bab 19

Romance Completed 29803

Ziyyad sampai di perkarangan rumahnya hampir waktu maghrib.
Dia keluar dari perut kereta dan matanya melilau mencari skuter milik Qaseh.

"tak kan tak balik lagi"bisik Ziyyad sendiri.
Ada rasa kebimbangan di hatinya.
Dia melangkah masuk ke dalam.

"daddy...lambat balik..."Nurin datang menerpa ke arahnya.

"daddy banyak kerja hari ni...ummi mana?"tanya Ziyyad resah.

"Qaseh belum balik lagi ....entah ke mana agaknya...risau mama"datang mama menyapa.

"hmmm...kenapa ya...kalau ya pun call lah dulu"Ziyyad mula mendail nombor telefon Qaseh.

"macam mana?jawab tak?"tanya mama bimbang.

"tak mama..."
ting!kedengaran satu pesanan masuk.

"Qaseh"ujar Ziyyad.

"Qaseh ada di rumah sewa malam ni..sebab tadi kak Athirah datang ambil baju dia...nak balik takut"pesanan Qaseh dibaca.

"Qaseh balik rumah sewa dia mama...tadi Athirah datang ambil pakaiannya kat situ...sampai malam jadi dia kata rasa takut pulak nak balik"terang Ziyyad pada mama nya.

"ish...budak ni...sorang pulak tu...risau mama...dah lepas maghrib nanti kau pergi ambil dia bawa balik..."mama menyuruh Ziyyad.

"tapi mama...."

"dah tak payah tapi tapi lagi...hang tak risau ker kat Qaseh tu...kalau jadi apa apa kat bakal menantu mama putih mata la hang"ujar mama membuat Ziyyad terkejut

"bakal menantu?"tanya Ziyyad hairan.
Betul ker mama ni...

"ya lah...jangan banyak soal lepas maghrib hang pergi jemput dia balik"Mama terus berlalu sambil mengajak Nurin masuk ke bilik mandi.

Ziyyad menggaru kepalanya sambil tersenyum.

"mama ni memang betul ker ...bakal menantu maksudnya bakal bini aku lah tu"bisik Ziyyad sendirian.

........
........

Aku sendirian di rumah sewa...sinar mentari mulai melabuhkan tirainya.
Aku mula masuk memastikan semua pintu di kunci.
Aku masuk ke bilik untuk membersihkan diri.

kruk!kruk!perut aku mula berkeroncong.

"aduh lapar lah pulak...hmmm....kena keluar jugak ni cari makan..."

Kunci skuterku dicapai.
"beli burger kat situlah ,kalau jalan pun tak apa kut.."kunci dimasukkan ke dalam saku seluar.

Aku mengatur langkah keluar pagar.
Waktu ini masih lagi ramai yang lalu lalang...jadi tidaklah aku rasa kesunyian untuk berjalan.

Lebih kurang beberapa minit aku sampai di gerai burger paktam.

"paktam...burger ayam satu tak nak sos,taruh mayonis ajer"aku segera memesan.

"siap...lama tak nampak...mana pergi"tanya isteri paktam mak tam.
Pasangan suami isteri ini aku kenal sejak tinggal di sini beberapa bulan yang lalu.
Hampir setiap malam aku dan kak Athirah datang untuk makan di sini bila perut perlu di isi.

"ada jer mak tam..cuma tak tinggal sini...duduk rumah mak angkat sekarang ni"jawab aku.

"ooo...tu sapa sorang lagi nama Athirah...mana?"tanya Paktam pula.

"dia dah kahwin...duduk dengan suami dia lah sekarang ni...tinggal Qaseh sorang"ujar aku.

Kelihatan kelibat seseorang datang memakai baju serba hitam...jalan tunduk ke bawah.

Aku hanya memandang sepintas lalu.
Mungkin datang untuk membeli sangka aku.

"malam malam pun pakai hitam...eee...seram"gumam ku .

"nah siap...."Mak tam menghulurkan bungkusan plastik yang berisi burger.

"tak payah bayar...ada orang tolong bayar dah tadi"ujar mak tam apabila aku menghulurkan duit padanya.

"dah bayar...sapa Mak tam?"tanya ku pelik.

"tu...katanya kawan Qaseh"sambil menunjukkan ke arah kelibat lelaki yang aku nampak tadi.

"siapa agaknya...?"tanya ku berbisik sendiri.
Aku hanya mengangguk dan melangkah pergi.
Kelibat lelaki berbaju hitam itu mulai kejauhan di telan gelap malam.
Aku melangkah laju...terasa ada sesuatu mengikut ku dari belakang.
Aku menoleh kiri dan kanan bila berbunyi seperti ranting yang dipijak.
"sapa tu?"aku beranikan diri bersuara.

Senyap seketika...langkah aku dilajukan...bunyi derapan kasut mula terdengar kasar.
Jantung ku mula berdegup kencang.
Ketakutan mula menguasai diri.
Terasa bahuku disentuh dari arah belakang.

"tolong!tolong!aku mula meminta tolong.

Badan aku ditolak jatuh ke tanah.Badan aku mula menggigil ketakutan.

"siapa kau hah?!sergah aku.
Dalam kesamaran lampu dam kegelapan malam tidak dapat aku mengecam wajah orang yang menolak ku.
Lelaki yang berada depan aku kini hanya terdiam tanpa bersuara.
"pergi...tolong jangan apa apakan aku...pergi...tolong!tolong!jerit aku meminta tolong apabila lelaki itu mula menarik baju yang aku pakai sehingga terkoyak.
Airmata mula mengalir.
"ya Allah .....lindungilah hambamu ini"pintaku dalam hati.
Namun gagal kerana aku di dorong di satu lorong yang agak sunyi.Aku ditarik kasar.
Semakin kuat raungan aku namun tidak diendahkan.
Aku terlalu takut,cuba menendang tetapi kaki aku di rentap kasar,lututku yang sakit semakin perit terasa.
Aku terus menangis merayu dilepaskan tapi baju ku tetap di tarik kuat,sehingga hampir terdedah semua.
Keadaan lorong yang sunyi menyebabkan suara meminta tolong tidak dapat didengari orang.
Aku tetap cuba meraung sekuat hati,untuk terus bangun badan ku sudah tidak berdaya lagi,kini aku hanya mampu berdoa agar Allah hantarkan hambaNYA membantu aku.

Suara lelaki itu mula kedengaran ketawa,aku tidak dapat mengecam suara siapa,dia semakin mendekati aku,aku semakin cemas apabila tangannya mula menjalar ke tubuhku.

"tolong encik,lepaskan saya....tolong!!!!suara aku semakin serak hampir tidak kedengaran.

bukk!satu pukulan kedengaran dari belakang lelaki yang menyerangku.
Satu pergaduhan berlaku.
Aku cuba bangun perlahan memerhati gerangan yang menolong aku.
"abang...."aku dapat mengecam kelibat lelaki yang menolong aku...tetapi wajah lelaki yang berbaju hitam itu tidak aku nampak.

Lama jugak tumbuk menumbuk berlaku akhirnya lelaki tadi lari lintang pukang apabila ada beberapa orang datang ke arah kami.

Aku terduduk kembali apabila melihat keadaan pakaianku hampir terdedah semua,tidak dapat aku bayangkan perasaan aku pada waktu ini.
Aku rapatkan lutut kebadannku,terus menangis.

Setelah mengucapkan terima kasih pada mereka tadi Ziyyad terus menghampiri Qaseh .

'..Qaseh ok ker?"
Aku mengangguk dalam esakan tangis.
Aku tidak berani mendongakkan kepala kerana malu dengan keadaan aku pada tika ini.
Ziyyad menanggalkan sweater yang dipakainya untuk menutup badan ku.

"dah bangun...."dia bangunkan aku.
Aku cuba berdiri dalam keadaan lemah.
Esakan aku masih lagi tidak dapat aku hentikan.
Betapa malang nasib aku sudah beberapa kali aku diserang oleh lelaki yang nafsu binatang.

"mulut abang berdarah"aku lihat sedikit cecair merah mengalir dari bibirnya.

"....abang Qaseh minta maaf sebab selalu susahkan abang.."kata ku dengan tiba tiba airmata mula mengalir dari tubir mataku.

"tak ada apalah...nasib tadi abang datang..."
Wajah muram Ziyyad kelihatan.,kelihatan sangat tegang.
"abang Qaseh minta maaf..."air terus mengalir dan tiba tiba tanpa ku sedar memeluknya.
Ziyyad seolah terkejut.
Aku terus menangis terasa sayu di hati.
Andai tadi Ziyyad tidak datang menolong aku pasti sudah jadi mangsa lelaki itu.

"dah..jom balik...tak habis habis dengan masalah"suara Ziyyad agak kasar.

Aku perlahan melepaskan pelukan dan menjarakkan diri.
Aku terkejut dengan suaranya kedengaran seolah memarahi aku.
"lain kali jangan pandai pandai keluar malam..."perli Ziyyad.

Ziyyad menghampiri aku dan mengelap sisa airmata di pipi.
Aku hanya memandang wajahnya tanpa kata.

"sakit ker?"tanya aku bila lihat tangannya luka akibat menumbuk lelaki itu tadi.

"sakit lagi hati abang bila tengok Qaseh disentuh lelaki tadi"ujar Ziyyad sambil tunduk kebawah mengambil sesuatu.

Aku hanya terdiam.

"macam mana abang tahu Qaseh ada sini?"tanya ku.

"tadi pergi rumah sewa Qaseh...tengok motor ada panggil tidak berjawab...jadi abang pusing area sini mencari...call tak berjawab"

"...telefon tertinggal"jawab ku.

"see...cuai...nasib abang jumpa Qaseh cepat...kalau tak..."aku terus meletakkan jari ku ke bibir Ziyyad agar tidak menyambung kata katanya.

"jangan sebut...Qaseh takut..."ujar aku sedih.

"dah jom balik...lain kali hati hati..."Ziyyad memapah aku terus ke kereta yang di pakir tidak jauh dari tempat kejadian.

Esakan tangisku mula sedikit reda...dalam kereta kami hanya berdiam diri.
Aku tidak mampu lagi mengeluarkan kata kata.
Ziyyad meneruskan pemanduan terus ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience