Ziyyad hanya tersenyum memandang ku.
"silakan Tuan Ziyyad"sapa seorang pelayan.
"terima kasih"jawab Ziyyad.
Kerusi dibuka untuk aku duduk.
Ziyyad mengambil tempat betul di depanku.
Suasana malap lampu restoran hotel lima bintang itu menambahkan lagi suasana romantik...diselangi dengan bunyi biola yang mengasyikkan.
Aku masih lagi kaku tanpa kata.
Wajah tenang Ziyyad membuatkan aku makin kegelisahan.
"abang...Qaseh tak selesa lah...."
"relax lah..."dari tadi dia tenang jer aku tengok.
"happy birthday to you,happy birthday to you,happy birthday to Qaseh..."kedengaran suara nyaring dari kejauhan mengejutkan aku.
Mulutku melopong dan lidah aku kelu.
Kelihatan beberapa orang yang aku kenali datang membawa kek hari lahir di tangan.
Kak Athirah,Bahar, dan yang lebih mengejutkan aku adalah mama dan Nurin pun ada sama.
"Suprise.....happy birthday Qaseh"ucapan ikhlas dari Ziyyad.
Lidah aku semakin kelu,setitis airmata gugur tanpa ku sedar.
"happy birthday Qaseh...."Athirah datang memeluk ku...aku masih lagi kaku.
"abang...."hanya sepatah perkataan yang terkeluar dari mulutku.
"ummi....happy birthday...."datang Nurin memeluk ku.
Aku duduk setaraf dengan ketinggian Nurin.Kini airmataku mengalir laju.Memeluk badan si debab depanku.
Pertama kali dalam hidupku dapat kejutan sebegini rupa.
Nikmat apa lagi yang harus aku dustai...
Kasih sayang orang di sekelilingmu membuatkan hatiku gembira.
"tak sangka menjadi idea Mama"aku tersentak...
Rupanya mama yang berada di sebalik tabir...menjadi pengarah...Ziyyad pelakon utama dan yang lainnya pelakon tambahan dan aku seolah badut...
"jadi mama yang rancang semua ni?"tanya aku terus memeluk tubuh insan yang ku anggap ibu,insan yang sudi menumpangkan kasihnya padaku.
Aku bersyukur di pertemukan aku dengan mama serta keluarga kecilnya.
"Terima kasih mama..."ucapan ikhlas dariku.
Mama turut mengucap kan ucapan selamat hari lahir padaku dan mengucup lembut ubun ubun ku.
"dah...bila nak tiup lilin ni...nanti tak pasal makan kek lilin pulak"ujar Bhar membuatkan semua tergelak.
Ziyyad mendekati ku dan mengelap sisa airmata yang gugur si pipiku.
"aduh...romantik nya....naik berbulu mata aku Ziyyad"Athirah mencubit bahu Bahar.
"aduh..."Bahar menyenyeringai kesakitan apabila dicubit oleh isterinya.
Aku tertunduk malu.
"Yad...Qaseh dah lah tu...mai duduk sini...semua dah lapar ni..."tegur mama.
Kami tergelak kecil bila terdengar kata kata mama.
Kek dipotong dan hidangan lain pun sampai di meja kami.
"makanlah..."bisik Ziyyad ke telingaku.
Perut yang lapar terasa kenyang.
sepotong kek disuapkan ke mulutku.
"Ziyyad makan sudah...semua sudah tapi satu lagi yang kami duk tunggu ni...bila lagi?"tanya Athirah membuatkan aku cuak.
Mama masih tersenyum.
"abang...ada apa kejutan lagi ker?" tanya ku untuk kepastian.
"Nurin sayang..."Panggil Ziyyad.
Nurin datang membawa satu bungkusan kecil dan dihulurkan pada Ziyyad.
"nah...buka.."kotak kecil itu bertukar tangan.
Aku sambut dengan senyuman.
"apa ni?"tanya ku.
Satu persatu balutan aku buka.
Debaran terasa seolah berhadapan dengan peperiksaan akhir.
"cincin?"terpancul dari mulutku.
Ziyyad mendekati ku dan mengambil kembali cincin yang aku pegang.
Aku tertelan liur...mencari satu ketetapan di fikiranku.
"Nur Qaseh binti Rahman...sudikah Qaseh menjadi suri di hati abang?"satu perkataan yang aku nantikan selama ini...
Akhirnya...akhirnya....Ziyyad Iman.bin Zakaria melamarku pada hari kelahiran ku.
Tarikh keramat dalam hidupku.
Saat aku dilahirkan dari rahim ibuku yang kini bersemadi tenang di alam barzakh.
Hari ini segenap usiaku lapan belas tahun yang telah menjadi seorang gadis yang melalui pelbagai ranjau dan liku kehidupan.
Aku hanya mampu mengangguk hiba dan sayu...kini airmata ku mengalir sekali lagi...
Cincin lamaran disarungkan ke jari manis ku bersaksikan mama,Nurin serta Athirah dan suaminya.
Kini secara rasminya hatiku milik insan bernama Ziyyad...cuma tunggu masa untuk kami diijab Qabul.
"terima kasih abang..."ku ucapkan pada Ziyyad bila memasuki perut kereta.
"sama sama kasih"Ziyyad mengambil tanganku dan mendekatkan ke bibirnya.
Dikucup lembut...terukir senyuman yang manis.
Aku tersenyum..begitu indah detik ini...
Hanya aku berdua di dalam kereta mama dan Nurin datang dengan Pak joe maka mereka pun pulang dengan Pak Joe.
"Qaseh happy?"tanya Ziyyad apabila kereta diberhentikan di tepi jalan.
"mestilah happy...dah lama Qaseh tunggu saat abang lamar Qaseh..."ujar ku lembut.
"maafkan abang sebab ambil masa yang lama untuk buat semua ni..."genggaman tangannya masih lagi tidak di lepaskan.
"hmmm....tapi pandai kan abang dan mama rancang semua ini...memang menjadi...sebenarnya Qaseh hampir lupa hari ni birthday Qaseh...sepanjang hidup Qaseh inilah kejutan yang paling besar dan bermakna dalam hidup Qaseh...terima kasih abang..."terasa ingin aku memeluknya,saat ini.
Tapi aku sedar hubungan kami masih lagi bukan ikatan yang halal.
"berapa kali nak ucap terima kasih...abang yang seharusnya ucap terima kasih pada Qaseh sebab sudi hadir dalam hidup abang...terima kekurangan abang...terima Nurin ..."ujar Ziyyad dan sekali lagi tanganku di kucup lembut.
"terasa ingin ku kucup bibir mungggil mu Qaseh...tapi..."gamau Ziyyad.
"tapi kalau abang nak tuntut janji Qaseh tadi boleh?"tanya Ziyyad dengan pandangan menggodanya.
"tuntut janji?janji apa?"aku buat buat lupa...tapi memang aku terlupa pun...hihi.
"tadi kata bila abang depan mata nak peluk cium...."
Kini tanganku di letakkan di dadanya.
Dapat aku rasakan getaran jantungnya bergetar kuat.
Mataku membulat,tertelan air liurku.
Aku mula kegelisahan..
"tadi Qaseh gurau jer.....tak s..sungguh...p..pun"kata ku tersekat sekat
dia semakin mendekatkan mukanya ke arah ku..
Aku sedikit menjarakkan mukaku.
"dah jom balik....seramlah.....nanti tak pasal kena tangkap khalwat kat sini"ujarku apabila renungan tajam Ziyyad ke arah ku membuat jantung aku hampir gugur.
"lagi senang...terus nikah"ketawa Ziyyad bukan main lagi.
"amboi...nikah free nampak"aku mencubit pehanya.
"ouch...sakitnya"dia menyeringai kesakitan.
"kan....gatal sangat....jom balik...esok kita nikah"
"betul?"aku hanya tertawa.
Dia segera menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi bersama kegelapan malam.
Malam yang penuh airmata kegembiraan.
Aku sujud syukur padamu Ya Allah....
Malam itu aku terlena diulit mimpi yang indah....
Share this novel