aku.
Membuat pandangan redup,membuat jantungku seolah terhenti seketika.
"cantik...sesuai dengan sayang"kini dia berdiri di belakang ku yang dari tadi kaku dimeja solek
"tengok tu...orang kata kalau muka pasangan kita ada iras maka dia adalah jodoh sampai syurga"ujar Ziyyad memegang bahuku.
Mataku tertumpu pada cermin,sekilas memandang,memikirkan tentang kata katanya tadi.
"muka ada iras ke?"getus aku.
"ni memang dah rancang ker apa...warna baju sama.."ujar ku lembut.
Ziyyad perlahan melepaskan tangannya yang berada di atas bahuku bila lihat Nurin datang.
"ummi tokma panggil!!datang Nurin memanggil ku.
"tak adalah...kebetulan lah kut..."Ziyyad ketawa
"jom..nanti tak pasal kena bebel dengan mama.."aku terus memimpin tangan Nurin turun ke bawah.
.........
.........
Sampai di perkarangan hotel yang bertaraf lima bintang itu,debaran mula terasa.
Setiap tangga yang aku pijak seolah terlalu tinggi ku rasa.
"sayang ok ker ni?"datang Ziyyad menghampiri aku.
Mama dan Nurin sudah lama berlalu memasuki dewan.
"abang...kalau Qaseh tak masuk boleh ker?"tanya ku gugup.
"laaa dah sampai sini kut...dah jom..."Ziyyad terus memaut tangan ku terus ke pautan lengannya.
Aku mengeluh,hanya mampu melangkah mengikutinya.
Setibanya di permukaan pintu begitu banyak lensa kamera terus memancarkan sinarnya.
Majlis kahwin anak orang koporat yang masyur mestilah wartawan datang membuat liputan.
Kut kut masuk dalam rancangan Nona tv3
Peluh kecil mula terasa di dahiku...udara sejuk penghawa dingin tidak mampu mendinginkan tubuhku.
"sayang jom kita pergi sana jumpa dengan kak Leha"Ziyyad terus memimpin ku ke tempat keberadaan tuan punya majlis
Kelihatan mama dan Nurin juga ada bersama.
"tahniah kak Leha dapat menantu sulung"ujar Ziyyad .
"terima kasih Yad...ni bukan ker...siapa tu..."Zaleha menepuk nepuk dahinya cuba mengingati nama ku.
"Qaseh...NurQaseh...bakal isteri Ziyyad"pintas mama.
"ya..ya...kita jumpa kat rumah maksu hari tu"aku terus menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya dengan senyum sumbing.
"bila nak dilangsungkan ni....lama lama tak elok juga"Leha seolah memerli.
"tak lama dah...nanti kau tunggulah jemputan kami"ujar mama malas memanjangkan cerita.
"abang..."aku memalingkan badan ku mencari kelibat Ziyyad yang entah bila beredar meninggalkan kami tadi.
"kata nak sentiasa temankan kita...last sekali dia dulu yang lost"getus hatiku.
"mommy"datang satu suara lelaki yang agak ku kenali.
Jantungku mula mengepam laju,peluh dingin mula terasa.
Aku sedikit merapatkan diri pada mama yang dari tadi asyik bersembang.
Tangan Nurin aku genggam.
"hmmm...my handsome boy...mana kawan kawan Zack...nanti jangan lupa suruh diorang makan sebelum balik"ujar Zaleha ramah.
"ada tu kat sana..."Zack memuncungkan mulut menunjuk ke arah rakannya yang sedang menjamu selera.
"wow...what a coincedance....kebetulan kan...my sweetheart...Nur Qaseh binti Rahman"begitu panjang dia memanggil namaku.
Aku terpaksa senyum.
"mommy...ni pun kawan Zack tau..."dia mengerling ke arah ku.
Aku tertelan liur.
"oh ya ker...eloklah tu kau dah kenal dia...sebab tak lama lagi akan jadi keluarga kita juga"
"keluarga kita mommy?"tanya Zack terkejut.
"bakal menantu maksu"balas mama.
Airmuka Zack yang tadi riang kini bertukar suram.
Aku masih lagi kaku terdiam.
"oh...jadi bakal menantu maksu...maksudnya isteri uncle Ziyyad?"tanya Zack dengan nada sedikit keras.
Mama tersenyum.
"mama Qaseh nak cari abang kejap"bisik ku pada mama.
Mama hanya mengangguk.
Zack memerhatiku dengan renungan tajamnya.
Aku terus mengheret Nurin berlalu pergi.
Melilau mataku mencari kelibat si smile killer ku.
"Qaseh...kejap.."tangan ku ditarik oleh Zack.
"Z..Zack....kau ni kenapa...lepaslah..."ujar ku mengetap bibir agar suara tidak kedengaran kuat.
". sorry...sorry...aku cuma nak minta maaf dengan kau...."suaranya sedikit lembut.Dia melepaskan pegangan tangannya.
Nurin hanya melihat kami.
"Nurin nak air"ujar Nurin.
"jap abang Zack ambilkan"Zack berlalu pergi dan datang dengan segelas air di tangan dan di suakan pada Nurin.
"betul ker Qaseh nak kahwin dengan uncle Yad?"kini nadanya betul betul lembut.
"insyaallah...2minggu lagi"kini debaran ku makin perlahan.
"tak sangka kan..kau muda lagi tu...kahwin dengan duda anak satu..."sambil matanya mengerling pada Nurin yang dari tadi asyik minum.
"jodoh dan takdir Qaseh..."jawab ku ringkas.
"betul tu...tapi Qaseh aku nak kau tahu aku tetap sayang kan kau...sampai bila bila..."ucapannya membuatkan jantungku kembali mengepam laju.
"Zack Qaseh minta maaf..."aku tertunduk ke bawah tidak mahu membalas renungannya.
"aku faham...tapi kita still boleh kawan kan....lepas ni kau pun tak jumpa aku dah...sebab mommy daddy aku suruh aku sambung belajar kat luar negara"ujarnya seolah redha.
"eloklah tu...Qaseh doakan Zack berjaya..."Zack Haikal seorang yang pintar dan juga pelajar cemerlang di sekolah tetapi menjadi pelajar yang sangat nakal.
"thanks Qaseh...harap suatu hari nanti manalah tahu jodoh kita..."kata katanya sukar untuk aku hadamkan.
Tadi terima takdir...kini...macam paksa dalm rela.
Aku hanya mengangguk dan tersenyum kelat.
"amboi...bukan main lagi bersembang dengan exboyfriend"satu bisikkan di telingaku.
Setelah kelibat Zack menghilang di celah celah tetamu yang hadir.
"abang...pergi mana tadi?"aku menampar bahunya kasar.
"ada jer kat sini..perhatikan my lovely mesra bukan main..."kata kata berbaur cemburu.
"mana ada....Zack datang minta maaf jer tadi...dan dia kata nak sambung belajar..."jawab ku dan mengungkit bahu.
"abang tu tak tepati janji..masa kat rumah suruh kita datang sini nak teman Qaseh...tapi entah ke mana tadi...ker abang ada pasang pompuan lain kat sini"kini giliran aku pula menempelak dia.
"ish mana ada...tadi abang terima call dari client...suasana sini bising jadi abang keluar untuk jawab call tadi"muka Ziyyad mula mertukar rona.
"yalah tu...jom Nurin kita ambil makanan...ummi lapar lah"aku terus memimpin Nurin ke tempat bufet.
"sorry lah...abang tak sengaja...please..."rengek Ziyyad.
"jomlah makan...Qaseh nak baliklah tak selesa lama lama kat sini..."ujarku menghulurkan makanan padanya.
"yes madam..."
Selesai makan kami mengucap kan tahniah pada Hanna dan pasangannya.
Terus mohon diri untuk pulang.
"Qaseh..."Zack datang padaku sekali lagi.
Aku dan Ziyyad menoleh serentak.
"Zack"ujarku terkejut.
"uncle boleh Zack pinjam Qaseh kejap..."aku menoleh ke arah Ziyyad yang seolah tidak senang dengan kedatangan Zack tadi.
"baiklah...tapi berbual kat sini jer"jawabnya acuh.
"thanks uncle"
Aku terus menghampiri Zack sedikit menjarakkan dari Ziyyad.
Ziyyad duduk di satu sudut dengan mata redupnya memerhatikan kami.
"ada apa Zack?"tanya ku mulakan bicara.
"nah...harap Qaseh suka...anggaplah hadiah birthday Qaseh minggu lepas dan hadiah perkahwinan Qaseh..."aku menyambut pemberiannya.
"terima kasih Zack...mana Zack tahu Birthday Qaseh?"tanya ku untuk kepastian.
"dah lama Aku kenal kau Qaseh...tak kan saja jer aku nak kacau kau,nak sindir kau...birthday kau pun aku ingat tau..."ujarnya bangga.
Aku hanya mengangguk dan tersenyum.
"ok lah kalau tak ada apa apa Qaseh pergi dulu..."aku memohon diri.
"ok...see you my sweetheart....you are always my mind"
Aku terus berlalu pura pura tidak mendengar ayat ayat cintanya tadi.
"dah...?"tanya Ziyyad mengejutkan aku.
"hah...dah...jom kita balik"ujar ku sedikit gagap.
"emmm...mengelamunlah tu..."
"eh..mama dan Nurin mana?"tanya aku bila tidak nampak kelibat mereka berdua.
Aku menukar topik...hadiah pemberian Zack ku masukkan ke dalam beg tangan.
"diorang dah balik...abang call pakjoe suruh jemput ...sebab abang nak bawa kesayangan abang ni satu tempat..only you and me"dia mencuit pipiku.
Aku hanya mencebik dan membuntutinya terus ke dalam perut kereta.
Share this novel