"macam mana doktor dengan kandungan isteri saya"tanya Ziyyad kepada doktor yang bernama Nadia.
Doktor Nadia terus membelek buku laporan di depannya.
'alhamdulillah kandungan sudah masuk sepuluh minggu...baby sihat...tapi tekanan darah ibu ni agak rendah sikit...jadi kena rehat banyak dan makan vitamin yang diberikan jadi insyaallah akan ok"
"macam mana puan Qaseh dengan pemakanan ada masalah ker?"tanya doktor padaku.
"masih tak berselera doktor...alahan sangat pada nasi..sampai sekarang tak boleh makan...makanan lain pun kadang ok kadang tak"jawab ku.
"emmm...biasalah pada fasa yang pertama alahan memang akan berlaku pada sesetengah ibu hamil bergantung pada seseorang itu,kalau macam tu puan kena cuba juga makan agar baby dan ibu akan sihat"pesan doktor Nadia.
"dan encik Ziyyad memandangkan ini adalah kandungan yang pertama isteri jadi sokongan suami adalah penting untuk menguatkan mental dan fizikal seorang ibu dan juga baik untuk baby...sebab emosi ibu boleh mempengaruhi baby dalam kandungan ...jadi ibu happy maka baby akan sihat alhamdulillah"panjang lebar doktor Nadia memberi sokongan dan nasihat pada kami.
"ya doktor insyaallah...saya akan jaga dia sebaik mungkin"tanganku digenggamnya.
Kadang kadang ketakutan menguasai dirinya bila teringatkan Sofia dulu meninggal dunia ketika melahirkan Nurin.
Tapi kali ini dia sentiasa panjatkan doa agar Qaseh selamat melahirkan dan panjang umur.
Semuanya ketentuan dari Allah.
"baiklah puan...semua dah beres jadi bulan depan kita jumpa lagi untuk rawatan susulan"
buku pink aku sudah bertukar tangan.
Selepas bersalam kami terus berlalu keluar.
"emm..lepas ni nak terus balik ker ada rancang nak ke mana mana?"tanya Ziyyad bila kami berada dalam kereta.
"abang ok ker kalau Qaseh nak pergi shopping"lengannya ku paut dan kepala di letakkan di bahunya.
"hmmm...boleh janji dapat upah..."Aku mengerut dahi.
"upah...emmm...ok...tapi abang nak upah apa?"
Ziyyad terus ketawa bila aku bertanya.
"abang...kenapa ketawa...Qaseh tanya nak upah apa...jangan minta yang pelik sudah"
"tak ada yang pelik pun...tapi yang sedap jer"jari ku digigit lembut olehnya.
"abang ni...sakit lah...apa gigit jari macam ni...lapar sangat ker?"aku tergelak kecil.
Dia terus ketawa.
Aku lagilah hairan...
"kita shopping dulu lepas tu abang bagitahu apa upahnya ok?"
Sempat merenung manja yang membuatkan aku tersenyum lebar.
"emmm...macam tahu jer apa upahnya...gatal eh"aku mencubit lengannya dan dia menyeringai kesakitan.
" ok..ok....dah jom kita dah sampai"
Ziyyad memakir kereta dan kami keluar dari perut kereta.
Tanganku dipaut terus masuk ke mall.
'first kita masuk kedai baju tu dulu...cari baju hamil..."aku terus mengheret Ziyyad masuk ke butik yang menjual baju hamil.
Beberapa butik pakaian,tudung,semua aku sapu jer...bila lagi kan nak sapu bersih poket suami.
Kalau tak habiskan untuk anak bini habiskan untuk siapa lagi.
"abang...kenapa berhenti kat sini?"tanya ku apabila Ziyyad tiba tiba berhenti dekat butik yang menjual pakaian wanita.
"jom abang nak belikan sayang something special"dia tersenyum dan terus memaut lenganku.
Hampir belalak biji mataku apabila berhenti tempat yang mempamerkan semuanya pakaian dalam yang seksi.
"abang nak beli apa sebenarnya ni"bisik ku di telinganya.
Dia hanya tersenyum nakal.
"ya puan...encik...boleh saya bantu?'datang seorang jurujual menegur kami.
"ni sis...I nak belikan my wife lengerie "
Aku mula menjeling ke arahnya.
"abang....tak nak lah"gigi ku kacip agar tidak kedengaran pada jurujual di depan kami.
"sayang please for me..."
"ok sir yang ni laters pattern hot colour and of course sexy for your wife"
"ok look nice...sayang yang ni ok kan?"
sambil menunjukkan langerie yang sexy padaku.
Rona wajahku tentunya sudah bertukar rona tika ini.
Aku tersenyum sinis.
"Abang, kan lagi sexy kalau tak berbaju"_bisik ku dan Ziyyad ketawa.
"ni kira adengan pemanas badan tau"jawabnya perlahan.
Pekerja tersebut memerhati dan tersenyum.
Lengan Ziyyad aku cubit.
Dia tergelak kecil dan tersenyum galak.
"I want red colour...boleh kan bang...and borong semua lah boleh kan darling...."perli ku.
"betul sayang nak semua...abang ok jer... seminggu tu boleh tukar tukar kan"teruja bukan main dia.
Jurujual yang memandang kami tersipu malu.
"ok dik...bungkus semua warna ok...for my lovely wife"Ziyyad mencuit hidung ku.
"gatal.."
"baik encik,nanti bayar kat kaunter"
Selesai membayar kami terus keluar dari butik itu.
"bagus kan laki dia...belikan untuk wife...tujuh lagi tu...dah lah sama cantik...memang romantik sungguh"bisik pekerja tersebut pada kawannya.
"tapi wife dia malu tadi...tapi bestkan dapat suami supporting dan loving macam tu" balas sorang lagi.
"ok sayang lepas ni nak ke mana lagi..."
tanya Ziyyad yang memegang plastik shoping di tangannya.
"emmm...Qaseh lapar...makan pizza nak tak?"tanya ku.
"ok lah...abang ikut jer kalau sayang nak makan"
Aku tersenyum lebar.
Tapi kasihan bila tengok penuh plastik ditangannya.
"abang,tadi Qaseh rasa macam ada orang ikut kita lah..."ujarku sambil sekeping pizza di suapkan ke mulut.
"ya ker...abang tak perasan pun."
"ada...pompuan...jap.. sekarang ni pun dia ada kat belakang abang,tapi abang jangan toleh ok...cuba abang buka camera phone dan tengok perlahan"Ziyyad mula mengeluarkan telefon dia poketnya dan membuka kamera depan.
Dan aku bangun duduk di sebelahnya dan tekan butang selfie.
Agak terkejut bila melihat wajah Lina rupanya.
"Lina..."terpancul dari mulut Ziyyad.
"dia ni nak apa sebenarnya"gumam Ziyyad sendiri.
bulu tengkuknya mula berdiri,meremang bulu roma.
"siapa...bukan ker pompuan yang kita jumpa kat pantai hari tu"_bisik ku.
foto di tangan aku perhatikan .
"ya..."airmuka Ziyyad mula berubah.
Aku pun Mula cuak bila tengok reaksi terkejut Ziyyad.
"tadi kata tayar kereta pancit...macam mana secepat ini dia datang"gumam Ziyyad.
"jom sayang makan cepat kita dah lewat solat zohor ni...nanti kita singgah masjid solat dan balik ok"
Aku hanya mengangguk setuju dan segera menghabiskan sisa pizza di pinggan.
Kami singgah solat di sebuah masjid yang berhampiran.
Aku terus masuk ke ruangan solat wanita,sewaktu kami masuk suasana sudah lengang sebab waktu zohor sudah pun lewat.
Kelihatan cuma beberapa jemaah sahaja yang tinggal.
Aku terus mengambil wudhuk dan mencapai telekung sembahyang yang di sediakan.
Selesai memberi salam dan berdoa aku bangun kembali melipat telekung dan sejadah.
"assalamualaikum cu"kedengaran suara tua menyapa.
Aku sedikit terkejut,bila tadi aku berpaling semua orang sudah pun pergi.
Aku menoleh perlahan.
"waalaikumussalam nek.."jawab ku lembut kepada seorang wanita yang aku kira umurnya lebih kurang dalam lingkungan 70tahun.
"cu datang sorang ker?"tanyanya.
"tak dengan suami...dia ada di sebelah..."jawab ku sambil mencari kelibat orang lain yang mungkin bersamanya.
Dia tersenyum padaku.
"dah berapa bulan"pertanyaan nya mengejutkan aku.
Aku mula tertelan liur,macam mana dia tahu aku mengandung sedangkan perutku masih lagi tidak kelihatan.
"errr....dalam sepuluh minggu nek"jawab ku sedikit gugup.
Dia mengangguk...
"hati hati ada mata yang tidak senang dengan cu dan suami...banyak kan mengaji,zikir dan jangan abaikan solat...banyak bersabar..."pesan nenek tua itu.
Aku terdiam dengan kata katanya.
"sayang jom.."panggilan Ziyyad mengejutkan aku.
"nenek..."bila aku palingkan kembali nenek ruang itu sudah tiada.
Aku cuba mencari kelibat nya tetapi tiada.
"sayang cari apa?"tanya Ziyyad hairan.
"tadi...abang ada nampak nenek.."
"abang nampak sayang sorang jer...lama abang tunggu tu yang abang datang sini panggil sayang"
Aku mula cuak bila Ziyyad kata tidak nampak nenek tadi.
"oklah jom balik..."terus kami masuk ke kereta.
Mataku masih lagi mencari kelibat nenek tua itu.
"sayang...sayang ok ker ni...?"tanya Ziyyad yang dari tadi perasan dengan tingkahlaku ku.
'ok...abang betul ker abang tak nampak ada orang tua dalam masjid tadi?"tanya ku untuk kepastian.
"tak...sayang letih sangat kut...tu la jalan banyak hari ni"
Aku hanya mengeluh kecil.
Ziyyad meneruskan pemanduannya.
Aku masih lagi teringat wajah bersih wanita tua yang menegurku tadi.
Tapi kenapa hanya aku yang nampaknya.
Mungkin aku mengelamun.
"sayang jom dah sampai..nanti mandi abang tengok sayang letih sangat dah kut"
Ziyyad bangun membuka pintu untuk ku.
"sayang...jom abang angkat"Ziyyad terus mencempungku terus ke dalam.
"abang..."jeritku.
Dia hanya ketawa.
"mengelamun lagi kan...tak sedar sampai rumah"
Aku diletakkan perlahan di sofa.
"kenapa ni?"tanya mama.
"menantu mama ni letih kut satu hari shopping...sampai rumah pun tak sedar"Ziyyad terus keluar memunggah barang yang dibeli tadi.
Mama tersenyum.
"Nurin mana mama?"
'ummi..."Nurin datang padaku.
"abang ambil plastik tu.."arah ku.
"ni ummi belikan baju baru untuk Nurin suka tak?"
"suka...cantiknya"Nurin terus memeluk ku.
"ni untuk mama"sehelai dress labuh aku belikan untuk mama dan sehelai selendang.
"terima kasih...cantik..."
"sayang tak nak naik mandi lagi ker?"tanya Ziyyad dan bangun dari duduknya.
"abang naik lah dulu..betis Qaseh ni rasa lenguh lah"ujaku sambil memicit betis.
"jalan banyak sangat...dah jomlah abang angkat"
"tak apa...kejap lagi lah"ujarku.
"jom Nurin mandi waktu dah nak masuk maghrib...Ziyyad tutup semua pintu dan tingkap tu...tak elok biarkan terbuka...bawa Qaseh ke bilik dan Qaseh elok mandi terus jalan banyak hari ni tak elok balik terus duduk macam ni"pesan mama panjang.
Aku mula terasa sesuatu yang pelik.
Aku hanya mengangguk dan akur badan ku terasa agak lemah dengan tiba tiba.
Tadi ok jer,bila sampai rumah semangatku hilang.
"Jom sayang..kan dah kena bebel kat mama"
Aku terus naik mengikut langkah Ziyyad.
Selesai mandi dan solat maghrib berjemaah aku terus baringkan badan di atas katil.
"sayang penat ker?"Ziyyad datang menghampiri ku.
Aku hanya mengangguk.
kaki ku di angkat dan di letakkan ke atas ribanya.
Perlahan betisku diurut terasa hilang segala kesakitan.
Selesa rasanya.
"terima kasih abang sebab sudi layan Qaseh..."ujarku lembut.
"sayang kan isteri abang...cinta hati abang...kalau setakat urut macam ni apalah sangat berbanding dengan pengorbanan sayang kandung kan zuriat abang"perutku diusap lembut.
"abang..."kini aku rebahkan kepalaku di ribanya.
Kepala terasa semakin berat,mata pun mula main peranan.
"emmm...ada apa...sayang macam ada something jer nak bagitahu abang..."jari jemariku dipegangnya.
"entahlah dari tadi lagi Qaseh rasa tak sedap hati...macam ada sesuatu,tetapi tak dapat nak luahkan.."
'itu perasaan sayang kut...biasalah ibu mengandung...emosi tak stabil...."dahi ku dikucup lembut.
Mata aku pejamkan seketika.
Hilang sementara kesakitan dan terasa mata ingin dilelapkan.
Sebenarnya jauh di sudut hatinya dia mula teringatkan kata kata Amar. tadi.
Fikiran itu di tepisnya.
Wajah isteri tercintanya direnung saat Qaseh memejamkan mata.
Tangannya menyentuh lembut pipi Qaseh.
Tersenyum gembira,tenang hati bila lihat Qaseh.
"moga tiada apa apa...ya Allah kau jagalah kami"doanya dalam hati.
"abang!!"terus aku bangun memeluk Ziyyad.
"sayang kenapa ni...sayang ok ker?"dada ku berombak kencang.
Ziyyad terkejut dengan keadaan aku memeluknya tiba tiba.
"Qaseh takut abang...Qaseh nampak muka pompuan yang menakutkan"ujarku dengan suara terketar ketar.
"sayang istiqfar...abang ada sini..."belakang ku diusap.
"abang Qaseh takut..."aku mula menangis dengan tiba tiba.
Ziyyad mula ketakutan.
"tenang sayang..abang panggilkan mama"
"Qaseh takut...Qaseh nak ikut"terus aku bangun memeluk lengannya.
tiba tiba badanku semakin lemah dan pandanganku mula kelam.
Aku terjatuh dan sempat Ziyyad menyambut ku
"ya Allah sayang kenapa ni..."
Pipi Qaseh ditampar tampar tetapi tiada reaksi.
Wajah yang merah tadi bertukar pucat dengan tiba tiba.
Keadaan semakin cemas,Ziyyad buntu.
Kepala Qaseh di biarkan ke lantai.
Ziyyad terus turun memanggil mama.
"kenapa ni Yad...kenapa boleh jadi macam ni?"tanya mama bila tiba di bilik.
"tak tahu...tiba tiba dia menjerit ketakutan dan pengsan"Ziyyad mula cemas bila lihat badan Qaseh yang tidak bermaya dan pucat.
"angkat dia dulu"arah mama.
Badan Qaseh dicempung ke atas tilam.
Dan mama membuka telekung sembahyang yang masih lagi membalut badan Qaseh.
"Yad mama rasa ada perkara tak elok berlaku ....elok hang cuba panggil pak Joe...dia tahu hal ni"ujar mama.
Ziyyad mula kerisauan.
Terasa cuak seketika.
"pergi cepat..."laung mama
Ziyyad terus menelefon pak Joe pemandunya.
Hampir setengah jam kemudian pakjoe sampai dengan isterinya mak Kiah.
"Tuan ambilkan segelas air"arah PakJoe.
Ziyyad terus mengambil segelas air dan berikan pada PakJoe.
PakJoe membaca,sesuatu dan merenjis sekeliling bilik.
"nah,sapu ke muka puan..nanti bila dia sedar bagi minum sikit"air tadi dihulur kepada mama
"kenapa isteri saya PakJoe?"
PakJoe mengeluh dan memandang tepat ke mata Ziyyad dan Ziyyad tertunduk ke lantai kerana tidak mampu membalas renungan PakJoe.
"Puan Qaseh..."berat untuk dia nyatakan.
"kenapa dengan Qaseh ?"tanya mama seolah terkejut.
"sebenarnya ada orang tak senang lihat kamu bahagia...."ujar mak Kiah.
Mama seolah terkejut,wajah menantunya di renung.
Qaseh masih lagi kaku tanpa sebarang reaksi.
"maksudnya...Qaseh kena buatan orang?"terpancul dari mulut mama.
Mula timbul ketakutan dan kerisauan di hatinya.
Pakjoe mengangguk.
"sebenarnya benda ni nak dekat dengan tuan tapi terkena pada puan"Tambah pakjoe.
"ada Tuan dan Puan jumpa sesiapa tadi?"tanya PakJoe.
Mula terlintas di fikiran Ziyyad bahawa orang yang mereka jumpa tadi adalah Lina.
"kita bukan nak menuduh tapi yang nyata adalah pompuan...seorang yang sukakan Tuan..."
"abang..."kedengaran suara Qaseh memanggil Ziyyad.
"sayang...abang ada sini"tangan Qaseh digenggamnya.
Terasa sejuk seluruh badan Qaseh.
"kenapa semua ada kat sini?"tanya ku hairan.
Aku memicit kepala yang sakit.
"bagi Puan minum air tu"arah PakJoe.
"minum sikit sayang"aku hanya menurut tanpa kata.
tiba tiba tekak ku terasa loya dan mual.
"abang....bawa Qaseh ke toilet...rasa nak muntah"ake terus dipapah ke bilik air.
"uwekkk.."keluar segala isi perutku.
Perutku terasa pedih dan sakit.
"abang...sakit...perut Qaseh sakit"airmataku terus mengalir.
"sayang...."Ziyyad turut mengalirkan airmata tanpa sedar melihat keadaan isteri sebegitu rupa.
"sayang baring dulu..."aku direbahkan kembali.
"beginilah Tuan esok ikut kami balik kampung Mak Kiah...kita jumpa ayah mertua PakJoe..dia lebih arif dalam bab ini"
"malam ni kalau boleh Tuan jangan tinggalkan Puan dan kalau boleh juga baca alquran dan juga zikir banyak banyak InsyaAllah ganguan itu tak akan datang"pesan PakJoe sebelum balik.
Aku mula teringat dengan kata kata nenek tua siang tadi.
Pesannya supaya jaga solat,banyak berzikir dan banyak baca alquran.
"jom sayang kita solat isyak dulu dan lepas tu kita baca Alquran sama sama"
Aku mengangguk dan perlahan bangun untuk mengambil wudhuk.
Badan yang lemah tadi kembali bertenaga.
Usai solat kami mengaji bersama sama.
"sayang tidur dulu...kesian abang tengok...esok kita sama,sama pergi berubat kat kampung mak Kiah...semoga lepas ni kita dijauhi musibah dan hasad dengki orang"
Aku terus memeluknya...terasa tidak sesekali untuk aku jauhkan darinya.
Seketika ubun ubunku dikucup lembut dan sampailah di bibirku dipagutnya.
"tidurlah...baca doa..."aku terus terlena dalam dakapannya.
.........
.........
Share this novel