"Ziyyad hang cuti hari ni,bawalah Nurin pi jalan jalan kat pantai ka"ujar makcik Rosnah pada Ziyyad.
"Alah mama...Ziyyad nak rehat lah...hari lain kerja...hari ni jer yang cuti..."
bila suruh bawa Nurin keluar pasti saja ada alasan.
"jom la Daddy..Nurin nak jumpa ummi...mesti ummi ada kat pantai tu"Nurin menarik lengan baju bapanya.
"ummi mana pula ni mama?"tanya Ziyyad hairan.
" perempuan yang dia jumpa kat pantai haritu...kat hospital pun dia pi "jawab ibunya.
Ziyyad hanya terdiam sambil menatap skrin telefon nya.
"tokma nak pergi pantai...jumpa ummi"Nurin merengek.
"mana tau dia ada ka dak Nurin"tokma cuba memujuk.
"jom la tokma...ada..ada...ummi mesti ada..."dia menangis terisak isak.
"hang ni pun Ziyyad bawalah sat dia pi pantai,bukan jauh pun"ibunya dah mula membebel.
"dah jom lah ikut daddy...ajak tokma sekali..."Ziyyad terus berlalu ke keretanya.
Nurin terus tersenyum apabila melihat ayahnya menuju ke kereta.
..........
..........
"wah makcik Senah ramai jugak ek orang hari ni...tak menang tangan"ujar aku sambil mengutip pinggan kotor di atas meja.
"tu la...nasib baik kau sudi bantu,kalau tak jenuh makcik"
"rezeki makcik...janji ada upah"jawabky sambil gelak.
"kau ni duit jer ker nak?!Kamal menyampuk.
"hai abang tu kerja tak nak duit ker?"perli aku.
"nak lah juga...kumpul buat kahwin"sambil mengangkat kening.
"ha tau pun...kata orang...abang nak kahwin ngan siapa?"tanya ku menyibuk.
Kalau dia kahwin aku lagi suka tak lah dia nak menyakat aku sedia.
"Kamal nak kahwin...duit pun tak da"sampuk kak tina,dari belakang.
Aku tergelak mendengar kata kata Tina tadi.
Kamal mencebik.
"dah lah duk menyembang tu customer datang"makcik Senah menyuruh ku ambil pesanan.
...........
...........
Nurin begitu gembira apabila sampai di pantai.
Dia terus turun dan menarik tangan bapanya.
Ziyyad hanya menurut langkah laju anaknya.
Sudah lama rasanya dia tidak membawa keluarganya di sini.
Kenangannya terlalu banyak di pantai ini.
Arwah isterinya juga seperti Nurin minat bermain dengan air pantai,hampir setiap hari mereka berjumpa di pantai sehinggalah mereka berkahwin dan mengandungkan Nurin.
"jom Daddy...kita main air"Nurin menarik tangan Ziyyad,makcik Rosnah turut gembira apabila tengok Nurin gembira.
"Nurin pergi lah dengan tokma,daddy dahaga nak minum air kejap"
"jom tokma"Nurin terus menarik tangan tokmanya menuju ke birai pantai.
Sesekali terdengar Nurin tergelak apabila air mengenakan kakinya.
Ziyyad terus berlalu pergi ke gerai cendol makcik Senah yang kebetulan Qaseh kerja di situ.
"order encik"aku menghampiri pemuda yang sedang duduk di bawah payung meja.
Dia mendongak ,zup jantung ku macam nak luruh tengok wajah tampan si jejaka yang ada di depan aku
Aku tersenyum menahan hati yang sedang gundah.
"bagi cendol dan keropok goreng"Masyaallah suaranya buat jantung ku berdegup kencang.
"cik,dah ambil order ker?"aku tersentak dari lamunan.
"ya,ya dah...cendol dan keropok...siap"jawab ku gugup.
Fuh...tapi kenapa aku rasa macam pernah jumpa dengan si tampan ni ya.
Beberapa minit kemudian Kamal membawa pesanan lelaki tadi.
"Daddy!!kedengaran suara si kecil datang menerpa ke arah lelaki tampan tadi.
"Dah ada anak rupanya"bisik ku sedikit hampa.
Aku tak menoleh pun ke arah mereka kerana sibuk mengambil pesanan.
"ummi...ummi!!datang budak kecil menarik baju ku.
"Nurin...Nurin ada Sini?"tanya ku
Nurin mengangguk sambil tersengih menampakkan susunan giginya yang putih.
"Nurin datang ngan siapa..?"tanya ku lagi.
Nurin menunjuk ke arah jejaka tadi dan kelihatan makcik Rosnah pun ada.
"ker dia tu ayah Nurin"bisik ku
"jom ummi...jumpa Daddy ngan tokma"aku kagum melihat kepetahan anak kecil seusia Nurin.
"jap ummi hantar order ni dulu"Nurin mengikut aku terus mendukung Nurin menghantar pesanan tadi.
"hai Qaseh anak sapa pula kau dukung tu?"tanya Kamal.
"anak Qaseh lah...Kenapa tak percaya "tanya ku sambil tergelak.
Riak wajah kamal nampak terkejut.
"makcik,Qaseh pergi sana jap hantar budak ni"
pintaku.
Makcik Senah mengangguk.
Aku mulakan langkah ke arah keberadaan lelaki itu dan Makcik Rosnah.
"assalamualaikum mama"sapa ku.
"waalaikumussalam...Qaseh...kebetulan pula ya...patutlah Nurin berlari ke sana tadi"jawab makcik Rosnah ,sambil aku menghulurkan tangan menyalaminya.
Jejaka tadi hanya jadi pemerhati daripada tadi lagi.
"Qaseh kerja sini ker?"
"tuan kedai pinjam Qaseh harini kebetulan Qaseh cuti"jawab ku penuh kelembutan.
Biasalah nak membodek kan.
"oh ya kenai kan ni Ziyyad anak mama,daddy Nurin"aku hanya memandang dan menghadiah kan senyuman manis padanya
Dia hanya mengangguk dan terus dengan minum cendolnya.
"Nurin nak makan apa,hari ni ummi belanja Nurin"
sambil meletakkan Nurin di kerusi.
"tak kan Nurin jer nak belanja Daddy dia tak belanja ker?"lelaki itu mula bersuara.Tapi wajahnya berpaling ke arah lain.
Aku apa lagi terkejutlah bila dia cakap macam tu.
"mestilah dengan daddy,tokma dan Nurin sekali"jawab ku lembut.
"Nurin nak ABC..."Jawab Nurin.
"mama?"
"bagi jer mama bihun sup"
"ok...siap"jawab ku sambil menjeling ke arah lelaki yang keras macam aisberg itu.
Aku berlalu pergi.
"hai Ziyyad...kau tengok apa tu?"tanya makcik Rosnah.
"tak ada apalah..."segera dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"mama faham"makcik Rosnah tergelak kecil.
Aku datang membawa pesanan Nurin dan mama Ros.
"Nurin,mama and daddy Nurin makan dulu ya...Qaseh ada kerja kejap...nanti bila nak balik panggil ummi ya"aku mencuit pipi gebu Nurin.
"baik ummi..."
Aku terus berlalu pergi menyiapkan kerja kerana sebentar lahir gerai akan di tutup.
Gerai makcik Senah hanya akan beroperasi sampai 6 petang sahaja.
"ummi kami dah nak balik..tokma suruh panggil"
Aku terus pergi sambil mendukung Nurin yang dari tadi mengangkat tangan supaya aku dukungnya.
"ish Nurin turunlah,kesian kat ummi tu"Ziyyad terus mengambil Nurin dari dukungan aku.
Sempat mata aku dan dia berpandangan seketika.
Terasa macam kuasa elektrik yang menyambar.
"ehem..ehem...dah habis ker?"pertanyaan mama Ros mengejutkan kami berdua.
Aku tertunduk malu dan aku tersenyum.
"nah duit.."Ziyyad menghulurkan sekeping not 100 padaku.
"Qaseh belanja.."aku menolak lembut.
"terima kasih "
"tak pa lah lagu tu...Ziyyad nanti lain kali hang pula yang blanja Qaseh noh"yes aku dapat green light dari ibu mertua.
Dalam hati memang berbunga ku rasa.
Aku hanya tersenyum sampai bawa mereka terus ke kereta.
Satu kucupan sayang ku hadiahkan pada si kecil itu...untuk daddy Nurin tak boleh lagi...
Aku mengelamun sampai ke rumah.
Tergelak sendiri mengenangkan peristiwa tadi.
.......
.......
"Daddy nanti kita ajak ummi jalan jalan "
Ziyyad masih diam dengan pertanyaan anaknya.
"hang ni anak duk sembang pun hang buat dak jer"
"ya..."jawabnya sepatah.
Makcik Rosnah tersenyum mendengar jawapan dari mulut anaknya.
"moga terbukalah pintu hati anakku untuk mencari pengganti"Rosnah panjatkan doa.
"yeay...thank you daddy...."anak kecil itu mencium ayahnya.
Ziyyad tersenyum,senang tengok kegembiraan di wajah anaknya.
Ziyyad merebahkan diri di katil setelah selesai tidur kan Nurin tadi.
Penat seharian melayan kerenah Nurin yang sudah pandai berkata kata
Ternyata ibunya begitu sabar menjaga anaknya selama 5 tahun ini,sedangkan dia begitu sibuk dengan kerjanya sahaja sampai terlupa tanggungjawabnya pada Nurin.
"Nur Qaseh..."tiba tiba nama Qaseh terpancul dari mulutnya.
Dia tersenyum sendiri bila teringatkan wajah nakal perempuan yang Nurin panggil ummi itu.
Muda...
Tapi matang..
Tapi jelas kelihatan Nurin begitu sukakan Qaseh.
Sebelum ini Nurin susah untuk mesra dengan orang yang dia baru kenali.
Cantik...ya Nur Qaseh memang mempunyai semua ciri ciri idaman lelaki,tapi hatinya belum boleh menerima kehadiran pengganti arwah Sofia.
Sofia cinta pertamanya.
.........
.........
Share this novel