Jam menunjukkan 8 pagi aku baru terjaga,kelihatan mama berada di sisiku.
"mama....macam mana dengan abang?"aku perlahan bangun tetapi dihalang oleh mama.
"Qaseh...tidur dulu...tadi doktor masuk...dia pesan kejap lagi dia akan datang check kandungan selepas makan"
aku mengerling ke arah meja kelihatan makanan seperti nasi dan segelas air sudah terhidang.
"makan dulu...bagi tenaga..."mama mengambil nasi dan menyuapkan padaku.
Seolah terbalik pula....bila aku sendiri yang terpaksa di jaga mama.
"mama,Qaseh minta maaf sebab selalu susahkan mama"nasi tadi kukunyah perlahan,walaupun sekeraku tertutup.
Sesekali aku mengerling ke arah Ziyyad yang sedang terlena.
"Qaseh ...ini juga tanggung jawab mama,mama tak kisah pun...mama tak pernah anggap Qaseh macam menantu tetapi macam anak mama sendiri,tu dalam perut tu...cucu mama darah daging mama...tak usah fikir banyak..yang penting sekarang Qaseh kena makan dan rehat secukupnya."panjang bebelan mama.
Aku hanya tersenyum.
Beberapa suapan nasi berjaya aku telan dengan begitu kepayahan.
"minum sikit"segelas air disuakan padaku.
Kelihatan pintu dikuak dari luar.
Kelibat beberapa orang doktor dan pajmkar masuk untuk merawat Ziyyad.
Ziyyad yang dari tadi terlena kini terjaga.
Aku dan mama hanya memerhati dari jauh,melihat kerja doktor doktor tersebut.
Kelihatan mereka bercakap sesama sendiri sambil mengangguk angguk.
"ok puan Qaseh...macam mana hari ni?"datang salah seorang doktor perempuan menghampiri ku dengan tersenyum.
"alhamdulillah rasa ok sikit"aku membalas senyumannya.
"alhamdulillah..puan dah makan...jadi saya akan buat check up sikit nak lihat perkembangan baby ya..."sebuah mesin OCG didekatkan sebelahku.
Sementara mama sudah berada di sofa bagi memberi laluan kepada doktor untuk memeriksa ku.
"alhamdulillah..baby dah aktif...jadi lepas ni harap jangan stress lagi ya...suami puan pun dah ok...dah ada respon yang baik....jadi puan pun kena positif selalu ya"pesan doktor .
Aku hanya mengangguk dan tersenyum.
Doktor tadi mengarahkan agar wayar iv pada tanganku ditanggalkan.
Selesai semuanya aku perlahan menuruni katil untuk ke katil Ziyyad.
"sayang..."tanganku digenggam nya.
Aku tersenyum bila lihat reaksi wajahnya sedikit ceria hari ini.
"maaf kan abang sebab susahkan sayang..."sebelum Ziyyad menghabiskan kata katanya aku menutup mulutnya.
"abang...Qasehkan isteri abang..susah senang abang kita tanggung bersama...yang penting sekarang abang rehat agar cepat boleh balik dan ingat janji abang"tanganku diciumnya.
Dia hanya mengangguk.
"janji?"tanyanya seolah terlupa.
"lupalah tu...."aku mula mencebik.
Ziyyad ketawa kecil.
"ingatlah...kaki abang jer cedera teruk kepala ingat lagilah..."dia masih ingat janjinya akan bawa mereka bercuti.
"assalamualaikum.."sejurus kemudian ayah dan ibu datang.
"waalaikumussalam...ibu..ayah masuklah".aku terus menyalami mereka.
"Yad macam mana hari ni"ayah datang menghampiri kami
Mama yang dari tadi duduk turut bangun menghampiri kami.
"Qaseh kenapa tangan tu?"tanya mama bila lihat ada kapas di tangan ku.
"pagi tadi dia pun kena masukkan air...baby kurang bergerak"ujar mama .
"laa...ni dah ok ker?"
"dah...alhamdulillah...baby pun ok...Qaseh stress je'"wajah Ziyyad aku pandang.
"ni mesti kurang makan dan nangis,banyak"sambung ayah pula.
Aku hanya tertunduk diam
"ni Yad tadi ayah dah bincang dengan doktor agar pindahkan Yad ke KL..supaya senang jauh nak ulang alik dari sana ke sini...lagipun kita ada panel kan"terang ayah.
"baguslah kalau macam tu..."ujar mama.
"Qaseh ni ibu ada bawakan baju salin...nanti bolehlah mandi dan tukar baju tu..."satu beg kecil dihulurkan kepadaku.
"abang Qaseh mandi dulu ya..."aku terus menuju ke bilik mandi yang sememangnya tersedia dibilik itu.
Keesokan harinya Ziyyad terus ditukarkan ke salah satu hospital swasta di KL.
Begitu juga dengan Amar keadaan sudah pun stabil.
Hampir waktu petang urusan pertukaran Ziyyad dilakukan.
Ziyyad juga turut memohon agar Amar juga ditukarkan ke KL bagi memudahkan urusan lawatan keluarga Amar .Segala urusan kos pembayaran semua ditanggung oleh syarikat Ziyyad.
Sebulan lebih Ziyyad berada di rumah selepas dibenarkan keluar.
Tetapi masih lagi perlu berulang alik ke hospital untuk buat rawatan pemulihan kakinya.
Pergerakan Ziyyad agak terbatas kini kerana keretakan di kakinya masih lagi belum pulih sepenuhnya.
........
........
"sayang...dah lah tu buat kerja..."
Pinggangku dipeluk dari arah belakang.
Perutku yang kian membesar diusap lembut.
"gelilah..."tangannya ku tepis lembut.Ziyyad ketawa kecil.
"rindulah...."bisiknya di telingaku.
Aku tersenyum faham dengan bisikan itu.
"abang kan tak sembuh lagi...kan doktor dah pesan jangan banyak bergerak"ujarku berpusing berhadapan dengannya.
Bahuku dipegangnya.
"sayang...abang rindulah...dah lama rasanya tak bermanja....."bibirnya mula mencium lembut leherku.
"abang...jangan ngada ngada lah...kan nanti kaki tu sakit lagi..."Ziyyad tergelak kecil bila aku cuba mengelak.
"alah...nak cium jer pun..."terhinjut hinjut dia menghampiri ku yang sudah berada dibirai katil.
"sayang..."lembut pujukannya.Pujukan yang aku tunggu berminggu lamanya.
Rambutku yang jatuh dimuka diselitnya ke telinga.
Aku tersenyum.
Wajahnya ku renung lama.
Terasa seolah mimpi bila aku masih lagi diberikan kesempatan untuk hidup dengan suami yang amat aku cintai.
Saat aku dengar perkhabaran tentang kemalangan itu duniaku seolah kelam dengan tiba tiba.
Tubuhnya terus ku peluk erat seolah tidak ingin ku lepaskan lagi.
"sayang...kenapa ni?"Ziyyad agak terkejut bila aku memeluknya dengan tiba tiba.
"Qaseh rasa seolah mimpi...yang abang masih ada dengan Qaseh...Qaseh tak tahu andai abang tinggalkan Qaseh masa tu"airmata mula berjuraian jatuh.
Bahuku dipegangnya.
Airmataku disapu lembut.
"sayang...anggaplah itu mimpi...sekarang abang dah ada depan mata sayang..."perlahan ubun ubunku dikucupnya.
Sehinggalah bibirku dikucup hangat.
Kami hanyut seketika saat bibir kami bersatu
"abang lapar lah..."sebelum berlaku aksi seterusnya lebih baik aku mengelak.
"emmm....ni mesti kes tipu....sayang nak elak kan?"aku tergelak apabila lihat wajah tidak puas hati Ziyyad tadi.
"tak lah...anak abang ni kacau...saja ja kan tak bagi daddy nya romantik dengan ummi..."
"jomlah kita turun makan..."Ziyyad seolah merajuk.
"alah...malam ni kita sambung ok...."aku memeluknya.
Ziyyad tersenyum lebar bika dapat hint daripadaku.
"sakit pun menyempat lagi ya..."bahunya aku cubit,dia menyeringai kesakitan.
"orang pompuan mana faham..."hidungku dipicitnya.
"hati hati ...nanti jatuh..."laung mama dari bawah bila lihat kami turun beriringan.
Perlahan langkah kami diatur,bukan saja Ziyyad yang harus perlahankan langkah tetapi aku juga kerana perutku yang kian membesar menyukarkan pergerakan.
"daddy...ummi..."datang Nurin menerpa ke arah kami bila sampai ke bawah.
"tak sekolah ker hari ni?"tanya Ziyyad.
"abang...kan cuti sekolah ...dah lupa lah tu..."ujarku dan berlalu ke dapur.
"daddy lupa....bila Nurin konvo?"tanya Ziyyad dan tangan Nurin di pimpin ke dapur.
Terus Nurin berlalu ke luar dan kembali membawa sekeping kertas dihulurkan kepadaku Ziyyad
"ooo....next week...nanti kita pergi ya sayang"
"ya...sekejap ja kan rasanya...dah nak masuk standard one dah Nurin"semangkuk sup diletakkan didepan Ziyyad.
"Nurin panggilkan tokma makan sekali"Ziyyad menyuruh Nurin.
"baik daddy.."si debab terus berlari pergi mencari kelibat mama.
Selepas Mama dan Nurin datang kami duduk makan bersama sama.
Indah rasa suasana bila dapat makan dan bergelak ketawa bersama.
Nurin banyak bercerita membuat kami tergelak.
Penghibur hati kami.
"nanti kita pergi bercuti ya...sebelum ummi meletup..."dahi ku kerutkan.
'meletup?!!tanya Nurin pelik.
Mama tergelak bila lihat reaksi wajah Nurin.
"sebelum baby dalam perut ummi ni keluar...daddy dah janji akan bawa kita semua bercuti"hidung Nurin ditariknya.
Nurin melompat gembira.
"kaki abang tak ok lagi kan..."ujarku.
"pakJoe kan ada boleh drive...janji tetap janji"
Aku hanya mengangguk dan tersenyum.
Percutian kami di lost world Tambun begitu menyeronokkan walaupun hanya dua hari satu malam cukup buat kami gembira,lebih lebih lagi Nurin yang jelas kelihatan di wajahnya.
.........
Dua bulan kemudian Ziyyad sudah pun sihat sepenuhnya dan sudah mampu untuk kembali bekerja setelah lama terperap di rumah.
Sekarang kandungan ku sudah mencecah usia tujuh bulan pergerakannku sememangnya semakin terbatas.
Kerja di kedai ku teruskan kerana amanah daripada ayah dan ibu.
"sayang kalau letih tu tak payahlah kerja kuat sangat"kaki ku hulurkan di ribaa Ziyyad untuk diurut
"mana boleh...nanti bila dah bersalin nanti cuti lagi panjang"aku mencebik.
"emmm...ni kaki dah bengkak..."Ziyyad mengurut perlahan kakiku.
"ouch....slow la sikit sakit..."airmataku mula mengalir di pipi kerana tidak tahan bila diurut.
"sorry....abang urut slow dah ni...kaki sayang ni bengkak teruk...esok rehat kat rumah tak payah gatal nak kerja lagi..." Ziyyad seolah melarang aku.
"dah lah tak payah urut lagi...biar sakit.."aku segera bangun tapi hampir terjatuh,sempat ditahan olehnya.
"sayang..."terus aku diangkat kembali ke katil.
"hmmm...merajuk lah sangat...tadi jalan pun dah nak jatuh ada hati nak kerja..."perli Ziyyad dan tergelak.
Aku masih terdiam dan muncungkan mulut.
"abang bukan tak bagi sayang kerja tapi tengoklah keadaan sayang sekarang ni..abang tak mahu jadi apa apa pada sayang dan baby dalam kandungan ni nanti"
Aku membiarkan dia mengurut kembali kaki dan betis ku yang sakit itu.
"esok abang call ibu minta cuti awal hingga sayang selamat bersalin"
"orang lain mengandung ok jer kerja..."aku mencebik.
"sayang...kalau sayang tak kerja abang boleh jer sara kita sekeluarga..."kini kepalaku disandarkan ke dadanya.
Aku hanya membiarkan.
"tapi Qasehkan dah janji nak jaga kedai tu ...sementara bersalin ni nak juga kerja...lagipun duduk rumah boring lah mama bukan bagi pun Qaseh buat apa apa...sama macam abang...."bebelku sambil tanganku bermain dengan dadanya yang tidak berbaju itu.
"ni namanya abang sayangkan sayang,tak nak sayang susah...tugas isteri hanya layan suami jer tau"bahuku dipegangnya.
Aku masih mencuka.
Aku tertunduk memandang ke bawah.
Perlahan daguku diangkat setara dengan mukanya.
"senyum sikit...nanti anak keluar muka masam macam cuka"dadanya aku pukul keras,geram melihat dia memerliku.
"ouch sakitlah sayang"aku berhenti memukulnya.
Dan terus memeluknya,mana mungkin aku menyakiti orang yang aku cintai
Dia ketawa dan membalas pelukanku.
"esok teman Qaseh beli barang baby boleh"bisik ku ditelinganya.
"esok...esok abang ada meeting sampai petang rasanya...kalau lusa boleh kut"pelukan aku lepaskan perlahan.
"merajuk lagi..abang janji lusa abang ambil cuti temankan sayang satu hari shopping...ok"si suami cuba memujuk sedang menarik muka dengan muncung yang lebih panjang.
"esok Qaseh nak kerja...nak tidur bye selamat malam"selimut ditarik sampai ke paras kepala.
Aku membiarkan Ziyyad terkebil kebil sendirian.
Perlahan selimut ku ditarik separas dada.
Aku terus pusingkan badan arah bertentangan dengannya.
"sayang...abang minta maaf...esok memang tak boleh cancel meeting...kalau sayang cakap awal mungkin...tapi ni dah malam..."airmata yang ku tahan tadi terus mengalir,hatiku sejak akhir ini menjadi terlalu sensitif mungkin pembawakan budak.
Ziyyad semakin tidak keruan.Beberapa kali diraupnya muka dan beristiqfar melihat kelakuan pelik isterinya.
"tak nak teman sudah...Qaseh pergi sendiri...ni kan anak Qaseh...."esakan semakin kuat.
"sayang please jangan buat abang serba salah..kan abang janji lusa...anak sayang anak abang juga,dah jom paling kat abang"Ziyyad terus memujuk.Dipusingnya badanku perlahan,kali ini aku berlembut tapi masih dalam esakan .
Perlahan airmataku dilap dengan tangannya.
Ubun ubun ku diusap lembut seolah menyalurkan cinta dan sayang padaku.
Hatiku mula rasa berbelah bahagi kerana terasa begitu kejam memperlakukan insan sebaik suaminya.
"Qaseh minta maaf..."terus aku memeluknya.
Kepalaku kembali diletakkan ke dadanya.
"tapi esok Qaseh nak juga kerja..."ujarku perlahan
Kedengaran suara ketawa Ziyyad.
"ok lah abang izinkan...isteri abang ni degil...kalau tak bagi merajuk pula..."perlahan kepalaku diangkat agar mendongak ke atas.
Aku melebarkan senyum.
"kan dah senyum...tak nak nangis lagi....dah sembab muka tu..."sisa airmata di pipiku di sapunya.
"nak ke mana pula"tanganku ditarik bila aku cuba bangun.
"toilet...."jawab ku perlahan mengatur langkah
Ziyyad menggeleng kan kepala dan tersenyum.
"kau anugerah yang terindah Qaseh....tawa mu dan senyuman mu adalah semangat untuk ku...terima kasih Ya Allah hadirkan dia untuk ku"matanya mengiringi Qaseh sampai ke pintu bilik mandi.
Sekembali aku dari bilik mandi Ziyyad tidak ada di katil.
"hmmm...mesti turun bawah"
Aku kembali berbaring di tilam menunggu Ziyyad masuk ke bilik.
Kedengaran pintu dikuak perlahan dari luar.
"sayang minum"segelas susu dihulurkan padaku.
"aduh...tak nak lah..nanti nak terkencing lagi...."namun aku tetap menyambut pemberiannya.
"minumlah sikit...susu elok untuk ibu dan baby"aku memandangnya dan terus meneguk susu tadi sehingga habis.
Rasa malas nak berbahas kali ini.
"good girl..."aku mencebik bila dipaksa minum susu putih.
'lain kali belilah susu perisa coklat...susu ni tak sedap..."ujarku gelas disuakan kembali padanya.
"ok...nanti kita beli yang berperisa coklat..."
"abang letak gelas ni dulu..."
"alah...letak kat situ jer lah...nanti esok jer "rengekku manja.
Tangannya aku tarik agar duduk di sebelahku.
"ni manja sangat mesti ada apa apa "Ziyyad tergelak kecil.
Gelas yang dipegang tadi diletakkan di meja sebelah.
"Qaseh minta maaf,sebab selalu sakitkan hati abang,Qaseh tak tahu kenapa selalu sensitif,rasa nak marah,sakit hati..."kepalaku letakkan dia kepalanya.
Ziyyad membetulkan kedudukannya.
"abang faham dengan situasi sayang ,dah tidur hari dah lewat..."aku dibaringkan perlahan.
Satu kucupan di dahi dan tidak pernah terlepas dibibirku.
Aku tersenyum bahagia.
Share this novel