bab47

Romance Completed 29803

"mama ada buatkan bubur...nanti Qaseh makan ya"mama meletakkan mangkuk yang berisi bubur di atas meja dan berlalu keluar.
"terima kasih mama'

Tekak ku kini tidak mampu untuk menelan makanan.
Segala apa yang aku makan mesti diluahkan balik.

"sayang...makan sikit,kesian kat baby...dah banyak hari sayang tak makan cuma minum jer"

Aku menggelengkan kepala.
Bau bubur di tangan Ziyyad membuatkan aku berasa mual.
Sedikit bubur disua ke mulut,aku cuba telan dengan payah.

Terus aku berlari ke bilik air
"uwekkk!! habis semua keluar...

"sayang..."belakangku digosok lembut.
Perut ku mengeras dan sakit.

"Qaseh tak boleh makan...uwekkk!!berkali kali muntah sehingga tiada lagi bersisa.
Aku menjadi semakin lemah.

"sayang duduk dulu"badan ku direbahkan.

"abang tak kerja ker hari ni?"tanyaku lemah.

"abang ambil cuti,tak sampai hati tinggalkan sayang macam ni,"kerisauan jelas diwajahnya.
Aku terus bangun memeluknya.

"kenapa ni...sayang ok ker?"aku semakin eratkan pelukan.

"Qaseh nak hidu bau abang....terasa khayal...asyik..hilang sakit kepala ni.."terus aku menghidu macam anjing pengesan.
Ziyyad tergelak dengan kelakuan aku.

"eeemmmm nasib sayang suka dengan bau abang...kalau tak memang tidur luar lah kan...macam macam karenah ibu mengandung ni"bibirku dipagut lembut.

Teringat dengan arwah Sofia yang tidak boleh bau apa apa perfume yang dipakainya sehingga terpaksa tidur diluar.

"abang...Qaseh teringin nak makan cendol"kepala ku letakkan di ribanya kini.
Rambutku diusap lembut.

"anak daddy nak makan cendol ya"perut ku pula di usap.
Aku tergelak sebab kegelian bila perut usap sebegitu.

"sayang nak makan cendol kat mana?"

"apa kata kita pergi kat gerai kak Senah..."

"gerai kak Senah?"

"ala...kat pantai tu lah...lupa ker buat buat lupa?"Aku terus bangun dari ribanya.
Rambut yang dileraikan tadi ku sanggul kembali.
Berlalu ke balkoni.

Ziyyad bangun membuntuti terus memelukku dari belakang.
Dagunya letak dibahuku.

"sayang ok ker?"sanggulku dilepaskan.Ziyyad lebih suka melihat rambut panjangku tanpa disanggul.
"abang ni suka sangat lepaskan rambut..."

"cantik....buat abang jatuh cinta berkali kali"pipiku dikucup.
Aku tersenyum.

"jomlah tadi kata nak makan cendol..."

"nantilah...tunggu Nurin balik dari sekolah...kesian kat dia dah lama tak bawa dia main pantai"

"emmm...habis tu sayang tak lapar ke sekarang ni...daripada tadi asyik muntah jer..."badanku dipalingkan berhadapan dengannya.
Rambut ku diselitkan di telinga.

"lapar lah...tapi tak ada selera...makan muntah,makan muntah..."kepalaku dilekapkan ke dadanya.

kring!kring!
panggilan telefon mengejutkan kami.

"kejap sayang abang tengok siapa yang call"

Ziyyad terus beredar mencapai telefon yang berada di atas tilam tadi.
Qaseh hanya memerhati dari jauh.
Semacam ada sesuatu ketegangan di muka Ziyyad.

"siapa yang call?"tanya ku.

"entahlah tiada nama....."aku kerutkan kening bila Ziyyad memberikan jawapan yang agak mencurigakan.

"tapi macam lama jer cakap tadi..."suaraku mendatar.

"tak ada siapa...biasalah silap nombor.."Ziyyad memeluk dan menciumku.
Aku hanya mengangguk.

...........
...........

Selepas Nurin pulang dari sekolah kami terus ke pantai untuk menikmati cendol yang aku inginkan.

"sayang...makan tu elok sikit kan dah comot"Ziyyad mengelap sisa cendol dimulutku.

"sedap...dah lama tak makan.."semangkuk dapat ku habiskan tanpa merasa loya.

"Ummi nak pergi sana"tunjuk Nurin ke arah pantai.

"ok...habiskan ABC tu dulu lepas ni kita ke sana.

Nurin dengan cepat menghabiskan air batu campurnya.

"dah?ok...jom"

Seronok tengok si debab bermain dengan air.

"sayang dah kenyang ker"Ziyyad datang memeluk bahuku yang sedang asyik bermain air dengan Nurin.

"alhamdulillah....harap tak keluar balik nanti"
sesekali Nurin merenjis air ke muka kami.

"Nurin...jangan...nanti basah daddy ngan Ummi ni.."tegur Ziyyad.

"hai handsome...."kedengaran suara orang menyapa.

Kami tertoleh serentak.
Seseorang yang tidak aku kenali berada di depanku dengan berpakaian seluar ketat dan baju yang menampakkan kedua asetnya.

"cik Lina...awak...buat apa kat sini?"tanya Ziyyad gugup.
Ku teka mungkin kawan sepejabatnya.

"laa,.tempat umum kut...sesiapa pun boleh datang sini kan?"dia mengerling ke arah ku.

"well...ni wife you ker?"dia menghulurkan tangan padaku untuk bersalam,salam disambut dan aku hanya mengukir senyum.

"ya...my wife"
Pandangannya pada Ziyyad buat hatiku tidak selesa.

"oklah tak nak ganggu korang berdua...see you..."Lina terus berlalu pergi.

"kawan abang ker?"terus terpancul pertanyaan dari mulutku.

Ziyyad masih lagi melihat Lina mengatur langkah pergi.

"abang dah sampai mana?"tanganku lambaikan padanya.

"ya..ya...sayang tanya apa tadi?"wajahnya mula berubah.

"tak ada apa jom balik...loya lah..pening"keluh ku.
Terus aku menarik tangan Nurin pergi dan Ziyyad agak terkejut.

"sayang kenapa ni...marah abang ker?"tanya Ziyyad bila melihatku cemburut.

"tak ada apa ...cuma sakit hati jer..."Dia agak terkejut mendengar jawapan dari ku.
Dahinya dikerut.

"aku buat salah ker?"gumam Ziyyad.

"sayang sakit hati pasal apa?"tanganku digenggam dan aku membiarkan sahaja.
Kelihatan Nurin sudah terlena di belakang.

"Lina tu kawan sepejabat abang ker?"tanya ku mendatar.

"ooo...ni pasal cemburu lah ya....emmm...patut mencuka macam ni..."hidungku dipicit.

"ya..memang Qaseh cemburu,sakit hati bila abang pandang dia tadi...cara abang tu tak betul"aku seolah memarahinya.
Ziyyad ketawa.
Aku terus memukul bahunya.

"sayang sakitlah....mana ada abang pandang dia...abang cuma terkejut macam mana dia ada kat situ tadi"terang Ziyyad.

"apa maksud abang?"

"tak ada apalah..."Ziyyad seolah sembunyikan sesuatu.

"abang berhenti tepi kejap"perutku mula terasa mual.

"kenapa ni..."terus Ziyyad memberhentikan kereta di tepi jalan.
Aku terus meluru keluar tanpa menjawab pertanyaannya.

Sekali lagi aku termuntah,habis segala cendol yang dimakan diluahkan.

"Ya Allah...."Ziyyad datang menggosok belakangku.
Tubuhku kembali layu....
Beberapa kali aku muntah sampai habis kosong perutku.
Keadaan aku kembali tidak bermaya,Ziyyad memapah masuk ke dalam perut kereta dan tempat duduk ku dijatuhkan agar aku selesa baring.

"sayang tidur dulu...nanti balik kita makan ubat"aku hanya mengangguk lemah.
Ziyyad meneruskan pemanduannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience