bab32

Romance Completed 29803

flashback

Ziyyad mendapat panggilan dari Rahman keesokkannya.

"ada hal apa ni Man sampai tak menyempat nak jumpa aku kat sini"Ziyyad membuka kerusi di depannya dan duduk berhadapan dengan Rahman.

"duduklah dulu...order air ker..makan"ujar Rahman memanggil pelayan.

"bagi cappucino latte satu"pesan Ziyyad pada seorang pelayan yang berdiri di depannya .

"emmm...cakaplah...macam penting jer"ujar Ziyyad apabila lihat Rahman seolah sembunyikan sesuatu.

"maaf Yad...susahlah aku nak cakap...."
Rahman cuba menyusun kata.

"ada apa ni...cakap jer lah...kalau kata kau nak pinjam duit...tak lah kut...bisnes kau pun juta juta...kalau kau nak cari bini lain aku tak nak campur"Ziyyad ketawa.
"bukan itulah...hal lain..."Rahman mula gelisah.

"minumlah dulu"datang pelayan membawa pesanan Ziyyad.
Peluh kecil mula kelihatan di dahi Rahman.

"wei ada apa...masalah apa?"pertanyaan Ziyyad mengejutkan Rahman.

"Yad tunang kau tu nama penuh dia sapa?"terpancul. juga soalan yang bermain di fikirannya.

"apasal pula kau tanya pasal tunang aku...kau jangan macam macam Man"Ziyyad mula cuak bila Rahman sebut pasal Qaseh.

"tak...tak...aku cuma nak tahu nama penuh dia...kau bagitahu dulu lepas tu aku cerita"

"Nur Qaseh binti Rahman..."

"umur?"

"18...baru jer haritu kami sambut...tapi kenapa ni Man...confiuslah aku dengan soal siasat kau ni"Ujar Ziyyad.

Mula terpancar wajah senang di muka Rahman.

"Nur Qaseh binti Rahman....anak ayah"getus hati Rahman.

"Man kau ok ker...aku tanya pasal apa kau tanya pasal Qaseh..."Ziyyad masih tidak berpuashati tentang pertanyaan lelaki di depannya ini.

"dia...dia..aku rasa dia...anak aku Yad...anak aku...anak yang aku tinggalkan 12tahun yang lalu di rumah anak yatim"suara Rahman sedikit sebak.
Ziyyad termanggu seketika.

"Man...betul ker apa yang kau cakap ni...oh ya...nama kau kan Rahman...sama dengan nama ayah Qaseh...macam manalah aku tak perasan"Ziyyad meraup mukanya.

"ya Yad...aku yakin Qaseh adalah anak ku...lihat ni..."Rahman mengeluarkan foto Qaseh masa kecil.
Wajah Qaseh semasa kecil ditunjukkan kepadanya.
Senyuman manis yang sama dengan Qaseh kini.

"dia mungkin tak cam aku Yad sebab masa tu dia masih kecil...tapi aku dapat rasakan masa pertama kali jumpa dengannya kat kedai hari tu,wajahnya saling tak tumpah dengan ibunya,kelembutannya,keayuannya,tinggi...betul betul macam arwah ibunya"Rahman bercerita panjang.

Ziyyad mengeluh kasar,lidah kelu untuk berkata kata...sahabat yang dia kenal 2tahun yang lalu adalah bakal ayah mertuanya.
Begitu kecil dunia ini.

"so...kalau betul lah Kau ayahnya...kau harus bertemu dengannya...tapi sebelum tu...aku kena pujuk dulu dia...sebab selama ni dia tidak pernah bercerita tentang kau pada kami..."ujar Ziyyad untuk menyakinkan Rahman.

"dia perlu jugakan jumpa aku...sebab aku adalah walinya..."suara Rahman mendatar.

"hmmm...betul....aku gembira untuk kau Man...nak aku panggil apa...uncle...ayah?"tanya Ziyyad sambil ketawa.
Rahman turut ketawa.

"lepas ni kau kena panggil aku ayah lah..."ujar Rahman memancarkan kegembiraan di wajahnya.

"well...nanti saya aturkan perjumpaan ayah dengan Qaseh"terpaksa Ziyyad menukar panggilan agar lebih sopan.

"ayah...menantu...bertuah aku dapat menantu macam kau Yad"mereka berpelukan.

"baiklah...kali ni giliran saya pula pujuk si buah hati..."Ziyyad menarik nafas lega.
Masalahnya hampir selesai untuk mendapatkan wali.
Syukur pada mu Ya Allah...semoga urusan kami di permudahkan"Ziyyad bersyukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience