Hari ini merupakan hari bersejarah Kak Athirah dan tunangnya bakal disatukan.
Aku dan Liza ditugaskan untuk menjadi pengapit dan tukang rias di situ.
Oleh kerana Kak Athirah merupakan seorang mak andam maka semua diuruskan sendiri,kami berdua hanya tolong apa yang patut sahaja.
Kini aku sendiri pun sudah mula belajar asas solekan.
"ummi....cantiknya..."datang si kecil menghampiri ku yang sedang meletakkan selendang di kepala Kak Athirah.
"Nurin....sini mari ummi makeup"ajak ku.
Nurin terus naik ke atas kerusi yang ada di depanku.
"wei sejak bila kau ada anak...cute pulak tu"
Tanya Liza yang dari tadi makeup mengalahkan pengantin.
"kau jangan tak tahu Liza tak lama lagi Qaseh ni jadi sepupu aku wei"Kak Athirah pulak mencelah.
"ya ker kak?"tanya Liza terkejut.
"ada ada jer lah akak ni...berangan saja boleh la...Daddy Nurin ni tak mau pun kat Qaseh..."ujar ku merendah diri.
Tetapi jauh di sudut hati ku sememangnya aku berharap moga jodoh ku dengan Ziyyad kesampaian.
Dalam diam aku mula jatuh hati dengannya.
"mana Qaseh tahu...akak tengok dia duk perhati jer Qaseh malam tadi....akak kenal lah Ziyyad tu....kalau dia sukakan seseorang tu pandangannya ada sinar di mata dia....teringat akak masa dia pandang arwah Sofia dulu....sesuai apa Qaseh dengan dia...dia tu duda hot tau...ramai yang nak kat dia...tapi dia jer tak pandang"Kak Athirah mula buka cerita.
"oh...arwah isterinya nama Sofia ker?"_tanya ku berminat mendengar.
"ya...Sofia ni kakak angkat akak...meninggal masa lahirkan Nurin"
Aku mengangguk faham.
Sambil menyikat rambut panjang Nurin...sama dengan rambut ku paras punggung.
"rugi aku tak jumpa malam tadi..."ujar Liza.
"Nurin....Nurin suka ker kalau Ummi Qaseh ni jadi ibu Nurin"tanya Kak Athirah pada Nurin yang tadi menadah mukanya padaku untuk dia solek.
"suka...suka..."jawabnya sambil mengangguk.
"mai sini acik nak cakap"ajak Kak Athirah supaya Nurin datang dekat dengannya.
Nurin turun dari bangku terus menuju ke arah Kak Athirah.
"Nanti Nurin pujuk Daddy nikah dengan Ummi Qaseh ya....kata kat Daddy Nurin tak mau orang lain jadi ibu Nurin"siap dia mengajar Nurin pula.
"akak....aduh...kenapa ajar Nurin macam tu..malu lah Qaseh nanti...macam perigi cari timba pula"aku mencebik.
"tak ada lah istilah perigi cari timba,ni zaman moden tau...perempuan kena ambil langkah drastik...baru semua on...lelaki ni ego dia kuat...hati dia kata mahu...tapi takut ego dia jatuh dia senyap....tapi kalau kita pun terus senyap pula nanti melepas"pesan Kak Athirah.
"betul tu akak..saya sokong 200%"Liza pula bagi sokongan.
"amboi kau sampai 200% ya..."kami tergelak.
"haruskah aku yang memulakan langkah?"gumam ku.
"kak Athi pengantin lelaki dah sampai"datang adik kak Athirah memberitahu yang pengantin lelaki sudah sampai.
Tawa kami terhenti.
"dah jom akak...turun pengantin dah sampai"kami terus bangun beriringan menuju ke bawah.
"akak tak rasa gementar ker ?"tanya ku bila menuruni anak tangga.
"mestilah gementar...seram sejuk pun ada"jawab Kak Athirah berbisik padaku.
"macam manalah nanti kalau Qaseh kahwin ya..mesti macam akak juga"ujar ku sambil tergelak kecil.
"gatal..."cubit Liza.
Aku menyeringai kesakitan.
Kak Athirah ketawa sambil menutup mulutnya menahan.
........
........
Ziyyad bersiap untuk ke rumah Athirah.
"harap kau happy Athirah"bisik Ziyyad sendirian.Di tangannya ada 2 keping tiket ke Paris.
Dia memasukkan tiket itu ke dalam sampul untuk diberikan kepada sepupunya sempena hadiah perkahwinannya.
Dia terus memecut laju ke rumah Athirah.
......,...
..........
"cantiknya anak menakan maksu...berseri seri..."
Puji Mama Rosnah.
"hmmm...pengapit pun cantik ...boleh tertukar nanti ni"
Aku dan Liza tersenyum.
"terima kasih maksu...maksu, Ziyyad mana tak nampak pun"tanya Kak Athirah sambil mengerling ke arah ku.
Aku buat muka tak tahu jer.
"tadi dia call dalam perjalanan"ujar Mama Ros ringkas.
"Nurin jom ikut tokma Ummi kena teman acik kejap"Mama,Rosnah mengajak cucunya Nurin.
"Nurin duduk dengan tokma sekejap ya Ummi nak teman acik jap "pujuk ku.
Nurin mengangguk.
Semasa aku baru mula duduk menemani Kak Athirah mata ku ternampak Ziyyad baru jer melangkah masuk.
Segak berpakaian baju melayu berwarna peach lembut sedondon dengan ku.
Dia menghampiri pengantin lelaki dan duduk di sebelahnya.
Maka berhadapan lah dengan aku.
Sempat aku dan dia membalas pandangan.
Dia senyum pada aku ketika itu.
Aku apa lagi balas lah..
Senyuman itu kan sedekah.
"amboi berbalas senyuman"sempat lagi Kak Athirah berbisik padaku.
Aku tergelak kecil.
Dengan sekali lafaz akhirnya Kak Athirah sah bergelar isteri kepada Baharuddin yang juga kawan baik Ziyyad.
Selesai majlis akad nikah Kak Athirah dan pasangannya duduk bersanding atas pelamin.
Aku tak sangka rupanya Ziyyad adalah pengapit lelaki pada ketika itu.
Entah mengapa aku jadi gugup dengan tiba tiba.
"kak kenapa tak cakap yang abang Ziyyad jadi pengapit?"aku berbisik pada Kak Athirah.
"suprise!!"bisik Kak Athirah kembali.
Maklumlah masa ini ramai orang jadi kami cakap terpaksa berbisik bisik.
"ni ker duda hot mr.perfect 10 tu?"tanya Liza tiba tiba.
Aku hanya tersenyum dan meletakkan jari ke mulut tanda untuk Liza diam.
Kami sudah pun berada di atas pelamin bersama pengantin.
Hampir sejam majlis berlangsung dia pentas pelamin,naik lenguh rasa kaki terpaksa berdiri,berposing ,bergambar sana sini.
Akhirnya sesi bergambar selesai,aku menarik nafas lega.
"Jom Liza,Qaseh teman akak makan"ajak kak Athirah mengajak kami untuk makan bersamanya.
"Ziyyad jom sekali join kami"ajak suami kak Athirah.
Aku dan Liza sudah Membuntuti kak Athirah menuju ke ruang makan beradab.
Kebetulan Liza,duduk sebelah kak Athirah makan aku terpaksa duduk bersebelah dengan Ziyyad.
Aku senyap tak berkata apa apa cuma mampu tersenyum malu.
Seolah kak Athirah sudah merancang agar kami duduk bersebelahan.
"makan lah..kenapa tengok saja tadi kata lapar.."ujar Liza apabila lihat pinggan ku belum terusik.
Ziyyad juga senyap menikmati hidangan di depannya.
Tapi aku tak berselera nak makan bila menatap wajahnya sudah membuatkan aku kekenyangan.
"Ummi nak makan"selalunya si kecil inilah yang datang menyelamatkan aku.
"duduk sini"aku mengangkat Nurin ke ribaan aku.
"Nurin...mai sini kat Daddy"ajak Ziyyad.
"tak pa abang biar Qaseh suap dia makan"
Ziyyad mengangguk setuju.
"untung kau Qaseh...dapat package lengkap siap ada anak terus.."Liza menyiku aku.
Kedengaran suara kak Athirah dan suaminya ketawa mendengar kata kata Liza.
Aku tertunduk malu.
Ziyyad hanya memandang ku sambil tersenyum.
Aku terus menyuapkan nasi ke mulut Nurin.
"Daddy nak air"
"ok.."Ziyyad menyuap air ke mulut Nurin.
"terima kasih Qaseh sebab layan Nurin"Alhamdulillah ada juga perkataan terima kasih dari mulutnya untuk ku.
Aku mengangguk sambil tersenyum.
Selesai makan aku membawa Nurin untuk ke tandas yang berada di dalam.
Semasa melangkah masuk tadi aku perasan seolah ada mata memandang ku oleh kerana Nurin menarik laju tangan ku ...aku terus mengikutnya.
Selesai membuang hajat dan uruskan Nurin,kami keluar...
Share this novel