waktu tengahari Ziyyad keluar makan dengan Amar sambil menuju ke tapak projek mereka.
"Yad...apa cerita...sekarang aku tengok kau dah lain"tanya Amar mulakan bicara.
"hmmm....kau ni mesti nak korek cerita dengan aku.."
"biasalah aku...kawan kan...betulkan sekarang ni kau fall in love"teka Amar.
"mana kau tahu aku fall in love"tanya Ziyyad.
"tahulah...aku ni kan. juara dalam bab cinta....tengok air muka kau pun aku boleh baca..."
"wah dah jadi ahlil nujum pak belalang ya?"Ziyyad ketawa.
"ahlil nujum Amar Badar"terbahak bahak dia ketawa.
"dah jom turun..kita dah sampai"ujar Ziyyad sambil keluar dari perut kereta.
Amar mengeluh tidak berpuas hati tunggu jawapan dari Ziyyad.
"bagaimana kerja kat sini Amar...kau kena pastikan kebajikan pekerja dipantau selalu...kerja kena bagi cukup tempoh yang di tetapkan"Ziyyad sememangnya tegas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bos,ada masa boleh melawak ,ada masa dia bersungguh sungguh dalam tugasnya.
"baik bos...perintah di terima"Amar menabik.
"wei cerita tadi tak habis lagi..."Amar masih lagi tidak berpuas hati.
"alah nantilah aku cerita....jom kita ke situ..."Amar membuntuti Ziyyad.
Ziyyad tersenyum melihat muka tidak puas hati Amar.
Ziyyad memantau sekeliling kawasan projeknya.
Melihat sendiri kelancaran pembinaan yang dilakukan oleh pekerja nya.
Hampir sejam mereka di sana akhirnya Ziyyad dan Amar beredar dari situ.
"hai diam jer dari tadi..."tegur Ziyyad sambil memandu.
"hmmm...kalau aku bersuara tanya pasal kau...tak sudi pun cerita pasal aku"jawab Amar nada merajuk.
Ziyyad ketawa mendengar kata kata Amar.
"tak sangka kan orang gentleman macam kau ni pun merajuk"
"ok lah...aku cerita tapi sebelum tu kita cari kedai..singgah minum jap"Ziyyad melilau mencari kedai makan yang berhampiran dalam perjalanan.
Setelah memakir kereta Amar danZiyyad keluar dari perut kereta menuju ke sebuah gerai yang menjual air kelapa dan ABC.
"soalan kau tadi...ya memang aku ada kenal dengan sorang budak ni..."Ziyyad mulakan cerita sambil meneguk air kelapa yang di pesan tadi.
Amar pula memesan ABC.
"Budak...tak kan budak kut??"terkejut Amar
"kau ni agak agak lah kut...aku panggil budak sebab dia tu muda lagi...ok lah gadis muda...umur dalam lapan belas tahun...baik...cantik...tinggi...kategori perfect lah senang cerita"Ziyyad mula terbayang wajah nakal Qaseh.
"lapan belas...wei bergetah sakan lagi tu!"kata Amar dengan nada kuat.
"ish...slow lah skit....orang pandang semacam tu"pesan Ziyyad bila perasan ada mata yang mula pandang mereka.
"Opss...sorry...so"..
"aku dah mula sukakan dia...masalahnya sekarang ni aku takut nak nyatakan hasrat aku kat dia..."
"takut apanya...cakap jer I LOVE U....tu pun susah ker?"Amar menghirup ABC.
"susahlah Mar...kau cakap senang la...dia tu muda lagi...aku ni duda ada anak pula tu...kut dia menolak nanti malu aku"terang Ziyyad.
"kau tak cuba lagi pun...dah takut malu...cuba dulu...baru kau tahu...kut kut dalam diam dia pun memang nak kat kau juga...perempuan mana lah yang bodoh tak mau kan kau...dah lah hensem...kaya pula tu...macam aku ni muka macam Ajay Devgan pun dah pasang dua...."Amar ketawa.
"kau ni Mar kalau cakap kalah Jonny Lever..."Ziyyad turut ketawa.
"kalau terlepas nanti terlopong mulut kau Yad...perempuan muda dan cantik ni selalunya ramai peminat..."kata kata Amar mula mengingatkan Ziyyad pada Zack anak sepupunya.
"gadis tu tinggal kat mana sekarang ni?"tanya Amar lagi.
"rumah aku..."jawab Ziyyad ringkas.
"what...rumah kau?"hampir tersembur air yang di minum Amar.
Ziyyad mengangguk sambil tergelak.
"maksudnya duduk rumah kau...pening aku nak faham...please explain me"
"dah jom sambung dalam kereta"Ziyyad memanggil pelayan kedai dan membayar harga minuman.
"dia tu sekarang anak angkat mama aku..."sambung Ziyyad lagi.
Jenuh hari ini Ziyyad kena terang satu persatu cerita pasal Qaseh.
"anak yatim...tak beribu...jumpa secara kebetulan...dan kau tahulah mama aku kan...terlalu baik...di ajaknya Qaseh duduk dengan kami....nama budak tu Nur Qaseh...."
Amar mengangguk...faham.
"teruskan....best cerita kau boleh buat novel.."
Amar ketawa lagi.
"dah dekat sebulan lah dia tinggal dengan kami...biasa lah kan...dia ni kelakar...baik...lebih lebih lagi Nurin anak aku tu memang rapat dengan dia...siap panggil ummi lagi...yang aku pening tu...Nurin dah tak boleh berpisah dengan dia..."
"emm...Nurin ker...daddy Nurin..."perli Amar .
"dua dualah sekarang ni...kalau berjauhan rasa rindu kat dia...dekat lagilah...rasa nak peluk cium..."Ziyyad mula ketawa.
"aduh Ziyyad tak sangka...5tahun kau bertahan nafsu kau demi sayang Arwah isteri kau...tapi cair dengan Qaseh...mesti dia ni seorang yang hebat...bila kau nak kenalkan aku ya...tak sabar nak jumpa dengan gadis yang bisa mencairkan hati jantan kau"
"buat apa nak jumpa dengan kau tak pasal pasal nanti kau pula yang terpikat...nanya aku"
pecah tawa mereka.
"see...tau pun takut...tu pasal lah aku kata jangan lambat nanti terlepas"pesan Amar.
Dia cukup faham dengan Ziyyad seorang lelaki yang terlalu setia.
Namun jauh di sudut hati seorang kawan dia juga ingin lihat agar Ziyyad pun dapat hidup bahagia dengan hidupnya suatu hari nanti.
Bertahun wajah suram Ziyyad akhirnya seolah disinari cahaya.
"insyaallah...lepas ni aku cuba"
"jangan cuba....buat terus...ingat tu...bunga kalau berkembang ramai kumbang yang suka hinggap..."pesan Amar sebelum keluar dari perut kereta.
Ziyyad ketawa dan berfikir.
"betul kata Amar...nampaknya aku kena cepat"bisik Ziyyad sendirian sambil keretanya meluncur laju.
.........
.........
Jam menunjukkan 5 petang butik Andaman mula di tutup.
"Qaseh lupa nak tanya...rumah sewa tu Qaseh duduk lagi ker?"tanya Athirah.
"mati aku nak jawab apa ya..."gumam aku.
"ya...kak..kenapa?"tanya aku tergagap gagap.
"kalau gitu jap lagi akak nak ke rumah lah..ambil barang akak kat sana..."jawab Athirah sambil masuk ke dalam perut kereta.
"baiklah...Qaseh tunggu"jawab aku sambil menghidupkan enjin skuterku.
"aduh...macam ni aku kena balik sana dulu lah..."aku berbisik sendiri.
Lebih kurang beberapa minit aku sampai di rumah sewaan kami.
Sejurus kemudian kak Athirah pun sampai.
Pintu di buka kami pun melangkah masuk.
"alamak berhabuknya...kau tak sapu ker Qaseh?"tanya Athirah pada ku.
Aku hanya tersengih.
"sakit kak"jawab ku sepatah sambil buat muka tak tahu malu.
"tak pa kak nanti saya sapu dan mop lantai..."terus aku mencapai penyapu.
Terpaksa lupakan kesakitan sementara.
Athirah terus menuju ke biliknya.
Aku terpaksalah menyapu demi menutup rahsia bahawa aku tidak lagi tinggal di sini.
Tapi masih lagi jadi penyewa.
Selesai menyapu dan mengemop lantai aku duduk di sofa.
Kesakitan lutut aku mula terasa.
"adeh....bila lah nak lega ni..."aku menyelak kain yang di pakai.
"oii...teruk jugak tu"terpancul Athirah dari dalam menjinjit beg pakaiannya.
"sikit jer ni... pedih sikit"jawab ku
"macam manalah boleh jatuh....ni Qaseh kau berani ker nak tinggal sorang kat sini...kalau tak carilah penyewa lain sorang"Athirah bagi pendapat.
"tak apa kak...nanti Qaseh fikir...akak dah packing semua ker baju...kut ada yang tertinggal lagi..nanti boleh Qaseh hantarkan"
"ada sikit lagi tu....yang akak tinggal kau ambil jer..bagi kat kau"ujar Athirah.
"terima kasih kak"
"nah ni duit untuk bulan ni...nanti bagi kat kak timah..."Athirah menghulurkan beberapa keping duit kepada ku.
"penuh ker kak...?"tanya aku bila lihat duit yang diberikan oleh Athirah tadi.
"akak bayar untuk bulan ni...tak apa sedekah..."jawab Athirah.
"thanks akak..."
"jom Qaseh tolong angkat"
"tak payah...lutut tu takut akak tengok tadi kata skit jer...nanti tak pasal boyfriend kau marah akak dera kau"sambil mengangkat beg ke dalam but kereta.
"ish akak ni buat lawak pula...mana lah Qaseh ada boyfriend..."ujarku sambil ketawa.
"ya lah tu...nak akak rekomenkan Ziyyad?"tanya Athirah buatkan aku terkejut.
"Abang Ziyyad?"aku buat buat terkejut pula.
Athirah ketawa bila tengok muka aku yang blur.
"okay lah akak balik dulu...hati hati...kalau ada apa apa call akak"pesan Athirah sebelum pergi .
Aku melambainya sehingga kereta hilang di pandangan.
Jam di tangan aku lihat sudah hampir waktu maghrib.
Aku mengambil keputusan tinggal dulu di sini sehingga habis maghrib.
Share this novel