bab 20

Romance Completed 29803

Beberapa minit kemudian Ziyyad dan Qaseh sampai di perkarangan rumah.

"jom dah sampai.."aku mengangguk lemah sambil cuba keluar dari perut kereta.

"aduh...."aku menyeringai kesakitan bila lututku terkena pintu kereta.

"Qaseh...Qaseh...cuba jalan tu hati hati...see...berdarah lagi "bebel Ziyyad bila lihat cecair merah mula mengalir membasahi seluar yang aku pakai.

Aku hanya terdiam dan mencuka.
Aku tidak mampu lagi berdebat dengannya,aku sudah kepenatan untuk melawan setiap patah perkataan,sebab kecuaian aku sendiri,tadi aku nyaris menjadi mangsa rogol.
Aku malu pada Ziyyad....

"dah mari abang angkat...jalan pun macam ketam"dia terus mencempung aku terus ke dalam.
Aku membulatkan mata terkejut.

"abang...turunkan Qaseh...Qaseh boleh jalan lah"aku cuba meronta tapi dipeluknya erat badan ku sampai aku terpaksa memegang leher takut terjatuh.
Di wajahnya tiada sedikit senyuman yang membuatkan aku ketakutan kerana tidak pernah aku lihat kemarahannya.

"duduk sini..."katanya sepatah dengan nada keras,meletakkan aku atas sofa.
Airmata aku mengalir dengan tiba tiba...hati aku mula terasa,

"Qaseh kenapa ni?"tanya mama sejurus keluar dari ruangan dapur.

"budak degil mama...."jawab Ziyyad kasar dan terus berlalu pergi.
Aku terus menangis tanpa henti.
Pertanyaan mama tidak dapat aku jawab.
Mama merapatkan badan aku ke bahu mama dan terus menangis.

"dah jangan nangis..."mama mengusap rambutku lembut.

"abang marah Qaseh....Qaseh tahu...Qaseh salah...."ujarku sambil teresak esak.

"dah...jangan salahkan diri sendiri...benda nak jadi kita tak jangka..."mama mengelap airmata di pipi ku.

"nasib Yad datang cepat tadi mama kalau tidak tak tahulah apa jadi kat dia"Ziyyad keluar membawa segelas air dihulurkan padaku.

"tak nak...abang marah Qaseh"kataku sambil menggeleng kepala.

"ambil...ke nak abang marah lagi"katanya kasar.

Aku terus berlalu naik ke atas tanpa memperdulikan air yang dihulurkan.

Aku terus menangis...hati aku pedih dan sedih.
"Qaseh...tunggu..."panggilan Ziyyad tidak aku perdulikan.

"tengok mama..."Ziyyad mengeluh panjang.

"hang pun jangan duk kasar sangat kat dia....kesian mama tengok...mesti dia terkejut bila hang cakap lagu tu...pompuan ni kena cakap lembut..."mama menggeleng kepala.

"Yad tak sengaja....hati Yad sakit mama bila dia tidak dengar pesan kita...tadi nasib baik Yad sampai tepat pada waktunya...tak tahu berapa kali dah benda ni jadi kat dia...Yad sayang dia mama"sedikit airmata jantan gugur di pipinya.
Mukanya menjadi merah menahan marah.
Mama terkejut mendengar luahan hati anaknya,dia mengerti bahawa anaknya mulai jatuh cinta dengan Qaseh.

"dah...hang pi pujuk dia...pompuan ni kena cakap lembut...hati mereka macam tisu..."sambil menepuk bahu anaknya.
Ziyyad mengangguk lemah.
Dia mengeluh kasar.

"apa aku nak buat sekarang ni..."gumamnya.

tok!tok!tok!ketukan kedengaran dari luar bilik.

Qaseh terus menangis sambil merapatkan mukanya ke lutut.
Kesakitan lutut tidak dihiraukan kerana hatinya lebih lagi terasa bila orang yang dia sayangi kasar dengannya.

"Qaseh please buka pintu ni...abang minta maaf sebab kasar tadi"ujar Ziyyad lembut.

Tiada sahutan kedengaran,Ziyyad memulas tombol dan menguak perlahan pintu.
Kelihatan Qaseh duduk di atas katil tanpa mendongak kan kepala.
Esakan kuat kedengaran.
Terasa sayu hati Ziyyad mendengar.
Sweater yang dipakaikan dia tadi kelihatan sudah berada di atas lantai.
"dia baling macam tu jer..emmm"bisik Ziyyad tunduk mengutip sweaternya.
Ziyyad separuh terkejut melihat keadaan badan Qaseh yang terdedah.
Tersirap darah sampai ke muka.
Tertelan liur jugak lah dia masa ni..melihat badan putih gebu Qaseh yang terdedah akibat baju yang terkoyak tadi.
Dia mencapai tuala yang berada berhampiran dan
menutup badan Qaseh.
Qaseh masih lagi tanpa reaksi.

"Qaseh please...tengok abang...'ujar Ziyyad lembut.
Qaseh tetap membatu dan terus dengan esak dan tangis.
"apa aku nak buat ni...."Ziyyad mula kebuntuan,mencari idea memujuk si buah hati.
Dia duduk berhadapan dengan Qaseh

"baiklah...abang pergi dulu...Qaseh pun tak sudi nak cakap dengan abang"dia berpura pura bangun.
Tiba tiba Qaseh terus memeluknya.
Ziyyad tergamam.

"Qaseh minta maaf...Qaseh degil..Qaseh salah"aku terus memeluknya tanpa segan.
Biarlah apa anggapannya pada ku,aku tidak akan lepaskan pelukan selagi dia tidak bersuara.
Hampir basah bajunya kerana airmataku.

Pelukan aku dibalas,

"abang maafkan lain kali dengar pesan abang dan mama..."ujar Ziyyad lembut.
Perlahan pelukan aku lepaskan.

"habis basah baju abang..."senyuman mula kelihatan di wajahnya.

"sorry..."jawab ku sepatah.

"dah jangan nangis nanti tak cantik"sambil menyapu airmata di pipiku.
Hatiku mula sejuk bila lihat renungan manjanya.
Aku tersenyum.
"Qaseh pergi mandi tukar baju...seksi sangat abang tengok...bahaya...lepas tu turun makan...abang tahu Qaseh laparkan?"Ziyyad tergelak kecil
Qaseh merapatkan tuala di badannya apabila mata Ziyyad tertacap di badannya.

Aku hanya mengangguk lemah.

Dia berlalu pergi.Aku bangun perlahan terus ke bilik mandi.

........
........

"apa sebenarnya berlaku ni Ziyyad"tanya mama ketika Ziyyad berada di beranda luar selepas keluar dari bilik Qaseh.

"Qaseh tadi hampir kena rogol"terkejut mama mendengarnya.

"Subhanallah...Qaseh...apa lah malang nasib selalu jer jadi macam ni"mama menggeleng kepala.

"kau tak boleh berlengah lagi Yad...kahwin jer dengan Qaseh senang cerita...tak lah dia terusan nak lari lagi...sekurang kurangnya dia ada hang untuk lindungi dia"ujar mama lagi.

"entahlah mama...Yad memang dah rasa sayang sangat kat dia...tapi hati Yad ni...rasa serba salah...takut ada macam macam Yad rasa"Ziyyad meluahkan pada mamanya.

Dia takut tidak dapat membahagiakan Qaseh sebab ingatannya masih lagi pada Sofia.

"maksud hang masih lagi rindukan arwah Sofia?"tanya mama.

"ya mama...takut Qaseh tak dapat terima bahawa cinta Yad pada arwah terlalu dalam...andai suatu hari nanti Yad kahwin dengan dia...Yad ada membandingkan dengan arwah akan buat hatinya terluka mama"keluhan kecil dilepaskan.

"hang patut cuba lupakan arwah Yad...sampai bila pun kau tak akan capai kebahagiaan itu seandainya hang tidak lepaskan hati hang sepenuhnya,mama bukan suruh hang lupakan terus kenangan pada arwah tetapi lepaskan sedikit demi sedikit agar hang tenang,hang berhak mendapat cinta baru dan mama yakin arwah pun ingin lihat hang bahagia Yad"panjang lebar mamanya memberi nasihat.

"mama tahu hati hang tu...dah jatuh cinta dengan Qaseh...mama tahu dari pandangan hang pada dia,mama juga tahu Qaseh tidak sematang arwah tapi mama yakin Qaseh juga boleh membahagiakan hang Yad"mama bangun berlalu pergi.

Keluhan keras dilepaskan.
Ziyyad merenung sejenak kata kata mamanya.

Direnung ke langit malam,melihat kerdipan bintang yang berkelipan.
Ziyyad tersenyum sendiri,Qaseh jua seperti bintang hadir dalam hatinya umpama sinaran bintang walaupun jauh tetapi tetap terserlah keindahan dan cahaya yang jua mampu menyinari bumi....ibarat hatinya jua berkerlipan.

"abang..."kendengaran suara lembut memecah kesunyian malam.
Ziyyad tersentak dari lamunan.
Ziyyad menoleh...Qaseh tersenyum...tiada lagi tangisan kelihatan.
Ziyyad membalas senyuman.

"jom temankan Qaseh makan.."ajak aku.

Ziyyad bangun terus ke dalam dan mengunci pintu menuju ke dapur.

"abang dah makan?"tanya aku lagi.

"belum..."jawabnya sepatah.

"kita makan maggi je boleh?"tanya aku sambil menggigit jari.

"maggi jer?"

"maggi jer Qaseh pandai masak..."ujar aku lagi tersenyum sumbing.

"hmmm...maggi pun maggilah...yang penting kenyang...ni kalau nak jadi isteri abang nanti kena belajar masaklah ya"Ziyyad memerli aku.

"isteri abang...betul ker...abang nak kahwin dengan Qaseh?"bertalu talu soalan aku ajukan padanya.
Ziyyad tergelak sakan.

"tak lah abang kata kalau...."masih lagi nak mengelak ya kau Ziyyad.

Aku mula memuncungkan mulut.

"hmmm....tak jadi makanlah tak ada selera...abang makanlah sorang...Qaseh nak tidur"ujarku merajuk.

"aduh salah cakap lagi ker?"Ziyyad menggosok belakang lehernya.

"alah abang gurau lah....ok abang maksudkan....kalau Qaseh sudi jadi isteri abang ada syaratnya"

"syarat...hmmm...apa syaratnya?"tanya aku kehairanan.

"buat dulu maggi tu...sebab abang lapar ni...please "renggek Ziyyad manja.

"ingat apa tadi...kut nak suruh cium ker..."ujar ku sambil berlalu ke arah dapur.

"Qaseh kata apa tadi...kalu nak cium abang ok jer..."sambil menadah pipinya.

pangg!
satu tamparan kecil singgah di pipinya

"aduh...orang minta cium dia bagi tamparan pula...dah la mulut kita ni sakit kena tumbuk"

"ops sorry...Qaseh lupa..tu la tadi gatal sangat"aku menggosok lembut pipinya.

Tiba tiba tanganku dipegang Ziyyad.
Aku terkejut.
Mata kami mula bertentangan.
Aku mula tertelan liur,jantungku mula mengepam laju dengan pandangan matanya.

Aku pejamkan mata apabila mukanya mula rapat menghampiri aku.
Dup dap dup dap jantungku seolah luruh ke bawah.

"dah pergi masak maggi tu"
"fuh...lega..."
Ziyyad tergelak bila lihat muka aku pucat.

"ish...abang ni...gatal"aku menolak tangannya yang dari tadi memegang tangan aku.

"tau takut....abang tak akan buatlah..."dia terus gelakkan aku

Aku tersenyum kelat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience