Hari ini Ziyyad terpaksa pulang lewat kerana perlu selesaikan kerja yang tertangguh sebelum ini.
Ketika Ziyyad pulang Qaseh sudah pun terlena.
Pintu dikuak perlahan.
Mengikut mamanya tadi seharian Qaseh muntah dan hanya mampu minum susu dan roti sahaja.
Dia duduk tertimpuh dilantai.
Wajah Qaseh direnung lama,wajah isteri tercinta yang kini mengandung darah dagingnya.
Diusap lembut pipi Qaseh,Qaseh bergerak sedikit bila terasa disentuh.
Timbul perasaan kesian tengok wajah isteri tercinta nya.
"I LOVE YOU SAYANG"tangan Qaseh dikucup lembut.
Terasa rindu yang amat seharian di tempat kerja wajah Qaseh terbayang di matanya.
Perlahan mata dibuka.
Terpisat pisat menonyoh mata.
"abang...dah balik...sorry Qaseh tertidur"rengek ku manja.
"sorry abang buat sayang terkejut"aku bangun perlahan tetapi di halang dan badanku direbahkan kembali.
"tidurlah sayang mesti penat,tadi mama kata sayang muntah lagi..."
Aku hanya mengangguk.
"abang dah makan?"tanya ku.
"dah...dengan Amar"
"oklah abang mandi dulu...sayang rehat ya"
Ziyyad terus berlalu ke bilik mandi.
Aku perlahan bangun membetulkan duduk.
Jam menunjukkan sebelas malam.
"lewatnya balik"keluh ku perlahan.
Seketika pintu bilik air dikuak.
Ziyyad keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala.
Aku hanya memerhati dan tersenyum.
"sayang kenapa bangun...."dia datang menghampiri ku dan tersenyum.
"abang kacau tadi...dah tak mengantuk"
"emmm...sorry..."hidungku dicuit.
"lewat abang balik hari ni..Qaseh rindu.."badannya yang masih tak berbaju itu ku peluk.
"abang pun rindu kat sayang..tapi kerja kan..."pelukan ku dibalas.
"jap abang pakai kain pelikat...nanti tak pasal terlondeh"dia ketawa,aku hanya tersengih.
"terlondeh pon ok apa...dapat tayangan free"aku tergelak mengekek.
"amboi gatal...nanti tak pasal jadi lain"dia bangun mendapatkan kain pelikat dan memakainya.
"nak ke mana tu?"
"toilet jap"kataku dan terus berlalu ke bilik air.
Selepas keluar dari bilik mandi Ziyyad tiada di bilik.
Aku segera mencari di mana dia berada.
"emmm...kat bawah rupanya"gumam ku.
Tapi Ziyyad seolah sedang bercakap di telefon.
Aku hanya memerhati dari jauh.
"bercakap dengan siapa sampai turun kat bawah"
getus hati aku penuh tanda tanya.
Alang alang turun bawah aku terus ke dapur dan membiarkan Ziyyad tanpa sedar aku di sini.
"sayang...kat sini rupanya"Ziyyad datang dari belakang mengejutkan aku.
"emmm...rasa haus...tadi abang cakap dengan siapa sampai turun bawah"
Wajah Ziyyad berubah.
"ooo...tadi dengan Amar ,dia ingatkan esok ada mesyuarat awal pagi"Ziyyad menggosok belakang tengkuknya dan seolah sembunyikan sesuatu.
"emmm...bukan tadi abang dengan dia...tak kan baru nak call"suaraku mendatar.
Air kosong di teguk perlahan.
Aku bangun perlahan untuk keluar.
Fikiran aku masa ni seolah kacau,syak sesuatu dari riak wajahnya.
"sayang...kenapa ni..."tanganku ditarik.
Aku hanya diam.
"jom masuk tidur ...abang rindulah"badanku terus dicempung naik ke atas.
Memang dasar lelaki pandai memujuk.
Hati yang panas terasa sejuk dengan tiba tiba.
Badanku direbahkan perlahan,lampu bilik ditutup dan hanya lampu meja dibiarkan malap.
Dari pandangan matanya yang menggoda aku sudah dapat meneka maksudnya.
Aku tersenyum.
"bolehkan...abang lepas kan rindu"aku tergelak kecil bila jarinya mengeletek pinggangku.
"tak boleh"terus dia mencium leher ku.
Mana mungkin aku menolak permintaan ikhlas seorang suami.
Aku semakin hanyut dengan belaiannya,pujuk rayunya,usapan lembutnya,
Aku hanya alahan pada makanan jer tapi bab asmara aku tak pernah menolak.
Tangan nakal Ziyyad mula memainkan peranan,kucupan demi kucupan diberikan,akhirnya kami lemas dalam badai asmara.
Akhirnya kami terbaring keletihan,aku terbaring di atas badan kekarnya.
Habis tenaga di kerah,keringat peluh kami bersatu.
"emm....tidurlah sayang dah lewat ni"kepala ku di usap lembut.
Lupa seketika masalah yang berlaku tadi.
Ubat yang paling mujarab.
..........
..........
Aku bangun menggeliat perlahan,kepala sedikit berat,semalam beradu tenaga.
Aku tergelak kecil memandang Ziyyad yang masih merengkot di dalam selimut,keletihan lah kan.
Perlahan aku bangun tiba tiba tanganku ditarik.
"Lina...."senyum riang yang tadi kembali hambar bila terpancul nama perempuan lain disebut.
Aku kaget seketika.
Dada ku berombak kencang,aku tertelan liur,mengerling sesusuk tubuh yang masih lena.
Adakah aku bermimpi atau hanya pendengaran aku yang ada masalah.
Tanganku masih lagi digenggamnya.
Aku lepas kan perlahan dan bangun mendapatkan baju yang berteraburan di lantai ,ku kutip satu persatu masuk kan di bakul.
Masih terngiang ngiang di telingaku nama Lina yang disebut Ziyyad tadi.
Sedikit sebak terasa aku terus melangkah ke bilik mandi.
Usai mandi aku keluar dari bilik mandi tetapi Ziyyad masih lagi terlena.
Perlahan aku menghampirinya.
"abang jom bangun mandi solat sama sama"badannya ku goncang perlahan sambil aku menatap wajahnya,
Ziyyad celik mata perlahan,terpisat pisat menggosok matanya.
"sayang.....emmm..."nasib dia masih ingat lagi...kalau tadi sebut nama Lina lagi memang aku terus lari.
"bangunlah subuh...kata ada meeting kan hari ni..."dia sedikit terkejut,bingkas bangun.
"kenapa macam terkejut je,bukan malam tadi Amar call kata ada meeting pagi ni..."aku terus bangun mengenakan baju.
Perlahan perutku diusap,baby bump ku sudah boleh ku rasa.
Aku tersenyum sendiri.
Ziyyad sudah pun berlalu pergi ke bilik air.
Usai mandi kami solat subuh bersama sama.
"Qaseh turun dulu...tengok mama kat dapur"
Ziyyad hanya mengangguk.
Sedikit kelainan hari ini di wajahnya.
Share this novel