bab 34

Romance Completed 29803

Pelbagai persiapan perkahwinan antara aku dan Ziyyad telah dibuat,ayah memberikan cadangan agar majlis berlangsung di rumahnya.
Aku terpaksa akur demi tidak mengecewakan ibu tiri dan ayah.
Selepas pertemuan antara kami di rumah Ziyyad tempoh hari hubungan kami semakin rapat.
Layanan ibu tiri ku Sarimah begitu baik sekali,boleh di katakan segala persiapan perkahwinan semua dia yang uruskan.
Hati aku rasa cukup bahagia,akhirnya keluarga kecil ku bersatu.
Sementara aku dan Ziyyad di satukan aku diminta oleh ayah untuk tinggal di rumahnya.

"seeloknya sementara korang nikah ni duduklah dengan ayah dulu.."ujar ayah padaku.
Baki hari pernikahan kami pun cuma tinggal 3hari sahaja lagi.

"betul tu,sekurang kurangnya,sementara Qaseh jadi milik Ziyyad bolehlah kami bermanja dulu,nanti nak manja manja tak boleh dah"sambung ibu.
Aku tersipu malu.
Ziyyad memandang aku sambil tersenyum.

"macam mana Yad,kau ok ker...?"tanya mama dengan nada bergurau.

"Yad tak kisah,lagi pun bukan orang lain..rumah ayah dia juga"ujar Ziyyad terus memandang ku.
Aku mengerut dahi.

"Qaseh...diam jer dari tadi...ok ker tinggal dengan ayah,ibu kat sini...?"pertanyaan mama mengejutkan aku.

'hah...ok..ok....Qaseh tak kisah lagipun nanti Qaseh pergi sana juga kan"tergagap aku menjawab.

"ni mesti mengelamun sampai bintang dah"perli Ziyyad.

"mana ada...."aku menarik muncung panjang.

"hmm...Ziyyad ni dah nak nikah esok lusa pun tak habis habis menyakat...kesian Qaseh"ujar mama,sambil tergelak kecil.

"abang ni saja jer.. malukan Qaseh"aku bangun berlalu ke balkoni.

Mereka memandang ku turut ketawa.
Rumah banglo 2tingkat milik ayah dan ibu tiriku begitu cantik sekali.
Dari atas dapat lihat kolam renang yang luas dan tanaman yang menghijau.
Rumah besar tapi penghuni nya cuma ayah dan ibu.
Aku merenung sayu wajah ayah dan ibu tiriku yang sedang berborak rancak dengan mama.
Adalah tu bincang tentang persiapan nikah kami.

"menung lagi?"datang Ziyyad menghampiri aku.

"tak...cantik kan...view dari atas..."jawab ku

"emmm...cantik...."jawab Ziyyad ringkas.

"sayang ok ker ni..."pertanyaan Ziyyad begitu simbolik.

"ok jer...kenapa?"

"kita tanya dia,dia tanya kita...apa perasaan sayang sekarang ni...dengan ayah...ibu"tanya Ziyyad mendatar.

"alhamdulillah...ibu baik sangat...tapi masih baru kan untuk Qaseh menilai...so far ok...dia layan Qaseh baik sangat...ayah...macam ayah lah...Qaseh ni kan dah besar...kalau macam Si debab abang tu lain lah...boleh manja lebih..."aku tersenyum terasa senang di hati ku.
Terang aku katakan aku bahagia kini bersama mereka.

"tak palah slow slow...lagi pun sayang baru jumpa diorang...sekurang kurangnya Qaseh dah jumpa ayah...nanti nak bermanja tu abang kan ada..."ulat bulu mula naik daun...

"hmm...ni ada makna yang tersirat lah ya....."aku mencubit lengannya bila dia mula merapati ku.

"ouch..sakitnya...ni mesti lebam.."Ziyyad menyeringai kesakitan.
"padan muka gatal...."

"tak pa...tunggu...tak lama lagi tengok macam mana abang ni gatal..."
Aku terus berlari masuk apabila Ziyyad ingin mendapatkan aku.

"ish..ish...tak habis habis main kejar mengejar macam Hindustan..malulah sikit..."bebel mama.
Aku menutup mulut menahan ketawa.

"Yad borang nikah semua tu kau dah settle ker?"tanya ayah.

"dah ayah...settle,tunggu ijab dan Qabul jer"dia mengerling ke arah ku.

"hmmm...gatal lah tu"aku mencebik.

'dah jom Yad,kita balik dulu lah...nanti ada apa apa call,kut ada apa yang kita orang boleh bantu kita pun kat rumah nak kena buat persediaan sambut menantu pula kan"ujar mama pada Ziyyad.

"baik lah kak,terima kasih lah sebab selama ni jagakan Qaseh,syukur sangat sebab dapat satukan kami anak beranak"ujar ayah.

'kak Ros kalau perlukan apa apa nanti cakap jer,apa yang mampu kitaorang tolong kita bantu"sambung ibu pula.
Mereka,bersalaman dan memohon diri untuk pulang.

Sempat lagi Ziyyad bermain mata denganku.
"sayang...nanti abang call ok"dia datang berbisik padaku.
Aku hanya tersenyum.

"jom Qaseh ikut ibu"ibu datang memegang bahuku yang dari tadi melihat kereta Ziyyad meluncur pergi jauh dari pandangan.

"pergi mana?"tanya ku.

"kita pergi manjakan diri,pergi spa...Qaseh kan dah nak kahwin..jadi mandi bunga bagi naik seri muka tu"ujar ibu.

"wah best bunyinya..."aku mula teruja.Sepanjang hidup ku mungkin inilah yang pertama kali dalam hidupku pergi spa.

"jom siap,ibu tunggu di kereta"
aku mengangguk dan berlalu ke bilik menukar baju dan kembali turun ke bawah.

"wah dua beranak ni nak kemana tu?"tanya ayah bila lihat kami mula melangkah keluar.

"nak bawa bakal pengantin ni mandi bunga kejap"ujar ibu

"emmm...elok lah tu..ni abang nak ke kedai kejap,sebab nak kena saing cek...balik tu jangan lambat sangat...sebab banyak benda nak kena buat"pesan ayah sebelum melangkah pergi.
Kami pun turut membuntuti keluar.
......
......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience